Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
321 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini๐Ÿ’–
Semoga bermanfaat๐Ÿ˜Š
Download Telegram
โœ…RUKUN QAULI..โœ๏ธ

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita.

Berbisik, TAK SAH.
Suara angin, TAK SAH.
Baca dalam hati, lagi TAK SAH.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah.

Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram,
Al-Fatihah,
Tahiyyat akhir,
Selawat dan Salam pertama.
Ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. Niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi'li)

2. Niat. (Qalbi)

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)

4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)

5. Rukuk dengan tama'ninah . (Fi'li)

6. Iktidal dengan tama'ninah. (Fi'li)

7. Sujud dengan tama'ninah. (Fi'li)

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. (Fi'li)

9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi'li)

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)

12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)

13. Tertib. (Qalbi)
Kadang pelik dengar orang kata bosan dok rumah tak buat apa.

Sebenarnya banyak kalau nak buat.

Contohnya, qodho Sholat yang mungkin pernah tertinggal,atau melalaikan mandi wajib,atau kot kot ada sholat yang tak sah sebab seluar dalam ada najis yang kita terlepas pandang,

Atau juga pernah lalu zaman jahil yang sengaja tinggal dan tak mau sholat.
Sebelum berebut dgn hal yang sunnat, setle kan dulu hal yang wajib itu seboleh mungkin, Allah juga nak tengok effort kita.

Baca Al-Quran,Hadist, Zikir, salawat, adalah amalan unlimited tiada istilah dah habis. Melainkan kita yg kepenatan.

Percaya lah semakin kita berusaha menjaga waktu dengan beramal semakin hati tenang,hidup pun akan berubah jadi baik.

Tiada istilah cukup dalam amalan,dan beramal sehingga kita meninggal. Allahu Alam.
Orang tak hargai kita?
Ambil kesempatan ke atas kita?

Jawapan: tinggalkan dia

Kata imam syafie

ุงุฐุง ุงู„ู…ุฑุก ู„ุง ูŠุฑุนุงูƒ ุงู„ุง ุชูƒู„ูุง ูุงุฏุนู‡ ูˆ ู„ุง ุชูƒุซุฑ ุนู„ูŠู‡ ุชุฃุณูุง
Jika seseorang tidak tertarik dengan engkau kecuali terpaksa(ambil kesempatan) maka tinggalkan jangan kasihan keatasnya.
Assalamualaikum, selamat pagi sahabat,โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

โ€œApabila keadaan sekitarmu sudah tidak dapat berpengaruh baik dan tidak dapat meningkatkan kadar imanmu, maka berpalinglah dari keadaan itu.โ€

Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz

https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
EMPAT SIFAT MANUSIA YANG TIDAK AKAN DISENTUH OLEH NERAKA.

Rasulullah ๏ทบ bersabda :
Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram (tersentuh api) neraka ? Para sahabat berkata : "Iya, wahai Rasulullah!
Beliau ๏ทบ menjawab :
Haram tersentuh api neraka orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl.
( HR. At Tirmidzi dan Ibnu Hiban)

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat

Jom kita rebut peluang yang sungguh besar dengan selawat & bersedekah pada hari ini dan bila-bila.
https://ftrexclusive.shop/order/form/wakafbukuftr/Tuna

#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#UtamakanKeberkatan
#ApiNeraka
Amalan supaya jatuh cinta dengan baginda Rasulullah ๏ทบ .

Faedah lain ialah untuk murahkan rezeki InsyaAllah

Dari kitab ุงู„ูˆุตุงูŠุง oleh Habib Muhammad Amin Al-Idryus Hafizhohullah

https://t.me/+llbMlFpkUEkyODg1
RENUNGAN

Urusan dunia yang tak pernah sepi
Akan berhenti dengan hadirnya mati

Urusan Akhirat yang belum nampak namun pasti
Akan di mulai setelah datangnya mati

Bagi Orang kaya yang kufur
Kematian adalah akhir segala kenikmatan
Bagi Orang Miskin yang bertaqwa kematian adalah akhir segala penderitaan

Bagi yang mendapatkan hidayah dan taufiq
Kubur adalah awal kenikmatan
Bagi yang tidak mendapat hidayah
Kubur adalah awal kesengsaraan

@quotephotovideo ๐Ÿ‚๐Ÿ‚๐Ÿ‚
~tuna~
Mengajak anda #backToAllah bersama FTR
https://ftrexclusive.shop/order/form/masalahrezeki/Tuna
https://ftrexclusive.shop/order/form/masalahrezeki/Tuna
Bila usia sudah semakin tua ni pilihlah hidup yang tenang. Berkawanlah dengan mereka yang membuat hati kita senang. Sebolehnya elakkan dari mencari masalah dengan orang, supaya mati kita nanti juga mati yang senang membawa hati yang tenang.

