Hehehe...sengaja saya send image ini satu persatu,supaya anda boleh langsung melihat dan memilih image yang berkenan sahaja.
🌀 Asalamualaikum dan selamat petang...sihat ke...hehehe...moga-moga begitulah hendaknya nooo...inshaAllah...yang kurang sihat,carilah penawar disertakan dengan do'a...
Baik...sedikit perkongsian berkenaan Google Form...contoh Form yang saya sediakan ialah berkaitan dengan pemantauan kebersihan kelas tahun 2018...Oleh kerana ingin menjimatkan penggunaan kertas dan kononnya ingin beralih kepada zaman digital...saya ubah borang-borang yang kadang entah di mana letaknya.Maklumlah,yang pegang bukan sorang...hehehe..jadi,saya cipta melalui Google Form,beberapa kriteria berkaitan pemantauan kebersihan kelas yang perlu diisi oleh guru-guru bertugas pada setiap hari .Dan pemenang keceriaan kelas akan diperolehi pada setia[ penghujung minggu dan bulan.
Google Form sangat mudah..kerana ada summary dengan carta bar dan sebagainya sebagai bahan rujukan nanti.Semua tu boleh saja diprint jika keadaan memerlukan .
Baik...dalam Google taipkan www.google.com.Pastikan sign in dengan email anda.bukan email sekolah,supaya mudah untuk anda access maklumat yang diperolehi.
Dalam tutorial sebelum ini,telah ada ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk masuk ke Google Form...hehehe
Saya andaikan anda telah pernah membuat Google Form ye...sebab telah ada ditutoriakan pada sebelum ini...