Tips Jual di Shopee
296 subscribers
28 photos
1 video
43 links
Berkongsi secara step by step cara menjual dan mendapatkan sale di Shopee dengan pantas
Download Telegram
Tips 15: Kelebihan Shopee Berbanding Platform Online Yang Lain (Part 2)

1. Preferred Seller
Sekiranya jualan anda dan rating anda melepasi satu tahap yang diletakkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf Preferred Seller, buat masa sekarang targetnya agak rendah iaitu jualan sebanyak 75 transaksi sebulan, dengan 35 pelanggan unik (unique buyer). Anda juga perlu menjaga rating keseluruhan untuk mendapat gelaran Preferred Seller dan perlu kekalkan jualan dan rating untuk terus memegang dengan gelaran ini. Kelebihan Preferred Seller ini, selain pelanggan akan lebih merasa yakin untuk berurusan dengan anda, pelanggan juga boleh menebus point/mata ganjaran yang diberi oleh Shopee di kedai anda, mata ganjaran tidak boleh ditebus di kedai-kedai lain yang bukan Prefered Seller atau Mall. Shopee juga kerap melakukan promosi khas untuk pemegang status Preferred Seller ini, disini anda mempunyai peluang yang lebih daripada peniaga lain.
Sekiranya anda mengikut dengan teliti panduan dalam ebook ini, anda akan turut memegang status Preferred Seller dalam masa yang singkat.

2. Shopee Mall
Terdapat banyak kedai-kedai berjenama atau kedai-kedai official yang telah mula menjual di Shopee, mereka diletakkan di bawah kategori Mall, kategori ini untuk jenama yang dah establish, dimana Shopee menawarkan kedai Mall untuk mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenama-jenama besar ini bijak menghidu peluang di Shopee untuk menambah keuntungan dan mengurangkan kos operasi. Kenapa tidak anda?

3. Pembayaran mudah
Shopee menerima semua bayaran online daripada bank-bank utama di Malaysia. Banyak kes pelanggan tidak jadi membeli daripada pembeli kerana tiada bank yang pelanggan mudah untuk membuat bayaran, contohnya, sekiranya pelanggan mempunyai bank CIMB, mereka akan berasa agak berat untuk memindahkan duit ke bank lain seperti Maybank, kemungkinan kerana caj untuk instant transfer, mungkin kita kata berapa sen sangat caj, tetapi bagi pelanggan, mereke mungkin menghargai setiap sen daripada wang mereka. Terdapat juga pelanggan khususnya diluar bandar yang tidak mempunyai kemudahan mesin cash deposit tertentu, sekiranya anda hanya ada bank contohnya Maybank, sementara bakal pembeli hanya ada mesin BSN di kawasannya, kebarangkalian adalah tinggi untuk transaksi tidak berlaku. Masalah ini tidak wujud di Shopee, pelanggan boleh melakukan pembayaran secara online atau cash deposit apa-apa bank terus ke akaun Shopee.

4. Shopee Guarantee
Semua pembayaran akan dibuat oleh pelanggan terus ke akaun Shopee, pembayaran akan dikredit ke akaun anda selepas pelanggan mengesahkan terima barang anda atau secara automatic berdasarkan tracking barangan (integrated system Shopee dan Poslaju), bayaran akan dikreditkan ke akaun virtual, Shopee Wallet. Untuk pertama kali, anda perlu mengaktifkan fungsi Wallet di akaun Shopee anda. Semua bayaran dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun wallet ini, anda boleh mengeluarkan pada bila-bila masa atau anda gunakan untuk membeli barangan daripada Shopee. Anda boleh mengeluarkan duit dari akaun wallet terus ke akaun anda tanpa caj (3 kali seminggu). Pastikan anda keluarkan secara bijak bagi mengelakkan sebarang kos. Selain itu, sekiranya anda membiarkan duit di dalam wallet anda, sistem secara automatic akan transfer ke akaun bank anda setiap minggu, buat masa sekarang, Shopee akan membuat pembayaran setiap hari Rabu.