Yang suka mengata orang.
Yang mengumpat orang.
Yang memaki orang.
Yang menfitnah orang.
Yang menyakitkan hati orang.
Yang sangka buruk pada orang.
Yang suka menyalahkan orang.
Yang menghina orang.
Yang merendahkan orang.
Yang membuka aib orang.
Yang menjatuhkan maruah orang.
Yang mendengki orang.
Yang suka melaga-lagakan orang.

Itulah yang menyebabkan hati tidak senang dan tidak tenang.

Jauhilah diri dari bersikap dengan akhlak tercela seperti itu. Dan sama sekali tidak rugi menjarakkan diri dari orang-orang negatif yang sebegitu untuk menjaga dirimu dari ikut menjadi seperti itu.

Kadangkala dalam proses kamu menjadi baik memang ALLAH tapis manusia yang berada di sekelilingmu. Ada yang ALLAH dekatkan. Ada yang ALLAH jarakkan. Ada yang datang bawa kegembiraan. Ada yang pergi meninggalkan pengajaran. Kesemua itu proses untuk kamu menguatkan lagi kesabaran berhadapan dengan pelbagai karenah orang.

Kadangkala ALLAH hantar orang menjatuhkan dan mengaibkan kamu untuk menguji apakah kamu sabar?

Andai benar kamu sabar, darjat kamu ditinggikan lagi oleh ALLAH.

Kadangkala ALLAH uji kamu dengan orang-orang yang membenci dan melukai untuk menguji apakah kamu sabar?

Andai benar kamu sabar, sebentar lagi bahagia pasti datang. Yang benci ALLAH ganti dengan yang menyayangi. Yang melukai ALLAH ganti dengan yang membahagiakan.

Cuma sekarang yang perlu kamu buat adalah bertanyakan kepada dirimu sendiri,

"Apakah aku sabar seperti yang diingini oleh Tuhanku ?"

Seterusnya bermonolog dengan dirimu sendiri,

"Tidakku rela rasa kecewa, sedih ataupun rasa putus asa terus memijak. Akanku gagahi juga bangkit untuk terus menapak. Mahuku pilih hati yang senang, dengan tidak mahu mencari masalah dengan orang. Mahuku raih hati yang tenang, dengan tidak ada menyimpan benci dan dendam terhadap orang. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang, dengan memaafkan. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang , dengan move on dari segala yang menjadikan hatiku tidak senang dan tidak tenang."

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ูˆูŽ ู„ุข ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู

ู„ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจููฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ู’ุนูŽู„ููŠูู‘ ูฑู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู‎

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

@quotephotovideo ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ
bit.ly/Rahsia121Rezeki
Dulu, saya pernah pakai tudung letak saja atas kepala. Jambul berjurai keluar jatuh di dahi. Sesekali angin tiup, anak rambut terkena mata. Selak perlahan, penuh gaya.

Sekali datang seorang brader, selamba bertanya...

"Dik, awak pakai tudung ni sebenarnya untuk apa?"

Hati tersentap. Darah menyirap! Rasa disindir, dimalukan!

Lalu ketika itu, saya balas kata-katanya dengan jelingan tajam dan muka yang masam.
.
.

Namun hari ini, saya syukuri teguran sinis tersebut. Sampai hari ini, kata-kata itu sering menjadi cermin buat saya muhasabah diri.

Pakai tudung untuk apa?

Pakai tudung untuk apa kalau masih nampak rambut?

Pakai tudung untuk apa kalau jarang sampai nampak bayang leher?

Pakai tudung untuk apa kalau singkat sampai nampak bentuk dada.

