Tips Rezeki Deras
2.16K subscribers
4.51K photos
441 videos
2 files
2.31K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕
Download Telegram
JANGAN MENGEJAR KESEMPURNAAN

Kawan. Jangan paksa diri untuk menjadi sempurna. Tidak ada manusia yang sempurna dan selamanya tidak akan kau capai.

Kau tahu. Ada orang yang terlalu mengejar kesempurnaan kerana mahu orang lain bahagia. Sedang dirinya sendiri dibiar penuh terabai.

Memberi jangan sampai terkorban, mencintai jangan sampai tergadai. Kau tidak perlu minta kemaafan atas ketidaksempurnaan. Itulah kebiasaan.

Apa yang harus kau buat adalah untuk terus memberi segala kebaikan dan bukan jadikan sempurna sebagai tujuan.

Bila kau jelas dengan hal ini, jiwa akan lebih tenang dan kau bersedia untuk sekali lagi mencipta kebaikan.
Menjadi muslimah berhemah.

1. Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.

2. Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

3. Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.

4. Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.

5. Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.

6. Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.

7. Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.

8. Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada' solat wajib masa lalu yang tertinggal.

9. Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.

10. Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?

11. Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.

12. Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.

13. Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.

14. Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.

Aamiin.

Kredit : Siti Suryani Yaakop (#kaknis)
21 pelajaran yang saya pelajari sepanjang 2 tahun ini yang banyak mengubah hidup saya menjadi lebih tenang,bahagia dan sihat :

1. Berhenti menunggu "masa yang sesuai." Ia tidak wujud.

2. Keluarkan diri daripada situasi di mana kita tidak rasa dihargai atau dihormati.

3. Masalah akan sentiasa wujud. Belajar untuk menikmati kehidupan sambil menyelesaikannya.

4. Tiada sesiapa selain diri sendiri yang harus dipersalahkan atas masalah kita.

5. Perbaiki diri sendiri sebelum kita cuba membaiki dunia.

6. Misi yang paling sukar di bumi adalah untuk memberi tumpuan kepada impian sendiri ,paling senang merungut.

7. Jangan ikut nafsu kita tapi ikut tujuan kita.

8. Kita tidak memerlukan 100 bantuan buku atau nasihat, diri kita hanya perlukan konsistensi dan disiplin diri.Habit yang baik.

9. Jangan percaya apa yang orang kata tapi percaya kepada tindakan mereka.Semua orang boleh sembang ping Pang tapi tak semua orang boleh membuktikan apa yang mereka sembang itu,mereka sendiri dah buat.

10. Kita tidak memerlukan ramai kawan, kita cuma perlukan kawan yang betul.

11. Jika kita ingin menjadi kuat, belajar untuk bersendirian.

12. Jika kita bersemangat untuk berjaya, jangan salahkan gangguan, tingkatkan fokus diri.

13.Kita menjadi 10x lebih matang jika kita boleh mengawal emosi dan kurang bertindak balas.

14. Jangan biarkan kesakitan mematahkan kita, gunakan ia untuk mencipta diri kita yang baru dan menjadi lebih kuat daripada diri sekarang.

15. Pertumbuhan sebenar bermula apabila kita mula bosan dengan perangai buruk kita sendiri.

16. Tiada siapa yang mengambil berat tentang cerita kita sehingga kita berjaya. Jadi berjaya.

17. Jika kita mendapati seseorang yang lebih bijak daripada kita, jangan bersaing tetapi bekerjasama dengan mereka.

18. Walaupun kita mempercayai keluarga dan rakan rapat kita, jangan biarkan mereka mengetahui segala-galanya tentang kita.

19.Kita akan 10x lebih bahagia jika kita memaafkan ibu bapa kita dan berhenti menyalahkan mereka atas masalah kita.

20. Majikan kita tidak mengambil berat tentang kita. Mereka hanya membayar kita cukup untuk membunuh impian kita.

21. Jangan ambil apa-apa secara peribadi dan selamatkan diri kita daripada 99% masalah mental.

Begitulah...

