Tips Rezeki Deras
2.16K subscribers
4.51K photos
441 videos
2 files
2.31K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat ๐Ÿ’•
Download Telegram
Tips Rezeki Deras
Photo
Wanita itu...

1. Wanita hebat itu bukanlah yang tidak pernah menangis tetapi wanita itu terus istiqamah di tengah ujian, cabaran dan godaan.

2. Dia tahu...Jauh lebih baik kehilangan sesuatu untuk Tuhan daripada kehilangan Tuhan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Cintanya tidak pernah padam.

4. Memiliki dua kecantikan, zahir yang tertutup rapi dan batinnya yang terhias dengan akhlak terpuji.

5. Menggunakan mulutnya untuk mengucapkan kebaikan, suaranya untuk menyebar kasih sayang, telinganya untuk sifat ihsan dan hatinya untuk tetap mencintai orang yang tidak menyukai dan membenci.

6. Dia seperti perhiasan, cantiknya menyejukkan hati dan lembutnya mendamaikan kemarahan.

7. Wanita yang baik itu bila mata melihatnya memberi rasa bahagia.

8. Mulianya dia kerana setia pada agama dan cinta pada PenciptaNya.

9. Sentiasa dan tidak pernah jemu melazimi lidahnya dengan Zikrullah.

10. Sentiasa mengukir senyuman sekalipun hatinya terluka

11. Berinteraksi dengan Allah adalah jalan dia meluahkan beban dan sengsara.

12. Rumah Allah tempat healing terbaik.

13. Cinta tertingginya bukan untuk makhluk namun pada Allah dan RasulNya.

Aminah Mat Yusoff
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
[Separuh Harga] Setel Masalah dalam hidup andaโ€ผ๏ธ

Ingat lagi Nafas Doa? Dah ada 24 ribu peserta yg belajar ND.

Terbaru, ND ada pakej Jimat.

โŒBukan RM100
โŒBukan RM90
โŒBukan RM80
โŒBukan RM70

Bukan dan bukan.

Yang pasti, ianya lebih *Mampu Milik*.

Boleh terus tengok sini :

https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
*DAPAT HADIAH BARANG KEMAS HABIB SELEPAS AMALKAN TEKNIK ND*

Sebelum masuk dewan akak ni dah buat *Teknik Nafas Doa* siap2 dan berdoa untuk dapat lucky draw HABIB

Tengoklah happy wajahnya dapat sebijik apa yg akak ni nak.

Alhamdulillah Allah yg izinkan..

Nak jadi sebahagian daripada keluarga Nafas doa boleh pm sy personal

Atau daftar di sini
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Fokus dan istiqomah pada satu doa iaitu doa yang mana yang menjadi kepentingan pada diri kita.

Jika masalah utama kita adalah sering GAGAL menjaga ISTIQOMAH, maka fokuskan kepada doa khusus bagi tujuan tersebut agar kita tidak terlalai atau tersasar atau terhanyut dari pengaruhi duniawi dan nafsu.

Justeru , fokus pada doa ini iaitu dibaca setiap hari samada di dalam sujud solat, ketika mood menurun, ketika diuji dan ketika di dalam kesenangan.

Kaya harta tetapi miskin amal adalah SIA-SIA.

~MRJ
Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

1. Aku tahu rezeki ku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

2. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal sholeh.

3. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........

Sahabat2ku...

Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan kain kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah ุงู„ู„ู‡ู yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai JANTUNG
yang tidak terlihat,
tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh-NYA
Harta yg banyak, status sosial yg tinggi, jabatan yg tinggi tidak akan dilihat oleh Allah Ta'alla bila hanya akan menjauhkan diri dari ibadah kepadaNya.

Sahabat2ku...
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
amalku tidak bertambah
sedikit pun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.)
๐Ÿ”ฒ Minta pada Allah sales hari ni 5k, tp Allah bg 10k terus. Alhamdulillah Allah izinkan dapat malah lebih dari itu.


Nk join kelas? Daftar di sini โฌ‡๏ธ
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Mesti ramai yang nak tahu kan *Perbezaan Antara Mini Nafas Doa & Nafas Doa Pakej Lengkap* kan..?

Boleh tengok penjelasan dari Cikgu Ash dkt sini yaโคต๏ธ
https://youtu.be/2Ydqazp94Js?si=Z05sJxgLzTPMB6vL

Daftar dkt pautan niโคต๏ธ
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
"Mulakan hari anda dengan niat yang betul"

Nak dapat rezeki bukannya kira berapa kuat kita bekerja, tapi berapa kuat kita beribadah. Tapikan kerja itu juga ibadah.

Ye betul kerja itu ibadah, tapi berapa ramai yang jadikan kerja @ perniagaan itu sebagai ibadah. Jadinya mulai hari ini apa sahaja yang kita buat atau usahakan mulakan dan perbetulkan niat kerana Allah.