5. Sistem coins
Sistem coins ini dapat menggalakkan pelanggan untuk terus membeli daipada anda atau peniaga lain di Shopee, setiap pembelian di shopee akan diberi beberapa coin dengan kiraan tertentu, untuk pembelian seterusnya, pelanggan boleh menggunakan coin tersebut untuk mendapat diskaun secara terus daripada penjual. Coin hanya boleh ditebus di kedai Shopee yang mempunyai status Preffered Seller atau Shopee Mall.
❀3πŸ‘2
πŸ”₯ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang terlepas, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
πŸ”₯2πŸ‘1
Tips 16: Kelebihan Shopee Berbanding Platform Online Yang Lain (Part 3)

1. Menjimatkan masa
dengan segala proses yang automatic, masa anda untuk mengurus transaksi penjualan barangan anda dapat disingkatkan, anda boleh menggunakan masa yang telah dijimatkan itu untuk aktiviti lain seperti promosi pemasaran atau pengemaskinian produk dan kedai.

2. Mengurangkan peluang tawar menawar
kita semua maklum, apabila pelanggan berhubung terus dengan kita, sama ada melalui mesej atau berjumpa untuk COD, kerap berlaku proses tawar menawar, sebagai penjual, anda tentu agak keberatan untuk mengurangkan keuntungan, apalagi barang tersebut memang untung tak banyak, pelanggan pun hanya nak beli satu. Ini meletakkan kita dalam keadaan serba salah, kalau tolak mungkin dia tak jadi beli, kalau terima kita pula yang rugi, jadi dengan menggunakan Shopee ini, anda boleh mengelakkan daripada menghadapi situasi yang membebankan ini.

Walaubagaimanapun, anda boleh memberi diskaun secara berkala dengan menggunakan Promotion Tools di Shopee

3. Mengurangkan risiko ditipu
Bayaran akan disahkan oleh Shopee sebelum Shopee akan memaklumkan anda sekiranya bayaran adalah sah dan boleh meneruskan proses pengeposan barang. Terdapat banyak kes penipuan di online, bukan sahaja pembeli, penjual juga menghadapi risiko yang sama, ada penipu yang mengedit resit menggunakan photoshop, kelihatan sama macam original, semata-mata nakkan barangan kita secara percuma, jika kita cuai dan tidak berhati-hati, kita mungkin akan terperangkap, siap pulangkan baki dalam sampul. Biasa terjadi kepada penjual yang baru memulakan perniagaan, mereka agak teruja bila mendapat pelanggan sehingga melupakan perkaraperkara penting yang patut disemak dan dipastikan terlebih dahulu oleh penjual sebelum menghantar barangan kepada pelanggan. Masalah ini tidak terjadi di Shopee, selagi bayaran belum disahkan, anda tak perlu menghantar barangan kepada pelanggan.

4. Promosi
Shopee sebagai penyedia portal juga menjalan promosi yang sangat hebat untuk produk-produk terpilih terutama secara online seperti iklan Google dan Facebook, termasuk di kaca TV. Anda dapat menjimatkan kos promosi anda dengan bantuan Shopee sendiri. Mungkin produk anda sendiri akan diletakkan di iklan mereka. Selain itu, Shopee juga kerap menawarkan kupon untuk semua pengguna Shopee seperti diskaun RM10, diskaun RM5, dimana pelanggan perlu meletakkan kupon yang diberikan ke kedalam ruang kupon sebelum diskaun diberi. Pelanggan tentu lebih berminat untuk membeli, tambahan pula diskaun dibuat oleh orang lain. Anda tetap akan dibayar penuh walaupun pembeli membeli dengan harga diskaun.

5. Support Customer Service
Sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam. Hanya klik link support, anda boleh terus menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau jika anda mahu bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan. Sebarang masalah yang timbul antara pelanggan dan anda juga boleh dirujuk kepada mereka bagi menjamin kelancaran jualan anda di Shopee.

6. Pengunjung yang ramai
Kelebihan Shopee yang agak ketara dan sangat penting ialah pengunjungnya yang ramai. Berikut adalah data terkini perbandingan pengunjung Shopee dengan platform e-commerce yang lain di Malaysia sebanyak 20.9 juta pengunjung sebulan ditempat nombor satu sambil diekori rapat oleh Lazada di tempat kedua, meninggalkan jauh lain-lain pesaing. Pengunjung yang ramai ini seumpama anda membuka kedai di sebuah Shopping Mall yang berprestige dan ramai pengunjung. Bezanya kos sangat murah.

