🔆...Tutorial 215:Menutup respon di dalalm Form yang anda cipta melalui aplikasi Google ,iaitu Google Form...🔆
🌀Assalamualaikum dan selamat tengah hari..Selamat menjamu makan tengah hari...Jangan lupa basuh tangan nooo...hehehe...Dah cuba Google Form? Kepada yang telah pernah menggunakan Google Form,tahniah...bagi yang belum dan pernah buat tapi lupa step menutup respon....mai..baca ni sat....
Kenapa perlu menutup respon pada form yang anda cipta?...agar pengguna ambil berat berkenaan tarikh tutup bagi sesuatu perkara seperti pertandingan,penilaian dan seumpamanya ...Kerja anda pun nampak lebih sistematik...
Baik,buka Google Form...anda boleh lihat sekalipun anda belum mencipta sebarang form...
klik pada not accepting responses...maksudnya orang ramai atau sesiapa sahaja sasaran anda sudah tidak boleh submit borang online (form) yang anda cipta...
Saya langsungkan dengan bagaiman melihat maklumat-maklumat daripada respon pula...
Maklumat seperti nama , email , no telefon tempat bertugas akan terkumpul secara berasingan.Manakala respons kepada soalan-soalan pula akan diringkaskan menjadi carta bar / carta pai ...
❤Sekadar cadangan,jika anda sebagai guru pusat sumber dan makmal ICT ,yang komputernya berfungsi...bleh juga menggunakan Google Form sebagai buku Log penggunaan ...barulah betul-betul rare...atau lebih sinonim dengan Dunia Digital / Alaf 21 nooo...maklumat hasil daripada google form tu,kumpulkan dalam google Drive dan barcodekan link fail..Jika ada yang ingin mendapatkan maklumat,langsung saja scan barcode yang disediakan....Jimat ruang penyimpanan fail,inshaAllah selamat daripada anai-anai...hehehe..sekadar cadangan dari insan kedil... @Tutorial_ICT❤