Tips Jual di Shopee
296 subscribers
28 photos
1 video
43 links
Berkongsi secara step by step cara menjual dan mendapatkan sale di Shopee dengan pantas
Download Telegram
2. Nano Mist

Sumber supplier: https://bit.ly/38H0RTT
3. Meja Lipat

Sumber supplier: https://bit.ly/3NBxPDG
4. Car Bed Sofa

Sumber supplier: https://bit.ly/3NBxTTW
5. Hand Bag

Sumber supplier: https://bit.ly/3NEqbsp
6. Smart Watch

Sumber supplier: https://bit.ly/3yXkiCp
7. Tight Pants

Sumber supplier: https://bit.ly/3sWxcg1
8. Non Stick Frypan

Sumber supplier: https://bit.ly/3wKxcRD
9. Computer Chair

Sumber supplier: https://bit.ly/3NDlaQW
10. Sewing Machine

Sumber supplier: https://bit.ly/39SlPiw
Hi, kami nak minta tolong korang share channel ni kepada kawan-kawan juga tau. Terima kasih โœจ๐Ÿ™†๐Ÿป

https://t.me/TipsDiShopee
Tips 14: Kelebihan Shopee Berbanding Platform Online Yang Lain (Part 1)

1. Caj Terendah!
Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100% milik anda. Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain. Untung anda akan jadi berkurangan kerana terpaksa membayar caj yang tinggi kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

Di shopee, anda hanya akan di caj jika anda berjaya mendapat jualan (caj transaksi). Kadar cajnya pula adalah sangat rendah.. iaitu 2% sahaja.

Nota : Shopee mengenakan caj transaksi sebanyak 1% mulai 14 Januari 2019 dan 2% mulai 15 Julai 2019. Walau apa pun, caj ini masih rendah dibandingkan dengan platform lain.

2. Sistem Online Mudah
sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di Shopee Apps, anda boleh mula listing barang dengan terus mengambil gambar dari akaun Shopee, atau upload daripada gambar yang anda save dalam handphone anda atau anda juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda. Anda hanya perlu linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

3. Poslaju ditaja oleh Shopee
Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan untuk membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan, anda hanya perlu print consignment note menggunakan komputer yang telah siap ditulis alamat pelanggan dan penghantar beserta nombor tracking, tugas anda hanya perlu membungkus barangan, meletakkan consignment note tersebut di bungkusan pos untuk dihantar ke kaunter poslaju berhampiran. Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka, terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini, Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya anda meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan anda hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

4. Mobile friendly
Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone, pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan tempahan menggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor tracking dan membalas mesej pelanggan. Anda juga boleh memasukkan produk, gambar, butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja. Cukup mudah, tanpa beli laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

5. Membina reputasi dan jenama
Shopee mempunyai sistem rating dimana pelanggan yang telah membeli daripada anda boleh meninggalkan rating kepada pembeliannya dengan anda sama ada memuaskan atau tidak, markah penuh ialah 5 bintang. Berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan anda dan tiada masalah anda untuk mendapat rating yang penuh. Jumlah keseluruhan rating akan dipaparkan di profile kedai anda, pelanggan akan lebih yakin untuk membeli daripada kedai yang mempunyai rating yang tinggi dan tidak mempunyai rating negatif. Disini anda boleh membina jenama dan reputasi anda sendiri, sekiranya rating anda tinggi dan banyak, tiada sebarang masalah untuk anda menjual apaapa produk pun di Shopee.

Nak Tahu Macam Mana Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee?
Klik Disini >> https://bit.ly/OtaiSeller
๐Ÿ‘2
Tips 15: Kelebihan Shopee Berbanding Platform Online Yang Lain (Part 2)

