Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
321 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
urusan agama menjadi semakin terhad dan terbatas. Harta yang terlalu banyak sehingga melimpah-ruah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta terhadap kewajiban dalam agama, dia tidak lagi dapat melihat dengan baik dan sempurna melainkan penglihatannya itu dihiasi dengan kemewahan dan ratna mutu manikam.

Inilah yang ditakuti oleh baginda s.a.w. dan hal ini bukanlah bererti baginda menolak terus kekayaan dan kemewahan, akan tetapi baginda khuatir dengan memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup akan merosakan hubungan dengan Allah.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إلاَّ لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “ Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan sia-sia dan permainan belaka, sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan (yang sebenar) sekiranya mereka mengetahui “ (Al 'Ankabut: 64).

Ketiga: Baginda mahu mendidik generasi muslim supaya merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, jangan terlalu ghairah mengumpul kekayaan dan kemewahan sehingga lupa daratan dan melampaui batas-batas dalam agama. Baginda s.a.w. mahu supaya generasi muslim yang akan dibentuk nanti menjadi generasi yang pertengahan dan merasa cukup dengan rezeki yang diperolehinya dan memadailah dengan apa yang dikecapi. Namun demikian, usaha yang gigih dan pengorbanan yang berlipat kali gdia perlu dilakukan dalam kehidupan, di samping keazaman dan tawakkal yang kuat kepada Allah. Apabila Allah mengurniakan rezeki, lantas dia terus bersyukur dan apabila Allah tidak mengurniakan apa-apa baginya, dia tetap bersyukur.

Firman Allah Ta'ala:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Maksudnya: “ Demikianlah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia, manakala Rasul pula menjadi saksi kepada kamu” (Al Baqarah: 143).

Keempat: Baginda mahu mendidik generasi muslim dan memberi kefahaman kepada mereka bahawa perjuangan Islam bukanlah bertujuan untuk mengumpulkan harta dan membina kekayaan, perjuangan Islam bukanlah perjuangan yang mahukan kesenangan hidup buat sementara waktu dan perjuangan Islam juga bukanlah perjuangan yang inginkan kenikmatan buat seketika. Oleh sebab itu, baginda s.a.w. tidak pernah memperdagangan agama semata-mata mengangkat darjat dan kedudukannya di sisi masyarakat, baginda pula tidak pernah mencari kedudukan di dalam masyarakat dengan menggunakan nama Islam atau mengumpulkan harta kekayaan dan kemewahan hidup di atas nama Islam, sebaliknya baginda menjadikan Islam itu sebagai saluran dan sasaran untuk menyeru manusia kembali kepada Allah, baginda meletakkan Islam itu sebagai ad deen dan sebagai suatu cara hidup yang praktikal untuk dihayati. Dengan sebab itu, baginda dapat menarik minat manusia ke arah Islam kerana cara hidup Islam yang universal…!

Mari kita renungkan firman Allah Ta'ala ini:

وَيَا قَوْمِ لاَ أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاً إِنْ أَجْرِيَ إِلاَ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “ Wahai kaum ku! Aku tidak pernah meminta dari kamu harta kekayaan kerana ganjaran ku hanyalah kepada Allah “ (Hud: 29).

Sekian, wassalam

Al faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?

Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.

Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri ! (Why???? Sebab majority pure punya perangai takkan ditunjuk pada parents sebab nak jaga hati mak ayah).....

Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.

Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!

Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.

Kita baru kehilangan "Penasihat" terbaik yang telah di cipta untuk kita !

Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.

Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.

Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.

Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!

Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.

Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.

Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.

Wallahu A'lam...
.
RUKUN QAULI..✍️

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita.

Berbisik, TAK SAH.
Suara angin, TAK SAH.
Baca dalam hati, lagi TAK SAH.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah.

Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram,
Al-Fatihah,
Tahiyyat akhir,
Selawat dan Salam pertama.
Ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. Niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi'li)

2. Niat. (Qalbi)

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)

4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)

5. Rukuk dengan tama'ninah . (Fi'li)

6. Iktidal dengan tama'ninah. (Fi'li)

7. Sujud dengan tama'ninah. (Fi'li)

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. (Fi'li)

9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi'li)

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)

12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)

13. Tertib. (Qalbi)
Kadang pelik dengar orang kata bosan dok rumah tak buat apa.

Sebenarnya banyak kalau nak buat.

Contohnya, qodho Sholat yang mungkin pernah tertinggal,atau melalaikan mandi wajib,atau kot kot ada sholat yang tak sah sebab seluar dalam ada najis yang kita terlepas pandang,

Atau juga pernah lalu zaman jahil yang sengaja tinggal dan tak mau sholat.
Sebelum berebut dgn hal yang sunnat, setle kan dulu hal yang wajib itu seboleh mungkin, Allah juga nak tengok effort kita.

