Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
315 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia."

(HR. Bukhari)
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
Nak citer sikit pasal Copy Yang Dilarang.

Copy yang nak citer kt sini bukan kopi minuman tu. Hehe😂Tapi fotostat atau buat salinan 📑 atas sesuatu dokumen atau buku.

>>>FOTOSTAT YANG DILARANG.

Tajuk sebenar dalam buku Cikgu Nora Yusof.

Antara ilmu yang saya belajar dalam Formula Tarik Rezeki - FTR. Saya rasa ramai yang tak sedar perkara ni. Sebab saya pun macam tu.

Ianya berkaitan dengan keberkatan. Masa belajar kat U dulu banyak buat keje macam ni. Maklum lah buku semua mahal2. Buku2 rujukan banyak dari obesee pulak tu.

Jalan piñtas nak mudah, nak jimat, pinjam kt library ke... Pinjam kawan ke... G kedai bayar untuk buat photostat je. Dok la belajar dari buku photostat tu. 😱

Baru ku tahu ada nilai keberkatan disitu. Boleh jadi ilmu yang dapat dari sumber tak berkat.
Tu yang jadi ilmu susah nak masuk, kalau masuk pun sekadar masuk je. Nak aplikasi belum tentu master. Kita cetak semula buku tanpa izin penulis.

Sebab tu kalau terperasan setiap buku yang dah diterbitkan punya Hakcipta yang Terpelihara. Sang penulis ambil masa bertahun nak terbitkan satu buku, kita ambil jalan mudah dapatkan salinan fotokopi, bukan yang original.

Perlunya belajar ilmu yang macam ni. Dengan mendapatkan sumber dari yang asal, yang original, kita seakan menghargai ilmu penulis yang menyampaikan ilmu. Baru keberkatan dan manfaat ilmu itu sampai mengikut aturanNya.

Macam buku FTR jugak lah... Bertahun jugak Cikgu Nora Yusof ambil masa untuk terbitkan buku setebal 500 muka surat ni. Di awal penceritaan memang diceritakan susah payahnya macam mana FTR dibangunkan sampai sekarang pembaca dah lebih dari 20, 000 orang. Hebat kan😱.

Bermacam kejayaan pembaca FTR raih asbab ilmu dalam FTR.

Alhamdulillah😊. Cikgu sangat menjaga naskah FTR ni, sampaikan amanah cikgu, buku ni cuma boleh dipinjamkan dikalangan ahli keluarga sahaja. Kengkawan, sahabat- handai ke.. Sesiapa nak baca Kenalah usaha dapatkan satu. Cikgu tahu, sifat manusia ni, bila dah pinjam belum tentu dipulangkan. Kesianlah Tuan punya buku, yang berusaha keras dapatkan FTR. Ada yang bergolok-bergadai, ada yang berbulan buat simpanan, semata-mata nak dapatkan buku ni.

Masa mula kenal FTR tak faham lagi, bila terus baca baru faham. Ianya berkaitan dengan amanah dan keberkatan.

Berkongsi Tak Semestinya Percuma😉

Nak dapatkan satu buku 121 Formula Tarik Rezeki ni, boleh tekan sini👇
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
Ada persoalan? 👇
Wasap.my/601121295914
ORANG MUKMIN TIDAK BERGEMBIRA KE ATAS KECELAKAAN SAUDARANYA

Hari ini, media sosial banyak menjadi medium untuk kita merendah-rendahkan dan mentertawakan orang lain yang bernasib malang tanpa batas dan ihsan. Dalam suasana yang kita semua mengharapkan suburnya akhlak yang indah namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Hujurat 49: 11)

Jangan kita gunakan kejatuhan seseorang untuk bergelak ketawa. Ini berdasarkan di dalam sebuah hadis daripada Al-Aswad r.a., beliau menceritakan:

دَخَلَ شَبَابٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى عَائِشَةَ وَهِيَ بِمِنًى وَهُمْ يَضْحَكُونَ فَقَالَتْ مَا يُضْحِكُكُمْ قَالُوا فُلَانٌ خَرَّ عَلَى طُنُبِ فُسْطَاطٍ فَكَادَتْ عُنُقُهُ أَوْ عَيْنُهُ أَنْ تَذْهَبَ فَقَالَتْ لَا تَضْحَكُوا فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ

Maksudnya: "Pada suatu hari, seorang pemuda Quraisy berkunjung kepada Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW ketika beliau sedang berada di Mina. Kebetulan saat itu para sahabat sedang tertawa, sehingga Aisyah merasa hairan dan sekaligus bertanya, “Mengapa kalian tertawa?” Mereka menjawab, “Si fulan jatuh menimpa tali kemah hingga Iehernya (atau matanya) hampir lepas.” Aisyah berkata, “Janganlah kalian tertawa terbahak-bahak! Kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil daripada itu, melainkan akan ditulis baginya satu darjat dan akan dihapuskan satu kesalahannya."
(HR Muslim, hadis sahih)

Allahu Akbar, hadis di atas sangat memberi maksud yang mendalam. Mungkin selama ini kita kerap tertawakan orang lain atas musibah yang menimpa mereka, lebih-lebih lagi apabila kita melihat orang yang tidak disukai tersungkur dalam perniagaan atau kerana melihat perceraian seseorang, lantas kita terus mengatakan 'padan muka engkau'.