1. Preferred Seller
Sekiranya jualan anda dan rating anda melepasi satu tahap yang diletakkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf Preferred Seller, buat masa sekarang targetnya agak rendah iaitu jualan sebanyak 75 transaksi sebulan, dengan 35 pelanggan unik (unique buyer). Anda juga perlu menjaga rating keseluruhan untuk mendapat gelaran Preferred Seller dan perlu kekalkan jualan dan rating untuk terus memegang dengan gelaran ini. Kelebihan Preferred Seller ini, selain pelanggan akan lebih merasa yakin untuk berurusan dengan anda, pelanggan juga boleh menebus point/mata ganjaran yang diberi oleh Shopee di kedai anda, mata ganjaran tidak boleh ditebus di kedai-kedai lain yang bukan Prefered Seller atau Mall. Shopee juga kerap melakukan promosi khas untuk pemegang status Preferred Seller ini, disini anda mempunyai peluang yang lebih daripada peniaga lain.
Sekiranya anda mengikut dengan teliti panduan dalam ebook ini, anda akan turut memegang status Preferred Seller dalam masa yang singkat.

2. Shopee Mall
Terdapat banyak kedai-kedai berjenama atau kedai-kedai official yang telah mula menjual di Shopee, mereka diletakkan di bawah kategori Mall, kategori ini untuk jenama yang dah establish, dimana Shopee menawarkan kedai Mall untuk mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenama-jenama besar ini bijak menghidu peluang di Shopee untuk menambah keuntungan dan mengurangkan kos operasi. Kenapa tidak anda?

3. Pembayaran mudah
Shopee menerima semua bayaran online daripada bank-bank utama di Malaysia. Banyak kes pelanggan tidak jadi membeli daripada pembeli kerana tiada bank yang pelanggan mudah untuk membuat bayaran, contohnya, sekiranya pelanggan mempunyai bank CIMB, mereka akan berasa agak berat untuk memindahkan duit ke bank lain seperti Maybank, kemungkinan kerana caj untuk instant transfer, mungkin kita kata berapa sen sangat caj, tetapi bagi pelanggan, mereke mungkin menghargai setiap sen daripada wang mereka. Terdapat juga pelanggan khususnya diluar bandar yang tidak mempunyai kemudahan mesin cash deposit tertentu, sekiranya anda hanya ada bank contohnya Maybank, sementara bakal pembeli hanya ada mesin BSN di kawasannya, kebarangkalian adalah tinggi untuk transaksi tidak berlaku. Masalah ini tidak wujud di Shopee, pelanggan boleh melakukan pembayaran secara online atau cash deposit apa-apa bank terus ke akaun Shopee.

4. Shopee Guarantee
Semua pembayaran akan dibuat oleh pelanggan terus ke akaun Shopee, pembayaran akan dikredit ke akaun anda selepas pelanggan mengesahkan terima barang anda atau secara automatic berdasarkan tracking barangan (integrated system Shopee dan Poslaju), bayaran akan dikreditkan ke akaun virtual, Shopee Wallet. Untuk pertama kali, anda perlu mengaktifkan fungsi Wallet di akaun Shopee anda. Semua bayaran dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun wallet ini, anda boleh mengeluarkan pada bila-bila masa atau anda gunakan untuk membeli barangan daripada Shopee. Anda boleh mengeluarkan duit dari akaun wallet terus ke akaun anda tanpa caj (3 kali seminggu). Pastikan anda keluarkan secara bijak bagi mengelakkan sebarang kos. Selain itu, sekiranya anda membiarkan duit di dalam wallet anda, sistem secara automatic akan transfer ke akaun bank anda setiap minggu, buat masa sekarang, Shopee akan membuat pembayaran setiap hari Rabu.

5. Sistem coins
Sistem coins ini dapat menggalakkan pelanggan untuk terus membeli daipada anda atau peniaga lain di Shopee, setiap pembelian di shopee akan diberi beberapa coin dengan kiraan tertentu, untuk pembelian seterusnya, pelanggan boleh menggunakan coin tersebut untuk mendapat diskaun secara terus daripada penjual. Coin hanya boleh ditebus di kedai Shopee yang mempunyai status Preffered Seller atau Shopee Mall.
โค3๐Ÿ‘2
๐Ÿ”ฅ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang terlepas, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
๐Ÿ”ฅ2๐Ÿ‘1
Tips 16: Kelebihan Shopee Berbanding Platform Online Yang Lain (Part 3)

1. Menjimatkan masa
dengan segala proses yang automatic, masa anda untuk mengurus transaksi penjualan barangan anda dapat disingkatkan, anda boleh menggunakan masa yang telah dijimatkan itu untuk aktiviti lain seperti promosi pemasaran atau pengemaskinian produk dan kedai.