7. Pendapatan Tidak Terhad
Pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada usaha anda.

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, boleh dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
❀4πŸ‘1
πŸ”₯ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang baru join, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
❀3
Tips 17: 4 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Mula Business di Shopee

1. Product Kategori
Pastikan anda pilih terlebih dahulu product kategori yang anda nak jual terlebih dahulu. Setiap kategori pasti ada product yang hot

2. Product Reseach
Anda mesti buat product research terlebih dahulu. Apakah product yang banyak orang sedang cari. Takkan anda nak jual produk yang orang lain tidak perlukan? Anda boleh dapatkan data ini di Shopee ads atau Google Trends. Product research dapat mempercepatkan proses anda mendapatkan jualan asalkan dengan sasaran pelanggan yang betul.

3. Kira Profit Margin
Banyak seller tidak kira profit margin mereka. Akibatnya mereka menanggung kerugian setiap kali menerima jualan. Cost yang mesti anda ambil kira adalah shopee charges, kos produk anda, kos packaging, kos shipping, kos pekerja, kos marketing dan kos operasi yang terlibat.

4. Cari Supplier
Cari beberapa suppplier untuk product anda. Pastikan anda mempunyai 2 3 backup supplier sekiranya supplier semasa anda sekarang buat hal.

Info Penting Lain:
πŸ“Œ Senarai penting seller ada di pinned list
πŸ› eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee > https://tinyurl.com/myOtaiShopee
❀1
πŸ”₯ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang baru join, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
πŸ‘2
Bagi yang nak dapatkan eBook Otai Seller tetapi ada masalah bila klik link tu boleh cuba link baru ni ya Β» https://tinyurl.com/myOtaiShopee. Bagi yang dah dapatkan, terima kasih πŸ₯°
πŸ‘1πŸ”₯1
Tips 18: 3 Big Why Kenapa Customer Membeli Di Kedai Shopee Anda

1. Customer membeli disebabkan emosi
- Produk yang boleh selesaikan masalah pembeli
- Harga yang ditawarkan berpatutan
- Customer trust dengan review pembeli lain
- Mempunyai detail produk yang lengkap dan kemas
- Mempunyai gambar yang cukup, menyakinkan dan profesional

2. Nama Produk @ Headline
- Di sini anda perlu kreatif untuk perhatian customer dengan ayat yang catchy dan searchable keyword
- Gunakan keyword yang ada jumlah search yang tinggi
- Bayangkan diri anda sebagai pembeli
- Headline yang kelihatan profesional, tidak terlalu over atau serabut
- Guna tools seperti Shopee Keyword, Google Trend, Ubersuggest, SEMrush, Keywordtool

3. Gambar-gambar Yang Anda USP
- USP adalah Unique Selling Point
- Gambar coverphoto anda harus ada USP
- Apa yang membezakan anda dengan kedai lain
- Apa value yang anda tawarkan

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
Tips 19
SENJATA GANDAKAN JUALAN: #1 TITLE / TAJUK PRODUK

Bahagian title atau tajuk ni antara bahagian yang paling penting. Sebab apa? Sebab ini yang paling mempengaruhi carian seseorang prospek.

Ya dekat shopee ni, orang masuk memang tujuan dia nak cari barang, dan akan buat carian barang.

Jadi, apa yang mereka cari tu, apa yang ada kena mengena dengan title, itulah yang akan keluar di hasil carian mereka.

Amat pelik jika mereka cari baju renang tetapi yang keluar adalah spare part motor Ysuku kecuali ada store shopee yang buat iklan berbayar pergi target keyword tu.

Tapi ramai peniaga di shopee tak gunakan bahagian ni sepenuhnya, lagi-lagi kalau yang buat dropship atau yang dapat list buta-buta dari supplier, apa yang dapat itulah yang main letak.

Tu belum yang jenis main masuk je barang, tak tahu apa nak tulis, maka keluarlah hasil yang pelik-pelik. Jadi, apa yang perlu ada dekat bahagian tajuk ni ye?

Saya berikan 3 elemen tambahan yang perlu ada selain dari nama spesifik untuk sesuatu produk tu.

