Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
Anda masih ingat lagi tutorial cara cipta akaun HOTMAIL. Sebelum mulakan tutorial SWAY ini, anda hendaklah ada akaun email outlook, hotmail or microsoft live. Anda boleh rujuk cara create email hotmail dalam tuturial yang lepas. https://t.me/ilmuict/68 klik link ini untuk ke tutorial hotmail.
1. Selepas anda klik link yang admin upload tadi. Gambar di atas merupakan paparan microsoft 365.
2. Langkah seterusnya, anda dikehendaki klik Sign In di sebelah kanan anda. Rujuk gambar di atas.
3. Seterusnya anda dikhendaki taip email anda. Bukan @gmail atau @yahoo ye tapi hotmail atau outlook. Jika anda tiada email hotmail atau outlook, anda klik create one!. Selepas mengisi ruangan email, phone or skype, klik NEXT.
4. Selepas klik email anda. Anda dikehendaki mengisi ruangan password / katalaluan. JIka lupa password anda, klik Forget my password. Selepas mengisi ruangan password, anda klik Sign In.
p/s - Jika anda senang, boleh klik butang Keep me signed in. Jangan klik keep me signed in pada desktop atau laptop selain daripada hak milik sendiri.
5. Selepas klik Sign in, Gambar di atas menunjukkan paparan sebenar SWAY. Jika di lihat di bawah Welcome to Sway terdapat 3 tools yang menarik iaitu
1. Create New
2. Start form a topic
3. Start from a document.
Kita akan mulakan dengan Create New.
6. Klik Create New
7. Gambar di atas kita dapat lihat beberapa tools yang ada pada paparan muka / surface iaitu
1. Storyline
2. Design
3. Insert
Kita akan pi satu persatu. Kita lihat storyline dahulu.
8. Gambar di atas merupakan tapak permulaan untuk storyline. terdapat 4 tools pada tapak storyline kita iaitu background, emphasize, accent dan link. Next klik background
9. Selepas klik background, disebelah kanan anda dipaparkan carian gambar untuk background anda.