2. Mengurangkan peluang tawar menawar
kita semua maklum, apabila pelanggan berhubung terus dengan kita, sama ada melalui mesej atau berjumpa untuk COD, kerap berlaku proses tawar menawar, sebagai penjual, anda tentu agak keberatan untuk mengurangkan keuntungan, apalagi barang tersebut memang untung tak banyak, pelanggan pun hanya nak beli satu. Ini meletakkan kita dalam keadaan serba salah, kalau tolak mungkin dia tak jadi beli, kalau terima kita pula yang rugi, jadi dengan menggunakan Shopee ini, anda boleh mengelakkan daripada menghadapi situasi yang membebankan ini.

Walaubagaimanapun, anda boleh memberi diskaun secara berkala dengan menggunakan Promotion Tools di Shopee

3. Mengurangkan risiko ditipu
Bayaran akan disahkan oleh Shopee sebelum Shopee akan memaklumkan anda sekiranya bayaran adalah sah dan boleh meneruskan proses pengeposan barang. Terdapat banyak kes penipuan di online, bukan sahaja pembeli, penjual juga menghadapi risiko yang sama, ada penipu yang mengedit resit menggunakan photoshop, kelihatan sama macam original, semata-mata nakkan barangan kita secara percuma, jika kita cuai dan tidak berhati-hati, kita mungkin akan terperangkap, siap pulangkan baki dalam sampul. Biasa terjadi kepada penjual yang baru memulakan perniagaan, mereka agak teruja bila mendapat pelanggan sehingga melupakan perkaraperkara penting yang patut disemak dan dipastikan terlebih dahulu oleh penjual sebelum menghantar barangan kepada pelanggan. Masalah ini tidak terjadi di Shopee, selagi bayaran belum disahkan, anda tak perlu menghantar barangan kepada pelanggan.

4. Promosi
Shopee sebagai penyedia portal juga menjalan promosi yang sangat hebat untuk produk-produk terpilih terutama secara online seperti iklan Google dan Facebook, termasuk di kaca TV. Anda dapat menjimatkan kos promosi anda dengan bantuan Shopee sendiri. Mungkin produk anda sendiri akan diletakkan di iklan mereka. Selain itu, Shopee juga kerap menawarkan kupon untuk semua pengguna Shopee seperti diskaun RM10, diskaun RM5, dimana pelanggan perlu meletakkan kupon yang diberikan ke kedalam ruang kupon sebelum diskaun diberi. Pelanggan tentu lebih berminat untuk membeli, tambahan pula diskaun dibuat oleh orang lain. Anda tetap akan dibayar penuh walaupun pembeli membeli dengan harga diskaun.

5. Support Customer Service
Sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam. Hanya klik link support, anda boleh terus menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau jika anda mahu bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan. Sebarang masalah yang timbul antara pelanggan dan anda juga boleh dirujuk kepada mereka bagi menjamin kelancaran jualan anda di Shopee.

6. Pengunjung yang ramai
Kelebihan Shopee yang agak ketara dan sangat penting ialah pengunjungnya yang ramai. Berikut adalah data terkini perbandingan pengunjung Shopee dengan platform e-commerce yang lain di Malaysia sebanyak 20.9 juta pengunjung sebulan ditempat nombor satu sambil diekori rapat oleh Lazada di tempat kedua, meninggalkan jauh lain-lain pesaing. Pengunjung yang ramai ini seumpama anda membuka kedai di sebuah Shopping Mall yang berprestige dan ramai pengunjung. Bezanya kos sangat murah.

7. Pendapatan Tidak Terhad
Pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada usaha anda.

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, boleh dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
โค4๐Ÿ‘1
๐Ÿ”ฅ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang baru join, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
โค3
Tips 17: 4 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Mula Business di Shopee

1. Product Kategori
Pastikan anda pilih terlebih dahulu product kategori yang anda nak jual terlebih dahulu. Setiap kategori pasti ada product yang hot

2. Product Reseach
Anda mesti buat product research terlebih dahulu. Apakah product yang banyak orang sedang cari. Takkan anda nak jual produk yang orang lain tidak perlukan? Anda boleh dapatkan data ini di Shopee ads atau Google Trends. Product research dapat mempercepatkan proses anda mendapatkan jualan asalkan dengan sasaran pelanggan yang betul.

