Assalamualaikum dan selamat pagi....pagi2 buta subuh ni nak kongsi sikit maklumat tentang peranti YES Altitute yang kebanyakan smua cikgu dapat...untunglah cikgu2 yang dapat tepon YES...rezeki tuan/puan semua. Tapi ada sekolah juga yang tidak dapat. Tepon YES diberikan secara percuma untuk digunakan secara maksimum bagi tujuan PdPc.
Tapi ada jugak yang tak guna, sebab tak tau nak guna...bila dapat, belek2 ja lepas tu simpan..atau pun hanya jadikan sebagai hotspot...rugi la kalau tak guna...sebelum tu..ada baiknya kita mengenali dengan lebih dekat lagi peranti yang kita dapat supaya tidak kekok bila kita nak guna.