Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
399 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
Lepas anda klik create, ia akan memaparkan 3 bentuk kahoot iaitu quiz, jumble dan survey. Tutorial kali ini kita akan belajar create new Quiz. Anda klik create new quiz.
1. Ini paparan selepas anda klik create new quiz. terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu iaitu :
1. Title / Tajuk - Cipta tajuk yang anda mahu buat untuk kuiz anda. Cthnya Solat, Haiwan, Operasi Matematik, Kata nama dll.
2. Description - Bahagian ini anda boleh tulis tajuk kecil, SP atau unit2 dalam pdpc. Jika anda mahu boleh tekan hastag # pada perkara pokok. Cthnya cara-cara menunaikan #solat zohor atau #kucing atau #tolak dll
3. Location - di mana kuiz yang anda sudah buat. Bahgian ini adalah automatik tanpa perlu ubah kecuali jika anda tempah plan plus dan pro.
4. Visibility - Ia merujuk kepada siapa yang boleh lihat kuiz anda. Terdapat dua option yang diberikan iaitu everyone / setiap orang atau sendiri. Admin sarankan everyone.
5. Language - terdapat banyak bahasa yang ada termasuk bahasa malaysia. Cari Malay.
6. Credit resources - bahagian ini untuk anda beri kredit pada laman, blog atau mana2 sumber yang anda mahu. contoh ada gambar yang anda ambil dari blog seseorang maka anda taip nama blog atau penulis atau link blog tersebut. Jika anda tidak mahu tulis xmengapa. Admin sarankan anda buat.
7. Jika anda ada video untuk anda buat intro kuiz anda. Kiranya sesi induksi atau mukadimah sebelum mulakan sesuatu pengajaran.
8. Bahagian untuk anda letak gambar tajuk kuiz anda. terdapat 2 tempat untuk kita dapatkan gambar iaitu image library dan upload your image (gambar yang terdapat dalam pc atau laptop anda).
perkara 8.1. Jika anda klik image library terdapat gambar2 yang cantik-cantik dari Getty Image. Cuba lihat di kiri anda. Terdapat beberapa jenis gambar yang ada dalam library image. Jika tiada yang berkenan kita pi option kedua iaitu upload your image.
perkara 8.2. Setelah anda memilih gmbar di library image, klik gambar itu 2x. Admin memilih gambar arnab. Gambar di atas anda boleh remove atau crop. Jika anda tidak mahu gambar ini anda boleh klik remove. Jika anda mahu fokus kepada arnab boleh klik crop.
perkara 8.3. Ini gambaran jika anda klik crop. laras butang putih yang berbentuk bulat mengikut cita rasa anda. Setelah selesai anda klik save dan jika anda tidak mahu crop, klik cancel.
perkara 8.4. Ok dari perkara 8.1 - 8.3 merupakan tutorial untuk fungsi library image. Sekarang kita pi bahagian upload your image. Anda klik icon upload your image dan secara automatik akan pergi ke fie upload. Cari gambar yang anda mahu dan klik open. Jika sudah selesai semuanya anda boleh klik Ok, Go di penjuru kiri anda.
2. Setelah kita selesaikan semua langkah-langkah untuk membuat tajuk. Masanya untuk mengarang soalan kuiz kita. Anda diminta klik butang + berwarna ungu (add question).
3. Ni merupakan paparan untuk kita mengarang soalan kuiz. Terdapat 6 perkara yang perlu anda tahu fungsinya.
1. Taip soalan diruangan ini, anda boleh taip bentuk soalan janji soalan itu yang berbenuk objektif bukan subjektif ye.
2. Time limit - Ia merupakan masa untuk murid atau orang yang menggunakan kahoot. Anda boleh pilih masa yang ada.
3. Award point - tujuannya ialah untuk menarik minat murid kita untuk bertanding dengan rakan-rakannya dan boleh diberi reward chart untuk kumpulan (PAK21).
4. Answer - Terdapat 4 jawapan yang anda perlu isi. Pastikan 1 sahaja jawapan yang betul dan 3 jawapan yang salah atau hampir2 betul. Jangan lupa klik icon untuk jawapan yang betul shj.
5. Credit resource - Anda boleh rujuk langkah 1 untuk mengetahui apakah credit resource.
6. Media - fungsinya sama dengan langkah 8.1 - 8.4. Sila rujuk bagaiman caranya untuk image. Kali ini ada penambahan 1 item utk media iaitu anda boleh upload video dari youtube dengan hanya copy link shj.
3.1. Contoh soalan yang admin buat dengan menggunakan image. Perhatikan pada credit resource. Ia dimasukkan secara automatik jika anda mengguakan library image.
3.2. Setelah anda semak dan berpuas hati klik NEXT. Maaf jika icon tangan mengganggu anda.