The Garden of Al-Quran
22.7K subscribers
1.47K photos
1 video
15 files
112 links
Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.
Download Telegram
Sahabat-sahabat lihat ayat 143 pada surah al-Baqarah, Allah nyatakan tentang perlunya kita menjadi umat yang bersederhana. Bersederhana yang paling tepat adalah mengikut apa yang Allah dan Rasul ‎ﷺ kehendaki.

Rasul ‎ﷺ ajar kepada kita untuk menilai dan berakhlak dengan akhlak yang paling baik dan mendamaikan. Kita bukan terlalu berat ke timur atau ke barat. Tetapi kita berada di pertengahan.

Itulah dia erti وسطا
Imam Ibn Qayyim menyebut bahawa erti pertengahan di sini adalah bersikap adil pada ucapan, perbuatan, niat dan kehendak.

Hebatnya al-Quran menyatakan sifat ini, sehingga ayat ini juga terletak di pertengahan surah al-Baqarah.

Ayat surah al-Baqarah ada 286, ayat tentang umat pertengahan pula ada pada ayat 143.
#FawaidTadabbur
Bukan semua perkara, kita perlu keluarkan pandangan kita. Boleh jadi pada keadaan atau situasi tertentu, diamnya diri kita itu lebih baik.

Apabila semua orang ghairah untuk memberi komentar atau mengeluarkan pandangan sendiri, terakdangnya tidaklah menyelesaikan isu bahkan menambahkan minyak pada api yang marak.

Wallahu a'lam.
Kerehatan sebenar adalah ketika solat. Setelah sekian waktu menghadapi dunia, kemudian tiba waktunya, kita kembali mengharap kepada Allah.

Kerana itulah, solat boleh menguatkan kita di dunia yang penuh ujian ini.
Seharian penat bekerja, jangan lupa belek al-Quran sebelum tidur. Satu muka surat pun tak apa. Baca dan ambil satu ayat untuk direnung maknanya.

Itulah yang akan kuatkan kita. Kata ulama':

إن القرآن غني، لا فقر بعده

"Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."
Indahnya hidup merasa berTuhan, dari kita bangun tidur sampai tidur semula, kita merasakan penjagaan dari Allah.

Nabi ‎ﷺ ajarkan kita doa sebelum lelapkan mata:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

"Dengan namaMu ya Allah, aku mati dan aku hidup" [HR Bukhari]

Allah sentiasa bersama dengan kita, tidak mengabaikan kita daripada kita bangun tidur, sampailah kita tidur semula.

Maka jangan merasa lemah semangat atau berputus harap. Andai hari kita sukar, ingatlah Dia ada untuk kita memohon.

#FawaidHadith
Insya Allah siri Fawaid Surah di IG live berjalan seperti biasa malam ini. Malam ini kita akan tadabbur surah al-Lail.

Jam 8 malam di IG live saya: @muzuzxck

Juga di Saluran Telegram : The Garden of Al-Quran.
Live stream started
Live stream finished (53 minutes)
Saya tidak bersetuju melihat sahabat yang mengulas isu sekadar ambil satu ayat al-Quran, dilihat kepada terjemahan kemudian dikeluarkan hukum sekian sekian.

Kenapa kita katakan cara ini tidak sesuai?

1- Semata terjemahan tidak cukup untuk keluarkan hukum, lalu diumumkan & digunapakai dalam suatu isu, ini termasuk dalam kalangan berfatwa tanpa ilmu

2- Berlakunya percanggahan dalam memahami dalil. Kita lihat satu ayat kemudian buat kesimpulan, sedangkan kita belum lihat ayat al-Quran atau hadith yang lain sebelum berhukum. Ini bahaya kerana boleh jadi apabila dilihat kepada dalil lain, dilihat seolah bercanggah

3- Mengelirukan masyarakat kerana kita tiada usul & alat untuk berijtihad tetapi kita mengeluarkan hukum sendiri tanpa ilmu

Wallahu a'lam
Esok sudah masuk bulan Muharram.

1- Antara puasa yang disunatkan adalah pada bulan Muharram, bahkan sangat afdhal. Nabi ﷺ menyatakan :

أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله المحرم

“Sebaik-baik puasa setelah bulan Ramadan adalah bulan Allah al-Muharram” (HR Muslim)

2- Sangat digalakkan untuk berpuasa pada hari ke 10 bulan Muharram. Ini berdasarkan hadith :

صيام يوم عاشوراء إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

“Puasa pada hari Ashura’, aku mengharapkan kepada Allah menghapuskan dosa-dosa tahun sebelumnya” (HR Muslim)

3- Juga disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharram, untuk membezakan kita dengan Yahudi. Hadith Nabi ﷺ :

صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود، صوموا قبله يوما أو بعده يوما

“Berpuasalah pada hari Ashura’ dan berbezalah dengan golongan Yahudi, berpuasalah pada sehari sebelumnya atau sehari selepasnya” (HR Ahmad)

4- Tuntas, ulama’ merumuskan bahawa amat baik jika kita berpuasa pada 10 Muharram + 9 atau 11 Muharram, atau ketiga-tiga hari itu juga.

