UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
Citizens of UTM are invited to subscribe to UTM Library Official Telegram Channel to get the latest and instant updates on library's announcement, programmes, events, workshops and much more.
Link: https://t.me/utm_library
πŸ“£πŸ“£ PENCARIAN BARISAN EXCO SEKRETARIAT ANAK JOHOR DARUL TA'ZIM (SEJATI) BAGI SESI 2022/2023 πŸ“£πŸ“£

Assalamualaikum Wrt Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor πŸ”΄πŸ”΅

Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka peluang kepada semua mahasiswa/i UTM untuk menyertai barisan kepimpinan Exco SEJATI bagi sesi 2022/2023.

Selaku ahli barisan kepimpinan SEJATI, anda akan berpeluang untuk:
βœ… Diberi pendedahan dalam mengendalikan program
βœ… Memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah baru
βœ… Menyertai pelbagai aktiviti di bawah kerajaan negeri

Jika berminat anda boleh mengisi maklumat melalui Google Form ini:
https://forms.gle/Eq9jUiEGhfr8xkbJ6

Berikut merupakan tempoh pendaftaran Exco SEJATI bagi sesi 2022/2023:
πŸ“… Tarikh: 30 Ogos 2022 - 6 September 2022

❗️ Calon yang berjaya terpilih akan menerima emel untuk sesi penilaian dan temu duga

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk ketengahkan bakat dan kebolehan anda!

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:
πŸ™‹β€β™‚οΈ Ridhwan - wa.link/fxohrs
πŸ™‹ Norfadziana - wa.link/ih0cve

"Bersatu, Bermoto & Berketerampilan"

#myheputm
#studentaffairs
#excosekretariatanakjohor
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dan sambutan Hari Malaysia 2022, Perpustakaan UTM akan mengadakan Pertandingan Jejak Maklumat Merdeka 2022 pada 14 Sept 2022 (Rabu) jam 8.00 pagi melibatkan lima (5) lokasi terpilih di dalam UTM secara berbasikal.

Ayuh bersama-sama kita sertai dan hayati sejarah kemerdekaan negara disamping memupuk perpaduan dan silaturahim sejajar dengan tema tahun ini "Keluarga Malaysia Teguh Bersama".

Pendaftaran :
http://tinyurl.com/JMM2022UTMJB
JEMPUTAN KE PROGRAM INSPIRASI SEMANGAT MAT KILAU SIRI 1/ 2022: PERIHAL BERANI DAN MARUAH

β€œ Dalam bulan Mei 1894, pahlawan Pahang yang tinggal di Kuala Ampul itu telah pindah ke Kuala Terengganu di tempat yang bernama Seberang Engku Ngah, sebuah kampung berseberangan dengan pagar istana Sultan Terengganu. Semasa di Kuala Terengganu itulah, Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau beberapa kali pergi ke kampung yang bernama Paloh menziarahi seorang alim bernama Sayid Abdul Rahman atau Tok Engku Paloh. Tok Gajah dan Tok Bahaman menceritakan segala kisah perjuangan mereka melawan pihak Inggeris (British) yang telah masuk memerintah Pahang hingga mereka mengundurkan diri ke Hilir Kelantan dengan menanggung berbagai penderitaan dan sekarang telah sampai ke Terengganu. *Tok Engku Sayid telah memberi nasihat dan memberangsangkan Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau jangan mahu mengaku kalah dan hendaklah mereka meneruskan Perang Sabil melawan pihak Inggeris (British) itu. Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau berasa gembira dan bertambah berani untuk meneruskan perjuangan mereka setelah mendengar nasihat dan perangsang Tok Engku Sayid itu. * ”- Petikan (1984) Buku Sejarah Pahang, Haji Buyong Bin Adil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
Bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun dan Sambutan Hari Malaysia di samping menyuntik semangat cintakan tanahair kepada semua lapisan masyarakat UTM ,Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program seperti butiran berikut:

Nama Program: Inspirasi Semangat Mat Kilau Siri 1/ 2022: Perihal Berani dan Maruah
Tarikh: 7 September 2022 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Pautan Webex: https://bit.ly/MATKILAUSIRI1
atau imbas QR CODE di poster yang disediakan.

Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dimohon agar dapat turut menghebahkan pautan program ini kepada sosial media kumpulan-kumpulan staf dan pelajar di bawah pimpinan Tuan/Puan untuk penyertaan dan agar mereka turut mendapat manafaat daripada intipati program ini.
Mata CPD UTM dan MyACAD disediakan.

Sekian, terima kasih.

