TOURISM MELAKA RASMI
363 subscribers
169 photos
14 videos
28 links
Tourism Melaka Channel is a group that features news, articles, reviews, viral news and latest promo of Melaka.
Download Telegram
#RestartTourism Hujung minggu kedua PKPP di Melaka.

Orang ramai dilihat telah mula yakin untuk mengunjungi beberapa lokasi tarikan pelancongan walaupun hujan lebat semenjak malam semalam. Tinjauan bermula petang tadi di Banda Hilir, Jonker Street, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan Zoo Melaka, para pengunjung dilihat memenuhi lokasi ini bersama keluarga dan anak kecil namun masih mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ramai pengusaha pelancongan dan peniaga kecil di sekitar kawasan tarikan telah mula tersenyum dan menarik nafas lega apabila jumlah pelancong ke tempat mereka semakin bertambah dari hari ke hari.

Anda apa tunggu lagi. Jomlah ke Melaka. Kan #MelakaIsThePlaceToBe. Semuanya ada di Melaka! Jangan risau, #MelakaSafeHaven.

Dapatkan kredit percuma RM10 terus ke akaun anda dengan memuat turun Melaka eXcess dan sertai kempen Dream Now Travel Later untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

📱 MuatTurun aplikasi Melaka eXcess melalui App Store dan Google Play sekarang bagi menikmati tawaran hebat
MALDIVES OF MELAKA

Zaman Portugis panggil Rio de Cassan
Zaman British panggil River of Cassang
Lepas Merdeka panggil Sungai Kesang
Tahun 2020 panggil MALDIVES OF MELAKA 😁

Berangan tak salah, tapi kalau dapat snap gambar cantik dekat Sungai Kesang ala-ala tengah bercuti di Maldives tu lagi tak salah!

Banyak Instagram-spot yang anda boleh ambil di kawasan sekitar Laman P. Ramlee & Saloma dan juga Laman Sungai Rambai. #MelakaIsThePlaceToBe. Confirm meletop post uols kat insta 😁

Yang nak kesana, pastikan anda jaga keselamatan diri dan keluarga. Jangan terlalu dekat dengan sungai ya, bahaya! Mungkin ada yang memerhati 🐊. Jaga kebersihan kawasan sekitar dan jangan buang sampah merata-rata 🙏
-------

📱 MuatTurun aplikasi Melaka eXcess melalui apps store dan google play sekarang bagi menikmati tawaran hebat.

Kempen bermula pada 1 Jun 2020 - 31 Disember 2020.

#TourismMelaka #FabulousMelaka #MelakaTravelNow #DreamNowTravelLater #MelakaYourFirstDestination
#MelakaSafeHaven