Ingat ye rezeki itu walau dalam apa jua bentuk datangnya dari Allah. Usaha kita cuma asbab sahaja untuk rezeki sampai kepada kita.

Jangan lupa setiap hari renew niat ye. Macam roadtax pulak nak renew-renew yer๐Ÿ˜…

Yer lah kalau tak renew hari-hari nanti niat terpesongkan. Kitakan manusia yang lemah, lalai dan leka serta mudah lupa.....

Okey jom kita berniat dulu "Segala urusan hidup aku hari ini adalah ibadahku kepadaMu Ya Allah, Maka kau ganjarkanlah aku dan keluargaku dengan pahala dan rezeki yang melimpah lagi banyak serta berkat. Aamiin..."

LynnIbrahim๐Ÿ’–
JANGAN ADA SELAIN ALLAH SWT DIHATIMU...

Makhluk dan Khaliq tidak akan berkumpul. Dunia dan akhirat juga tidaklah berkumpul dalam satu hati.

Ada kalanya makhluk dan ada kalanya Khaliq di hatimu. Ada kalanya dunia dan ada kalanya akhirat.

Ada kalanya terbayang bahawa makhluk ada di lahirmu sedang Khaliq di hatimu.

Dunia di tanganmu sedang akhirat di hatimu. Adapun di dalam hati, kedua-duanya tidak berkumpul.

Lihatlah kepada jiwamu dan pilihkan untuknya, jika ia menghendaki dunia maka keluarlah akhirat dari hatimu. Jika ia menghendaki akhirat maka keluarkanlah dunia dari hatimu.

Jika ia menghendaki Tuhan maka keluarkanlah dunia, akhirat dan apa yang selainNya dari hati.

Selagi di dalam hatimu masih ada sebesar semut yang selain Allah, maka kamu tidak melihat dekatnya Allah di sisimu, dan tidak bangkit kejinakan dan ketenangan kepada-Nya.

Selagi di dalam hatimu masih ada dunia sebesar semut kecil, maka kamu tidak melihat akhirat di hadapanmu.

Dan selagi di dalam hatimu terdapat akhirat sebesar semut kecil, maka kamu tidak akan dapat merasa  dekat kepada Allah.

-- Syeikh Abdul Qadir Jailani --

SEMOGA BERMANFAAT ๐Ÿฅฐ

โ€ขโ•โ•โ—Žโ—Žโ™กโ—Žโ—Žโ•โ•โ€ข

ุฑูŽุจูู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ูŠูŽุงู†ููŠู’ ุตูŽุบููŠู’ุฑู‹ุง

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

๐ŸŽ‹ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒปุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡๐ŸŒบู„ุง ุงู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ๐ŸŒผุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ
HAKIKAT REZEKI

Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar.
.
Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu, terutama sesuatu yang kita suka atau harapkan, semuanya berserta hikmah.
.
Samada diganti dengan yang lebih baik di sini, atau Allah simpan sebagai pahala di akhirat. Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah.
.

"Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi."

๐Ÿ’ 3 sebab Allah bagi rezeki :

1- Ujian
(Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang)
.
2- Keperluan kita
(Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri)
.
3- Tanggungjawab yang kita tunaikan
(Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri).

- Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm
Antara tips untuk memulakan hidup dengan al-Quran adalah tidak bertangguh.

โ€œHujung minggu ini aku mula bacaโ€

โ€œEsok aku mula tadabburโ€

โ€œTahun depan aku cari kelas tajwidโ€

Usahakan sekarang. Insya Allah kita akan lebih dekat dengan al-Quran .
Nasihat dari guru saya, supaya mudah masuknya rezeki ialah apabila kita letak rasa mahu bertaubat atas dosa yang kita lakukan dan berazam sungguh-sungguh untuk tidak mahu mengulanginya lagi. Jadi kena berusaha hapuskan dosa dahulu.

Ini antara zikir untuk menghapuskan dosa kita. Amalkan selalu, kemudian berdoalah semoga Allah mengampuni kita dan tambahlah doa supaya Allah memurahkan rezeki untuk kita semua.

Doa pagi yang paling baik lepas salam solat subuh.

Rasulullah Saw juga mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa seusai sholat Subuh atau waktu pagi hari sebagai berikut:

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠู’ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุนูู„ู’ู…ู‹ุง ู†ูŽุงููุนู‹ุงุŒ ูˆูŽุฑูุฒู’ู‚ู‹ุง ุทูŽูŠูู‘ุจู‹ุงุŒ ูˆูŽุนูŽู…ูŽู„ุงู‹ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ุงู‹

Allahumma inni as aluka โ€˜ilman naafiโ€™aa wa rizqan toyyibaa wa โ€˜amalan mutaqabbalaa

โ€œYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.โ€ (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah no. 925, shahih)
.
Aamiin Allahumma Aamiin ๐Ÿคฒ
.
.
Jangan TERKEJUT !!
kalau rezeki datang tak putus-putus..lepas 3 hari amalkan teknik vibration rezeki ni.

