Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
399 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
Ok,selepas anda klik link dan sign in. Anda klik perkara 4 dalam gambar di atas.
Lepas anda klik create, ia akan memaparkan 3 bentuk kahoot iaitu quiz, jumble dan survey. Tutorial kali ini kita akan belajar create new Jumble. Anda klik create new jumble. Kelainan jumble ialah soalan yang diajukan perlu kesemua jawapan tidak seperti kuiz hanya satu je jawapan yang betul. Contoh soalan jumble : Susun nombor ini secara menaik. Murid dikehendaki menyusun nombor secara menaik.
1. Ni paparan untuk jumble. Seperti Kahoot Quiz, anda dikehendaki mencipta tajuk pada jumble anda. Admin terpaksa skip fungsi pada gambar di atas dan admin hanya nak share anak panah pada gambar di atas. Untuk melihat fungsi-fungsi setiap perkara anda dikehendaki rujuk tutorial kahoot bahagian 1 dan 2.
Ok kita kembali semula apakah fungsi untuk anak panah. Bahagian ini adalah intro video. Fungsi intro video ini adalah semasa murid sibuk login kahoot, murid yang telah siap login boleh menonton intro video. Untuk tajuk ini admin copy link youtube dan paste pada intro video. Intro video ini bukan wajib untuk anda letak dan tidak perlu mengikut tajuk jumble anda.
1.1. Ok admin pilih video ini untuk intro video. Anda hendaklah copy link video ini dan paste pada ruangan intro video.
1.2. Setelah selesai bahagian tajuk. Sila klik Ok,go di penjuru kanan anda.
2. Yes, kita boleh mulakan soalan untuk jumble. Klik butang + berwarna ungu.
3. Mcm pernah nampak je paparan ini...tapi di mana ye..ermmmm 🤔. Ye anda pernah lihat paparan ini pada tutorial kahoot bahagian 2. So admin skip penerangan tentang perkara 1,2,3 dan 5 (sila rujuk tutorial kahoot bahagian 2). Perkara 4 lain daripada kahoot kuiz. Anda perlu mengisi jawapan yang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Jawapan hendaklah semua betul dan tiada salah cuma susunan jawapan hendaklah teratur dan tidak secara rawak. Selepas selesai buat soalan, klik NEXT.
4. Ini contoh yang admin hasilkan untuk soalan 1. Admin tidak add gambar mahupun video. ia terpulang kepada soalan yang anda karang, perlu letak gambar atau video atau biar kosong.
5. Jika dah siap soalan yang anda karang, sila klik save. Admin sarankan agar soalan anda tidak kurang daripada 10 soalan. Jika anda karang kurang daripada 10 soalan, murid tidak akan rasa puas kerana kahoot ini menyeronokkan.
6. Bahgian ini anda boleh klik preview it atau share kepada murid melalui whatsapp, telegram, fb atau ig. Klik i'm done jika berpuas hati dengan jumble yang dihasilkan
Sampai disini tutorial kahoot bahagian 3 (jumble). Admin terpaksa skip banyak langkah dan fungsi kerana pada kahoot bahagian 1 dan 2 telah diterangkan secara detail.