Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Quizziz boleh dimasukkan dlm Google Classroom....wahhh menarik...rugi sapa tak cuba 👏👏
Guna jer....😉


--

Frog VLE and Pelan Data Guru Akan Diteruskan Selepas 30 Jun 2019

 

Fasa 2 Projek 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019. Pihak kami telah mendapat banyak persoalan tentang akses Frog VLE selepas 30 Jun 2019. Pihak kami difahamkan berkemungkinan akan terdapat tempoh sehingga 6 bulan bagi pihak KPM membuka tender baharu untuk fasa seterusnya.

 

Sehubungan dengan itu, FrogAsia amat prihatin terhadap keadaan di mana semua sekolah-sekolah akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Pihak kami juga amat menghargai segala usaha sekolah dalam mencipta dan memuatnaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam Frog VLE, serta keaktifan pihak sekolah dalam  menggunakan pelantar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membudayakannya di sekolah.

 

Frog VLE

Oleh itu kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Frog VLE masih berjalan dan tersedia seperti biasa selepas 30 Jun 2019. Semua pengguna masih boleh menggunakan username dan password masing-masing.

 

Seperti yang telah dirancangkan, pihak kami akan menerbitkan Pek Ulangkaji pada 1 Julai untuk semua sekolah (SK, SJK(C), SJK(T) dan SMK) yang mengandungi soalan dan kuiz untuk topik-topik yang meliputi pengajaran dan pembelajaran dari Januari sehingga Jun. Di antara subjek-subjek yang terlibat ialah:

-    Bahasa Melayu

-    Bahasa Inggeris

-    Matematik

-    Sains

 

Pek Ulangkaji adalah sebagai sumber tambahan kepada site yang terdapat dalam Boost yang meliputi semua subjek berdasarkan sukatan pelajaran.

 

Pelan Data Guru ( Telefon Mudah Alih Altitude)

Kami juga ingin memaklumkan bahawa guru-guru masih boleh menyimpan dan menggunakan telefon mudah alih Altitude dengan pelan data guru seperti sedia ada. Oleh itu, guru-guru masih boleh menggunakan perkhidmatan ini di dalam bilik darjah serta di rumah untuk mengakses Frog VLE seperti perkhidmatan sedia ada tanpa sebarang gangguan.


Rujukan :

https://frogasia.com/en/announcements/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🚗..Tutorial 405 : Membina Picture Puzzle Dengan Proprof..🚗
Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat...petang saya nak kongsi pulak tentang bagaimana nak membina picture puzzle dengan proprof.
saya akan menggunakan gambar rama2 ni sebagai contoh.
buka proprof dan buka Jigsaw
interface jigsaw..klik Create Jigsaw Puzzle
1. Masukkan tajuk jiqsaw puzzle
2. Upload gambar rama2 yang telah disediakan tadi
3. Tahap kesukaran
4. Butang untuk mencipta puzzle
Pilihan upload image
ada beberapa pilihan upload image ..kalau kita nam masukkan imej sendiri...klik menu upload imej
klik Upload
gambar telah dimasukkan..klik Done
klik Create My Game
dah siap...selamat bermain
mudah kan...sangat mudah
Selamat mencuba