Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
314 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini๐Ÿ’–
Semoga bermanfaat๐Ÿ˜Š
Download Telegram
7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

1. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

2. Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.

3. Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.

4. Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.

5. Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.

6. Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.

7. Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. ๐Ÿคฒโค๏ธ

@quotephotovideo ๐Ÿฃ๐Ÿฃ๐Ÿฃ
Jalan hidup bukan lah seperti sebuah NOVEL cerita nya panjang tapi 2 jam dah habis.

Cerita hidup kita pendek tapi amat panjang untuk di jalani.

Rugi jika yg panjang itu di buat sia sia tanpa ada penambah baikan.

FTR banyak mengajar saya tentang banyak perkara dalam hidup ini,,

Mengubah segalanya menjadi indah. Mengubah yang hitam jadi putih, yang gelap menjadi terang.

Alhamdulillahโ™ฅ๏ธ

#FTRExclusive
#BersamaKeSyurga
#121FTROgos2021

โ™ฅ๏ธTunaโ™ฅ๏ธ

mengajak Anda #backToAllah
bersama FTR
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
Follow โฌ‡๏ธ http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
Belanja Keluarga Pada Hari Asyura
=======
1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:

ู…ูŽู†ู’ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ุทููˆู„ูŽ ุณูŽู†ูŽุชูู‡ู

โ€œBarangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)

2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุจูุฑูŒ: ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ุชู‡ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ุนูŽุงู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽุฎูŽู„ู‘ูŽูู’

โ€œDan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)

3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:

ูŠูŽู†ู’ุจูŽุบููŠ ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽู‡ู’ู„ู ูููŠู‡ูู…ูŽุง -ุฃูŠ ู„ูŠู„ุฉ ุนุงุดูˆุฑุงุก ูˆูŠูˆู…ู‡ุง

โ€œSeharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)

4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafiโ€™i pula menjelaskan:

ูˆูŽูŠูุณูŽู†ู‘ู ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุณูุนูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนููŠูŽุงู„ู ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽุ› ู„ููŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู

โ€œDan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah โ€˜Ala Tuhfah al-Muhtaj)

5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn โ€˜Uyainah yang menyebutkan:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนููŠูŽูŠู’ู†ูŽุฉูŽ: ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ู†ูŽุงู‡ู ู…ูู†ู’ุฐู ุฎูŽู…ู’ุณููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ุณูุชู‘ููŠู†ูŽ ููŽู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅู„ู‘ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง

โ€œKata Ibn โ€˜Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qinaโ€™ โ€˜An Matn al-Iqnaโ€™)

6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.

7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Kata Imam Malik,

"Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 benda ini, kenderaan yang pantas, rumah yang lapang, pakaian yang cantik, lampu yang terang."

Maka, ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?

Maka Imam Malik menjawab,

"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijaksana."

Ada orang bertanya lagi, apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?

Imam Malik menjawab,

"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi,

"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

"Akhir sekali, lampu yang terang kata Imam Malik maknanya, "Ilmu yang menerangi."

Astaghfirullah Lil Mukminina Wal Mukminat
DISEBALIK NAFAS

Setiap nafas dari nafas-nafasmu adalah permata yang tidak ternilai harganya.

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan kamu sampai(meraih rahmat) Allah SWT.

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan untuk Allah memperhatikanmu.

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan untuk mendekatkan dirimu kehadrat Allah SWT.

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan untuk menghubungkan dirimu dengan orang pilihan-Nya(Nabi Muhammad ๏ทบ).

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan untuk memperbaiki dan memperindah hatimu.

Kerana sesungguhnya di dalam setiap nafas ini memungkinkan untuk Allah mengampuni dosamu.

Maka setiap nafas adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya, maka aturlah setiap nafasmu untuk mendapatkan kecucuran rahmat Dzat Yang Maha Pengampun, aturlah setiap nafasmu agar mampu menjadi pengikat hubungan dengan Nabi pilihan(Nabi Muhammad ๏ทบ).

Ya Allah jagalah nafas-nafas kami yang berada pada diri kami, dan jagalah detik-detik dan waktu-waktu yang masih kami miliki, dan berikan kepada kami satu kekuatan hubungan dengan-Mu, dan tambahkan atas kami kekuatan hubungan dengan-Mu di dalam perkataan, perbuatan, niat dan amal. Wahai Zat Yang Paling Kasih Sayang diantara yang kasih sayang.

