Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
399 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
🚗..Tips Google Site 6️⃣..🚕
Assalamualaikum dan selamat malam ....esok kita semua bercuti umum...mungkin tuan dan puan ada pelbagai perancangan untuk memenuhi masa cuti...semoga kita semua selamat dan dilindungi Allah hendaknya...malam ni saya nak kongsi sikit tips dalam google site tentang cara nak buat borang maklum balas online.
Borang maklum balas ni sebenarnya dibuat dengan google form, dan kita embed ke dalam google site...sangat mudah
Jom kita sama2 buat
mula2 kita bina satu form ringkas menggunakan google form...
tutorial membina google form boleh rujuk dalam senarai di atas...dalam google form cukup sekadar nama dan cadangan ..dah kalau perlu alamat email supaya penulis cadangan boleh dapatkan 1 salinan cadangan yang telah ditulis
saya tambah dengan alamat email
kemudian bina 1 Pages dengan nama Maklum balas
Pages maklum balas masih kosong sebab belum di isi dengan kandungan
boleh masukkan Tajuk dan header atau apa2 sahaja gambar yang bersesuaian.
1. Klik pada insert dan 2. klik Forms
Klik pada form yang baru dibuat tadi dan klik Insert
Form dah insert dan kita ejas kedudukan
contoh kedudukan layout borang saya
Saya cuba isi 1 maklum balas
berjaya menghantar maklumbalas
saya dah dapat 1 salinan maklumbalas yang telah dihantar tadi
maklum balas juga dah masuk dalam google sheet
Kita boleh tambah apa2 sahaja maklumat yang difikirkan sesuaian dalam borang maklum balas kita
contoh live yang saya telah buat...tuan puan boleh mencuba untuk mengisi maklum balas...sangat mudah ...Selamat mencuba