The Faiz Ibrahim
19K subscribers
861 photos
38 videos
2 files
113 links
The Faiz Ibrahim Channel
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum semua, rasanya dah lama betul aku tak update apa-apa dekat sini. Aku rasa aku kena aktifkan balik diri dekat sini.
Orang tanya aku, apa keadaan aku sekarang. Alhamdulillah sekarang ni okay dah. Tapi untuk 5 bulan sebelum ini, memang sangat mencabar ya kehidupan aku.
macam inilah keadaan aku, untuk beberapa bulan yang lepas.
Aku rasa ada yang dah tahu, ada yang belum tahu apa yang jadi dekat aku. Jika korang belum tahu, silalah buka instagram aku dan bacalah sendiri. Aku rasa, korang memang patut tahu pun sebab korang berhak untuk tahu jugak.
Aku selalu rasa, kesakitan yang aku lalui zaman #27HariUntukMoveOn tu dah terpaling sakit dah, tapi rupanya aku tersilap. Kesakitan apa yang aku lalui sekarang ini, lagi perit untuk aku laluinya.
Dengan status aku bersuami orang dan aku pula tak boleh meluahkan perasaan pada sesiapa selain daripada keluarga, perkara itu semakin menyukarkan keadaan.
Ketika benda tu berlaku, aku jadi tak tahu nak buat apa, aku jadi lost, aku jadi kosong, aku jadi macam, "hidup aku dah berakhir". Serius aku betul-betul tak tahu nak buat apa ketika itu.

Berat badan yang dulunya gemuk gedempol tendang masuk goal, (74KG), menjadi susut kepada 64KG tak sampai beberapa hari. Selera makan drop habis. Aku tak lalu nak makan dan terpaksa makan sebab perut rasa sakit. Aku banyak habiskan masa aku di dalam bilik tidur. Aku tak keluar sangat jumpa orang dan takut nak jumpa orang, keadaan ketika itu memang sangat mencabar ya.

Dan aku lalui perkara itu, hampir seorangan diri.
Benda yang paling aku tak sangka adalah, bila kau dikhianati oleh orang yang kau paling percaya. Kesakitan itu, memang sangat sakit ya. Ianya umpama kau tengah buat kerja, tiba-tiba ada orang tikam pisau dari belakang.

Ingatkan dah habis kan?

Dan orang itu tarik perlahan-perlahan pisau itu hingga ke bawah. Begitulah rasa sakitnya.

Dan benda ini buat aku berfikir banyak.
Aku selalu ingat, bila kita dah berkahwin, kita akan rasa selamat, rupanya aku tersilap. Kadang-kadang orang yang akan mengkhianati kita, adalah orang yang kita paling percaya dan paling dekat dengan kita.

Dan kesakitan dikhianati oleh orang yang kita percaya itu, memang teramat pedih sehingga kau rasa dunia kau memang akan berakhir.
Banyak aku tempuhi dalam beberapa bulan ini. Bulan ke 4, selepas peristiwa itu terjadi, aku cakap dengan diri aku,

"Faiz, kau tak ada choice sekarang ini. Nak atau taknak, kau kena jadi kuat dan bangkit balik. Jangan hancurkan kehidupan kau disebabkan hanya seorang manusia."
Jadi perlahan-lahan aku bangkit semula. Aku kutip sisa yang aku ada dan bangun semula. Sebab aku tahu, aku tak ada choice. Sama ada aku give up dan akan menyesal. Ataupun aku terpaksa paksa diri aku untuk dan boleh hidup tanpa penyesalan sampai bila-bila dah.
Aku di tapak paling "lowest" dalam kehidupan aku sekarang ini dan aku dah accept benda itu. Cuma aku minta, jika korang ada masa, korang doakanlah aku untuk bangkit semula dan Allah berikan aku pinjaman kekuatan untuk harungi segala perkara yang jadi ini.
Dan kepada korang yang turut di waktu "lowest" sekarang ini, janganlah down seorang diri ya. Aku pilih untuk bangkit dan aku harap korang lalui perkara yang sama jugak.

Bila semua benda ni terjadi kan, aku selalu fikir. "Kenapa aku?" Tapi selepas aku fikir semula,

"Kadangnya benda yang kita rasa pedih untuk lalui itu, mungkin itu salah satu cara Allah nak selamatkan kita dari kesakitan yang melampui batas di masa hadapan".

Bersangka baiklah dengan Allah dan berdamailah dengan takdir Allah.
InshaaAllah masa akan bantu kita dalam proses #healing.
Tapi yang kelakarnya kan,
Banyak DM aku terima lebih kurang macamni. Aku macam,

"Member tengah trauma ni woi". Hahaha
Apa-apa pun, aku okay, doakanlah aku semua.
Nanti kalau aku dah okay, aku belanja korang makan.