Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
321 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
99 kebaikan kamu pada manusia, mereka boleh lupa semuanya hanya kerana 1 khilafmu terhadap mereka.

Tapi...

99 keburukan perilakumu terhadap Allah, sekali gus Allah terus lupakan atas asbab 1 penyesalanmu iaitu taubat. DIA lebih memilih yang SATU itu.

Bezanya antara Allah dan manusia.

🥀☕️ @bicarabulanofficial
Bila kita melihat orang yang berjaya, jangan kita simpan rasa cemburu buta.

Perangai makhluk Allah yang berhati kurang cantik, pantang tengok orang lain senang dan bahagia mesti akan cungkil idea untuk malukan si fulan, sakitkan hati dan perasaan dia, mengaibkan dia dengan mengungkit kesilapannya, persendakan kekurangannya, dan melupakan kebaikannya.

Walaupun kita kata tiada niat kita sebegitu tapi Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita, kawan.

Jangan pandang orang saja yang jahat, diri sendiri yang sentiasa betul dan baik. Andai kita anggap sebegini, kitalah sebenarnya jahat. Jahat dalam diam.

🥀☕️ @bicarabulanofficial
kita semua pernah terasa hati dalam relationship, but bila kita nak luahkan iainya menjadi punca berlaku gaduh & salah faham. sebab tu ramai sekarang memilih untuk pendam dan diam.

🥀☕️ @bicarabulanofficial


ketika kamu memutuskan untuk berhijrah,
Maka bersiaplah,
Kamu akan kehilangan duniamu
Kamu akan kehilangan banyak sekali teman
Untuk beberapa saat kamu akan sendirian,
ini sudah risiko
Ini harga yang harus dibayar untuk sebuah perubahan.

Bersiaplah pula,
Kerana ini bukan jalan yang mudah
Akan ada banyak sekali ujian dan rintangan
Istiqomah mu akan di uji
Hatimu akan di bolak-balik
Bersiaplah,
Tapi tenang,
Ada Allah yang maha pengasih,
Allah nda mungkin tega melihat hambaNYA berjuang sendiri tanpa kawan
Allah pasti akan mendatangkan seseorang untuk menemani mu dalam hijrah
Membantu mu Istiqomah
Dan memudahkan langkah mu menuju jannah.

Harus yakin, harus sabar
Dan teruslah berbaik sangka kepada Allah
Allah baik kan,
Sudah Allah siapkan segala sesuatu yang terbaik bagimu
Yakinlah,
Bahwa segala sesuatu yang telah ditakdirkan untuk mu tidak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain.
Maka tenanglah wahai hati
Jalan hijrah bukanlah jalan yang mudah tapi Allah menjanjikan keindahan pada akhirnya.

Jadi bersabarlah,dan jangan lupa senyum♡

Kredit to owner.
Setiap waktu Subuh Allah swt turunkan Malaikat. Tugasnya mendoakan orang yang BERSEDEKAH SUBUH hari.
.
Amalan ini wallahu sangat dasyat, manfaat banyak untuk menyembuhi penyakit, memakbulkan hajat, memudahkan urusan dan mendapatkan hajatnya.
.
Waktu sedekah subuh itu sentiasa doa, Ya Allah dengan berkat sedekah ini, mudahkan perjalanan kerja ku, Ya Allah dengan berkat sedekah ini mohon sedekahkan pahala kepada kedua ibubapa ku, Ya Allah berkat sedekah ini kurniakan aku anak penghafal Al-Quran. Amiin.
.
Jadikan amalan sedekah waktu subuh setiap hari. In shaa allah moga-moga apa yang kita doa Allah swt makbulkan.
.
Wakaf sedekah infak buku FTR semoga ilmu yang diamalkan pahala sentiasa mengalir..
Klik link dibawah untuk sedekah wakaf..

https://bit.ly/WakafSahamAnda
"Yang paling buruk adalah orang yang berada dalam bidang NASIHAT MENASIHATI tapi
dialah si jahat hati"
#drtuah
ADAKAH BENAR FENOMENA GERHANA TANDA HAMPIRNYA KIAMAT? 🌕

Salah satu tanda besar kiamat adalah apabila berlakunya 3 gerhana. Ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:

Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari berkata:

"Telah muncul Rasulullah SAW di samping kami apabila kami sedang berbincang. "Maka Baginda SAW bertanya: "Apa yang kamu bincangkan?" Mereka menjawab: "Kami sedang membicarakan perihal al-Sa’ah (hari Kiamat)." Lalu Nabi SAW bersabda:

إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ - فَذَكَرَ - الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda.” “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka.”
(HR Muslim, hadis sahih)

NAMUN GERHANA BULAN PENUH PADA HARI INI BUKANLAH GERHANA SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN DALAM HADIS DI ATAS.

