TEKNIK GENIUS ASB FINANCING
4.46K subscribers
77 photos
1 file
298 links
Channel ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu pelaburan ASB Financing dan kewangan yang lain. Semoga bermanfaat.
Download Telegram
*ILMU PELABURAN: RULE OF 72*

Rule of 72 digunakan untuk mengira tempoh yang diambil untuk sesuatu simpanan secara lump sum (sekaligus) berganda sebanyak dua kali.

*Formula*
Tempoh simpanan = 72 / peratus dividen

Sebagai contoh,

1⃣ Jika kita memiliki cash sebanyak RM10,000 dan kita berhajat untuk menggandakan wang kepada RM20,000. Simpanan di dalam A$B biasa (anggaran dividen 5%) memerlukan masa selama:

72/5 = 14.4 tahun

2⃣ Jika disimpan di dalam dana yang memberikan pulangan 10% setahun, masa yang diambil adalah:

72/10 = 7.2 tahun

3⃣ Tapi jika kita lebih bijak, kita hanya perlukan masa lebih kurang 3 tahun sahaja menggunakan teknik manipulasi A$B.

*_Ya, 3 tahun sahaja bro!!!_*

Macam mana tu? 🤔

✓ Guna Teknik Rolling Dividen je bro...

*Contoh:*

ASBF 200K
Rate 3.45%
Tempoh 40 tahun
Bulanan RM770
Tahunan RM9,240 (Modal Setahun)
Anggaran Dividen = 5.0% setahun

🔺 _Tahun 1_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.

🔺 _Tahun 2_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.

🔺 _Tahun 3_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000 (Stop)

Jumlah dividen terkumpul:
760 + 760 + 10,000 = RM11,520✓

Jumlah prinsipal terkumpul:
Baki hutang selepas 3 tahun (36 bulan) lebih kurang RM192,750 (Boleh rujuk loan calculator).

200,000 - 192,750 = RM7,250✓

Hasil keseluruhan:

11,520 + 7,250 = RM18,770✓

*Dalam masa 3 tahun sahaja, kita boleh kembangkan duit lebih kurang 2 kali ganda.*

Kalau ikutkan rule of 72,

*[Annual Return = 72 / tahun]*

= 72/3
= 24%✓

Maka, keuntungan teknik di atas bersamaan dengan hasil simpanan di tempat yang memberikan keuntungan 24% setahun. Ok la kan??

_Kiraan berdasarkan dividen 5.0% dan bank profit 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza._

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

⚠️ *Rate ASBF terkini = 3.45% utk 50K ke atas. Memang murah yakmat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching A$BF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60125083697/ASBFRuleof72T

- Admin (Zulhanif)
*BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%*

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR akan berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Semasa ekonomi jatuh contohnya akibat Covid-19, OPR diturunkan. Jadi kadar interest bank juga turun. Apabila ekonomi kembali stabil, OPR biasanya akan naik kembali. Kadar keuntungan/interest semua bank di Malaysia biasanya akan ikut perubahan OPR bank negara.

Perubahan OPR akan menyebabkan perubahan pada kadar keuntungan bank untuk pembiayaan jenis Variable Rate seperti Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan ASB. Untuk jenis fixed rate seperti Personal Loan dan Kereta, tak terkesan.

*Variable Rate*

Jika OPR turun, kadar keuntungan turun, bayaran pun lebih rendah.

Jika OPR naik, kadar keuntungan naik, bayaran pun lebih tinggi.

Contoh;

Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.

Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)

*BNM naikkan OPR sebanyak 0.25% daripada 1.75% kepada 2.00%.*
Kebiasaannya, semua bank di Malaysia pun akan naikkan rate sebanyak 0.25% juga. Jika sebelum ini 3.45%, akan naik jadi 3.70%. Yang 4.00% akan naik jadi 4.25%. Tunggu je pengumuman bank masing-masing.

*Kenapa ASB Financing perlu guna kaedah variable rate?*
Ini untuk mengelakkan pelabur kerugian ketika ekonomi teruk. Jika ASBF guna fixed rate, ramai yang akan kerugian jika dividen rendah kerana interest bank kekal.

Apabila guna variable rate, ketika ekonomi teruk, dividen rendah, interest rate pun rendah. Jadi risiko untuk pelabur rugi lebih rendah.

