Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
400 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
5. Jika dah siap soalan yang anda karang, sila klik save. Admin sarankan agar soalan anda tidak kurang daripada 10 soalan. Jika anda karang kurang daripada 10 soalan, murid tidak akan rasa puas kerana kahoot ini menyeronokkan.
6. Bahgian ini anda boleh klik preview it atau share kepada murid melalui whatsapp, telegram, fb atau ig. Klik i'm done jika berpuas hati dengan jumble yang dihasilkan
Sampai disini tutorial kahoot bahagian 3 (jumble). Admin terpaksa skip banyak langkah dan fungsi kerana pada kahoot bahagian 1 dan 2 telah diterangkan secara detail.
Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada anda semua.
————SELAMAT MENCUBA————
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📄...Tutorial 369 : Aplikasi Kahoot (bahagian 4)...📄
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Macam mana tutorial kahoot bahagian ketiga. Anda boleh ikut ke tutorial tu. Jika boleh Alhamdulillah. Ok kita sambung tutorial yang admin janjikan semasa bahagian keempat iaitu kita akan belajar cara dan apa yang terdapat pada kahoot.it. Jom kita explore.
Kahoot.it merupakan kahoot yang di set kan untuk pemain. Hanya beberapa langkah sahaja yang perlu dilakukan dan tidak perlu banyak berfikir untuk mengarang soalan.
Sebelum tu, admin akan tunjukkan dua bahagian iaitu admin dan pemain.
1. Selepas anda klik kahoot.it, anda akan nampak pada gambar di atas.
2. Admin / Guru akan menunjukkan Game Pin pada pemain untuk memulakan game. Game tidak akan bermula jika admin / guru tidak menekan butang START.
3. Pemain hendaklah menaip game pin ini. Rujuk langkah 2 untuk melihat game pin. Selepas taip game pin, klik Enter.
4. Selepas klik enter. Anda dikhendaki taip nickname / nama samaran. Admin sarankan jika anda gunakan kahoot di sekolah, pastikan murid anda menulis nama sendiri. Pastikan nickname itu tidak berunsur lucah kerana jika ia berlaku, kahoot akan ban. Admin tidak tahu sampai berapa lamanya anda di ban kerana admin tidak suka taip yang bukan-bukan. Selepas taip nickname klik Ok, go!.