TV Pertiwi Official
14K subscribers
28.7K photos
2.11K videos
5 files
20.2K links
Denyut Jantung Ummah
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendedahkan jijik dengan hasil siasatan membabitkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata walau ulasan lanjut tidak dapat diberikan namun penemuan buat masa ini menjijikkan.

"Seperti biasa, saya tidak boleh bercakap banyak [mengenai kes ini] dan saya pun tidak akan komen banyak [sebab kes dalam siasatan].

"Apa yang saya boleh cakap hanyalah kes ini, saya jijik dengan penemuan [siasatan]. Itu saja, terima kasih," katanya.

Shuhaily berkata demikian ketika ditemui di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam.

Sumber: Berita Harian

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

#GISB # Shuhaily #JSJ #Bukit Aman #OpGlobal
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa siasatan terhadap Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) tidak terkait jenayah rasuah.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/18/sita-beku-akaun-gisb-tidak-babit-sprm-kata-azam/

#TVPertiwi #SPRM #GISB #AzamBaki #OpGlobal
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salah satu syarikat yang dibimbing Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings, Ikhwan Delights Sungai Penchala tampil menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada agensi berkenaan.

Dalam satu video yang dimuat naik di FB Ikhwan Delights Sungai Penchala, satu akuan sumpah, dilakukan menafikan tuduhan bahawa produk makanan yang dihasilkan mengandungi air basuhan kaki, air janggut dan sebagainya di dalam makanan.

Empat kakitangan syarikat itu juga berkata mereka bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah SAW bahawa segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Kami berani bersumpah di atas nama Allah dan Rasul, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, dan jika kami berbohong, Allah akan melaknat kami, walaupun dengan isu ini kami akan terjejas, dan terkesan kami berharap, masyarakat di luar sana boleh menilai sendiri apa yang berlaku.”

Sumber : FB Ikhwan Delights Sungai Penchala
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

#TVPertiwi #GISB #nafi #akuansumpah
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kemelut yang melanda Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) tidak membabitkan negeri Pahang.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/18/ambil-iktibar-sultan-pahang-titah-segera-akhiri-kemelut-gisb/

#TVPertiwi #GISB #SultanPahang #maahad #tahfiz
Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa kontroversi yang melanda Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) bukanlah isu terpencil.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/18/kontroversi-gisb-bukan-isu-terpencil-jangan-dahului-siasatan-kata-peguam-syarie/

#TVPertiwi #GISB #Peguam #Polis #ZainulRijal
Ketua Polis Negara mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya ditahan semalam.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/19/kpn-sahkan-ceo-gisb-isteri-ditahan-bantu-siasatan/

#TVPertiwi #GISB #polis #KPN #IGP
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap lima suspek yang menggunakan kenderaan berlogo GISB Holdings menuju ke Thailand.

Ketua Polis Negara berkata reman terhadap suspek berusia 30 hingga 41 tahun itu bermula hari ini hingga Rabu (25 September), lapor Berita Harian.

"Kami akan menahan reman semua suspek bagi membantu siasatan lanjut terhadap kes ini.

“Kami menyiasat motif mereka menggunakan motorhome untuk keluar dari negara ini," kata Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau terdahulu mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya ditahan semalam.

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik: http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

#TVPertiwi #Razarudin #GISB #reman
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyokong pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Global Ikhwan Service and Business (GISB). 

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/22/lepas-ahli-gisb-jika-terbukti-tidak-bersalah-kata-sanusi/

#TVPertiwi #GISB #Sanusi #Kedah #siasatan
PAS hari ini mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa agama selepas pemimpin tertinggi Global Ikhwan Service dan Business (GISB) dibenarkan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2024/09/23/bos-gisb-jumpa-pm-pas-sangsi-kredibiliti-agensi-agama/

#TVPertiwi #GISB #PAS #FadhliShaari #siasatan #Islam
Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi memulihkan 600 kanak-kanak di bawah GISB Holdings (GISBH).

Berita penuh:
https://tvpertiwi.com/2024/10/10/sultan-selangor-titah-tubuh-jawatankuasa-pulih-anak-gisbh/

#GISB #SultanSelangor #MAIS #GlobalIkhwan