Forwarded from CHANNEL PENDIDIK4U
WAJAH DUNIA DAN NASIB
TERGANTUNG SIAPA YANG MEMANDANGNYA..
Orang positif, melihat banyak kebaikan dimana-mana..
Orang negatif, melihat banyak keburukan dimana-mana..
Orang pemarah, melihat banyak ketidakadilan dimana-mana..
Orang bijak, melihat banyak kebajikan dan peluang dimana-mana..
Orang bahagia, melihat banyak kegembiraan dimana-mana..
Orang susah, melihat banyak penderitaan dimana-mana..
Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, syukur, cinta, dan kedamaian dimana-mana..
Ketahuilah bahawa semua orang didunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif, sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.
Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran hidup, kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.
Selalulah memandang dunia dengan mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua tampak indah dan membahagiakan, teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.
CnP Motivasi
Join & Share : @pendidik4u

Image Carousel seperti slide show simpel..sebelum ni kena guna boot strap..tapi google site yang baru dah siap sedia...kita hanya masukkan gambaq dan google site akan susun sendiri slide show
Forwarded from Razif Razak
Cikgu Siber
Ini 6 perkara yang perlu anda tahu mengenai Google Classroom - Cikgu Siber
Sejurus penamatan fasa 2 projek 1BestariNet pada 30 Jun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan yang mana Google Classroom akan menggantikan Frog VLE mulai tempoh interim sebagai platform digital pembelajaran. Tempoh 6 bulan ini membolehkan…
Forwarded from CHANNEL PENDIDIK4U
Selamat Kembali ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2019.
Saya nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kpd rakan² saya sama ada yg berkecimpung dlm dunia pendidikan ataupun melalui proses pembelajaran untuk anak² mereka.
Buat rakan² pendidik,
Tugas kita amatlah berat jika dilihat dari sudut amanah. Bersamalah kita memikul amanah ini sebaik mungkin kerana setiap amanah ini akan dipertanggungjawabkan kelak. Buatlah sekadar termampu buat kita dengan jujur. Jangan kita abaikan keluarga, kerana tanpa doa mereka kita tidak mungkin berada di lapangan ini. Untuk itu, saya nak berpesan hulurkan pertolongan buat mereka dengan mudah semoga hidup kita dipermudahkan 😭😭😭
Wahai ibu bapa sekalian,
Hentikanlah tomahan kpd warga pendidik. Jika ada perkara yg ingin dicadangkan anda perlu berbincang dengan pihak sekolah. Berhubunglah secara kerap dengan guru² tempat anak kalian belajar. Jangan bersengketa dengan guru² kerana ia akan mengurangkan keberkatan dari Ilahi.
Wahai anak² didik SeMalaysia,
Kamulah pelapis generasi kami. Oleh itu, kamu hendaklah sentiasa terus menerus menimba ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni. Hormatilah ibu bapa dan guru² kamu, semoga kamu beroleh keberkatan dalam hidup. Usahlah membenci guru² kamu walaupun kamu dihukum atas kesalahan kamu kerana itu adalah proses mendidik. Tanamkan dalam diri guru² tidak sewenangnya menghukum melainkan hanya untuk mendidik kamu. Percayalah, kamu tidak dapat menerima dengan akal pemikiran setiap tindakan guru kamu pada masa kini tetapi kamu akan "mengiyakan" tatkala kamu sudah dewasa dan berjaya. Kerana pembentukan akhlak dan sahsiah kamu hasil didikan mereka.
Cikgu Abeja Mohammed
Batu Pahat. 02.01.2019
#shareandsharing
#motivasibuatsemua
#pesanberpesan
Joint & Share : @pendidik4u