🚦TUTORIAL 237: Daftar kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) sebagai CPD untuk diisikan dlm e-splg (splkpm.moe.gov.my/) dengan mudah. Di mana2 pun anda boleh berkursus. Dan tingkatkan mata CPD masing-masing. Selamat mencuba🤩
Forwarded from CHANNEL PENDIDIK4U
Jom jadikan EPSA sbg medium nilai tambah dan dikira hari berkursus dlm splkpm. Selain LADAP/LDP warga pendidik boleh jadikan ini sbg pembelajaran sepanjang hayat.
PM @PadukaAbeja
Support @pendidik4u
PM @PadukaAbeja
Support @pendidik4u
Forwarded from Iman💕Qowiyy (Niqabis Khadijah)
Cikgu-cikgu pernah lalui konflik ini ?
Nama sahaja *cikgu*.
Kadang-kadang apabila sudah terlalu letih dengan tugasan di sekolah, anak sendiri pun tidak sempat dijengah kerja buatnya.
Tertidur tanpa sedar.
Terlena walau hanya bersandar.
Terbangun tengah malam, anak-anak sudah lena diulit mimpi. Bila tatap wajah anak-anak, sayu rasa hati.
Wajah polos. Pandai pula mereka susun atur tempat tidur sendiri. Kekadang pula ada yang terlena atas buku latihan amali.
Semuanya buat sendiri. Layan diri.
Ayahnya ini, ibunya itu, di sekolah bukan main lagi dengan anak orang lain.
Tips apa yang tak pernah dikongsi. Teknik apa yang tak pernah diajari. Pendekatan mana yang tak pernah diamali.
Bergerak cergas, menari, menggayakan memek muka, bersyarah, menghibur, menuntun, membimbing.
Balik rumah, penat.
Usahkan soal belajar, kekadang makan anak pun cuma lauk perangat semalam. Seluar tidur anak pun makin senteng.
Barulah tersedar. Dah besar dah anak aku ini.
Tatap lagi wajah jernih itu.
Perlahan-lahan dia berdengkur kecil.
Bila kenang balik sumbangan diri terhadap tumbesarannya, air mata hangat mula basah dipipi. Sungguh - macam - tak banyak.
Tapi dia tetap membesar sesuai dengan aturan usia kurniaan tuhan. Dalam hati hanya mampu berdoa,
"Ya Allah, jika ada sekelumit pahala dan keberkatan dari kerja buat aku untuk anak orang, izinkan aku memohon kau tuntunlah anakku sepanjang dia tidak dalam pemerhatianku".
Amiin.

💄..TUTORIAL 238 : Menghasilkan Latar Backdrop Powerpoint Menggunakan Format Video..💄
Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat...mlm ni saya nak cerita tentang satu idea yang saya dapat dari kawan saya...menarik untuk kita cuba buat perubahan..baik tutorial ini sesuai untuk sekolah yang gunakan LCD untuk paparkan backdrop.
Kita dok buat backdrop mudah guna powerpoint kalau guna LCD, mesorat PIBG la, Kem Pengawas la, Perjumpaan Jaya Waris la dan macm2...buat backdrop lepas tu print, habis saja majlis, dah tak guna..rugi kan..kan...kann
kali ini kita ubah...buat stail guna video pulak sebagai latar dan powerpoint...fuhhhh...meletoppp 🔥🔥..promosi mau kuat walau tak sedap 😄