Baca Al-Quran,Hadist, Zikir, salawat, adalah amalan unlimited tiada istilah dah habis. Melainkan kita yg kepenatan.

Percaya lah semakin kita berusaha menjaga waktu dengan beramal semakin hati tenang,hidup pun akan berubah jadi baik.

Tiada istilah cukup dalam amalan,dan beramal sehingga kita meninggal. Allahu Alam.
Orang tak hargai kita?
Ambil kesempatan ke atas kita?

Jawapan: tinggalkan dia

Kata imam syafie

اذا المرء لا يرعاك الا تكلفا فادعه و لا تكثر عليه تأسفا
Jika seseorang tidak tertarik dengan engkau kecuali terpaksa(ambil kesempatan) maka tinggalkan jangan kasihan keatasnya.
Assalamualaikum, selamat pagi sahabat,❤️❤️❤️

“Apabila keadaan sekitarmu sudah tidak dapat berpengaruh baik dan tidak dapat meningkatkan kadar imanmu, maka berpalinglah dari keadaan itu.”

Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz

https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
EMPAT SIFAT MANUSIA YANG TIDAK AKAN DISENTUH OLEH NERAKA.

Rasulullah ﷺ bersabda :
Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram (tersentuh api) neraka ? Para sahabat berkata : "Iya, wahai Rasulullah!
Beliau ﷺ menjawab :
Haram tersentuh api neraka orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl.
( HR. At Tirmidzi dan Ibnu Hiban)

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat

Jom kita rebut peluang yang sungguh besar dengan selawat & bersedekah pada hari ini dan bila-bila.
https://ftrexclusive.shop/order/form/wakafbukuftr/Tuna

#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#UtamakanKeberkatan
#ApiNeraka
Amalan supaya jatuh cinta dengan baginda Rasulullah ﷺ .

Faedah lain ialah untuk murahkan rezeki InsyaAllah

Dari kitab الوصايا oleh Habib Muhammad Amin Al-Idryus Hafizhohullah

https://t.me/+llbMlFpkUEkyODg1
RENUNGAN

Urusan dunia yang tak pernah sepi
Akan berhenti dengan hadirnya mati

Urusan Akhirat yang belum nampak namun pasti
Akan di mulai setelah datangnya mati

Bagi Orang kaya yang kufur
Kematian adalah akhir segala kenikmatan
Bagi Orang Miskin yang bertaqwa kematian adalah akhir segala penderitaan

Bagi yang mendapatkan hidayah dan taufiq
Kubur adalah awal kenikmatan
Bagi yang tidak mendapat hidayah
Kubur adalah awal kesengsaraan

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
~tuna~
Mengajak anda #backToAllah bersama FTR
https://ftrexclusive.shop/order/form/masalahrezeki/Tuna
https://ftrexclusive.shop/order/form/masalahrezeki/Tuna
Bila usia sudah semakin tua ni pilihlah hidup yang tenang. Berkawanlah dengan mereka yang membuat hati kita senang. Sebolehnya elakkan dari mencari masalah dengan orang, supaya mati kita nanti juga mati yang senang membawa hati yang tenang.

Yang suka mengata orang.
Yang mengumpat orang.
Yang memaki orang.
Yang menfitnah orang.
Yang menyakitkan hati orang.
Yang sangka buruk pada orang.
Yang suka menyalahkan orang.
Yang menghina orang.
Yang merendahkan orang.
Yang membuka aib orang.
Yang menjatuhkan maruah orang.
Yang mendengki orang.
Yang suka melaga-lagakan orang.

Itulah yang menyebabkan hati tidak senang dan tidak tenang.

Jauhilah diri dari bersikap dengan akhlak tercela seperti itu. Dan sama sekali tidak rugi menjarakkan diri dari orang-orang negatif yang sebegitu untuk menjaga dirimu dari ikut menjadi seperti itu.

Kadangkala dalam proses kamu menjadi baik memang ALLAH tapis manusia yang berada di sekelilingmu. Ada yang ALLAH dekatkan. Ada yang ALLAH jarakkan. Ada yang datang bawa kegembiraan. Ada yang pergi meninggalkan pengajaran. Kesemua itu proses untuk kamu menguatkan lagi kesabaran berhadapan dengan pelbagai karenah orang.

Kadangkala ALLAH hantar orang menjatuhkan dan mengaibkan kamu untuk menguji apakah kamu sabar?

Andai benar kamu sabar, darjat kamu ditinggikan lagi oleh ALLAH.

