Unit Pengambilan PDRM
41.1K subscribers
121 photos
1 video
6 files
10 links
Telegram Rasmi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia. Ikuti hebahan rasmi pengambilan PDRM.
IG Rasmi - https://www.instagram.com/unitpengambilanpdrm
FB Rasmi - facebook.com/Unitpengambilan
Telegram Rasmi - https://t.me/unitpengambilanpdrm
Download Telegram
πŸ“Œ Ramai yang masih keliru beza antara Surat Tamat Belajar & Surat Senat? Jom kita ringkaskan! πŸ‘‡

πŸŽ“ Surat Tamat Belajar
βœ… Dikeluarkan oleh fakulti/pusat pengajian
βœ… Sahkan pelajar dah lengkap semua syarat pengajian
βœ… Boleh guna untuk mohon kerja sementara atau sambung belajar
βœ… Biasanya boleh dapat lebih awal

πŸ“œ Surat Senat
βœ… Dikeluarkan selepas keputusan diluluskan oleh Senat Universiti
βœ… Pengesahan rasmi tamat pengajian
βœ… Diguna untuk urusan rasmi seperti mohon kerja kerajaan, daftar badan profesional, dsb.
βœ… Ambil masa sikit sebab tunggu mesyuarat senat

Dilampirkan juga contoh sebagai rujukan

Semoga bermanfaat untuk semua calon jawatan Inspektor Polis Gred Y7! πŸŽ‰
#unitpengambilan
#pdrm
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
πŸ“’ Makluman Penting untuk Pengisian e-Pengambilan PDRM bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7

Bagi yang sedang isi maklumat akademik:

βœ… Kalau dah ada skrol ijazah – terus isi maklumat berdasarkan skrol.
πŸ“œ Kalau dah tamat belajar tapi belum konvo/ belum dapat skrol,
➑️ dapatkan Surat Senat untuk isi maklumat.

❗ Dokumen TIDAK perlu dimuat naik sekarang.

πŸ“‚ Skrol atau Surat Senat hanya akan disemak semasa sesi dokumentasi ketika Pemeriksaan Fizikal yang akan dijalankan melalui pemakluman nanti.

Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul & sah.
PENGUMUMAN :

Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km bagi Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 Awam (Lelaki / Wanita)

Pemohon yang telah mengisi permohonan jawatan Inspektor Polis Gred Y7 pada tarikh iklan 21 Mei 2025 hingga 5 Jun 2025 boleh membuat semakan status permohonan.

Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 26 Jun 2025 hingga 6 Julai 2025.

Pemohon dikehendaki :

i) Log Masuk
ii) Klik β€˜Semak Status Permohonan’
iii) Klik β€˜Semak’

Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km. Calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen serta mengikut etika berpakaian yang tertera dalam surat panggilan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668347/9348 /8350/8351 seperti yang tertera di laman sosial Unit Pengambilan PDRM
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H.

Semoga tahun baru hijrah ini membawa sinar perubahan ke arah hidup yang lebih berkat, bermakna dan penuh ketakwaan.
Bersama-sama kita hijrahkan hati, akhlak dan amal menuju redha Ilahi.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bagi memudahkan calon-calon yang akan hadir ke sesi Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan Fizikal bagi urusan pengambilan Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 Tahun 2025, berikut dikongsikan secara ringkas langkah-langkah atau checkpoint (CP) utama yang akan dilalui sepanjang proses tersebut.

Semoga perkongsian ini membantu calon untuk lebih bersedia, hadir dengan yakin dan mematuhi semua arahan yang ditetapkan.

βœ… CP 1 – Dokumentasi Awal
Semakan dokumen dan pendaftaran calon sebelum pemeriksaan dimulakan.

βœ… CP 2 – Ukur Tinggi & Berat
Pengukuran untuk memastikan calon memenuhi syarat fizikal asas.

βœ… CP 3 – Pemeriksaan Fizikal
Semakan keadaan fizikal termasuk BMI, parut besar, kecacatan dan lain-lain yang boleh menjejaskan tugas kepolisan.

βœ… CP 4 – Semakan Pegawai Penyelaras
Pengesahan akhir kelayakan fizikal oleh Pegawai Penyelaras Fizikal.

βœ… CP 5 – Ujian Larian 2.4 KM
Mengukur tahap kecergasan fizikal calon melalui larian mengikut masa yang ditetapkan.

βœ… CP 6 – Dokumentasi Akhir
Rekod keputusan dan kelulusan sebelum tamat sesi.

Calon-calon diingatkan supaya hadir lebih awal, berpakaian sesuai, dan sentiasa mematuhi arahan pegawai bertugas demi kelancaran proses.

Selamat berjaya! πŸ’ͺ