1. Keyword sesuai pelbagai dan berkaitan
2. Dwibahasa
3. Fungsi atau ciri-ciri produk

Nantikan sambungan part 2 😊πŸ₯°
πŸ‘2
Part 2

Elemen Pertama: Keyword sesuai pelbagai dan berkaitan

Haa, bunyi macam pelik kan. Macam ni, anda bayang kan anda adalah bakal pelanggan yang nak cari produk apa yang anda jual tu. Contohnya baju tidur, apa yang anda akan cari?

Jadi, senaraikan kebarangkalian keyword apa yang anda bakal cari tu. Lebih dari satu lagi bagus..

Contoh... baju tidur, baju malam, pakaian tidur, suit tidur, pijama....

Ha... nampak? Pelanggan ni guna bahasa berbeza-beza.. ada yang cari guna keyword lain, ada yang cari guna keyword lain. Jadi, banyakkan keyword, untuk dapatkan lebih banyak potensi prospek.
Elemen Kedua: Dwibahasa

Ramai peniaga dalam shopee yang gunakan 1 bahasa je dekat bahagian tajuk ni, kalau dalam melayu tu, semua tulis bahasa melayu. Kalau English pun sama, semua perkataan dalam English.

Apa kata lepas ni, anda campur bahasa.

Kata nak lebih ramai prospek kan? Sama je macam dekat atas tadi, ada orang yang cari dalam bahasa melayu, ada yang cari dalam English. Dalam tamil dan Chinese kurang.

Contoh, baju tidur.. letakkan lah juga keyword dalam English... dan pelbagaikan.. sama juga

Baju tidur, nightwear, sleepsuit, pyjamas... eh.. banyak lah...
Elemen Ketiga: Fungsi atau ciri-ciri produk

Dekat tajuk pun kalau muat masukkan juga fungsi atau ciri-ciri yang ada dekat produk tu. Ada sesetengah tajuk yang perlu letak fungsi, ada sesetengah letak ciri-ciri. Fungsi ni macam mana..

Contoh.. Krim HILANGKAN JERAWAT PAKAI SIANG MALAM. Nampak keyword Hilangkan Jerawat, dan Pakai Siang Malam tu. Tu kegunaan/ fungsi produk.
Contoh lain Elemen Ketiga: Fungsi atau ciri-ciri produk

Contoh Baju Tidur LENGAN PENDEK KETIAK BESAR

Haa.. ada orang yang cari produk tu dia nak lagi spesifik atau lagi tepat. Jadi, sebab tu masukkan lah juga kegunaan, fungsi atau ciri-ciri produk. Tapi yang ada kaitan dan perlu je lah.. Tak payah lah tulis Baju Tidur Untuk Pakai Masa Tidur... tu memang semua orang tahu.

Lainlah company dia ada buat dinner, lepas tu tema, baju tidur...Tu pun dia akan cari baju tidur, tak de nya nak cari baju tidur untuk pergi dinner...
πŸ‘1
Selamat Sejahtera
.
Bagi yang belum download 2 ebook beserta 3 Bonus ini sila download di link di bawah:
.
πŸ”₯ 10 Produk Meletop di Shopee
πŸ”₯ 16 Sebab Anda Perlu Berniaga di Shopee
🎁 63 eBook Bisnes
🎁 43 Artikel Affiliate
🎁 Channel Tips Jual di Shopee
.
DOWNLOAD FREE SEKARANG πŸ‘‡πŸ»
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
πŸ‘2
TIPS 20 SENJATA GANDAKAN JUALAN: #2 APPLY PROGRAM FREE SHIPPING
TIPS 20: SENJATA GANDAKAN JUALAN: #2 APPLY PROGRAM FREE SHIPPING

Benda ni mungkn ramai dah tahu, tapi ada juga yang tak tahu atau buat tak ambil port. Okay, shopee ada bagi program free Shipping dimana pada satu kadar tertentu, pelanggan dapat pos percuma

Dan lagi best, kita sebagai penjual pun dapat pos barang secara percuma tanpa perlu tambah kos untuk pos. Guna je AWB yang shopee bagi tu. Kenapa Free Shipping ni penting? Sebab rata-rata pelanggan mereka cari yang ada free Shipping terlebih dahulu walaupun harga mahal sikit.

Pelik kan..

Contoh.. Harga RM50, shipping RM9... VS Harga RM60 pos percuma..

Mereka akan pilih RM60..Ya, memang nampak pelik.. tapi ni lah yang terjadi, dan secara psikologinya macam ni...