Amiin ya Robbal alamin
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
Sedekah tak memiskinkan.
Yang miskin itu hanya ilmu mu.
Kerana kau masih belum kenal bahawasanya Allah itu Maha Pemurah.

Ingatlah.

Bila banyak bersedekah dan memberi ,Allah juga takkan berdiam Diri .Dia akan memberi juga buatmu.

Mungkin bukan dalam bentuk harta ...
Tetapi mungkin dalam kesempurnaan hidup,
Ketenangan dan kebahagiaan.

Itu lebih indah...

http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
APA YANG KITA FIKIRKAN ITULAH YANG AKAN TERJADI

Suatu hari, Rasululloh saw menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,

"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu"

Orang itu menjawab,

"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, bisa menyeretnya ke lubang kubur"

Mendengar keluhan orang itu, Rasululloh saw bersabda :

"Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya"

(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasululloh saw.

Perhatikan pesan-pesan Rasululloh berikut ini :

"Barangsiapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya" (HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

๐Ÿ”นJika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

๐Ÿ”นJika kita berpikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

๐Ÿ”นJika kita berpikiran gagal, kita menjadi gagal.

๐Ÿ”นJika kita berpikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

๐Ÿ”นJika kita berpikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

๐Ÿ”นJika kita berpikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah, The Law of Attraction Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullah yang berlaku di alam semesta

You are what you think
(Anda adalah apa yang Anda pikirkan)

Ketika Buat Status di FB, Twitter, Instagram.
Buat Pilihan Kata yg Baik.
Kerana Kata-kata adalah juga Doa.

Selalulah berpikir yang positif dan jangan pernah biarkan pikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, iaitu : Berusaha optimal dan berdoa.

Sedangkan selanjutnya itu kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :

"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka ALLAH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad)

Fikirkan yg baikยฒ, berkata yg baik, Bertindaklah yg Baikยฒ, dan Insyaa Allah yg datang juga Yg Baikยฒ.....

Semoga kita menjadi lebih baik ๐Ÿ˜Šโค๐Ÿ‘

http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
Orang Malaysia sangat obses pada kecantikan.
.
Buktinya?
.
Berlambak-lambak founder skincare dan kosmetik. Bukan ratus lagi dah. Ribuan jenis produk kosmetik dan skincare yang ada di pasaran.
.
Produk mana tak viral?
.
Kebanyakannya yang pakai ferrari ke lambogini ke semuanya founder kosmetik. Produk supplement, produk skincare dan produk kosmetik.
.
Satu kesedihan bagi NY adalah keobsessan tu. Nak putih, nak cantik, nak lawa, nak dipuji, nak tawan hati suami dll.
.
Kesedihan yang NY maksudkan adalah bila tanya berapa buah buku baca sehari? Seminggu? Atau setahun? Jawapannya krik-krik... Tak tahu. Tak ingat. Tak baca kot. Tak minatlah. Mengantuklah.
.
Malah ramai tak kuasai kemahiran 3M.
.
Menangis dengar...๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
.
Padanlah akhlak adab kelaut. Budaya membaca semua kelaut. Asyik kecam sana-sini. Rakyat Malaysia ni no 1 tau media sosial attack kecam-mengecam. Di dunia. Tak tahu dosa pahala, mengumpat-mengata fitnah sangatlah dahsyat. Dosa jariah berpanjangan.
.
Bila pergi korea hari tu, bangsa mereka sangat maju, sangat berdisiplin. Dimana-mana sahaja ada buku. Dalam train, dekat tepi-tepi jalan. Satu kemestian baca buku.