5- Puasa hari terakhir bulan Dzulhijjah dan hari pertama itu bersandarkan satu hadith, namun hadith itu dinilai PALSU oleh Imam Ibn Jawzi dalam al-Maudhu’at dan juga riwayat lain dalam al-La’ali al-Masnu’ah oleh Imam Suyuthi

Wallahu a'lam
#FawaidFiqh
#FawaidHadith
Bermula dari 15 Julai - 21 Julai, ayuh kita maraton berpuasa.

15/7 - sunat 9 Muharram
16/7 - sunat 10 Muharram
17/7 - sunat 11 Muharram
18/7 - sunat hari Khamis
19,20,21/7 - sunat hari putih
22/7 - sunat hari Isnin

Pahala berturutan buat kita, lagi-lagi bulan ini antara bulan haram. Ayuh!
Jangan lupa untuk membelek al-Quran walaupun sedikit atau sebentar setelah berdoa dan berzikir selepas solat. Disiplinkan diri kita membaca al-Quran walaupun beberapa halaman setiap hari.

Kerana itulah ciri orang yang berjaya dan mempunyai jiwa yang tenang. Jika kita tidak bersama dengan al-Quran, maka kita bimbangi jiwa kita sedang terluka tetapi kita tidak menyedarinya.
#FawaidJawab Zodiak: Hukum dan implikasi

1- Nabi ‎ﷺ bersabda:

من اقتبس من النجوم، اقتبس شعبة من السحر، زاد ما زاد

"Barangsiapa yang mengambil secebis dari ilmu bintang, maka ia telah mengabil bahagian dari ilmu sihir" (HR Abu Dawud)

2- Imam Syaukani menyatakan bahawa perbahasan yang dibawa dari hadith ini adalah berkisar tentang suatu ilmu perbintangan yang kononnya boleh mempengaruhi untung nasib manusia, bukanlah ilmu perbintangan untuk melihat waktu solat (ilmu falak)

Ilmu falak dibenarkan, adapun ilmu astrologi yang berkisar zodiak pula diharamkan

3- Hukumnya diharamkan kerana berkait dengan aqidah. Perbintangan tidaklah membawa kepada untung nasib seseorang, apatah lagi menentukan masa depan seseorang

4- Hukum mempercayainya adalah diharamkan. Adapun hukum membaca zodiak pula menjadi khilaf:

- harus, tetapi tidak digalakkan kecuali bagi pengkaji
- haram

Apabila berlaku khilaf antara harus dan haram, yang mana dalam isu ini, lebih membawa kepada keburukan, maka sangat utama kita jauhi. Bersandarkan kepada kaedah sadd al-dhari'ah iaitu menjauhi pintu-pintu yang boleh membawa kepada keburukan atau kerosakan

5- Implikasinya adalah mendekatkan kita kepada syirik dan ketidakyakinan. Ada yang melakukan keputusan atau menghakimi personaliti seseorang hanya dengan melihat kepada horoskop dan zodiak, maka ini sangat bercanggah dengan tauhid

6- Jika ada dalam kalangan kita yang menulis simbol horoskop atau zodiak pada biografi akaun media sosial, maka sangatlah baik jika kita boleh memadamnya

Wallahu a'lam.
Apakah tanda seseorang itu bahagia?

Kata Imam Ibn Qayyim:

إذا أُنعم عليه شكر، وإذا ابتُلي صبر، وإذا أذنب استغفر، فإن هذه الأمور الثلاثة عنوان سعادة العبد، وعلامة فلاحه في دنياه وأخراه، ولا ينفك عبد عنها أبدًا

"Apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur. Apabila dia diuji, dia sabar. Apabila dia telah tersilap atau melakukan dosa, dia memohon ampun. Maka sesungguhnya inilah tiga perkara yang menjadi tunjang kebahagiaan seorang hamba, tanda kepada kejayaan di dunia dan akhiratnya. Seorang hamba tidak akan terpisah dari semua perkara ini"

Rujuk al-Wabil al-Sayyib

#FawaidUlama
Insya Allah siri Fawaid Surah di IG live berjalan seperti biasa malam ini. Malam ini kita akan sambung tadabbur surah al-Lail pada baki ayat.

Jam 8 malam di IG live saya: @Muzuzxck

Juga di Saluran Telegram : The Garden of Al-Quran.
Live stream started
Live stream finished (41 minutes)
JANGAN TINGGAL BERDOA WAKTU INI

Antara waktu yang mustajab doa pada hari jumaat adalah selepas asar.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ
Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar” (HR Ahmad)

#FawaidHadith
Semasa siri Fawaid Surah al-Layl baru-baru ini, saya ada sebutkan kata-kata Fudhail Ibn Iyadh. Kata beliau:

تركُ العمل لأجل الناس رياءٌ، والعملُ لأجل الناس شِركٌ

"Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', manakala membuat amalan kerana manusia pula syirik"

Rujuk al-Azkar hlmn 33.

#FawaidUlama