#semangatmatkilau
#myheputm
#studentaffairs
Jemputan Ke Program Damai Di Hati Siri 2/2022: Gaslighting: Taktik Beracun Si Narsis Pemangsa

Individu yang narsistik amat mengagumi dan mencintai diri sendiri serta sentiasa merasa diri unggul dan hebat. Individu begini merasakan diri mereka terlalu penting dalam persekitaran. Mereka memerlukan dan mendesak agar diri mereka diberi perhatian, disanjungi dan dihormati. Sikap begini menyebabkan mereka berkecenderungan untuk mempunyai masalah dalam menjalin atau mengekalkan hubungan kerana kurang empati dan menimbulkan kegusaran disebabkan keadaan saya...saya... dan saya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sertai kami dalam membicarakan isu ini. Maka dengan sukacitanya Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menjemput anda ke Program Damai Di Hati Siri 2/2022, Gaslighting: Taktik Beracun Si Narsis Pemangsa pada ketetapan berikut:

Tarikh: 8/9/2022 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 10.30 pagi
Pautan Webex: https://bit.ly/DDH02

atau imbas QR Code yang disediakan. Mata CPD (staf UTM) & Merit Pelajar UTM disediakan.

Sekian, terima kasih.

#myheputm
#studentaffairs
JEMPUTAN KE PROGRAM INSPIRASI SEMANGAT MAT KILAU SIRI 2/ 2022: MEMBINA JIWA YANG KALIS

β€œ Dalam bulan Mei 1894, pahlawan Pahang yang tinggal di Kuala Ampul itu telah pindah ke Kuala Terengganu di tempat yang bernama Seberang Engku Ngah, sebuah kampung berseberangan dengan pagar istana Sultan Terengganu. Semasa di Kuala Terengganu itulah, Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau beberapa kali pergi ke kampung yang bernama Paloh menziarahi seorang alim bernama Sayid Abdul Rahman atau Tok Engku Paloh. Tok Gajah dan Tok Bahaman menceritakan segala kisah perjuangan mereka melawan pihak Inggeris (British) yang telah masuk memerintah Pahang hingga mereka mengundurkan diri ke Hilir Kelantan dengan menanggung berbagai penderitaan dan sekarang telah sampai ke Terengganu. *Tok Engku Sayid telah memberi nasihat dan memberangsangkan Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau jangan mahu mengaku kalah dan hendaklah mereka meneruskan Perang Sabil melawan pihak Inggeris (British) itu. Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau berasa gembira dan bertambah berani untuk meneruskan perjuangan mereka setelah mendengar nasihat dan perangsang Tok Engku Sayid itu. ”* - Petikan (1984) Buku Sejarah Pahang, Haji Buyong Bin Adil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
Bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun dan Sambutan Hari Malaysia di samping menyuntik semangat cintakan tanahair kepada semua lapisan masyarakat UTM ,Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program seperti butiran berikut:

Nama Program: Inspirasi Semangat Mat Kilau Siri 2/ 2022: Membina Jiwa Yang Kalis
Tarikh: 14 September 2022 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Pautan Webex: https://bit.ly/MATKILAUSIRI2
atau imbas QR CODE di poster yang disediakan.

Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dimohon agar dapat turut menghebahkan pautan program ini kepada sosial media kumpulan-kumpulan staf dan pelajar di bawah pimpinan Tuan/Puan untuk penyertaan dan agar mereka turut mendapat manafaat daripada intipati program ini.
Mata CPD UTM dan MyACAD disediakan.

Sekian, terima kasih.

#myheputm
#studentaffairs
#membinajiwa
JEMPUTAN KE PROGRAM CERAMAH KESEDARAN PSIKOSOSIAL : BUNUH DIRI; SELAGI ESOK MASIH ADA, PERJUANGAN HIDUP KU TERUSKAN

Dewasa ini, isu bunuh diri semakin meningkat dalam masyarakat Malaysia terutama dalam kalangan golongan belia. Bersempena SAMBUTAN BULAN PENCEGAHAN BUNUH DIRI 2022 yang bertemakan "Creating Hope Through Action", Pusat Kaunseling UTM ingin membawa warga UTM untuk bersama-sama memberi perhatian, mengurangkan stigma dan mempertingkatkan kesedaran mengenai isu bunuh diri yang perlu dan mampu untuk dihindari serta dihentikan.

Maka dengan segala sukacitanya, Pusat Kaunseling UTM menjemput seluruh warga UTM untuk bersama-sama menyertai Ceramah Kesedaran Psikososial seperti berikut:

Tajuk : BUNUH DIRI: SELAGI ESOK MASIH ADA, PERJUANGAN HIDUP KU TERUSKAN
Tarikh : 12 September 2022 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Link penyertaan : https://bit.ly/KKKM12
atau imbas QR Code yang disediakan di dalam poster di atas.

Semoga perkongsian pengetahuan, pengalaman dan penceritaan mengenai isu bunuh diri ini dapat dijadikan iktibar dan sempadan buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

#studentaffairs
#bunuhdiri
#myheputm
SAMBUTAN HARI KESEDARAN PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 10 SEPTEMBER 2022