Kadangkala ALLAH uji kamu dengan orang-orang yang membenci dan melukai untuk menguji apakah kamu sabar?

Andai benar kamu sabar, sebentar lagi bahagia pasti datang. Yang benci ALLAH ganti dengan yang menyayangi. Yang melukai ALLAH ganti dengan yang membahagiakan.

Cuma sekarang yang perlu kamu buat adalah bertanyakan kepada dirimu sendiri,

"Apakah aku sabar seperti yang diingini oleh Tuhanku ?"

Seterusnya bermonolog dengan dirimu sendiri,

"Tidakku rela rasa kecewa, sedih ataupun rasa putus asa terus memijak. Akanku gagahi juga bangkit untuk terus menapak. Mahuku pilih hati yang senang, dengan tidak mahu mencari masalah dengan orang. Mahuku raih hati yang tenang, dengan tidak ada menyimpan benci dan dendam terhadap orang. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang, dengan memaafkan. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang , dengan move on dari segala yang menjadikan hatiku tidak senang dan tidak tenang."

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
bit.ly/Rahsia121Rezeki
Dulu, saya pernah pakai tudung letak saja atas kepala. Jambul berjurai keluar jatuh di dahi. Sesekali angin tiup, anak rambut terkena mata. Selak perlahan, penuh gaya.

Sekali datang seorang brader, selamba bertanya...

"Dik, awak pakai tudung ni sebenarnya untuk apa?"

Hati tersentap. Darah menyirap! Rasa disindir, dimalukan!

Lalu ketika itu, saya balas kata-katanya dengan jelingan tajam dan muka yang masam.
.
.

Namun hari ini, saya syukuri teguran sinis tersebut. Sampai hari ini, kata-kata itu sering menjadi cermin buat saya muhasabah diri.

Pakai tudung untuk apa?

Pakai tudung untuk apa kalau masih nampak rambut?

Pakai tudung untuk apa kalau jarang sampai nampak bayang leher?

Pakai tudung untuk apa kalau singkat sampai nampak bentuk dada.

Ya, pakai tudung untuk apa!
.
.

Lalu pelan-pelan saya cuba perbaiki penampilan. Pelan-pelan saya cuba penuhi apa yang dimaksudkan dengan syariat menutup aurat.

Bukan cuma soal pakai tudung. Tapi tentang menutup seluruh tubuh hingga orang tak boleh nampak bentuk tubuh kita, lekuk pinggang kita... .

Saya mula labuhkan tudung menutup dada, mula jaga aurat kaki dengan pakai stoking, mula jaga aurat lengan dengan pakai handsocks.

Kalau tshirt macam ketat, saya sarungkan vest. Kalau baju kurung agak ketat, saya sarungkan selendang.

Sungguh, ia bukan sebab nak bergaya, tapi sebab nak tutup lekuk dada, tak nak nampak lekuk pinggang.

Bimbang kalau termasuk dalam golongan wanita yang dilaknat - berpakaian tapi telanjang!
.
.

Sahabat yang saya kasihi kerana Allah,

Insya-Allah kita sama-sama perbaiki penampilan kita naa... .

Semoga terpelihara tubuh kita daripada pandangan mata-mata yang jahat. Semoga terpelihara mata orang soleh daripada dosa terlihat aurat tubuh kita.

Ya, bagi seorang wanita, tutup aurat itu bukan sekadar meletakkan tudung atas kepala. Tapi memelihara seluruh tubuh kita!
.
.

"Tukar tudung sekarang! Bila masa awak beli ni? Keluarkan semua tudung bawal yang jarang dan pendek macam ni! Mama nak buang!"

Untuk anak-anak, no kompromi. Dan untuk sahabat-sahabat saya, tak jemu-jemu saya mengingatkan hal yang sama.

Walaupun saya sendiri belum sempurna tapi insya-Allah, saya azam untuk terus usaha perbaiki diri dan terus usaha melindungi insan-insan yang disayangi.
.
.

"Kenapa Bonda remove tag? Kenapa tak respons pada status saya?"

"Sebab pada gambar tu, lengan awak nampak. Saya tak nak komen sebab saya tahu, komen saya akan buat status tu naik di newsfeed kawan-kawan saya dan aurat awak makin tersebar."

Ya, meskipun kadang nasihat tidak diterima, saya tetap cuba melindungi mereka dengan kadar terdaya.

Sebab perjuangan untuk ke syurga adalah perjuangan kita bersama!

#BondaNor
Orang yang sibuk mencari kesalahan orang lain, sibuk sedar orang, sebenarnya dia sedang menunjukkan ketidakmatangan dia sendiri.
_AaGym_