Terdapat satu kisah, seorang lelaki soleh bernama Ibrahim bin Adham yang merupakan bekas bangsawan sufi yang dahulunya hidup mewah, kehidupannya dalam keadaan yang sangat lalai, dan penuh maksiat.

Sampailah ke akhirnya beliau telah dikurniakan hidayah, lalu membawa diri keluar daripada kehidupan yang mewah dengan pergi menuntut ilmu dan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Ketika beliau berada di jalan, terdapat pengawal Istana bertanya kepadanya, “Boleh tunjukkan kepada kami di mana pasar?” Namun, Ibrahim bin Adham menunjukkan ke arah kubur, lalu pengawal istana berasa marah dan bertanyakan soalan yang sama. Tetapi beliau tetap menunjukkan ke arah kubur yang sama. Pengawal istana itu terus mengambil cemeti dan memukul badannya.

Setiap kali pengawal istana itu memukul, yang keluar dari mulutnya adalah doa keampunan kepada orang yang menzaliminya.
(Sumber: Kitab Mawaizul Usfuriyah)

SubhanAllah, kisah yang sangat menyentuh dan memberi pengajaran buat kita. Sebagai seorang muslim kita diajar untuk sentiasa memandang semua makhluk dengan sifat kasih sayang, sekalipun kita merupakan orang yang dizalimi, namun tetap mendoakan kebaikan buat orang lain.
Marilah kita muhasabah semula, alangkah indahnya jika kita dapat mendoakan orang lain yang sedang ditimpa kecelakaan atau ketika kita dizalimi. Sungguh, itulah akhlak yang sangat cantik bagi seorang mukmin yang soleh.

Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lepas baca FTR, terasa sangat diri ni kurang ilmu. Kalau pun tahu, sekadar tahu tapi tak buat dan tak amal.

Banyak sangat langha dan lalai.

Fikir hidup cuma untuk dunia, padahal dunia yang kekal abadi cuma diakhirat sana.

Alhamdulillah, direzekikan kenal dengan Formula Tarik Rezeki.

Selagi nafas belum terhenti, syukuri peluang yang diberi.

Mati itu pasti.
Cuma waktunya menjadi teka-teki.
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
Bukan nak menyendiri atau taknak berkawan.

Bila kita makin dewasa, matang dan tua ini, semua kawan nampak menghilang.

Tetapi sebenarnya masing-masing sibuk dengan kerja, dengan keluarga, sibuk membesarkan matlamat dan sibuk berjuang untuk kelangsungan hidup.

Maka, kawan-kawan yang kita rapat itu nampaklah macam "ghaib". Hehe!

Yang tinggal pun mungkin tak ramai.
Yang rapat pun cuma seorang dua je.
Yang masih berhubung pun juga sedikit sangat.

Kawan yang berbalas, respon dan sentiasa ada bila kita cari dan perlukan, yang itulah kita hargai sungguh-sungguh ya.

Mana yang sudah tak berhubung tu, jangan risau ya. Jika ada rezeki dan jodohnya, pasti ada masa untuk ukhuwah ini terjalin juga.

"Tok Abah, saya dah tak ramai kawan ni? Betul ke hidup saya dah jadi sendu?"

In shaa Allah, semua okay saja tu. Jangan risau ya.

Untuk sesiapa yang dah menginjak ke fasa, kawan-kawan semua yang baru berumahtangga atau mulakan hidup berkeluarga ni, kita kena faham mereka.

Usia yang lebih matang, kita tak kejar kuantiti.

Tetapi kita jaga kualiti.

Memang Tok Abah faham, jika nak diingat semula, kenangan masa ramai kawan ni seronok sangat. Gembira dan meriah je rasa.

Namun kena ingat juga, semua orang sedang berjuang dan meneruskan hidup masing-masing. Kawan-kawan kita tak pernah lupa kita, tetapi terlalu banyak perkara nak diingat dalam hidup ini.

Komitmen dan tanggungjawab silih berganti.

Jika kamu sentiasa teringatkan kawan-kawan kamu, berdoalah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan mereka walau di mana sahaja. Moga semua sahabat dan sesiapa pernah mengenali kita ini, diberikan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Carilah sahabat dunia akhirat.
Dah baca PENGHULU ISTIGHFAR pagi ni? Elok baca sbb anda seolahnya dah 'beli' polisi insuran syurga. Kalau apa2 jadi siang ni & meninggal, kita insyaallah jadi ahli syurga.