#BankIdea
Syurga tempatnya orang yang bersyukur.
Neraka tempatnya orang yang kufur.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari golongan orang yang tidak bersyukur.

Kita HAMBA yang tiada apa-apa.
Lemah.
Apa yang kita nikmati.
Semuanya dari ALLAH.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur atas nikmat islam dan iman.
Dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad saw.
Janganlah kita kurang ajar dengan Allah dengan berbuat maksiat.

Taatlah segala perintah Allah.
Tinggalkan segala laranganNya.
Kita bukan baik, bukan sempurna.
Tapi dengan bersyukur menjadikan kita orang yang bahagia dan tenang jalani setiap takdir dari Allah.
Nanti Allah permudahkan urusan kita.

Siapa yang bersyukur, nanti Allah akan tambahkan lagi nikmat.

Bersyukurlah dari hati yang tulus mencintai Allah..
*ALLAH TUNAIKAN HAJAT AYAH UNTUK KE UMRAH*

" Sy tak ada duit sebanyak itu untuk hantar ayah ke Umrah tapi dengan izin Allah pada bulan 10 baru ni Allah menjemput ayah saya dgn Pakej Percuma Tajaan dari Travel Umrah . Allah perkenankan hajat ayah yang tersimpan selama ni "

*Link Pendaftaran*
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa

Dah 23000+++ pelajar ND yang amalkan teknik ini Allah makbulkan doa mereka dengan izinNya
https://t.me/testimoninafasdoa
#AMALAN_MENGUNDANG_REZEKI
.
.

1. Membaca Surah al Waqiah
-Baca selepas Subuh dan selepas Asar
.

2. Ya Fattah Ya Razzaq
-Lazimkan baca 3 kali atau 11 kali atau 33 kali selepas solat – Baca minimal 3 kali.
.

3. Melazimi membaca al quran dan surah-surah tertentu pada waktu tertentu seperti
.

-Membaca Surah Ar-Rahman- Baca selepas solat Dhuha

-Membaca Surah Yaasin – Baca selepas solat Isya’

-Membaca Surah al-Mulk – Baca menjelang tidur
.

4. Baca selawat – allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
Lazimkan baca sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari
.

5. Solat Dhuha ( paling kurang 4-12rakaat)
.

6. Bersedekah
.

7. Solat Berjemaah di Masjid Tepat Waktu
.
Tips Rezeki Deras
Photo
DOA AYAT 103 SURAH AL AN'AM, KHASIATNYA LUAR BIASA, SEMUA HAJAT AKAN TERKABUL!

Ingin semua hajat terkabul, cubalah rutinkan mengamalkan doa ayat 103 dari QS Al An'am berikut.

Menurut sejumlah ulama, dalam QS Al An'am memang ada sebuah ayat yang boleh digunakan sebagai doa.

Doa tersebut memiliki khasiat bagus dan boleh menjadi penyebab dikabulkannya hajat kita oleh Allah SWT.

Ayat tersebut adalah ayat 103.

Syaratnya, mengamalkannya harus istiqamah, terus menerus dengan disertakan usaha.

Selain menjadi penyebab terkabulnya doa, yang mengamalkannya pun, dipercayai boleh melihat alam ghaib, dan berkebolehan merawat berbagai penyakit kronis.

Bunyi ayat tersebut adalah :

{ لَّا تُدۡرِكُهُ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَهُوَ یُدۡرِكُ ٱلۡأَبۡصَـٰرَۖ وَهُوَ ٱللَّطِیفُ ٱلۡخَبِیرُ }
[Surah Al-Anʿām: 103]

Ertinya : Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Al-An'aam:103)

Faedahnya :

1) Apabila diwirid/dibaca sebanyak 8 kali setiap hari, dijauhkan dari fitnah serta dimudahkan dalam mencari rezeki.

2) Apabila ingin terhindar dari segala fitnah, baca 9 kali di waktu siang & malam hari.

3) Apabila ingin dicintai oleh wanita atau lelaki, baca sebanyak 70 kali selama 7 malam berturut-turut.