InsyaAllah, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena ini pada 8 NOVEMBER 2022/ 13 RABIULAKHIR 1444, mulai jam 5:09 petang dan berakhir pada jam 8:49 malam.

Tetapi, apa yang lebih penting adalah, apakah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang boleh kita contohi ketika berlakunya gerhana bulan?

PERINGATAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BERLAKUNYA GERHANA

1. MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH

Dalam hadis Aisyah r.a. disebutkan:

فَإِذَا رَأَيْتُمْ كُسُوْفًا فَاذْكُرُوْا اللهُ حَتَّى يَنْجَلِيَا

Maksudnya: “Apabila kamu melihat gerhana, ingatlah kepada Allah sehingga kedua-duanya kembali tenang.”
(HR Muslim, hadis sahih)

2. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan Baginda bersabda: “Maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari).
(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

3. BERTAKBIR, TAHMID DAN TAHLIL

Dari Abdurrahman bin Samurah berkata:

بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِي بِأَسْهُمِي فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لَأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّيَ عَنْ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: “Pada suatu waktu di masa Rasulullah SAW ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah SAW apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali.
Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.”
(HR Muslim, hadis sahih)

4. BERZIKIR DAN BERISTIGHFAR

Ketika berlakunya gerhana, Rasulullah SAW menggalakkan untuk kita memperbanyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.

Dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata;

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ رَأَيْتُهُ قَطُّ يَفْعَلُهُ وَقَالَ هَذِهِ الْآيَاتُ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنْ { يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ } فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَار

Maksudnya:“Ketika terjadi gerhana matahari, Rasulullah SAW berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.”
(HR Bukhari, hadis sahih)

5. BERSEDEKAH

Daripada ‘Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا يُخْسَفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya: “Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah SWT, bertakbirlah serta perbanyakkan bersedekah.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)

HUKUM SOLAT GERHANA

Dalam mazhab Syafii, mendirikan solat sunat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya.

Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

وَمِنْ أَيٰتِهِ الَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُۗ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلّٰهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.”
(Surah Fussilat: 37)

WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA

Solat gerhana bulan boleh dilakukan bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan tamat dengan berakhirnya gerhana serta naiknya matahari.

TIDAK HARUS MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA KETIKA:

1. Bulan menjadi terang kembali kerana cahaya matahari tidak lagi dihalang oleh bumi.
2. Apabila terbit matahari hingga bulan tidak lagi kelihatan walaupun gerhana bulan berlaku ketika itu. Namun, jika matahari terbit tetapi bulan yang sedang gerhana masih kelihatan, maka solat sunat gerhana masih boleh dilakukan.

TATACARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA

Berdasarkan kepada mazhab Syafii, ketika berlakunya gerhana, solat ini masih boleh dilaksanakan walaupun berada dalam waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia dilakukan dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri, pada tiap-tiap satu rakaat.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA
1. Niat.
2. Takbiratul Ihram.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Rukuk dan membaca 100 kali tasbih.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali 'Imran atau mana-mana surah.
8. Rukuk dan membaca 90 kali tasbih.
9. Iktidal.
10. Sujud.
11. Duduk antara dua sujud.
12. Sujud.
RAKAAT KEDUA
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
3. Rukuk dan membaca 70 kali tasbih.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Mai'dah atau mana-mana surah.
6. Rukuk dan membaca 50 kali tasbih.
7. Iktidal.
8. Sujud.
9. Duduk antara dua sujud.
10. Sujud.
11. Membaca tasyahud akhir.
12. Memberi salam.
13. Khutbah gerhana.

🔸 Sunat menyaringkan suara pada bacaan al-Fatihah dan surah lain ketika solat sunat gerhana bulan.

🔸 Mazhab Syafii menyatakan sunat untuk melakukan khutbah selepas solat gerhana ini.

MENGAPA DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA SURAH YANG PANJANG DALAM SOLAT GERHANA?

Hal ini adalah kerana Aisyah r.a., berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ

Maksudnya: "Telah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah SAW lalu Baginda mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri."
(HR al-Bukhari, hadis sahih)

Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan dalam kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari mengenai lamanya Baginda SAW berdiri bahawa:

Disebutkan dalam hadis Ibnu Abbas seperti yang disebutkan setelah empat bab iaitu:

فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى

Maksudnya: "Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama."

Abu Daud juga meriwayatkan melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:

قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان

Maksudnya: "Baginda SAW membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua.

Walau bagaimanapun, surah panjang tersebut hanyalah sekadar surah yang disarankan untuk membacanya ketika menunaikan solat gerhana.

