Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
313 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tong sampah. Katanya , Syukur Allah. Aku tak miskin.

Lelaki miskin itu memandang sekeliling & nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , Syukur Allah. Aku tidak gila.

Lelaki gila memandang ke depan & nampak ambulans membawa seorang pesakit. Dia berkata, Syukur Allah. Aku tidak sakit.

Orang sakit di hospital melihat troli yg mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata Syukur Allah, aku belum mati.

Hanya orang mati saja yg tidak dpt bersyukur & berterima kasih kpd Allah.

Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baru?

Apakah sebenarnya kehidupan?

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 lokasi ini :

1. Hospital
2. Penjara
3. Tanah perkuburan

Di hospital, akan kau fahami tiada ada yg lebih indah dari kesihatan.

Di penjara, kau akan tahu kebebasan adalah amat berharga.

Di tanah perkuburan, kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yg kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.

Kebenaran yang menyedihkan : Kita datang tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2. Jadi mari kita rendahkan diri & mensyukuri serta berterima kasih kepada Allah sepanjang masa utk segala2 nya.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@quotephotovideo 🌸🌸🌸

Amal 3 Zikir ni untuk mendapat Rezeki Melimpah Ruah
Klik sini --> http://www.wasap.my/601121295914/NakTahu3Zikir
Awak tengah susah ke?
.
Jangan mintak sedekah. Tapi bersedekahlah hatta sebijik kurma. Kalau tak mampu, boleh sedekah doa. Terutamanya pada ibu bapa. Sebab doa adalah percuma.
.
Tangan yang memberi itu lebih baik.
.
Nak aje saya sekolahkan peminta sedekah peminta sumbangan semua ni. Kenapalah ramai sangat tak yakin dengan janji tuhan?? Allah dah kata barang siapa bersedekah dengan harta dan jiwa takkan miskin. Sabar dan solat.
.
Ni satu lagi kes. Mengadu macam hidup nak mati esok. Mengelupur. Hati akan tenang bila ada Allah. Bukannya bila ada duit. Ni lagi satu perangai takleh nak hadam. Bila dah bagi nasihat suruh sedekah zakat buat aje.
.
Ni ada je nak menjawab balik. Kurang ajar sungguh. Bila orang bagi nasihat dengar dan buat. Apatah lagi nasihat itu nasihat yang baik. Bukan bantah kelentong gitu gini. Nabi zakaria berdoa mohon zuriat selama 70 tahun tahu tak. Tak pernah baginda tanya dan merungut dengan Allah swt kenapa doa dia belum makbul. Kita? Doa sehari sekali baru bangun tahajud harap esok makbul dah. Kisah nabi-nabi semua ni untuk ummat amik contoh dan tauladan.
.
Tak kiralah doa lama mana pun. Doa je sampai Allah makbul. Walaupun bertahun lamanya. Tadah tangan berdoa tu pun dah satu jalan takwa Allah bagi hidayah serta pahala untuk nak makbulkan doa. Walaupun doanya belum makbul. Hak kita berdoa sahaja. Hak Allah makbulkan doa. Teruskan berdoa sekalipun doa tu tak makbul hatta dah nak mati.
.
Islam tak ajar tahu tak kita minta sedekah. Meminta-minta. Buruk je nampak semua nak mintak sedekah. Hat tui pulak sihat tubuh badan. Jangan malukan Islam boleh tak. 😏
.
.
Sebab Islam bukan agama meminta. Tapi Islam adalah agama yang memberi. Jadilah pemberi kalau kita tu betul Islam. Jangan jadi peminta. Dan jangan asyik persoalkan kenapa orang tak memberi pada kita. Persoalkan apa aku boleh beri pada orang?
.
Nama je orang Islam. Bab sedekah pun tak paham-paham lagi.
.
Nora Yusof.
BILA MANA ILMU "DEAL WITH ALLAH" MELALUI FTR SERAP DIJIWA
DATANGLAH APA JUA UJIAN, PEMBACA FTR DAH TAHU REDHA
BILA MANA ILMU "DEAL WITH ALLAH" MELALUI FTR SERAP DIJIWA
DATANGLAH APA JUA UJIAN, PEMBACA FTR DAH TAHU REDHA

Bulan Ramadhan datang
Berlumba2 mengejar pahala , keberkatan dan nak dapat rahmat Allah
Meraikannya di bulan Syawal nanti

Bulan Ramadhan datang
Peluang semua orang untuk menambah rezeki
Mengharapkan rezeki melimpah ruah
Peluang berniaga di bazar tidak dilepaskan

Ada dikalangan pembaca FTR ada berniaga di bazar Ramadhan
Rezeki ada harinya ok, ada harinya tak ok
Alhamdulillah, walaupun ujian melanda ,
Mereka sentiasa bersangka baik kepada Allah walaupun ujian menimpa

Kak Tini baca sharing mereka di Group Support FTR
Syukur semuanya tahu dan faham tentang Redha dengan ujian Allah
Kerana mereka dah ada ILMU #BacktoAllah
Ada yang beri tips
Ada yang beri sokongan
Ada yang beri kata2 semangat
Ada yang beri kata2 nasihat mengingatkan satu sama lain

Masya Allah... hebat Group Support FTR ni.

Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan juga peniaga2 bazar Ramadhan
Jangan mengeluh
Syukur selalu dan bersangka baik kepada Allah
Sekiranya hari ini tiada rezeki, syukur dan yakin Allah pasti ganti berganda di hari lain
Hanya perlu syukur dan sabar
Bila dah lepasi ujian ini, Allah pasti beri ganjarannya


#noted: Group Support FTR salah satu item yang ada dalam Pakej FTR Syurga Firdaus

Nak dapatkan buku FTR ini boleh klik sini join FB Group --> bit.ly/PetuaRezekiMelimpahRuahFB


Klik sini https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u/3618

Salam 3 Ramadhan
Tuna
Agen FTR puchong
#FTRTeamElite
#BacaBacaSentap
#BukuRezekiKelasPertama
#100SetFTRsehari
#AgenFTRdiperlukan
Rezeki ada kat mana mana je.
Rezeki datang tanpa kau sangka.

Tapi kena ingat satu, JANGAN PERNAH KEDEKUT UNTUK BERSEDEKAH sedikit dari rezeki yang kau dapat. InshaAllah, akan ada lagi rezeki yang melimpah akan datang kepada kau.

Dan jangan lupa bersyukur..


@thekeyreminder

Amal 3 Zikir ni untuk mendapat Rezeki Melimpah Ruah
Klik sini --> http://www.wasap.my/601121295914/NakTahu3Zikir
Rezeki itu bukan soal sikit ataupun banyak.

Tapi ia soal BERKAT.

Sikitnya disyukuri, banyaknya boleh dibahagi bahagi.

@TheKeyReminder
AMALAN LANGSAI HUTANG
(Rujuk kisah wanita terlilit hutang RM40juta di atas)

Amalkan sebanyak 1-3 kali selepas solat
DOA POWER LANGSAI HUTANG


Di cerita kan oleh Ustaz Senyum (Ustaz Abdullah Amin), ada seorang wanita terlilit hutang sebanyak RM 40 juta.

Rm40 juta tau. Bukan Rm40 ribu, bukan rm400 😅

Dan suami atau keluarga semua tak nak tolong. Tinggal dia sorang-sorang je dengan hutang sebanyak tu.

Lalu dia teringat doa yang Nabi suruh amal kalau ada hutang (rujuk pd gambar diatas) setiap kali lepas solat.

Dan MasyaAllah memang Allah tolong dia lunas hutang sebanyak RM40 juta tu!

Kata ustaz ni doa dari Nabi sendiri. Bukan dari Ustaz ke apa.

Doa ni kan senjata kita umat Islam. Guna betul-betul. Amalkan dengan istiqa'mah jika memang niat kita nak bebas dari segala hutang.

Tapi sima sendiri tak suka guna perkataan hutang, sebab akan menarik lebih banyak hutang.

Sima lebih suka guna perkataan "amanah"

Jadi mari kita lunaskan semua amanah yang kita ada dengan amalkan doa dari Nabi di bawah ni lepas solat ye.

Boleh amalkan 1 ke 3 kali lepas solat. Insyallah pasti Allah tunjukkan jalan bagaimana nak selesaikan amanah yang kita ada walaupun kita dah blur langsung tak tahu nak buat apa dah.


p.s : Kisah wanita di atas tadi yang RM40 juta tu Real story tau. Bukan rekaan.
Klik sini untuk lihat imej doa tersebut 🤗


Kredit : Nadiah Azaman
3 Tips yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew mengenai hutang.

Ada seorang sahabat Nabi, ada masalah hutang. Macam-macam dah buat, namun masih sempit jugak.

Lalu, Nabi saw ajar, sebelum masuk rumah;

Beri salam.

Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali.

Selawat ke atas Nabi.

Alhamdulillah rezeki akan nampak mencurah-curah selepas tu.

Jom kongsikan supaya lebih ramai dapat manfaat. 😃

#BackToAllah
https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
MANUSIA YANG MUFLIS DI AKHIRAT

Siapakah ?