3. Kira Profit Margin
Banyak seller tidak kira profit margin mereka. Akibatnya mereka menanggung kerugian setiap kali menerima jualan. Cost yang mesti anda ambil kira adalah shopee charges, kos produk anda, kos packaging, kos shipping, kos pekerja, kos marketing dan kos operasi yang terlibat.

4. Cari Supplier
Cari beberapa suppplier untuk product anda. Pastikan anda mempunyai 2 3 backup supplier sekiranya supplier semasa anda sekarang buat hal.

Info Penting Lain:
๐Ÿ“Œ Senarai penting seller ada di pinned list
๐Ÿ› eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee > https://tinyurl.com/myOtaiShopee
โค1
๐Ÿ”ฅ Top 5 Topik Minggu Ini

Bagi yang baru join, boleh check pinned list Disini

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
๐Ÿ‘2
Bagi yang nak dapatkan eBook Otai Seller tetapi ada masalah bila klik link tu boleh cuba link baru ni ya ยป https://tinyurl.com/myOtaiShopee. Bagi yang dah dapatkan, terima kasih ๐Ÿฅฐ
๐Ÿ‘1๐Ÿ”ฅ1
Tips 18: 3 Big Why Kenapa Customer Membeli Di Kedai Shopee Anda

1. Customer membeli disebabkan emosi
- Produk yang boleh selesaikan masalah pembeli
- Harga yang ditawarkan berpatutan
- Customer trust dengan review pembeli lain
- Mempunyai detail produk yang lengkap dan kemas
- Mempunyai gambar yang cukup, menyakinkan dan profesional

2. Nama Produk @ Headline
- Di sini anda perlu kreatif untuk perhatian customer dengan ayat yang catchy dan searchable keyword
- Gunakan keyword yang ada jumlah search yang tinggi
- Bayangkan diri anda sebagai pembeli
- Headline yang kelihatan profesional, tidak terlalu over atau serabut
- Guna tools seperti Shopee Keyword, Google Trend, Ubersuggest, SEMrush, Keywordtool

3. Gambar-gambar Yang Anda USP
- USP adalah Unique Selling Point
- Gambar coverphoto anda harus ada USP
- Apa yang membezakan anda dengan kedai lain
- Apa value yang anda tawarkan

Bagi yang nak dapatkan eBook Rahsia Otai Seller Buat Sale Juta-Juta Dengan 1 Produk di Shopee, dapatkan di https://tinyurl.com/myOtaiShopee
Tips 19
SENJATA GANDAKAN JUALAN: #1 TITLE / TAJUK PRODUK

Bahagian title atau tajuk ni antara bahagian yang paling penting. Sebab apa? Sebab ini yang paling mempengaruhi carian seseorang prospek.

Ya dekat shopee ni, orang masuk memang tujuan dia nak cari barang, dan akan buat carian barang.

Jadi, apa yang mereka cari tu, apa yang ada kena mengena dengan title, itulah yang akan keluar di hasil carian mereka.

Amat pelik jika mereka cari baju renang tetapi yang keluar adalah spare part motor Ysuku kecuali ada store shopee yang buat iklan berbayar pergi target keyword tu.

Tapi ramai peniaga di shopee tak gunakan bahagian ni sepenuhnya, lagi-lagi kalau yang buat dropship atau yang dapat list buta-buta dari supplier, apa yang dapat itulah yang main letak.

Tu belum yang jenis main masuk je barang, tak tahu apa nak tulis, maka keluarlah hasil yang pelik-pelik. Jadi, apa yang perlu ada dekat bahagian tajuk ni ye?

Saya berikan 3 elemen tambahan yang perlu ada selain dari nama spesifik untuk sesuatu produk tu.

1. Keyword sesuai pelbagai dan berkaitan
2. Dwibahasa
3. Fungsi atau ciri-ciri produk

Nantikan sambungan part 2 ๐Ÿ˜Š๐Ÿฅฐ
๐Ÿ‘2