4) Apabila ingin kuat dalam perjalanan, baca 3 kali senafas pada bekatul dan gula jawa lalu dimakan.

5) Apabila ingin terhindar dari kemarahan musuh, baca 100 kali di waktu malam. Insya Allah musuh akan sedar dan menyesal.

6) Bila ingin selamat dan terhindar dari ilmu sihir, baca 90 kali pada gelas, piring atau apa sahaja yang berwarna putih dan bersih lalu airnya diminum. Insya Allah akan terhindar dari guna-guna dan ilmu sihir.

7) Apabila ingin terbuka mata batinnya, baca 313 kali setiap malam selepas solat taubat dan hajat.

8 ) Jika dibaca secara istiqamah selepas solat fardhu, Insya Allah boleh melihat alam ghaib.

9) Untuk pengobatan penyakit yang kronis dan jika terjadi kemarau panjang, bacalah 300 kali di dalam masjid dalam keadaan suci, Insya Allah boleh mendatangkan hujan.

10) Dan masih banyak lagi faedah dan manfaat-manfaat lainnya.

Demikian merupakan khasiat surat Al An'am ayat 103. Semoga bermanfaat.
*SERABUT SEBAB BANYAK HUTANG*⁉️

Ini antara perubahan yg puan ni rasakan selepas Belajar Teknik nafas doa , Walaupun banyak hutang, namun sekarang tetap tenang dan mula cari kekuatan untuk mencari jalan penyelesaian dari masalah yang dihadapi.

Nafas Doa bukanlah amalan tapi Nafas doa merupakan teknik untuk bantu khusyuk berdoa

*Siapa lagi nak Ikhtiarkan ilmu ni untuk selesaikan masalah dan urusan dengan Izin Allah ?*

*Daftar kat sini ye*
*https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa*

*Dah 23000+++ pelajar ND yang amalkan teknik ini Allah makbulkan doa mereka dengan izinNya*
https://t.me/testimoninafasdoa
Tips Rezeki Deras
Photo
BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG

Hari ini saya nak share bab bilik air. Saja nak share walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.

PERTAMA
Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.

KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.

Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
Tandas kotor

Adakah bilik air kita bersih seperti ini?
Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
Sinki dalam bilik air berkerak?
Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk

Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!

Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah..

Kredit : Muhammad Ruslan Ismail
SUSUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati.

1 - Solat sunat wudhu'.
2 - Solat sunat tahajud.
3 - Solat sunat taubat.
4 - Solat sunat tasbih.
5 - Solat sunat hajat.
6 - Solat sunat istikharah.
7 - Solat sunat witir.

Sebelum Waktu Subuh
1 - Solat sunat fajar.

Selepas Azan Subuh
1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardhu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi - 8.15 pagi
1 - Solat sunat isyrak.

8.15 pagi - 11.00 pagi
1 - Solat sunat dhuha.

Apabila Gelincir Matahari
1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardhu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar
1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardhu asar.

Selepas Azan Maghrib
1 - Solat sunat Maghrib.
2 - Solat fardhu maghrib.
3 - Solat sunat selepas maghrib.
4 - Solat sunat awwabin.
5 - Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isya'
1 - Solat sunat isya'.
2 - Solat fardhu isya'.
3 - Solat sunat selepas isya'.
4 - Sola sunat witir.

Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wudhu'.
3 - Solat sunat taubat.

Bersama kita istiqomah mengamalkannya

Aamiin...🌹
Tips Rezeki Deras
Photo
PESANAN BUAT WANITA

1. Jangan berlebih berkongsi.
Tidak usah menceritakan segalanya tentang kamu, perancangan mu, impian mu, di mana kamu berbelanja, kepada siapa kamu memberi, siapa teman-teman baik mu, sedang usaha untuk apa. Privacy is power.

2. Jangan mudah berkecil hati untuk hal-hal yang remeh temeh.
Jika kamu tidak diundang untuk ke majlis boleh jadi ianya adalah kerana kekangan kewangan tuan rumah. Boleh jadi itu adalah acara tertutup dan hanya untuk keluarga. Boleh jadi juga mereka terlupa. Don't take everything personally. Fikir yang baik-baik selalu.

