Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
🔑...Tutorial 211:Menghasilkan buku teks digital sendiri...💡
🌀 Assalamualaikum dan selamat lewat malam sahabt-sahabat ...semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan tenang ...Malam - malam ni kan...sementara nak tidoq,sekolah dah tinggai berapa hari sahaja lagi noo...bahan dah siap ke?😅InshaAllah...Baik...sedikit perkongsian dari saya, (ilmu yang Allah pinjamkan) ialah membina BUKU TEKS SENDIRI ...Jom...
Baik...anda perlu ada printer yang boleh scan. ( hasilnya lebih baik daripada capture gambar).Jika tiada,guna la smartphone dan install camscanner / OneNote atau cari je....dalam Google Playstore tu...berlambak ...
Saya guna Printer Epson L220 sahaja...Epson L210 pun boleh...
Klik kanan untuk dapatkan button search..Jika dah ada di desktop,klik pada Window fax & scan...Klik 2x naa..
paparan ini akan keluaq...klik pada New Scan..sebelum tu,pastikan anda menyambungkan kabel usb printer kepada laptop / pc anda dan ON ..
Pilih buku dan muka surat yang hendak discan.#Sebaiknya anda beli buku teks dan potong sehelai-sehelai,kerana apabila discan..hasilnya akan lebih kemas.Dah sudah,simpan lah dalam fail.Esok lusa boleh guna lagi.
Tutup bahagian atas scanner tu.. ( bukan OFF naaa.)dan kembali semula kepada pc/laptop pada paparan Windows Scan tadi...
Jika anda scan buku,pilih dokumen pada Profile..
Pilih Colour pada button Colour Format...Jika buku berwarna dan ingin hasil yang berwarna juga.Jika nak hitam putih,jangan pilih grayscale...tapi pilih black & white ye..
Anda boleh pilih File type kepada png / jpeg
Paparan seperti ini akan muncul...klik preview untuk melihat contoh yang akan discan...anda boleh crop gambar menjadi seperti yang diingini...dan klik scan...
Selepas scan..ini lah hasilnya...klik pula pada image,selalunya image last yang kita scan,akan terletak pada bawah bahagian File Name ...klik Rename..dan namakan file anda supaya senang anda cari .