Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
314 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
7 KELEBIHAN BERSEDEKAH

1. Memperoleh pahala berlipat kali ganda
2. Menghapus dosa
3. Menjauhkan seseorang dari api neraka
4. Selamat dari musibah
5. Masuk syurga melalui pintu sedekah
6. Mendapat naungan di hari akhirat
7. Harta tidak berkurang.

Sedekah tidak akan menjadikan seseorang itu jatuh miskin. Ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah akan mendapat balasan lebih banyak daripada Allah SWT.

bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Kelebihan Zikir Ya Latiff

1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .

2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..

3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya

4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …

5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...

6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..

Semoga bermanfaat buat semua.

https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
GALAKAN BERPUASA DI BULAN MUHARRAM

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.”

(Hadis riwayat muslim, 1163)

Semoga apa yang dikongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua dan selamat beramal.
Forwarded from Tips Rezeki Melimpah Ruah4u (Tuna)
Sedekah waktu subuh ini sungguh ajaib.
.
Sedekah terbaik adalah sedekah jariah. Sedekah jariah itu ialah wakaf. Kerana sedekah jariah ini pahalanya sampai mati. Terutamanya sedekah ilmu kepada yang memerlukan. Cerah dan terang kubur kita bila mati nanti kerana membiayai ilmu kepada ramai orang.
.
Jom join wakaf buku bermanfaat FTR.
Kami bantu anda berwakaf kerana Allah. Jangan lepaskan peluang 🥰
.
Sedekah amount paling besar yang belum pernah anda buat. Kerana semakin besar pemberian kita, semakin banyaklah pahala kita.
.
*Sahaja Aku Bersedekah/Berwakaf Kerana Allah Taala*.🤲🏻🤲🏻
.
Platform wakaf paling dipercayai tanpa ragu. Tekan sini ya >>

http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan.

Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.

Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭 Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔 Muhasabah.

Kredit: Dr.Amirul Amin
Tips untuk wanita Islam yang berambut panjang :

1. Ikat rambut di bawah (tempat bertanda . Bukan di )

2. Jika rambut terlampau panjang dan bimbang jadi bonggol unta, minta izin dari suami untuk potong sikit rambut.

3. Jika rambut tebal, nipiskan sedikit rambut atau buat potongan rambut teknik layer.
(Cari kedai gunting rambut/salon muslimah diorang boleh bantu)

4. Atau, boleh dandan rambut (gambar kedua). Barulah rambut tak jadi macam bonggol unta.

.

Kalam Guru,

Bila melihat keadaan sekarang, maka benarlah hadith Rasulullah SAW. Terlebih banyak masuk neraka adalah kaum perempuan. Tengok di dalam medsos. Ramai sangat dah perempuan yang telah menempah nama untuk masuk ke dalam neraka. Berpakaian tapi telanjang, bonggol unta, tak tutup aurat, menari atau berjoget untuk menarik perhatian lelaki dan banyak lagi.

Malah lelaki pun sama telah menempah nama di dalam neraka. Sebab apa? Sebab membiarkan isteri dan anak perempuan mereka melanggar perintah Allah. Siapa lelaki ini? Lelaki yang sudah berumahtangga dan lelaki yang mempunyai anak perempuan dan juga adik beradik perempuan. Mereka bukan saja tidak menghalang. Bahkan menyokong perbuatan itu.

Istighfarlah setiap masa. Moga Allah ampunkan dosa kita.

Kredit: Hidayah Hasan
ia dah takda, kita nak bergantung kat sape? sebab tu ajar diri kita, Jangan berharap pada manusia, bergantung sepenuhnya pada ALLAH. Dia ada ke takda ALLAH ada. Jangan bila susah baru nak cari ALLAH.
.
Setkan dalam fikiran, aku nak berniaga ke bekerja ke sebab nak buat ibadah kat ALLAH.nak naikkan agama ALLAH.
.
.
Kita ni lama-lama akan hidup sendirian terutamanya di dalam kubur nanti, suami pun tak boleh bantu, anak pun tak boleh bantu. jadi sepanjang hidup ni apa-apa buat, buatlah untuk ALLAH. Sebab tu dalam niat kita, "Aku bekerja kerana ALLAH taala, Aku berniaga kerana ALLAH taala"
.
.
Niat je, tapi tak faham pun niat apa tu. Tak mendalam. niat yang tak sampai.
.
dapat sesuatu?
.
Para suami, janganlah susahkan isteri awak. Bahagiakan dia, Jadikan rumah itu sebagai syurga sesuai dengan darjat yang ALLAH letakkan syurga di telapak kaki awak untuk isteri menumpang berteduh di dalamnya.

Nora Yusof.
#Pengasas_FTR

bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
Sedekah waktu subuh ini sungguh ajaib.
.
Sedekah terbaik adalah sedekah jariah. Sedekah jariah itu ialah wakaf. Kerana sedekah jariah ini pahalanya sampai mati. Terutamanya sedekah ilmu kepada yang memerlukan. Cerah dan terang kubur kita bila mati nanti kerana membiayai ilmu kepada ramai orang.
.
Jom join wakaf buku bermanfaat FTR.
Kami bantu anda berwakaf kerana Allah. Jangan lepaskan peluang 🥰
.
Sedekah amount paling besar yang belum pernah anda buat. Kerana semakin besar pemberian kita, semakin banyaklah pahala kita.
.
*Sahaja Aku Bersedekah/Berwakaf Kerana Allah Taala*.🤲🏻🤲🏻
.
Platform wakaf paling dipercayai tanpa ragu. Tekan sini ya >>

http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Lakukan SOLAT SUNAT DHUHA setiap hari, cuba untuk istiqamah pada setiap hari, tak lama pun, beberapa minit sahaja, rugi kalau tinggal.

