Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
sangat banyak tutorial yang dishare...terima kasih kawan2 admin yang menghasilkan tutorial...terima kasih sekali lagi..kalau ada yang nak share tutorial...boleh pm saya..Terima kasih
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mari berzappar..best...sambil dengaq lagu
🐝Tutorial 354 : Buang / Hilangkan Gambar latar / Background Pic🐝
Ada di antara kita yang sudah mahir menggunakan adobe photoshop untuk membuangkan gambar latar / background.
Terdapat banyak web yang mencipta aplikasi untuk menghilangkan gambar secara online salah satunya ialah Cut My Pic.
Selepas kita klik link http://www.cutmypic.com , paparan yang pertama kita akan lihat ialah rajah di atas.
Anda hendaklah klik browser untuk upload gambar yang kita nak buang / hilangkan background.
Dah pilih gambar, mari kita mulakan kerja kita. Sila klik butang GO seperti gambar di atas.
Dah klik butang GO, Nah.. inilah item-item yang ada dalam cut my pic. So kita berbalik kepada misi kita iaitu buang / hilangkan gambar latar / background.
Kita scroll di bawah, original pic menunjukan gambar yang kita browser tadi. so klik sekali pada gambar diatas. anda boleh tentukan mana yang mahu untuk buang background.
Ni gambar selepas anda klik pada gambar.
Ok, kita scroll diatas. anda dikehendaki melihat di bahagian crop mode dan tranparent/color replace.
Pastikan crop mode tu butangnya menyala pada icon gunting (lihat gambar rajah diatas) Anda di minta klik butang anak panah pada gambar rajah.
Dah ON, Jom kita fokus apa yang perlu dilakukan pada transparent / color replace
Anda dikehendaki klik pada detect target color. Butang ini akan memaparkan setiap warna pada gambar original kita. Pastikan warna yang dipaparkan pada target color sama dengan background original pic.
Replace with itu mengubah background gambar anda menjadi trasparent. Jika anda klik pada butang kecil (colorize) ia akan berubah dari transparent kepada putih.
Anda dikehendaki melaraskan strength dari 0% kepada 100%. Admin mohon untuk anda hanya laras antara 20% hingga 35% berpandukan gambar original anda. Untuk edge smoothing untuk melicinkan gambar yang telah dilaraskan pada strength tadi. Admin sarankan anda laraskan antara 10% hingga 20%.