Ketika ekonomi baik, dividen tinggi, interest rate pun tinggi. So win-win situation.

_*Yang penting, kadar dividen semasa lebih tinggi daripada interest rate._

*Harapan Masa Depan*
Diharapkan kenaikan OPR yang terkini menandakan prestasi ekonomi yang semakin pulih dan dividen ASB tahun 2022 lebih baik berbanding 2021.

*Kadar bayaran baru*
Semua bank akan revise bayaran ASBF pelabur. Tapi takkan berlaku on the spot. Mungkin akan ambil masa 1 bulan untuk mulakan kadar bayaran baru. Pihak bank akan maklumkan kepada pelabur, biasanya melalui surat. Bagi yang ada online banking, boleh terus tengok dalam apps. Selagi belum dapat notis, bayar macam biasa dahulu.

Secara anggaran kasarnya, kenaikan OPR 0.25% akan menyebabkan kenaikan installment bulanan sebanyak;

200K - Naik sekitar RM30
150K - Naik sekitar RM22-23
100K - Naik sekitar RM15
50K - Naik sekitar RM7-8
10K - Naik sekitar RM1.5
1K - Naik sekitar RM0.15
Jumlah lain? darab lah sendiri dengan RM0.15 tu.

**Kadar sebenar akan dimaklumkan oleh bank masing2.

Bagi yang dah buat bayaran lumpsum setahun, akan ada kekurangan untuk bulan ke 12 nanti. Nanti boleh tambah bayaran pada bulan ke 12. Sekarang tak perlu buat apa-apa lagi.

*Penutup*
Sebagai pelabur yang berilmu, kita takkan gelabah. Kita faham OPR akan berubah mengikut keadaan ekonomi. OPR naik menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelumnya. Aktiviti ekonomi dalam negara juga dah boleh kembali beroperasi secara normal. Kemungkinan hasil pulangan dividen kita juga semakin baik di masa hadapan. Stay cool, melaburlah dengan ilmu. 😎

*NANTI SAYA AKAN UPDATE INFO DARI SEMASA KE SEMASA*

⚠️ *Tips nak mudah lulus permohonan financing/loan:*
- Apply lah secepat mungkin sebelum bank naikkan BR. Sebab sekarang kiraan kelayakan masih ikut bayaran rate lama.
- Selepas ini, bayaran loan-loan lain seperti loan rumah pun akan naik. Jadi komitmen akan jadi tinggi dan makin susah nak lulus loan baru.

- Admin (Zulhanif)
*PROMOSI TERKINI ‼️: PROMO ASBF MEI 2022*

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang semua sedia maklum, bank negara naikkan OPR sebanyak 0.25%. Jadi semua bank terpaksa ikut kenaikan tersebut. PROMOSI RATE 3.45% kini menjadi 3.70%.

Detail seperti di bawah;

*Islamic Financing*
*Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.*
*Takaful fleksibel - Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing.*
*Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.*
*CCRIS PTPTN boleh lulus*
*CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus*
*High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.*
*Kelulusan segera*

*Rate 3.70%*

200K - RM799
190K - RM760
180K - RM720
170K - RM680
160K - RM640
150K - RM600
140K - RM560
130K - RM520
120K - RM480
110K - RM440
100K - RM400
90K - RM360
80K - RM320
70K - RM280
60K - RM240
50K - RM200

👉Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera.

🇲🇾 *Cover satu Malaysia.*

📌 High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni.

📌 CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan.

📌 CTOS kurang dari RM3,000 boleh lulus.

📌 Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply.

📌 Tiada slip gaji boleh apply. Guna pemohon bersama.

📌 Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit semula. Kita guna document dan cara yang betul.

Klik je link di bawah untuk submit document;

wasap.my/60125083697/PromoMei2022T
*KAD KREDIT: Kebaikan dan keburukan* ✓


Kad Kredit ibarat pisau. Jika baik cara penggunaannya, maka baiklah hasilnya. Tapi kalau salah cara penggunaannya, maka buruklah hasilnya.

Kad kredit sebenarnya lebih kurang macam personal loan. Cuma personal loan apabila diluluskan bank akan terus bagi cash secara lumpsum. Sebaliknya kad kredit bank luluskan dan tentukan berapa had yang kita boleh ambil, tapi kita tak semestinya terus gunakan had tersebut. Katakan had RM10,000, kita boleh gunakan seberapa banyak selagi tidak melebihi nilai tersebut.

Kalau kita tak guna pun tak ada masalah, tak kena interest pun. Sekarang pun ada kad kredit yang percuma yuran tahunan. So tak perlu bayar kalau tak guna.

*Kebaikan:*

1. Cashless - Pembelian menggunakan kad kredit/debit salah satu kaedah untuk mengurangkan risiko jangkitan virus terutamanya ketika penularan wabak seperti Covid19.

2. Emergency Fund - Kad kredit dapat dijadikan emergency fund ketika berlaku masalah kewangan. Jadi kita boleh survive sementara waktu untuk recover semula. Lepas dah recover tu, bayarlah cepat-cepat.

3. Bayar takaful ontime - Perlindungan Takaful adalah satu keperluan bagi kita semua terutamanya ketua keluarga yang mencari rezeki untuk keluarga. Kad kredit adalah kaedah paling efektif untuk bayaran berkala seperti bayaran takaful dan insurans. Kadangkala mungkin baki dalam akaun kita tidak mencukupi, jadi autodebit mungkin gagal. Masalah ini tidak akan terjadi jika menggunakan kad kredit. Bayaran dapat dibuat pada bila-bila masa. Hujung bulan dapat gaji, terus setelkan bayaran kad kredit.

4. Bayar minyak - Bayaran minyak lebih mudah menggunakan kad kredit. Kita tak perlu berjalan ke kaunter. Jimat masa dan tenaga serta nampak bergaya ketika isi minyak 😆

5. Cash Rebate - ada kad kredit yang berikan cash rebate untuk jenis-jenis perbelanjaan tertentu.

6. Point - Ada perbelanjaan kad kredit diberikan point. Boleh tebus hadiah menggunakan point.

7. Tempahan online - Bagi kaki travel, tempahan hotel secara online lebih mudah dan cepat menggunakan kad kredit.

8. Tiada charge jika bayar awal.

9. Tiada yuran tahunan - Ada kad kredit yang tiada yuran tahunan.

10. Min payment - Bagi bulan-bulan tertentu, jika terdesak boleh buat bayaran minimum dahulu. Sekitar 5% sahaja dari jumlah penyata. Kalau guna RM1000, hanya perlu bayar RM50 dahulu. Bila kewangan dah ok, bayarlah penuh. Tapi jangan tangguh lama-lama.

11. Lebih selamat kerana tidak perlu bawa cash yang banyak.

12. Boleh tengok rekod transaksi untuk mengira perbelanjaan bulanan. Kalau beli barang cash, susah nak 'track' rekod perbelanjaan.

13. Cipta rekod CCRIS. Rekod bayaran kad kredit yang baik memudahkan proses pemohonan loan lain seperti loan rumah dan kereta.

14. Dapat mengekalkan silaturrahim. Kita selalu dengar kawan atau adik beradik bergaduh disebabkan hutang. Kadang2 tak banyak pun. Tapi bila bagi orang pinjam, memang susah nak dapat balik on time. Jadi alternativenya bila terdesak, guna lah duit bank iaitu melalui kad kredit.

15. Boleh digunakan untuk tujuan urgent contohnya wife nak bersalin, rawatan perubatan, kereta rosak dan situasi luar jangkaan. Kadang-kadang kita tak bawak cash atau baki duit dalam akaun tak cukup. Jadi masa ni kad kredit sangat membantu.


*Keburukan:*

1. Mudah boros jika gagal kawal perbelanjaan.

2. Jika kad hilang atau dicuri boleh digunakan oleh orang lain untuk pembelian di bawah RM250 tanpa perlu no pin. Call bank segera untuk block kad.

*Kesimpulan:*

Kad kredit sebenarnya bagus dan memudahkan hidup kita. Pastikan guna dengan cara yang betul. Jangan salah guna dan berbelanja dengan boros.

Saya sendiri menggunakan kad kredit terutamanya untuk mengisi minyak kereta, makan di restoran, tempahan hotel, beli barang di pasaraya, servis kereta dan lain-lain. Lepas dah balik rumah, bayarlah cepat-cepat guna online banking. Kalau malas nak bayar setiap hari, set seminggu sekali untuk bayar segala hutang kad kredit. Point dah dapat, interest pun tak kena sebab bayar awal.
Gunalah secara berhemah. Jangan guna kad kredit untuk beli perabot dan tambah aksesori kereta secara hutang pulak. Kalau beli dulu guna kad kredit, lepas tu terus bayar semua takpe. Lagi satu, pilihlah kad kredit yang Islamik.