Ustad Mohammad Asraff Ayob
Dalam hadith sahih riwayat muslim, Rasul pesan : siapa yg baca penghulu istighfar sekali pagi & sekali malam, kalau ada apa2 jadi padanya & meninggal, dia termasuk dlm kalangan penghuni syurga.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man:
Alkisah pokok balak
Di dalam satu kawasan lapang, jauh di dalam hutan, para pokok sedang mengadakan mesyuarat subuh.
“Binatang-binatang semua datang berehat dan berteduh di bawah kita tapi mereka sering meninggalkan kekotoran,” kata Cengal, salah sebatang pokok. “Bau itu kadang-kalanya tidak dapat di tahan.”
“Mereka tidak mempedulikan perasaan kita sebab kita tak bersuara,” kata Meranti, pokok yang berjiran dengan dengan Cengal.
“Aku dah tak tahan. Dah cukup! Aku dah buat keputusan untuk menghalau semua binatang yang datang ke tempat kita.”
“Tapi itu mungkin satu tindakan yang kurang bijak,” kata Ramin, pokok tertua dan terbesar di antara mereka.
“Binatang itu mungkin membawa sikit masalah pada kita, aku setuju, tapi mereka ada kebaikan juga. Semua benda di dunia ini saling bergantung - pokok, binatang dan manusia,” tambahnya lagi.
“Maafkan saya,” kata Meranti. “Saya amat menghormati pandangan Tuan, tapi dalam hal ini saya tidak akan mendengar kata-kata sesiapa. Saya tidak akan membenarkan sebarang binatang datang ke sini lagi.”
Meranti melakukan apa yang dijanjinya. Apabila seekor kucing hutan datang berteduh, Meranti menggoyangkan batangnya dengan ganas kiri-kanan sehingga kucing hutan tersebut lari ketakutan. Meranti menakutkan semua binatang
yang datang pada hari itu dan hari-hari seterusnya.
Setelah beberapa ketika, tiadalah lagi binatang yang datang mendekati kawasan lapang tersebut.
Satu hari, dua pemotong balak datang ke kawasan lapang tersebut. “Manusia!” jerit Meranti . “Mengapa mereka datang? Mereka tak pernah berani datang sini.”
“Jika mereka tidak pernah datang sebelum ini, ini adalah kerana mereka takut pada binatang buas yang sering berteduh di sini,” kata Ramin .
“Sekarang kucing hutan, harimau semua tiada maka manusia tiba-tiba menjadi berani untuk datang ke sini. Aku dah bagitahu jangan halau sahabat-sahabat kita tu. Kita semua tumbuh tinggi ini pun sedikit sebanyak kerana zat dalam najis mereka juga,” kata Ramin dengan kesal.
Meranti mula menggigil - tapi bukan tak bersebab. Meranti adalah pokok pertama pilihan pemotong kayu balak untuk ditebangkan…
Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu pandang pada kelemahan orang lain seperti najis yang ditinggalkan binatang seperti cerita yang dinukilkan di atas.
Ingatlah pada kebaikan yang dibawa orang lain selama ini pada kamu, walaupun sedikit ataupun secara tidak langsung. Janganlah menjadi seperti pokok Meranti yang tidak mengerti ketenangan hasil daripada kehadiran binatang-binatang liar yang menakutkan manusia.
Wahai anakku,
Susah-susah kamu mengasingkan orang-orang yang tidak disukaimu dan hanya mengekalkan orang-orang yang disukaimu di sisimu di dalam kehidupan seharianmu, lebih baik jika engkau belajar melihat kebaikan daripada membiarkan mata kamu fokus pada keburukan pada orang-orang di sekelilingmu.
Dengan ini, semua orang boleh menjadi orang-orang yang disukaimu dan hatimu lega kerana tidak perlu dihuni perasaan benci.
Senyum...
Hadith yang menjelaskan doa pada waktu selepas asar pada hari Jumaat yang Allah SWT pasti akan berikan apa yang diminta :

‎يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Jadi tunggu apa lagi? Jom submit doa sama-sama.

Ustad Ahmad Dusuki
Tak perlu sibuk nak bersaing dengan orang lain. Bersaing dengan diri sendiri itu lebih baik...
.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
.
Hati baik dengan buat baik itu dua perkara yang berbeza.
.
Buat baik outside count. Hati baik inside count.
.
Ada orang buat baik tapi hati dia tak baik.
.
Yang Allah nak tengok adalah HATI BAIK. Itulah tempat tiliknya. Maksudnya, baik hati, baiklah keseluruhannya.
.
Tiada dengki
Tiada iri
Tiada khianat
.
Apabila hidup kita terasa begitu sulit saat ini, maka
.
Baharuilah hati,
Bersihkanlah hati,
Betulkanlah hati,
.
Dengan banyakkan mengingati Allah. 😊💕
.
InshaaAllah hidup akan berubah. Be happy.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda