Kine Master (KM) ada 2 mode iaitu Project Assistent menggunakan wizard atau Empty Project yang kita kawal sepenuhnya...
Semua dah install Kine Master? ...maih kita mula belajaq tutorial ringkas pengenalan KM
Lepas install klik shorcut ikon KM di phone ada...tunggu index media berjalan..interface begini akan muncul
Klik Ikon Tambah dalam bulatan merah...Pilih Empty Project..kita akan create sendiri tanpa wizard...agak lambat tapi tak apa...proses belajaq.
Stage akan muncul...perhatikan sebelah kanan ada Media Browser, Layer, Audio dan Voice...ada ikon save fail dan di bawah ada ikon play.
Klik Media Browser..dan folder gambaq akan dipaparkan untuk kita pilih masuk dalam time line.
Pilih folder yang anda suka...tab sekali atas gambaq....dan gambaq akan turun ke time line.