Kalau belum ada kad kredit boleh wasap saya untuk dapatkan kad kredit segera. Klik je link di bawah:

wasap.my/60125083697/kadKreditT
*CIPTA REKOD CCRIS DENGAN KAD KREDIT*

Ramai yang nak beli rumah, tapi permohonan ditolak disebabkan nama tiada rekod CCRIS. Nama clean sangat pun tak boleh jugak. Kalau nak apply ASBF, no problem kalau nama clean. Yang ni bank suka. Cuma bab beli rumah ni, memang leceh. Rumah adalah loan yang paling susah nak lulus.

Untuk cipta rekod CCRIS, ada 2 cara yang popular.

1. ASBF
2. Kad Kredit

Bezanya, ASBF kita kena commit setiap bulan. Kita kena asingkan amount untuk simpanan.

Kad kredit tak perlu commit, kita cuma tukar cara belanja. Contohnya sebulan isi minyak RM300. Kalau dulu pakai cash, sekarang kita bayar guna kad kredit. Lepas dah guna, seminggu sekali setelkan terus baki kad kredit. Jadi komitmen bulanan sama je mcm guna cash. Cuma cara bayaran saja yang berbeza.

Lepas 3-4 bulan, rekod bayaran semua cantik, bolehlah apply loan rumah. Kalau nak cantik lagi, apply selepas 6 bulan.

📌 Nak cuba apply kad kredit? Boleh klik link di bawah. Saya bantu uruskan sampai lulus

wasap.my/60125083697/KadKreditT
*PERMOHONAN ASBF PERNAH KENA REJECT*

Bagi sesiapa yang pernah kena reject permohonan ASBF dengan bank, saya boleh tolong dapatkan special approval.

*Sebab reject:*

1. Komitmen tinggi
- Boleh lulus kalau ada cash dan nak bayar lump sum untuk setahun terus.

2. CCRIS Tak bayar PTPTN
- Boleh lulus. Easy je. Tak perlu bayar pun.

3. CTOS
- Boleh lulus jika jumlah tunggakan kurang daripada RM3,000.

4. Document tak strong.
- Tiada caruman KWSP
- Gaji CASH
- Tiada bank statement
- Cuma dapat payment voucher
- Kerja makan komisen
*Semua ada cara untuk dapatkan approval.*

5. Tak bekerja.
- boleh buat pemohonan bersama dengan pasangan/ibubapa/adik beradik yang bekerja.

⚠️Bagi sesiapa yang nak cuba submit melalui cara yang betul, boleh klik link di bawah. Kita dapatkan special approval.

wasap.my/60125083697/SPECIALAPPROVAL2022
Buka akaun ASB secara online tanpa perlu ke cawangan atau mana-mana ejen ASB.

Sebelum apply ASBF, kita perlu ada akaun ASB Biasa dulu. Boleh register secara online dan masukkan duit minimum RM10 sahaja.

Jangan tersilap pilih dana sebab dalam ASNB ada banyak pilihan dana. Pastikan pilih dana yang betul iaitu *AMANAH SAHAM BUMIPUTERA*.

⚠️ _*Tips: Semasa mendaftar, bakal pelabur perlu menjawab soalan untuk menilai tahap kesesuaian dana. Sila jawab seolah2 kita newbie dan tak tahu apa-apa mengenai pelaburan. Pilih risiko yang paling rendah dan tidak mahu kehilangan modal. Supaya pilihan dana yang dicadangkan adalah ASB.*_

Link rujukan seperti dibawah.

https://fb.watch/cX6dJ_ygyo/
ASB BIASA vs ASB FINANCING

Ramai yang tertanya-tanya antara simpan cash dalam ASB dengan buat ASBF, yang mana lebih untung. Jom kita buat perbandingan.

