🌀 Assalamualaikum dan selamat malam sahabat - sahabat maya yang dikasihi...semoga dalam keadaan sihat dan sukses ....Malam ni saya nak buat tutorial ringkas berkaitan youtube sahaja ...
Baik....selalunya kita akan mendapatkan banyak info / hiburan dan pelbagai lagi melalui YOUTUBE ...bagi yang prihatin pada empunya - empunya channel YOUTUBE tu pasti akan perasan nama-nama mereka . Ada dikalangan empunya channel itu,sangat rajin mengupload video-video untuk tatapan umum...
Untuk tak ketinggalan menyaksikan video - video yang sangat banyak membantu tu....ikuti tutorial ini ...
Buka YOUTUBE dalam komputer / smarthphone anda...dan pilih video / taipkan sebarang nama video yang hendak ditonton...
Pastikan semasa buka youtube tu...anda sign in dengan EMAIL google dulu...
Untuk memastikan anda telah subscribe channel tu ..lihat pada 3 garis di atas sebelah kiri anda...
Di laptop desktop ,akan ada notification disimbol loceng sebelah kanan anda,dekat dengan email .
lihat pada gambar ini...klik pada simbol loceng tu untuke melihat video daripada channel yang telah anda subscribe ...
Anda juga boleh memilih untuk batalkan atau off channel yang telah anda pilih ...misal kata terlalu aktif 😂 ataupu Hide saja nooo..maksudnya , anda masih boleh menerima video - video yang diuploadkan oleh channel terbabit .
Di smarthphone / tablet pun anda masih boleh menerima notification-notification dari channel - channel yang anda subscribe tu...yang PENTING ,email yang anda gunakan masih sama semasa anda SUBSCRIBE channel tu ....InshaAllah 🌀 ...Pastikan memilih channel yang banyak memberi info bermanfaat dan bukan sebaliknya ...
Selepas SUBSCRIBE ...anda boleh melihat video - video yang telah dimuatnaik oleh channel tersebut .