Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🐝Tutorial 355 : Buang / Hilangkan Gambar latar / Background Pic menggunakan online.photoscissors.com🐝
Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Pada tutorial yang lepas kita belajar tentang laman web Cut My Pic untuk membuang / menghilangkan gambar background. Kali ini saya akan tunjukkan website lain yang sama fungsinya tetapi seakan-akan adobe photoshop iaitu online.photoscissors.com. Jom kita lihat apa yang best laman web ini.
Selepas kita klik link https://online.photoscissors.com/ , paparan yang pertama kita akan lihat seperti rajah di atas.
Anda di minta klik butang Upload Image seperti yang tertera rajah di atas. Cari gambar yang kita mahu buang background.
Laman web ini akan upload gambar kita dan yeah 🎉🎉 dah upload. Kali ini admin upload gambar Menteri Pendidikan. Jangan lupa gambar yang diupload akan bertanda betul pada gambar. Lihat rajah di atas.
Tiga gambar di atas menunjukkan panduan cara menggunakan online.photoscissors.com ini.
Inilah paparan yang ada pada online .photoshop.com.
Wow besar juga gambar yang laman web ini paparkan. So jika anda hendak kecilkan sedikit gambar ini. Anda klik icon kanta (-). Ikut cita rasa masing-masing. Admin suka kecilkan sikit gambar ini senang untuk kita edit.
Hah.. baru sedap mata memandang. Next step, kita akan tandakan pada gambar yang kita mahu kekalkan. Apabila konsol mouse kita berada di gambar secara automatik ia akan tertera bulatan hijau.
Jika di lihat bahagian di atas gambar terdapat banyak bahagian. Terdapat bahagian undo, forward, foreground, background, erase markings, move, zoom in, zoom out, original size, zoom to fit dan marker saiz.
i. Undo - untuk kita patah balik jika kita buat silap pada bentuk asal.
ii. Forward - untuk kita kembali kepada first yang kita buat selepas klik undo.
iii. Foreground - bahagian yang kita perlu tanda pada gambar yang kekal / tidak buang . (ia berwarna hijau).
iv. Background - bahagian yang perlu kita tanda untuk hilangkan warna background. (ia berwarna merah)
v. Erase Markings - Tools yang digunakan untuk padam foreground atau background. (ia akan muncul warna kelabu).
vi. zoom in, zoom out, zoom to fit - tool yang membolehkan kita mengecilkan gambar, membesarkan gambar.
vii. Marker saiz - tools ini untuk laraskan besar atau kecil apabila kita menggunakan tools foreground, background dan erase markings.
Fuhhh.. panjangnya ceramah hahahhaa... so fokus pada tutorial kita.
Kita xpayah klik tools foreground kerana ia berfungsi secara automatik. Next step, kita tekan lama-lama butang kiri mouse kita dan buat satu garis lurus pada objek atau tubuh dalam gambar. Lihat rajah di atas.
Next step, kita klik tools background. Lihat rajah diatas.
Selepas klik tools background, kita wat garisan di tepi gambar / background yang kita nak hilangkan. Lihat rajah di atas.
Selepas kita gariskan pada gambar yang kita mahu hilangkan warnanya dengan menggunakan tools background secara automatik ia akan hilangkan warna backgorund pada gambar.
Wah.. hebatkan. Tapi ada pulak warna biru di bahagian leher. So Next step.