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata:

“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka'at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata:

“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam'an, Allah berfirman:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka'at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani)

💞 Salam Dhuha 🍃

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
Jangan sesekali bersedih dan mengeluh. Setiap yang terjadi ada hikmah dan pelajaran yang Allah SWT ingin sampaikan untuk kita.

Semoga kita sentiasa positif dan bersangka baik dengan apa yang sedang/bakal kita hadapi.

#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#UtamakanKeberkatan
Nampak Remeh Tapi Inilah "Bekalan Hidupnya" 10 perkara penting yg wajib kita ajarkan kepada Anak.

1. Ajari anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah.

Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita. Anak yang tak merasa bahawa dia adalah hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan sombong.

2. Ajari anak kita bahawa apa yg ada pada dirinya milik Penciptanya.

Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya

3. Ajari anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.

4. Ajari anak kita bahawa dia akan menempuh 5 checkpoint

Checkpoint 1 - mati
Checkpoint 2 - barzakh
Checkpoint 3 - mahsyar
Checkpoint 4 - mizan
Checkpoint 5 - sirat

5. Ajari anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata tapi diamalkan dan tuntunan hidup.

6. Ajari anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada ibu bapak tetapi rezeki datang daripada Pencipta.

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.

7. Ajari anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.

Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility'

8. Ajari anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa

Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.

9. Ajari anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.

Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.

10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibu bapak adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana tak sedikit anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapaknya yang sudah meninggal dunia.

Semoga anak² Kita Menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Aamiin 🤲🤲🤲

Kredit: Dr Taufiq Razif.
Jom tambah ilmu sama-sama.

Kredit: Jabatan Mufti Negeri Perak
Forwarded from Tips Rezeki Melimpah Ruah4u (Tuna)
Sedekah waktu subuh ini sungguh ajaib.
.
Sedekah terbaik adalah sedekah jariah. Sedekah jariah itu ialah wakaf. Kerana sedekah jariah ini pahalanya sampai mati. Terutamanya sedekah ilmu kepada yang memerlukan. Cerah dan terang kubur kita bila mati nanti kerana membiayai ilmu kepada ramai orang.
.
Jom join wakaf buku bermanfaat FTR.
Kami bantu anda berwakaf kerana Allah. Jangan lepaskan peluang 🥰
.
Sedekah amount paling besar yang belum pernah anda buat. Kerana semakin besar pemberian kita, semakin banyaklah pahala kita.
.
*Sahaja Aku Bersedekah/Berwakaf Kerana Allah Taala*.🤲🏻🤲🏻
.
Platform wakaf paling dipercayai tanpa ragu. Tekan sini ya >>

http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Kami tak setuju dengan sebarang konsert yang melanggar syarak. Sama ada ianya konsert dari artis tempatan, artis barat atau korea, jika ianya bertentangan dengan syarak. Kami bantah.

Konsert itu maksiat. Dan setiap maksiat wajib untuk kita tentang serta tanamkan sifat benci pada setiap maksiat yang berlaku.

Kami membantah atas banyak faktor antaranya :

1) mengundang pergaulan bebas antara audiens. Apakah Allah redha?

2) Artis yang tidak menutup aurat, tarian wanita yang sama waktu dengannya. Adakah Allah redha?

3) lirik lagu yang mengajak pada pergaulan bebas, seks dan sebagainya. Apakah Allah Redha?

Jika ada pihak yang tak berpuas hati, hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia tapi kita nak redha Allah.

Apapun konsert nyanyian artis aurat terdedah, bercampur lelaki perempuan, ia program hiburan yang berdosa.

Itulah pendirian para ulama.

Moga atas asbab penentangan ini amal kita diterima dan menjadi saksi di hadapan Allah serta menjadi sebab cinta dan rahmat Allah buat kita semua.

- Tarbiah Sentap -
Sunnah Yang Hampir Dilupakan:

​MALU​

Malu merupakan satu sifat yang wajib ada dalam setiap tubuh badan manusia. Kerana malu mengajak kita untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang buruk.

اَلْـحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ.
“Malu itu kebaikan seluruhnya.” [HR Muslim]

Jika kita mula hilang rasa malu maka ia membawa maksub iman kita semakin susut. Kita boleh membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak kerana kita sudah hilang sifat malu.

Malu ini penting untuk menjaga akhlak dan iman kita. Sebab itu orang yang sudah hilang rasa malu boleh berbuat sesuka hati tanpa berpandukan kepada iman. Mereka boleh membuat maksiat kerana mereka sudah hilang malu kepada Allah Yang Maha Melihat. Jika mereka malu dengan Allah, mereka tidak melakukan maksiat kerana mereka tahu Allah boleh melihat perbuatan mereka walaupun ditempat yang tersembunyi.

"Video" Allah berfungsi 24 jam dan tidak ada sesuatu pun yang akan terlepas dari "video" dan "rakaman" akan ditayangkan di akhirat nanti. Maka dengan itu kita dinasihatkan agar berfikirlah sebelum melakukan sesuatu yang melanggar syariat agama.

إنَّ اللهَ كان عَلَيْكُمْ رقيباً
“Sesungguhnya Allah Maha Mengawasi kamu sekalian”
(QS an-Nisaa’:1).

Wallahualam

@islamicdailyposts