Jika mereka pilih yang ada kos pos tambahan tadi, mereka nampak seolah-olah mereka terpaksa bayar untuk 2 benda iaitu satu tambahan kos untuk penghantaran tapi dapat 1 benda ( produk ).

Berbanding beli terus yang ada Free Shipping tu, mereka macam bayar sekali je..

Dekat mana nak dapat info Free Shipping tu?

Nah, ni 3 link :

J&T Express Free Shipping Programme:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdBGu8WIEphYDabyMqqg4iQxuNdYqlWoA4KczwwQVluV7o4Q/viewform

DHL eCommerce Free Shipping Programme
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeFTHo7K_qaJy2Jccz6aiRA7sgc6zwwVovBs2-3thhpURfENg/viewform

Poslaju Free Shipping Programme
http://sgiz.mobi/s3/MY-Shopee-FREE-5KG-Shipping-Program-Signup-Form/?sglocale=en
Macam Mana Otai Seller Buat Sale Juta-Juta di Shopee?

Tahukah anda..? Ramai seller Otai di Shopee yang telah membuat jualan beratus ribu ringgit, malah ada yang berjaya membuat jualan berjuta ringgit.. hanya dengan 1 produk...

Ya... hanya dengan SATU produk...!!

Dikala penjual lain berusaha memasukkan hingga beratus-ratus produk di dalam kedai mereka, otai-otai ini pula hanya tumpukan kepada satu produk sahaja, menambah kualiti serta meningkatkan promosi!!

Anda boleh lihat bukti seller-seller berikut di bawah:
https://tinyurl.com/myOtaiShopee
https://tinyurl.com/myOtaiShopee
Selamat Sejahtera
.
Bagi yang belum download 2 ebook beserta 3 Bonus ini sila download di link di bawah:
.
πŸ”₯ 10 Produk Meletop di Shopee
πŸ”₯ 16 Sebab Anda Perlu Berniaga di Shopee
🎁 63 eBook Bisnes
🎁 43 Artikel Affiliate
🎁 Channel Tips Jual di Shopee
.
DOWNLOAD FREE SEKARANG πŸ‘‡πŸ»
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
https://bit.ly/DownloadEbookShopee1
Hi Korang. Admin nak share skit. Ada tak yang nak belajar editing di Canva? Percuma je. Senang je rupanya nak edit di Canva ni kalau follow tutorial dia. Korang yang berminat boleh join channel dia ya:
@ezcanvaXplorcentre
@ezcanvaXplorcentre
TIPS 21: SENJATA GANDAKAN JUALAN: #3 HIGHTLIGHT FRONT END PRODUK BAWAH RM40

Hah, apa benda pulak ni?

Okay, memandangkan dalam Shopee antara free shipping paling popular adalah Pos Laju dan syarat yang dikenakan kalau pembeli nak guna kupon free Shipping tu total produk dalam satu kedai tu mesti atas RM40, jadi, kita sebagai penjual, boleh lah ambil kesempatan dekat sini.

Macam mana?

Fokus pada 2-3 produk yang dijadikan front end atau hightlight dalam store kita. Maksud dekat sini, 2-3 produk ni yg kita betul-betul promote lebih.

Biasanya produk yang paling laris atau paling tinggi jualan dalam store kita. Dan sebolehnya produk-produk ni berharga bawah RM40.. lingkungan harga RM25-RM35 gitu...

Eh, kenapa pulak? Okay mcm ni...

Bila orang nak beli produk kita tadi, contoh harga RM30, dia kena tambah kos pos RM5.04 biasanya kalau pos laju, tapi dalam masa sama besar kemungkinan dia akan fikir, β€œ kalau tambah 1 produk je lagi, boleh dapat FREE SHIPPING, jimat dekat situ”

Haa, bila mereka dah start fikir macam tuyang biasanyajadi beli lebih dari 1 unit tu.. lagi-lagi kalau dalam store kita ada banyak produk yang ada kaitan dengan apa yang dia nak beli tadi.

Tapi strategi ni sesuai kalau anda ada barangan yang berharga lingkungan macam tu lah... Kalau tak ada, contohnya anda jual perkakas elektrik, peti sejuk, mesin basuh.. memang lah tak logik nak cari bawah RM40 kan...

πŸ“Œ Dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee di https://tinyurl.com/myOtaiShopee