Iaitu kamu golongan2 manusia yang suka mengumpat, mengata dan berburuk sangka.

Katakanlah kamu mengumpat terhadap ramai orang, habis semua pahala kamu disedekahkan kepada mereka.

Bila dah habis pahala, kamu nak bagi apa lagi pada mereka ?

Jadi, kamu kena pikul pula dosa2 mereka.

Buatnya dosa mereka itu dosa seperti membunuh, tinggal solat dan sebagainya.

Allahurabbi, kamu bayangkanlah sendiri berapa lama kamu nak tinggal di dalam neraka asbab mengumpat ?

Dalam FTR formula 43 ada ulasan tentang dosa mengumpat, mengata dan berburuk sangka ini.

Atas muka bumi kite bercakap semudah abc sahaja tapi jangan kita lupa akhirat itu adalah tempat untuk kita mendapat result amalan yang selama ini kite hidup di atas muka bumi Allah.

Jikalau telah melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa masih hidup ini agar tidak menjadi manusia muflis di akhirat.

@Dakwah_Itu_Cinta 💞
https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Mulakan dengan bersyukur.
Berhenti komplen.
.
Orang yang tidak bersyukur adalah celaka hidupnya.
.
Contoh kalau kita nak rumah sendiri. Sekarang ni kita duduk rumah mak pak mertua atau rumah pak sendiri. Menumpang. Tapi kita rasa tak selesa dan tak hargai rumah yang kita duduk sekarang. Atau rumah sewa. Tak jaga hati penghuni2nya. Tak jaga kebersihan rumah tu. Tidak sabar dengan segala apa yang ada di dalam rumah tu. Rumah tu bukan rumah kita katanya. Kita lupa nak bersyukur kita masih punyai rumah untuk berteduh. Selama itulah Allah takkan beri kita rumah sendiri. Tidak bersedia untuk terima rezeki lebih baik. Sebab yang ada pun kita tidak bersyukur dengan baik. Rumah yang ada sekarang kita tak jaga dan tak rasa berterima kasih.
.
Syukur dulu dengan apa Allah bagi. Baru Allah tambah lagi. Syukur bukan dengan mengucapkan Alhamdulillah semata tapi kita menerima apa aja keadaan dengan penuh R. E. D. H. A. Makin lah cepat Allah makbulkan impian. Syukur dulu, syukur selamanya.
.
.
Set target nak bantu berapa ramai orang hari ni dan stay fokus. Jaga niat setiap saat. 💪💪💪
.
Nora Yusof.
Klik sini https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u/3971
2 1 P E S A N A N B E R M A K N A
Daripada Ustaz Ebit Lew

0️⃣1️⃣ "Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia"

0️⃣2️⃣ "Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah"

0️⃣3️⃣ "Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia"

0️⃣4️⃣ "Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita"

0️⃣5️⃣ "Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita"

0️⃣6️⃣ "Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang"

0️⃣7️⃣ "Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan"

0️⃣8️⃣ "Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang"

0️⃣9️⃣ "Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas"

1️⃣0️⃣ "Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka"

1️⃣1️⃣ "Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar"

1️⃣2️⃣ "Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang"

1️⃣3️⃣ "Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah"

1️⃣4️⃣ "Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan"

1️⃣5️⃣ "Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa, Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia"

1️⃣6️⃣ "Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan"

1️⃣7️⃣ "Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya"

1️⃣8️⃣ "Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik"

1️⃣9️⃣ "Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak"

2️⃣0️⃣ "Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah"

2️⃣1️⃣ "Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang"

#pesananUEL
Hutang Langsai Dgn Selawat

Begini kisahnya..

Ada seorang lelaki ni, dahulunya dia kaya Raya tetapi jatuh muflis dan dirundung kemiskinan. Hidupnya terbelit dengan hutang.

Setiap hari pasti ada yang datang ke rumahnya menuntut hutang.

Jadi lelaki miskin ni pun pergi berjumpa dengan seorang lelaki kaya dan meminjam wang sebanyak 500 dinar untuk membayar hutang.

Dia berjanji akan membayar hutang 500 dinar tu minggu berikutnya.

Tapi apabila sampai tempoh yang dijanjikan, lelaki miskin tadi tak mampu melunaskan janjinya.

Jadi orang kaya tadi menyeret lelaki miskin ni ke muka pengadilan.

Kerana tak mampu nak bayar hutangnya hakim ni memutuskan lelaki miskin tu akan dipenjarakan.

Sedih lelaki miskin tadi. Dia kemudian meminta tempoh satu Hari. Dia mahu pulang ke rumah dulu bertemu isterinya dan berjanji akan datang kembali kepada si hakim keesokannya.