Boleh juga jika kita membaca mana-mana surah yang lain seperti surah al-A'la, surah al-Ghashiyah, surah al-Syams, surah al-Zalzalah dan sebagainya.

NIAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (bersendirian)

أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (berjemaah)

أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا/مَأْمُومًا للَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”

Mari sama-sama kita memperbanyakkan amalan ketika berlakunya gerhana bulan seperti yang telah disarankan Rasulullah SAW, mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan sentiasa menjadikan kita hamba Allah yang mengharap Syurga dan redaNya 🌹

RUJUKAN
1. Ensiklopedia Solat (Rohidzir Rais, Fuad ismail dan Mohd. Wahid Abd. Hanif).
2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan
3. Laman Web Rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
4. Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan
5. Khutbah Gerhana Bulan Separa

Semoga bermanfaat buat semua.🌹
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🌹

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

#UAHSahabatDuniaAkhirat
Setiap manusia, Allah jadikan sangat istimewa.

Mungkin tidak di mata orang lain, tapi tersangatlah istimewa pada seseorang

🥀☕️ @bicarabulanofficial
MUHASABAH DIRI

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut.

Tiada seorg pun yg terlepas.

Di dunia ini kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat,
ttp bila di Pdg Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walau pun jaraknya 500 perjalanan lg, semua org dlm ketakutan dan semua org takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Org lelaki paling banyak dituntut di akhirat...

Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin).

Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yg akan menuntut segala pahala darinya.

Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yg akan menuntut pahalanya di akhirat.

Begitu juga ibubapa yg sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yg sakit,
mak ayah kata dia redha ttp di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua,
di akhirat juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya,
sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki,
lalu berpindahlah dosa2 orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yg ambil mudah...

Contoh: suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat.

Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sbb akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tetapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri2 dan anak2 mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak2 akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa.

Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tetapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan...

Jika kita ada ilmu agama,
kita tidak sampaikan pada kawan2, kita biarkan kawan2 kita dlm kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan.

Maka di akhirat nanti kawan2 akan dtg menuntut hak kpd kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook.

Jangan ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita.

Apa sahaja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorg perempuan beragama Islam yg mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan2 yg menegur dia utk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan2nya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yg tidak menutup aurat itu akan menuntut semua pahala dari kawan2 yg tidak menegurnya.

Nampak?

Ini antara hak seorg kawan...
Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sahabat.

#Ustazah Asma' Harun.
Orang kata, apabila memandang ke arah sesiapa, gunakan cermin.

Jangan gunakan kanta pembesar. Kalau guna kanta, nampak jelas segala buruknya. Yang kecil boleh jadi besar. Yang setitik boleh jadi sebukit.

Kalau guna cermin, Insya-Allah akan terbias diri kita sendiri. Kalau tidak suka tabiatnya yang malas membantu, boleh nampak juga adakah kita sendiri punya sifat itu?

Kalau kita tak suka dia berlagak, tanya diri kita, sifat itu ada pada kita atau tidak?

Memang Allah selalu bantu kita untuk muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang dihantar hamba-Nya yang lain untuk bantu kita refleksi diri.

Yang penting, kita kena tanya hati. Mahu berubah atau tidak? Mahu jadi lebih baik atau tidak?

Kalau mahu berubah, Alhamdulillah. Kalau tidak mahu, terpulanglah.

Hidup di dunia ini bukan lama mana. Kalau nak diikutkan ego kita, hmm ... menjawablah di akhirat sana.

🥀☕️ @bicarabulanofficial
Ramainya yang pergi menghantar Arwah Paksu Mid..

SIAPAKAH ARWAH PAKSU MID YANG BARU MENINGGAL DUNIA?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang )

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat .

6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.

7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

#santuniUlamak
#sekadarperkongsian
Sumber: Ulama' Besar Alam Melayu
Waliyullah Pak Su Mid Kuala Nerang yang meninggal semalam ada kongsikan amalan dalam menghadapi dunia akhir zaman. Moga kita dan seluruh ahli keluarga kita berkumpul di syurga Allah.

#MinguanWanita
#temansetiapwanita
Kelebihan guna Eloy Serum Kesan Sepantas 7 Hari

Cerahkan Kulit
Melembapkan kulit
Anti penuaan
Mengecilkan pori pori
Menegangkan kulit
Mengecutkan Jerawat
Mengurangkan pigmentasi
Memudarkan Jeragat
+
Percuma Gelang Emas
Percuma Rantai Emas
Cabutan Bertuah Barangan Elektronik
Discount 30%
Percuma Kelas Kecantikan Wanita Bernilai RM500

Ws Tuna

Wasap.my/601121295914