Tutorial..ICT
12.6K subscribers
7.73K photos
401 videos
757 files
1.13K links
Kongsi idea tentang ICT
Download Telegram
pada menu Insert

1 - Image (untuk masukkan imej ke dalam dokumen)

2 - Table ( untuk masukkan jadual ke dalam dokumen)

3 - Drawing (untuk masukkan lukisan ke dalam dokumen, bila pilih opsyen ini, akan keluar satu ruangan untuk melukis, sangat optimised untuk touch screen laptop atau tablet yang ada stylus, boleh juga guna mouse je)

4 - Chart (untuk masukkan carta)

5 - Horizontal Line (untuk masukkan garisan melintang kedalam dokumen)

6 - Footnote (untuk masukkan nota kaki di bawah dokumen)

7 - Special Character... ( untuk masukkan simbol-simbol khas)

8 - Equation (untuk masukkan simbol dan persamaan yang melibatkan matematik)

9 - Header & Page number (untuk masukkan header dan juga nombor muka surat)

10 - Break (untuk masukkan ruangan break/pemisah pada dokumen)

11 - Link (untuk masukkan hyperlink)

12 - Bookmark (untuk melatkkan tanda bookmark pada ruangan yang dikehendaki supaya memudahkan proses editing di kemudian)

13 - Table of content (untuk membuat senarai kandungan dokumen)
saya skip tab format sebab sama seperti word yang biasa kita gunakan
kita ke tab menu seterusnya iaitu Tools
pada menu Tools

1 - Spelling (untuk semak ejaan jika kita telah setkan language)

2 - Word count (untuk bilangan patah perkataan di dalam dokumen)

3 - Review suggested edits (untuk melihat cadangan editing jika kita berkolaborasi dengan pihak lain)

4 - Explore (fungsi yang sangat best... untuk mencari maklumat lanjut atau rujukan tentang isi dokumen yang kita kehendaki terus dari dokumen)

5 - Dictionary (untuk fungsi kamus seperti thesaurus, definisi atau sinonim sesuatu perkataan dalam dokumen.. hanya perlu highlight kan perkataan tersebut dan pilih fungsi dictionary)

6 - Translate document.. ( untuk menterjemah seluruh dokumen ke bahasa yang kita ingini... tapi hasil tidaklah perfect ye... guna google translate)

7 - Voice Typing... (feature yang viral baru-baru ini... kalau rasa malas nak menaip.. boleh cuba gunakan feature ini... anda hanya perlu sebut sahaja ayat yang dikehendaki dan google akan cuba capture suara anda dan taipkan untuk anda... hehehe)

8 - Script Editor (untuk masukkan script jika ada, juga jika menggunakan adds-on)

9 - Preference (tetapan untuk dokumen)
ok... rasanya detail dah saya cerita tentang menu-menu yang ada pada google docs... penat menaip ni... hahaha
seterusnya... saya nak perkenalkan feature yang paling best dalam google docs selain voice typing.. iaitu feature collaboration nya... satu dokumen tapi kita boleh edit beramai-ramai secara online... sangat berguna jika kita gunakan di dalam kelas... buat satu dokumen template dan biarkan murid edit dokumen tu... atau jika kita diberikan tugas untuk membuat kertas kerja disekolah... share bersama pentadbir untuk memudahkan mereka semak terus kertas kerja kita.. takdela jenuh nak print berkali-kali kan... hehehe
cara nya mudah sahaja...
tekan pada button SHARE
akan keluar menu camni
masukkan email individu yang kita kehendaki.... kalau nak share pada pentadbir.. masukkan email mereka... YesID tu pun boleh ye...
tekan pada button pensel ni... akan keluar 3 opsyen yang boleh dipilih
can edit - individu yang email nya dimasukkan akan boleh edit keseluruhan dokumen

can comment - individu yang emailnya dimasukkan hanya boleh comment sahaja... tidak boleh edit... dokumen asal tidak akan berubah

can view - individu yang emailnya dimasukkan hanya boleh melihat dokumen ini sahaja... tidak boleh edit atau comment langsung
jadi.. pilih ikut pada situasi kita
kalau masa tu... bos kita tgh edit atau komen... kita boleh terus komen ke dia... jangan sergah lak... hahaha... sembang terus dgn dia untuk tahu apa kehendak dia... mudah kan
ada 3 view bergantung kepada level of sharing kita...
ni view untuk editing mode
Forwarded from 🍏Roiamah🍋
Klu share fail dgn kawan elok share Can View. Bila dia nak edit,
- klik File
- klik Make a Copy
- klik OK

File akan disalin dan save dlm G Drive kawan tsb.