Terfikir juga bila lah Malaysia nak macam tu. Jumpa dekat mana-mana ada buku ditangan. Tak pernah nampaklah.
.
Yang nampak kehidupan sosial yang sangat membimbangkan.
.
Satu usaha yang agak sukarlah kalau nak lahirkan generasi membaca ni. Kerana tiada support dan tiada kefahaman pentingnya amalan membaca ni. Aduh... Setiap hari rungsing dan risau.
.
Sedangkan bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya.
.
Ramai Melayu Islam atas IC je. Tapi dalam kehidupan tak. Sebab aurat tak tutup sempurna. Bukak tudung. Balut aurat. Jenayah sana-sana sini sangat membimbangkan.
.
Hari tu NY pergi kedai makan. Ramai betul peniaga tak jaga solat. Mana tahu? Sebab NY pergi tu waktu maghrib. Azan berkumandang. Dah order makanan awal. 6.30 macam tu. Lepas tu cari mana surau nak stanby solat maghrib sat lagi inkes makanan sampai lambat ke apa.
.
Tahu apa berlaku? Takda surau! Habis tu diorang ni solat kat mana? Kawasan tu ramai kiosk2 peniaga yang jual lebih 10 jenis makanan. Maksudnya ramai dan ada kedai masing-masinglah. Dalam setiap kedai tu hanya ada dapur dan cashier je. Boleh nampaklah tempat masak diorang. So tercari-cari kat mana diorang solat?
.
Azan berkumandang... Lihat gelagat setiap peniaga di setiap kedai. Apa reaksi diorang bila masuk waktu azan? Masih sibuk ambik order dan masak!
.
Kebetulan lalu seorang budak perempuan tanya. Surau kat mana? Kat mana nak solat ya? Boleh mereka jawab takda surau sini. What??!
.
Nampak budak tu murung dan kembali semula ke tempat dia.
.
Tanya-tanya punya tanya. Pergilah satu kedai western tu. Ada surau dalam kedai dia. Satu-satunya surau kat situ. Tapi dipenuhi dengan lelaki yang lepak depan pintu surau. Katanya surau tu kena gilir laki perempuan. Sebab kecik ja muat dalam dua orang camtu. Subhanallah. Habis yang ampa duk depan pintu ni tak solat ka?
.
Semua diam tengok NY tanpa sepatah kata. Serba salah pulak lah nak masuk dah semua laki dekat situ kerumun pintu surau sambil bermalasan kat kerusi-kerusi sambil tunggu kastemer sebab takda pembeli.
.
Alamak waktu dah nak habis ni. Makanan tak siap lagi. Surau takda nak solat macam mana ni. Pergi semula kedai yang booking order tu nak cancel order or bungkus sahaja. Nampak sibuk betul tukang masak situ tapi bila diorang solat? Kalau perempuan masih lah boleh sangka baik uzur ke apa. Ni laki? Uzur apa?!
.
Ya Allah... Nak nangis... Apa sketsa depan mata ni? Bangsaku ramai tak solat ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
.
Betullah kata ustaz dekat Malaysia ni 80% orang tak solat. ๐Ÿ˜ข
.
Sudahnya laju-laju ambik makanan yang siap bungkus terus balik rumah aje.
.
Satu lagi kejadian. Nak p makan ikan patin tempoyak dekat seremban tu hari. 30 minit jugaklah dari nilai. Pertama kali pergi dalam pukul 1 macam tu. Sampai je. Memang nak order ikan patin lah. Tauke kata maaf kak. Patin habis. Ayam penyet dan nasi kandar ada. Lol baru pukul 1 dah habis ke. Okeylah fikir mungkin laku bebenor kedai akak ni. Alhamdulillah. Takpalah order makanan lain ajelah.
.
Tak capai hajat nak makan patin tempoyak.
.
Cakap dengan suami. Pa kita datang awal lain kali nak makan patin sini ok tak. Sebab nak rasa gak dia punya masakan tu boleh? Suami angguk je.
.
Okey selang beberapa hari datang lagi. Kali ni memang awal. Jam 10 nak 11 macam tulah. Dia baru bukak kedailah lebih kurang tuk makan tengahari kan. So harapan nak makan tu seronoklah.
.
P order.. Jawapan yang sama. Maaf kak patin tempoyak dah habis.๐Ÿ˜ฑ
