Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sajak Obor Hemah oleh A. Samad Said, 1988

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 
melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID, 2 APRIL 1988
Ucapan perasmian Hari Guru oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad..Perdana Menteri Malaysia

#terimakasihcikgu
Alhamdulillah...selesai persembahan montaj Hari Guru Kebangsaan 2019
Penggunaan Zappar Kod dalam Buku Program Hari Guru Kebangsaan
Tun sebak ketika mengucapkan Selamat Hari Guru..Terima kasih Tun
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Berikut disertakan beberapa link video sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang sudahpun melabuhkan tirainya pada 16 Mei 2019 untuk tatapan semua.....
🎼Semua Pendidik di mana juga berada.
Terkenang sekolah pertama posting,Semporna,Sabah with LUV😍🎼

..."makansang ka guru..."💐