Apabila ditanya apa jaminannya dia akan kembali esok until menjalani hukuman? Lalu jawab lelaki miskin ni Rasulullah jaminannya. Kalau dia mungkir janji maka dia bukan lagi dari kalangan umat baginda.

Mendengar lelaki miskin tu memberi jaminan atas nama Rasulullah, Hakim tadi melepaskannya pulang.

Sampai di rumah isterinya Tanya adakah dia dibebaskan?

Lelaki ni jawab tidak. Dia dibenarkan pulang sehari atas jaminan.

Si Isteri pun tanya atas jaminan siapa?

Lelaki tu pun jawab atas jaminan nama Rasulullah SAW.

Mendengar hal tu si Isteri ni tadi mengajak suaminya menghabiskan semalam mereka dengan berselawat ke atas baginda. Berselawat mereka sampai tertidur.

Dan dalam tidur tu Rasulullah datang kepada lelaki tadi. Rasulullah memerintahkan pergi berjumpa dengan seorang alim ketika tu dan minta orang alim itu selesaikan hutangnya.

Terkejut lelaki miskin ni. Mana mungkin tiba tiba ada seorang alim mahu melunaskan hutangnya sedangkan mereka tiada hubungan saudara bahkan tak saling mengenali pun!

Memahami kegalauan si miskin ni tadi, Rasulullah mengirimkan kepadanya dua benda.

Pertama, sampaikan Salam kepada orang alim itu.

Kedua, katanya kepadanya setiap malam dia berselawat kepadaku sebanyak 1000kali dan tak pernah tinggal. Tapi semalam orang alim ini tiba tiba terlupa bilangan selawatnya. Katakan kepadanya selawatnya kepadaku semalam cukup 1000 Kali seperti Mana malam malam sebelumnya.

Sebaik saja terjaga, lelaki miskin ni terus mencari orang Alim yang dikhabarkan Rasulullah.

Apabila mendengar cerita lelaki ni tentang mimpinya menangislah teresak esak orang alim ni. Ternyata selawat beliau selama ni sampai bahkan diterima oleh Rasulullah. Bahkan Rasulullah mengirimkan Salam pula kepadanya melalui lelaki in.

Orang alim ni kemudian menyerahkan wang 500 dinar untuk melunaskan hutangnya si lelaki miskin ini. Bahkan dia menghadiahkan pulak 2500 dinar lagi sebagai saguhati kepada lelaki tu.

Bersegeralah lelaki miskin ni pergi menghadap sang hakim. .

Sebaik saja nampak lelaki miskin ni datang kepadanya, sang hakim tak semena mena memeluk lelaki miskin tu. Sambil menangis teresak esak.

Terima kasih kerana kamu Rasulullah datang ke dalam mimpiku. Hutangmu itu aku lunaskan sebab Rasulullah berjanji padaku andai aku lunaskan hutangmu maka Rasulullah sendiri akan menjamin aku di akhirat kelak. Aku Lebih memilih jaminan Rasulullah tentunya dari dinar yang Tak akan kubawa ke dalam kubur pun.

Ketika itu jugak orang kaya tiba dan mendengar perbualan mereka.

Belum selesai perbicaraan mereka, saudagar kaya tadi pulak muncul dengan mata merah kesan menangis. Dia justeru terus memeluk lelaki miskin ni sambil berkata, aku ikhlaskan hutang 500 dinar tu tak perlu kau bayarnya. Kerana Rasulullah datang dalam mimpi ku semalam dan menjanjikan redhanya ke atasku dunia dan akhirat sekiranya aku ikhlas merelakan hutang itu ke atasmu.

MashaaAllah. Hanya kerana selawat satu malam. Hutangnya Lunas. Bahkan dapat lagi hadiah wang yang berganda ganda.

Di satu sisi lagi, percayalah dan yakinlah Rasulullah mendengar dan menerima selawat Kita ke atas baginda. Walau dalam keadaan APA pun kita berselawat pada baginda.

Semoga kisah ni menjadi inspirasi untuk Kita berselawat terus pada baginda
Sayyidina Ali bin Abi Talib telah berkata:

Simpan rahasiamu berdua saja:
1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:
1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:
1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua hal ini:
1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:
1. Allah swt
2. Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 orang ini:
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat hal yang memperindah dirimu :
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati:
1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:
1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :
1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.

Share kepada orang yang anda sayangi

Lagi TIPS TARIK REZEKI --> https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
LEPAS BUAT PAYMENT FTR ORDER BERTALU2, RESTOK BERKALI2