.
What?? Baru jam 11 dah habis? Lol. Erm kuah sahaja ada tak kak? Kotlah ada sikit saki baki ke kan. Oh kuah ada. Order nasi ayam penyet dengan kuah patin. Pelik kuah ada. Isi takda.
.
Ok. Tak terkilan sangat. Kuah pun kuah lah.
Sambil makan tu tinjau seluruh kedai atas bawah. Tengok dia meniaga apa ada. Nombor contact semua. Dia letak menu-menu kedai-kedai dia. So takda apa mencurigakan pun.
.
Semua yang baru datang semua kecewa sebab katanya patin tempoyak habis. Balik sahajalah diorang๐Ÿ˜… sama macam NY tapi NY tak balik. Makan menu lain.
.
Tiba-tiba... datang dua buah keluarga masuk ke kedai tu. Dalam 15 orang macam tu...
.
Dalam hati duk rasa sama. Yang ni pun sama ni kena balik jugalah ni sebab patin habis.๐Ÿ˜…
.
Sangkaan NY meleset. Diorang duduk dan dilayan bagai raja. Tauke tu pandang NY semacam. Macam serba salah. Tapi dia buat kerja dia hidangkan makanan. Tiba-tiba keluar 15 set mangkuk ikan patin yang fresh-fresh dihidangkan kepada dua buah keluarga yang baru datang tu.
.
.
NY macam tak percaya... oh ada rupanya ikan patin. Dah awat dia cakap takda dekat kami tadi?? NY tak salah dengar. Memang dia jawab "maaf kak patin habis licin dah."
.
So mata mula melilau sekeliling mencari kot terlepas pandang kena booking dulu ke apa ni?? Tapi takda! Tak ketemu. Kepelikan...
.
Takda tampal apa-apa arahan untuk booking order atau no telepon pun. Ya tuhan...
.
Misleading betul. Dua kali NY pergi. Dua kali jarak dekat sejam pergi balik. Masa lagi. Rasa nak marah. Meniaga apa macam ni kak.๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ข
.
Subhanallah tak jujur. Kan senang kalau dia cakap. Nak makan patin kena booking dulu. Bukannya orang datang cakap patin habis. Tapi padahal sorok lauk untuk yang dah booking.
.
Ramai betul peniaga tak jaga keberkatan berniaga. Sudahnya taknak pergi dah. Kalau kena booking cakap kena booking bukannya cakap habis. Kan beza tu. Ya Allah kesian yang datang dari jauh nak makan.
.
Dan banyak lagi lah kisah-kisah peniaga tak jujur dekat Malaysia ni. Belum lagi nak cerita pasal atasan yang menipu. Memang langsung tak jaga keberkatan.
.
Tak tahu halal haram, tak takut dosa pahala.
.
Sebab nilah NY gila-gila perjuangkan nak bantu masyarakat kita ni melalui FTR untuk celik mata diorang. Plisss jaga keberkatan. Jadi orang yang jujur. Allahuakbar.
.
Tapi tulah.. Korang bukan nak support perjuangan dakwah macam ni. Sibuk support bisness yang tak bangunkan intelektual langsung. ๐Ÿ˜ญ
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
#UtamakanKeberkatan
Hidup ni kena fikir 3 benda ni je.
.
.
1) ILMU BERMANFAAT
2) SEDEKAH JARIAH
3) ANAK-ANAK SOLEH
.
.
.
Ini je yang perlu fikir. Duk sibuk buat benda lain dah nape dah.
.
Bertuahnya yang ada anak-anak tu. Siapa cakap anak-anak beban. Anak-anak susah nak jaga bagai. Padan tak dengan ganjaran Allah masukkan anak2 sebagai aset syurga? Padanlah. Sebab tu nak besarkan anak tu susah. Ini mengeluh anak ramai bagai. Tak bersyukur betul. Ada orang takda anak pun tau dak. Aset syurga pun belum tentu. :3
.
.
Dah tu didik ler bebudak tu jadi harta syurga sebaik2nya.
.
Stop complaining :3
.
Anda sebagai ibu bapa, anda yang tentu bebudak tu acuan nak jadi apa. -_-
.
Dah tau takda anak, jadilah anak yang soleh pada ibu bapa.
.
Ada dua lagi aset syurga
Ilmu
jariah
.
Buat ler. :3
.
Nora Yusof.
#Pengasas_FTR
#FTRexclusive
#BacaBacaSENTAP
#AlwaysBackToAllah
3 penyakit yang sering dihinggapi manusia.