Teknik simple..mudah faham & senang nak amalkan. Takda teknik mengarut.

- Zikir Rezeki
- Breathing Rezeki
- Doa Minda
- Doa Yakin Dapat

Ada 21 teknik menarik rezeki dalam ebook ni.
Korang pilih jer 1 atau 2 teknik. Pastu amalkan setiap pagi dan malam.

Nak amalkan lepas solat pun boleh.
Insyallah. Pasti jadi dengan izin Allah
Nantikan kemunculan buku fizikal
DOA MOHON KETENANGAN HATI๐Ÿ’–

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ู†ูŽูู’ุณู‹ุง ู…ูุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‘ูŽุฉู‹ุŒ ุชูุคู’ู…ูู†ู ุจูู„ูู‚ูŽุงุฆููƒูŽุŒ ูˆูŽุชูŽุฑู’ุถูŽู‰ ุจูู‚ูŽุถูŽุงุฆููƒูŽุŒ ูˆูŽุชูŽู‚ู’ู†ูŽุนู ุจูุนูŽุทูŽุงุฆููƒูŽ
Allohumma Inni As Aluka Nafsaan Muthma-Innah, Tu'Minu Biliqoo-Ika Watardhoo Bi Qodhooika Wataqna'U Bi'Athooika

ARTINYA:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu...

AAMIIN YRA ๐Ÿคฒ
Hati itu tenangkan dengan mengingati Allah.

Ada masalah mengadulah pada Allah.

Mintalah pada Dia.

Fokuslah membahagiakan orang lain dan bahagiakan diri sendiri.

Jangan fikir negatif. Jangan buruk sangka. Jangan sedih. Jangan down. Banyakkan bersyukur.

Even makan nasi kosong teruskan senyum dan ucapkanlah alhamdulillah.

Walaupun menumpang dirumah orang sekurangnya kita masih punya ruang untuk hidup dan tido.

Banyakkan bersyukur. Jangan komplen jangan mengeluh.
.
Jaga hati. Jaga hati. Jaga hati.
.
Banyakkan senyum.
Orang hebat ujiannya berat.

.
Sakit sekalipun senyum dan syukur lah.
.
Andai kata cikgu meninggal ada sesiapa nak datang melawat? Apa yang akan korang ingat bila cikgu mati nanti?
.
Jangan berkelahi antara satu sama lain. Berpegang tangan ingatlah kita sebagai 'teman sejati' yang dicari-cari.
.
Sentiasa mendoakan satu sama lain. Berjemaah. Berpimpin tangan. Bantu membantu. Jangan fikir buruk. Sentiasa fikir hikmah.

Ini jalan dakwah
memang
syaratnya payah.
.
Tempuhilah dengan tabah. โ˜บ๏ธ
Buatlah kerana lillah.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR
KALAM ULAMA

Jika Allah ingin mendekat seorang hamba itu kepadaNya, maka Allah akan mendekatkanhamba itu kepada salah satu kekasihNya yang akan mengenal dan mengajarkan hamba itu tentang cinta kepada Rasulullah.

Jikalau cinta kepada Rasulullah sudah tiba di dalam hatinya. Maka ketika itu dia mampu merasakan dekatnya cintanya kepada Rasulullah

-Habib Umar Bin Hafidz-

โ€ขโ€ขโ€ข
๐Ÿ’• HIDUP adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan...

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara...

Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki...

Ianya "BUKAN MILIK" kita, ianya "MILIK ALLAH yang Maha Esa...

๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dunia. Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita.

Mulakan hari indah kita dengan "niat kerana Allah SWT"

Lynn Ibrahim ๐Ÿ’•
๐ŸŒธ *YAKIN DENGAN PERANCANGAN ALLAH* ๐ŸŒธ

Tiada perancangan yang sebaik perancangan Allah. Percayalah dengan perancanganNya selepas kita dah usaha dengan baik.

Jangan kita harap Allah makbulkan doa kita on the spot. Jangan paksa dan desak Allah ikut apa yg kita nak. Jangan berdoa tu nak cepat2 makbul. Ingat, kita adalah HAMBA.

Mungkin nikmat yang kita terima pada hari ini adalah hasil dari ikhtiar dan doa kita semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas.

Mungkin usaha kita pada hari ini tidak mengeluarkan hasil sekarang. Mungkin esok, mungkin minggu depan atau mungkin tahun depan, tiada siapa yang tahu. Yang pasti, akan ada ganjaran untuk mereka yang berusaha dan taat padaNya.