[RUJUK GAMBAR]

*Simpan ASB Biasa (CASH)*

Modal RM9,600
Simpan dalam ASB selama 5 tahun, tanpa usik dividen.
Jika dividen 5%, dividen terkumpul bersamaan = RM2,652

Jumlah simpanan = RM12,525 ✓

*ASB Financing (Sijil 200K)*
- ASBF 200K
- Max 40 tahun (berhenti selepas 5 tahun)
- Rate 3.7%
- Bulanan RM800
- Tahunan RM9600 (Modal)

Hasil:
1. Dividen Terkumpul = RM11,600
2. Prinsipal (SV) = RM11,915
Jumlah Simpanan = RM23,515✓

*Perbandingan:*

ASB Biasa:
Untung; 12,525 - 9,600 = RM2,652

ASBF:
Untung; 23,515 - 9,600 = RM13,915

13,915 ÷ 2,652 = 5.25

Maka, simpanan ASBF memberikan hasil keuntungan lebih 5 kali ganda berbanding ASB Biasa jika ikutkan teknik di atas.

*_Pengiraan berdasarkan dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.7%. Hasil sebenar mungkin berbeza._*

📌 Untuk permohonan ASBF, boleh klik link di bawah;

wasap.my/60125083697/ApplyASBFT
*10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE✓✓*

1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPAN

Apabila mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin ada sesetengah anak muda yang tak tahu apa nak dibuat dengan duit gaji. ASBF adalah salah satu cara untuk kita paksa diri menyimpan setiap bulan. Berbeza dengan simpanan ASB biasa yang kita boleh keluarkan simpanan pada bila-bila masa, ASBF hanya membolehkan kita mengeluarkan dividen sahaja. Jadi simpanan kita lebih terjamin.


2.MENGAJAR PENGURUSAN KEWANGAN

ASBF dapat mengajar pengurusan kewangan bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan personal loan. Ramai yang menggunakan personal loan untuk kahwin. Akibatnya anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum habis bayar personal loan. Ini akan menyebabkan kelayakan untuk mempunyai pembiayaan rumah dan kereta semakin rendah.


3.MENGELAKKAN BOROS

Konsep “force saving” ASBF dapat mengelakkan anak muda daripada boros dan menghabiskan duit untuk perkara yang sepatutnya. Asingkan simpanan tetap untuk ASBF setiap bulan, bakinya baru belanja barang keperluan. Rancang perbelanjaan dengan bijak.


4.FROFIL KEWANGAN

ASBF dapat mencipta profil kewangan iaitu rekod CCRIS. Ramai yang gagal membuat pembiayaan perumahan akibat tiada rekod CCRIS. Jadikan ASBF adalah salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik supaya bank dapat kenal karakter kita.


5.SELAMAT DARI UNSUR PENIPUAN

ASBF adalah pelaburan yang selamat daripada unsur-unsur penipuan, scammer dan MLM.


6.FLEKSIBEL

ASBF adalah salah satu bentuk pelaburan yang fleksibel. Boleh pilih amaun mengikut kemampuan simpanan. Boleh juga pilih teknik-teknik yang sesuai dengan usia dan modal. Selain itu, boleh juga berhenti pada bila-bila masa. Bila jual semula sijil, dapat CASH.


7.MATLAMAT JANGKA PENDEK

Sesuai untuk matlamat simpanan jangka masa pendek seperti Tabung Kahwin, Deposit Rumah, Deposit Kereta, atau nak beli kereta cash.


8.PULANGAN YANG TINGGI

Simpanan ASBF juga memberikan pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa. Kalau kena caranya, boleh dapat keuntungan sehingga 30% setahun. Yang penting ikut teknik dan strategi yang betul.


9.DISIPLIN

Ramai yang gagal menyimpan kerana tidak berdisiplin. Ada yang dah kerja 5 tahun, tapi simpanan RM10,000 pun belum ada. Sedangkan kalau congak secara mudah, simpan RM167 setiap bulan selama 5 tahun pun dan cukup RM10,000. Jadi dengan ASBF, kita paksa menyimpan setiap bulan. Tetapkan berapa kita nak simpan setiap bulan sesuai dengan matlamat dan kemampuan.


10.TABUNG PERMULAAN HIDUP

Apabila memasuki alam pekerjaan, kita perlu memikirkan 5 perkara;

-Kahwin
-Beli rumah
-Kereta yang selesa untuk keluarga
-Tabung pendidikan anak
-Tabung Persaraan

Kesemua matlamat di atas perlukan DUIT. Jadi kita kena mulakan simpanan seawal yang mungkin. Kalau lambat bermula, kita perlu berkerja lebih keras untuk menyediakan perkara tersebut.