Isu membunuh diri merupakan sebuah isu kesihatan mental umum yang berlaku di serata dunia tidak mengira budaya. Bunuh diri merupakan punca kematian kedua atau ketiga paling kerap dalam kalangan remaja di Eropah (Kokkevi, Roshika, Arapaki & Richardson, 2012). Wasserman et al.(2005) turut menyatakan bunuh diri juga adalah punca kematian utama yang keempat dalam kalangan lelaki muda dan punca kematian utama ketiga dalam kalangan perempuan muda berumur 15 sehingga 19 tahun (Sharma, Nam, Kim & Kim, 2015). Menurut data World Health Organization (WHO), kadar bunuh diri di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 6.5 per 100,000 populasi dalam kedua-dua jantina. O’ Carroll et al. (1996) mendefinisikan bunuh diri sebagai satu perilaku tragik iaitu membunuh diri sendiri dengan sengaja dan tanpa paksaan. Manakala, idea untuk membunuh diri merujuk kepada pemikiran tentang membunuh atau mencederakan diri. Cubaan membunuh diri pula adalah tingkah laku memusnahkan diri dengan niat untuk mati tetapi tidak membawa kepada kematian (GΓΌndΓΌz, Halil, Doganay Ozguven, Gursoy, Karagol, Cifci, Ayar & Ozgun, 2016). Terdapat pelbagai faktor berisiko yang membawa kepada cubaan membunuh diri seperti komorbiditi kecelaruan psikiatrik, penggunaan bahan, faktor psikososial, sejarah dalam keluarga dan juga faktor biologikal (Karaman & Durukan, 2013).

Melalui tema tahun 2022 iaitu β€œCreating Hope Through Action” , Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar) menyeru adalah kempen kesedaran ini menjadi tanggungjawab kita bersama dalam membina hubungan mewujudkan gerakan tindakan pencegahan, untuk mengesan simptom pemikiran, perancangan dan percubaan bunuh diri dan berkongsi sumber serta sokongan untuk mereka yang sedang bergelut bagi mendapatkan bantuan.

Sekian, terima kasih.

#myheputm
#studentaffairs
#percubaanbunuhdiri
Jemputan Ke Program Damai Di Hati Siri 3/2022, Dark Triad: Sisi Gelap Personaliti Yang Dilupakan

Dark Triad terdiri daripada personaliti narsisis, psikopati dan machiavelli. Personaliti gelap ini berbeza di antara satu sama lain namun boleh menjadi satu dalam diri individu. Individu yang dikaitkan dengan personaliti gelap ini ada yang dikaitkan dengan kecenderungan ke arah keganasan dan aktiviti jenayah. Individu yang cenderung personaliti ini juga digambarkan mempunyai tingkahlaku dan persona yang mementingkan diri sendiri, manipulatif dan rendah empati. Kekerapan menipu menyebabkan kesukaran untuk mendiagnosis kerana mereka cenderung sebagai orang yang mempunyai kemahiran manipulatif dan menipu yang licik dalam memberitahu orang lain apa yang hendak didengar.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sertai kami dalam membicarakan pengetahuan ini. Maka dengan sukacitanya Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menjemput anda ke Program Damai Di Hati Siri 3/2022, Dark Triad: Sisi Gelap Personaliti Yang Dilupakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 15/9/2022 (Khamis)
Masa: 3.00 petang - 3.30 petang
Pautan Webex: https://bit.ly/DDH03
atau imbas QR Code yang disediakan. Mata CPD (staf UTM) & Merit Pelajar UTM disediakan.

Sekian, terima kasih.

#darktriad
#studentaffairs
#myheputm
πŸ“£ HARI BERSAMA PELANGGAN PERMOHONAN TRANSKRIP AKTIVITI PELAJAR (UTMSAT) πŸ“£

JOM sama-sama sertai hari bersama pelanggan Permohonan Transkrip Aktiviti Pelajar (UTMSAT) hari ini 7 September 2022.

Boleh imbas QRCode seperti dipaparkan di poster untuk terus ke link Webex kami.

Terima kasih.

#permohonantranskrip
#studentaffairs
#myheputm
Photo from Zue
KARNIVAL SEMARAK PATRIOTIK 2022

✨ PENCARIAN 50 PESERTA BAGI MAJLIS KEMUNCAK SEMARAK PATRIOTIK IPT 2022, KARNIVAL SEMARAK PATRIOTIK 2022✨

πŸ“Œ Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan mengadakan Program Semarak Patriotik Institut Pendidikan Tinggi (IPT) 2022 seperti perincian berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 15 September 2022 (Khamis)
πŸ• Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
🏒 Tempat: Pavillion UPNM, Sungai Besi, KL.
Perasmian oleh: YAB Dato' Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia

πŸ“Œ*Elaun makanan dan pengangkutan disediakan
πŸ“ŒDress Code : Baju Kebangsaan Pelbagai Etnik
πŸ“ŒSijil Penyertaan dan Merit ACAD

πŸ“Œ Sekiranya anda berminat untuk hadir sila isi borang pendaftaran di tinyurl.com/Semarak-Patriotik-IPT-2022

πŸ“Œ Sila sertai group whatsapp yang tertera di bawah untuk mengikuti perkembangan program :
shorturl.at/ijRW8

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
πŸ“² https://wa.me/601121666456 (En. Mohd Iskandar)
πŸ“² https://wa.me/60137951159 (Pn. Siti Nazira)

#semarakpatriotikIPT
#studentaffairs
#myheputm