Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
399 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
12. Paparan untuk Discover
13. Ni paparan untuk Kahoot. Terdapat 4 perkara di halaman kahoots iaitu
1. My Kahoot - halaman untuk kita simpan kuiz dan nak buat kuiz.
2. Nama sekolah - halaman ini terbaru daripaa kahoot.
3. Favorites - Kuiz yang ini kita jadikan sebagai paling disukai oleh anda.
4. Share with me - kuiz yang di share / kongsi linknya dengan anda.
14. Paparan ini daripada My Kahoot. Disini terdapat 5 perkara yang anda perlu tahu iaitu :
1. Search - Mencari tajuk kuiz yang anda cipta, jika ia terlalu banyak anda hasilkan.
2. Create New - Untuk kita cipta kuiz yang baru.
3. Organize into folder - kita boleh buat folder untuk menyimpan kuiz kita. Ianya berbayar. Ingat lagi langkah 9, admin ada beritahu tentang plan2 kahoot. Sila rujuk langkah 9.
4. ada 2 icon. Yang pertama untuk besarkan apa yang terdapat pada kuiz yang dihasilkan manakala yang kedua utk mengecilkan bahagian kuiz dengan hanya paparkan tajuk kuiz. Ia sesuai untuk kuiz yang banyak dihasilkan.
5. Add a kahoot - selepas anda menyiapkan kuiz, kuiz anda akan berada di sini untuk anda lakukan samaada anda mahu edit, delete atau kongsi.
15. Jika anda klik pada Create (sila rujuk langkah 11). Kahoot akan memberi kita 3 format iaitu Quiz, Jumble dan Survey.
Ok. Sampai di sini sahaja tutorial Kahoot bahagian 1. Next tutorial kita akan mendalami satu persatu Quiz, Jumble dan Survey. So harap tutorial pada hari ini akan memberi banyak manfaat pada anda semua..
————-SELAMAT MENCUBA————-
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📄...Tutorial 366 : Aplikasi Kahoot (bahagian 2)...📄
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Macam mana tutorial kahoot bahagian pertama. Anda boleh ikut ke tutorial tu. Jika boleh Alhamdulillah. Ok kita sambung tutorial yang admin janjikan semasa bahagian pertama iaitu kita akan belajar cara dan apa yang terdapat pada halaman kuiz kahoot. Jom kita explore.
Ok selepaas anda klik link dan sign in. Anda klik perkara 4 dalam gambar di atas.
Lepas anda klik create, ia akan memaparkan 3 bentuk kahoot iaitu quiz, jumble dan survey. Tutorial kali ini kita akan belajar create new Quiz. Anda klik create new quiz.
1. Ini paparan selepas anda klik create new quiz. terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu iaitu :
1. Title / Tajuk - Cipta tajuk yang anda mahu buat untuk kuiz anda. Cthnya Solat, Haiwan, Operasi Matematik, Kata nama dll.
2. Description - Bahagian ini anda boleh tulis tajuk kecil, SP atau unit2 dalam pdpc. Jika anda mahu boleh tekan hastag # pada perkara pokok. Cthnya cara-cara menunaikan #solat zohor atau #kucing atau #tolak dll
3. Location - di mana kuiz yang anda sudah buat. Bahgian ini adalah automatik tanpa perlu ubah kecuali jika anda tempah plan plus dan pro.
4. Visibility - Ia merujuk kepada siapa yang boleh lihat kuiz anda. Terdapat dua option yang diberikan iaitu everyone / setiap orang atau sendiri. Admin sarankan everyone.
5. Language - terdapat banyak bahasa yang ada termasuk bahasa malaysia. Cari Malay.
6. Credit resources - bahagian ini untuk anda beri kredit pada laman, blog atau mana2 sumber yang anda mahu. contoh ada gambar yang anda ambil dari blog seseorang maka anda taip nama blog atau penulis atau link blog tersebut. Jika anda tidak mahu tulis xmengapa. Admin sarankan anda buat.
7. Jika anda ada video untuk anda buat intro kuiz anda. Kiranya sesi induksi atau mukadimah sebelum mulakan sesuatu pengajaran.
8. Bahagian untuk anda letak gambar tajuk kuiz anda. terdapat 2 tempat untuk kita dapatkan gambar iaitu image library dan upload your image (gambar yang terdapat dalam pc atau laptop anda).
perkara 8.1. Jika anda klik image library terdapat gambar2 yang cantik-cantik dari Getty Image. Cuba lihat di kiri anda. Terdapat beberapa jenis gambar yang ada dalam library image. Jika tiada yang berkenan kita pi option kedua iaitu upload your image.