Ya, pakai tudung untuk apa!
.
.

Lalu pelan-pelan saya cuba perbaiki penampilan. Pelan-pelan saya cuba penuhi apa yang dimaksudkan dengan syariat menutup aurat.

Bukan cuma soal pakai tudung. Tapi tentang menutup seluruh tubuh hingga orang tak boleh nampak bentuk tubuh kita, lekuk pinggang kita... .

Saya mula labuhkan tudung menutup dada, mula jaga aurat kaki dengan pakai stoking, mula jaga aurat lengan dengan pakai handsocks.

Kalau tshirt macam ketat, saya sarungkan vest. Kalau baju kurung agak ketat, saya sarungkan selendang.

Sungguh, ia bukan sebab nak bergaya, tapi sebab nak tutup lekuk dada, tak nak nampak lekuk pinggang.

Bimbang kalau termasuk dalam golongan wanita yang dilaknat - berpakaian tapi telanjang!
.
.

Sahabat yang saya kasihi kerana Allah,

Insya-Allah kita sama-sama perbaiki penampilan kita naa... .

Semoga terpelihara tubuh kita daripada pandangan mata-mata yang jahat. Semoga terpelihara mata orang soleh daripada dosa terlihat aurat tubuh kita.

Ya, bagi seorang wanita, tutup aurat itu bukan sekadar meletakkan tudung atas kepala. Tapi memelihara seluruh tubuh kita!
.
.

"Tukar tudung sekarang! Bila masa awak beli ni? Keluarkan semua tudung bawal yang jarang dan pendek macam ni! Mama nak buang!"

Untuk anak-anak, no kompromi. Dan untuk sahabat-sahabat saya, tak jemu-jemu saya mengingatkan hal yang sama.

Walaupun saya sendiri belum sempurna tapi insya-Allah, saya azam untuk terus usaha perbaiki diri dan terus usaha melindungi insan-insan yang disayangi.
.
.

"Kenapa Bonda remove tag? Kenapa tak respons pada status saya?"

"Sebab pada gambar tu, lengan awak nampak. Saya tak nak komen sebab saya tahu, komen saya akan buat status tu naik di newsfeed kawan-kawan saya dan aurat awak makin tersebar."

Ya, meskipun kadang nasihat tidak diterima, saya tetap cuba melindungi mereka dengan kadar terdaya.

Sebab perjuangan untuk ke syurga adalah perjuangan kita bersama!

#BondaNor
Orang yang sibuk mencari kesalahan orang lain, sibuk sedar orang, sebenarnya dia sedang menunjukkan ketidakmatangan dia sendiri.
_AaGym_
MENYENDIRI LEBIH SELAMAT

Akhir-akhir ini baru kita sedar bahawa ternyata yang sekarang dicari itu adalah tenang. Tak mahu masuk kepada perkara-perkara yang rumit. Tak tertarik lagi pada drama-drama hidup yang tak jelas. Cukup damai jadi sederhana tanpa banyak pura-pura. Kita kehilangan diri kita sendiri saat berusaha membahagiakan orang lain. Sekarang kita kehilangan sebahagian orang ketika kita bertemu dengan diri kita sendiri.

Dulu kita selalu menafikan perasaan dan berbohong pada diri sendiri atau mungkin terlalu menjaga hati orang lain tapi tidak diri sendiri. Terlalu ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Hingga kita tak sedar sebenarnya tindakan itu menyebabkan kita semakin jauh dengan diri kita sendiri. Sekian lama menjauh membuat kita rindu pada diri kita sendiri. Satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan pada orang lain. Kini kita sedang belajar memahami diri kita sendiri.

Setiap orang punya cara masing-masing untuk melalui hidup. Bahkan kadang-kadang si tukang motivasi hanya sedang berusaha melupakan kesedihannya sendiri. Kadang-kadang dalam hidup ini, kena pentingkan diri sendiri juga. Sebab tak ada orang lain yang akan pentingkan kita. Tak perlu bersusah payah berusaha nak puaskan hati orang. Sedangkan orang langsung tak pernah nak berusaha untuk jaga hati kita.