3. Sesiapa yang suka menyampaikan cerita orang lain kepada mu akan juga suka bercerita tentang kamu kepada orang lain.
Fikir berkali-kali tentang ini. Pilih kawan mu dengan baik.

4. Kekurangan berbicara boleh membunuh sebuah hubungan.

5. Semakin kita tidak terlalu bimbang akan banyak perkara dalam hidup, semakin kita mudah bahagia.
Just go with the flow. Jika ada kita bersyukur, tak ada kita berlapang dada.

Kredit : Dzuriasikim Dzulkefli
Untuk muhasabah diri samada kita insan yang baik atau sebaliknya  ialah dengan menilai rasa hati  terhadap  insan di sekeliling...

Jika banyak sangka baik, insyaAllah... mudah-mudahan kita baik.

Jika sebaliknya, berhati-hatilah... yang kita lihat itu, itulah diri kita.

Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik kepada orang lain.

Manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk kepada orang lain dan tertanam dalam hatinya dengki kepada orang lain!

Wallahua'lam.
Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada angin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita.

Bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.

Dari situ, bermulalah perdebatan antara akal yang terbatas dengan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh.

Mengapa jadi begitu? Bangkitlah!

Dengarkan tangisan jiwa yang meronta-ronta meminta kita kembali kepada Tuhan.

Usah biarkan jiwa-jiwa kita terperangkap dalam penjara nafsu dan godaan syaitan yang lemah.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah, sekalipun harus merangkak.

Tanya pada diri dari jiwa yang paling dalam, sampai bila aku harus begini?

Sampai bila aku harus terus derhaka pada ALLAH yang telah menciptakan aku dari air mani yang hina?

Istighfar dan menangislah.

Ingatlah bahawa sakaratul maut itu kiamat yang paling hampir dengan diri kita.

Itulah hakikat yang tidak boleh kita sangkal lagi, boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja!

Berhijrahlah.

Usah ditangguh lagi. Usah tertipu lagi.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya dengan hati dan jiwa yang terbuka.

Sebelum memulakan langkah, berniatlah untuk berhijrah keranaNya semata-mata, bukan kerana nafsu.

Usah berkira-kira denganNya untuk memulakan langkah. Usah memilih jalan berhijrah yang didorongi hawa nafsu!

Agama itu bukan untuk dipilih-pilih yang mana satu pilihan qalbu.

Agama itu bukan selayaknya dipilih menurut hawa nafsu kita.

Hijrah ke arah kebaikan itu pengorbanan yang sukar, tapi juga perjalanan paling indah dalam hidup kita!

In sha ALLAH. 🤲🏻😭
Allah sudah meletakkan kita pada tempat yang betul dan tepat. Dia Ya Barik. Maha Mengaturkan sesuatu.

Dia Maha Tahu!

Bahagia itu apabila kita berdamai dengan takdir yang sedang tempuh sekarang.
Jatuh dahulu, luka sudah pun sembuh.

Kini bangkit, hati-hati supaya tidak jatuh di tempat yang sama.

Syukur dengan nikmat yang sedang kita pegang. Tidak perlu julang dan tayang.

Bahagia sangat, tersenyum ikhlas dengan kebahagiaan orang.

Tidak perlu fikir nak penuhkan
bakul kita dengan buah bahagia orang.

Cukup sekadar kita ucapkan alhamdulillah dengan bakul kecil kita yang sarat kasih sayang.

Dan...

Memberi sebutir ihsan dari bakul kasih kita walau hanya sebutir kurma semanis senyuman..

.

.

Credit : Norwati MD Zain
Tips Rezeki Deras
Photo
30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
Takdir itu milik Allah,
tetapi usaha dan doa itu milik kita.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..."

(Surah Ghafir, ayat 60)
"Jika kamu mendapati Allah menahan dunia dan menimpamu dengan kesusahan yang banyak, yakinlah kamu seorang yang mulia di sisi-Nya"

-Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala-

Kredit quotephotovideo