Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
400 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
Hah.. baru sedap mata memandang. Next step, kita akan tandakan pada gambar yang kita mahu kekalkan. Apabila konsol mouse kita berada di gambar secara automatik ia akan tertera bulatan hijau.
Jika di lihat bahagian di atas gambar terdapat banyak bahagian. Terdapat bahagian undo, forward, foreground, background, erase markings, move, zoom in, zoom out, original size, zoom to fit dan marker saiz.
i. Undo - untuk kita patah balik jika kita buat silap pada bentuk asal.
ii. Forward - untuk kita kembali kepada first yang kita buat selepas klik undo.
iii. Foreground - bahagian yang kita perlu tanda pada gambar yang kekal / tidak buang . (ia berwarna hijau).
iv. Background - bahagian yang perlu kita tanda untuk hilangkan warna background. (ia berwarna merah)
v. Erase Markings - Tools yang digunakan untuk padam foreground atau background. (ia akan muncul warna kelabu).
vi. zoom in, zoom out, zoom to fit - tool yang membolehkan kita mengecilkan gambar, membesarkan gambar.
vii. Marker saiz - tools ini untuk laraskan besar atau kecil apabila kita menggunakan tools foreground, background dan erase markings.
Fuhhh.. panjangnya ceramah hahahhaa... so fokus pada tutorial kita.
Kita xpayah klik tools foreground kerana ia berfungsi secara automatik. Next step, kita tekan lama-lama butang kiri mouse kita dan buat satu garis lurus pada objek atau tubuh dalam gambar. Lihat rajah di atas.
Next step, kita klik tools background. Lihat rajah diatas.
Selepas klik tools background, kita wat garisan di tepi gambar / background yang kita nak hilangkan. Lihat rajah di atas.
Selepas kita gariskan pada gambar yang kita mahu hilangkan warnanya dengan menggunakan tools background secara automatik ia akan hilangkan warna backgorund pada gambar.
Wah.. hebatkan. Tapi ada pulak warna biru di bahagian leher. So Next step.
Kita klik tools marker size. Laraskan ia menjadi kecil sedikit. Anda juga boleh gunakan zoom in untuk gariskan pada warna background yang xmau hilang.
Gariskan sedikit ( jangan panjang sangat takut terkena pada bahagian lain plk ) pada background yang xmau hilang tu dan Yeahhhhh...πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ berjaya. Wah mcm pro plak kita. Next step...
Kita beralih plk pada tools belah kanan kita. Terdapat 3 tools iaitu Smooth the Boundary, Offset the Boundary dan Feathering
Smooth the Boundary - untuk cropkan sedikit sisa-sisa background yang dapat dikesan atau tidak. Terdapat 10 level untuk kita tentukan. Untuk gambar ini admin sarankan klik no 1. Jangan takut untuk cuba klik nombor lain.
Offset the Boundary - untuk membuat garisan pada tepi gambar yang dikekalkan. terdapat 20 level iaitu 1 hingga10 dan -1 hingga -10. Jika kita tekan 1-10 makin naik nombornya makin besar garisan pada bahgian tubuh dan kita jika tekan -1 hingga -10 makin mengecil bahagian tubuh.
Feathering - untuk kita hasilkan bayang-bayang atau shadow. Terdapat 10 level. Makin naik level makin terserlah shadow. admin sarankan xyah guna. Jika mahu try n error dipersilakan.
Next step, klik icon disket untuk save dalam desktop atau laptop. Jangan risau FOC ( Free Of Charge) je.
Next step, save dalam mana folder yang kita mahu..
πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Dah siap
Selepas selesai save, ia akan tertera paparan seperti rajah di atas.
Jika kita tidak mahu, kita boleh delete dengan menekan butang x diatas gambar yang kita edit tadi. Ia akan keluarkan nasihat atau peringatan sama ada betul kita nak buang atau tidak. Jangan risau orang lain x dapat lihat apa yang kita buat.
Foto asal untuk anda cuba try dan test laman ini. best ooo..
β€”β€”β€”β€”β€”SELAMAT MENCUBA β€”β€”β€”β€”-
Sebelum terlupa ia benarkan kita download app dia dalam desktop atau laptop. Admin tidak tahu sama ada ia free atau trial. Tidak salah jika kita mahu mencuba. Nanti admin tunjukkan kat mana nak download aplikasi dia.
Bahagian atas belah kanan anda ada 3 butang iaitu download for PC or Mac, Register dan Login. Klik butang download for PC dan MAC