Ya berkorban memang berkorban, cuma kalau kita terlampau berkorban untuk kebahagian orang lain hingga kita sendiri hilang alasan untuk hidup gembira. Hidup kita terasa kosong, jadi buatlah sesuatu untuk benar-benar mengembirakan hati kita. Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan diri yang telah hilang. Adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan. Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri kita sendiri. Menyendiri lebih baik, jika bergaul dengan manusia tidak mendatangkan suatu kebaikan. Maka, menyendiri lebih selamat.

Kredit: Rohana Saad
Masa kini 'Ular' tidak lagi datang dengan berbunyi "Hisss.. " Mereka datang sambil memanggil anda Babe, Bro atau Kawan.

Luangkan lebih banyak masa dengan insan yang mendorong anda menjadi yang lebih baik dan menceriakan hari anda, bukan dengan seseorang yang sering mendera emosi anda. Anda tidak boleh dan tidak akan bahagia dengan insan yang sering memberikan anda tekanan. Agak mencabar untuk membahagiakan orang lain yang rasa tidak bahagia dengan hidupnya.

Punca sakit jantung dan strok adalah kerana tekanan. Dan punca awet muda adalah kerana kurang tekanan.

Hidup ni terlalu singkat untuk kita bersedih, jadi nikmatilah hidup anda selagi boleh. Percayalah kepada Allah. Jangan tinggal solat. SOLAT MEMBAWA TENANG. Tenang is good.

Orang lain akan tetap menilai diri anda. Jadi usahlah hidup hanya semata-mata untuk mengagumkan orang lain. Nikmatilah hidup untuk mengagumkan diri anda sendiri.

Apabila anda mula mengambil berat dan menjaga diri anda, anda akan merasa lebih baik, anda akan kelihatan lebih menarik, dan anda akan membuat orang tertarik. Ia semua bermula dalam diri anda.

Jika anda terlalu kisah tentang pandangan orang, hidup anda bukan milik anda lagi.

Berhenti mencari kebahagiaan di tempat yang anda pernah kehilangannya.

JANGAN TERUS PERCAYA semua yang anda dengar. Jangan lupa ada tiga sisi kepada sebuah cerita. Cerita yang anda dengar, cerita mereka dan kebenaran.

Jangan menilai dan menghukum. Tiada siapa yang sentiasa senang atau SEMPURNA. Semua orang hidup dengan masalah. Anda tidak tahu apa yang mereka sedang lalui. Sebelum anda mula menilai, mengkritik atau menghina orang lain, ingatlah bahawa mereka juga sedang bertarung dengan hidup mereka sendiri.

Tidak kira betapa gembiranya seseorang kelihatan, mereka mempunyai saat-saat apabila mereka mempersoalkan samada mereka boleh meneruskan hidup mereka. Tidak kira betapa yakinnya seseorang dilihat, ada kalanya mereka berasa ragu-ragu dan rasa tergugat. Dan tidak kira betapa kuatnya seseorang kelihatan, mereka mempunyai hari-hari yang mereka rasa macam berantakan. Jangan fikir anda berseorangan dengan perjuanganmu. Jangan lupa kita semua manusia.

Setiap hari yang anda tempuhi adalah ibarat pertempuran, jadi ia sesuatu yang normal andainya anda kalah beberapa hari.

Kadang-kadang cara yang paling berkesan untuk menghargai sesuatu adalah dengan hidup tanpanya untuk seketika.

Usah menilai orang setiap masa. Fikiran anda akan menjadi lebih tenang. Maafkan segala-galanya, akan lebih bahagia, cintai segala-galanya, anda akan menjadi paling gembira.

Anugerah yang paling berharga dalam kehidupan adalah detik-detik indah bersama orang yang tersayang. Ia akan kekal menjadi kenangan yang tidak ternilai menghiasi hidup kita.

Orang lain akan tetap menilai diri anda. Jadi usahlah hidup hanya semata-mata untuk mengagumkan orang lain. Nikmatilah hidup untuk mengagumkan diri anda sendiri.

Cabaran terbesar dalam kehidupan adalah mencari siapa diri anda. Tapi apa yang lebih mencabar adalah merasa gembira dengan apa yang anda temui.

Hidup ini bukanlah satu perlumbaan. Jadi ambil masa dan bergerak dengan kemampuan anda.

Dr Sahol Hamid Abu Bakar