โ€ข Hasad
โ€ข Perasaan Sial (Berasa malang)
โ€ข Perasaan Buruk sangka.

Lalu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berkata, mahukah aku beritahu apa 3 penawar penyakit ini?

Kalau kamu buruk sangka, jangan kamu sangka sangkaan kamu itu benar!

Kita yang create sendiri buruk sangka, maka kita sendiri yang boleh memadamkan. Padamkan dengan kita tak perlu percaya Pada buruk sangka kita.

Kalau kamu ada perasaan sial, tunaikan jalankan terus.

Contoh, terkadang orang nak masuk rumah, dia punya kaki tersangkut pintu, "Eh ini tanda tak baik", kalau dia nak pergi musafir, dia punya pinggan pecah, kemudian dia punyai perasaan sial, "janganยฒ nanti aku punya tayar akan pancit", terus tak jadi musafir, ini perasaan sial.

Dahulu orang jahiliyyah ramai terkena penyakit perasaan sial. Alangkah ramai zaman sekarang mempunyai penyakit sedemikian.

Kalau kamu mempunyai perasaan sial, langgar saja. Jalankan saja.

Kalau kamu mempunyai perasaan buruk sangka, jangan melampau. Kalau berada tak suka dalam hati, jealous, maka jangan keluarkan.

Biarkan saja terpendam dalam hati. Bila dia sudah jealous, kemudian dia cerita pada si fulan sana, sifulan sana.

Ini namanya melampau dia punya hassad.

- Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
"Berapa banyak orang yang berangan-angan sangat jauh, namun ternyata ajal datang menjemputnya dengan tiba-tiba."

๐Ÿ“– Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata,
Syarh Riyadhush Shalihin, jilid 3 hlm. 437
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
http://bit.ly/SolusiRezekiBaraqah
7 KELEBIHAN BERSEDEKAH

1. Memperoleh pahala berlipat kali ganda
2. Menghapus dosa
3. Menjauhkan seseorang dari api neraka
4. Selamat dari musibah
5. Masuk syurga melalui pintu sedekah
6. Mendapat naungan di hari akhirat
7. Harta tidak berkurang.

Sedekah tidak akan menjadikan seseorang itu jatuh miskin. Ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah akan mendapat balasan lebih banyak daripada Allah SWT.

bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Kelebihan Zikir Ya Latiff

1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .

2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..

3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temudugaโ€ฆ Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya

4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir โ€ฆ

5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...

6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..

Semoga bermanfaat buat semua.

https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
GALAKAN BERPUASA DI BULAN MUHARRAM

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

โ€œPuasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.โ€

(Hadis riwayat muslim, 1163)

Semoga apa yang dikongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua dan selamat beramal.
Forwarded from Tips Rezeki Melimpah Ruah4u (Tuna)
Sedekah waktu subuh ini sungguh ajaib.
.
Sedekah terbaik adalah sedekah jariah. Sedekah jariah itu ialah wakaf. Kerana sedekah jariah ini pahalanya sampai mati. Terutamanya sedekah ilmu kepada yang memerlukan. Cerah dan terang kubur kita bila mati nanti kerana membiayai ilmu kepada ramai orang.
.
Jom join wakaf buku bermanfaat FTR.
Kami bantu anda berwakaf kerana Allah. Jangan lepaskan peluang ๐Ÿฅฐ
.
Sedekah amount paling besar yang belum pernah anda buat. Kerana semakin besar pemberian kita, semakin banyaklah pahala kita.
.
*Sahaja Aku Bersedekah/Berwakaf Kerana Allah Taala*.๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป
.
Platform wakaf paling dipercayai tanpa ragu. Tekan sini ya >>

http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan.

Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.

Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis๐Ÿ˜ญ Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah ๐Ÿ˜” Muhasabah.

Kredit: Dr.Amirul Amin
Tips untuk wanita Islam yang berambut panjang :

1. Ikat rambut di bawah (tempat bertanda โœ…. Bukan di โŒ)

2. Jika rambut terlampau panjang dan bimbang jadi bonggol unta, minta izin dari suami untuk potong sikit rambut.

3. Jika rambut tebal, nipiskan sedikit rambut atau buat potongan rambut teknik layer.
(Cari kedai gunting rambut/salon muslimah diorang boleh bantu)

4. Atau, boleh dandan rambut (gambar kedua). Barulah rambut tak jadi macam bonggol unta.

.

Kalam Guru,

Bila melihat keadaan sekarang, maka benarlah hadith Rasulullah SAW. Terlebih banyak masuk neraka adalah kaum perempuan. Tengok di dalam medsos. Ramai sangat dah perempuan yang telah menempah nama untuk masuk ke dalam neraka. Berpakaian tapi telanjang, bonggol unta, tak tutup aurat, menari atau berjoget untuk menarik perhatian lelaki dan banyak lagi.

Malah lelaki pun sama telah menempah nama di dalam neraka. Sebab apa? Sebab membiarkan isteri dan anak perempuan mereka melanggar perintah Allah. Siapa lelaki ini? Lelaki yang sudah berumahtangga dan lelaki yang mempunyai anak perempuan dan juga adik beradik perempuan. Mereka bukan saja tidak menghalang. Bahkan menyokong perbuatan itu.

Istighfarlah setiap masa. Moga Allah ampunkan dosa kita.

Kredit: Hidayah Hasan