📌 Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, boleh tekan link di bawah;

wasap.my/60125083697/ASBFSaving
*CARA KUMPUL RM100K DALAM MASA 4 TAHUN*

Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga, membeli rumah, nak kumpul modal bisnes, nak beli kereta, nak pergi umrah & haji dengan keluarga, dan lain-lain matlamat.

Ikut langkah di bawah;

✔️ Apply sijil ASBF 200K.
✔️ Rate 3.70%.
✔️ Tenure 40 tahun.
✔️ Bayaran bulanan RM800.
✔️ TEKNIK COMPOUNDING.
✔️ Simpan setiap bulan RM800.
✔️ JANGAN USIK DIVIDEN.

*_Dividen Tahun Pertama_*

5% x RM200,000 = RM10,000.

*_Dividen Tahun Kedua_*

5% x RM210,000 = RM10,500

*_Dividen Tahun Ketiga_*

5% x RM220,500 = RM11,025

*_Dividen Tahun Keempat_*

5% x RM231,525 = RM11,575

*Jumlah dividen:*

RM10,000 + RM10,500 + RM11,025 + RM11,575 = RM43,100✔️

*Jumlah prinsipal terkumpul:*

Prinsipal = Nilai Sijil - Baki Hutang

Nilai Sijil = RM200,000
Anggaran Baki Hutang = RM190,665

RM200,000-RM190,665 = RM9,335✔️

*Jumlah simpanan:*

RM43,100 + RM9,335 = RM52,435 ✔️✔️✔️

So seorang dah dapat kumpul RM52K. Macam mana nak bagi jadi RM100K?

Ajaklah pasangan anda juga menyimpan.

RM52K X 2 = RM104K ✔️✔️

Kan dah dapat kumpul lebih kurang 100K.

Tak lama pun, cuma perlu konsisten dan sabar selama 4 tahun sahaja. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun. Lepas 4 tahun dah berjaya kumpul 100K, macam-macam kita boleh buat. Terpulang kepada matlamat masing-masing.

Tak mustahil kita juga mampu lakukannya.

Sijil 200K sekadar contoh sahaja. Boleh bermula dengan jumlah yang lebih kecil ikut kemampuan masing-masing.

[Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5% dan Kadar Keuntungan Bank 3.70%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

📌 Bagi sesiapa yang nak mula menyimpan boleh submit permohonan sekarang.

Klik je link di bawah;

wasap.my/60125083697/Saving2022T

-Admin (Zulhanif)-

*COVER 1 MALAYSIA* 🇲🇾
*PROMOSI TERKINI ‼️: PROMO ASBF JUN 2022*

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. PROMOSI RATE 3.70% diteruskan untuk bulan Jun 2022. Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan bermula awal bulan 7 dah boleh apply sekarang.

Detail seperti di bawah;

*Islamic Financing*
*Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.*
*Takaful fleksibel - Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing.*
*Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.*
*CCRIS PTPTN boleh lulus*
*CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus*
*High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.*
*Kelulusan segera*

*Rate 3.70%*

200K - RM799
190K - RM760
180K - RM720
170K - RM680
160K - RM640
150K - RM600
140K - RM560
130K - RM520
120K - RM480
110K - RM440
100K - RM400
90K - RM360
80K - RM320
70K - RM280
60K - RM240
50K - RM200

👉Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera.

🇲🇾 *Cover satu Malaysia.*

📌 High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni.

📌 CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan.

📌 CTOS kurang dari RM3,000 boleh lulus.

📌 Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply.

📌 Tiada slip gaji boleh apply. Guna pemohon bersama.

📌 Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit semula. Kita guna document dan cara yang betul.

Klik je link di bawah untuk submit document;

wasap.my/60125083697/PromoJun2022T
*SLOT COACHING KL/SELANGOR*

Salam semua. Hari Sabtu & Ahad saya nak open slot coaching face to face ASBF untuk sesiapa yang dah ready nak menyimpan. Sesiapa yang nak apply ASBF boleh book slot segera. Tak payah bayar apa-apa pun. Klik je link di bawah;

wasap.my/60125083697/SlotKLSelangorT

Bagi kawasan luar, boleh buat secara ONLINE. Klik jer link di bawah;

wasap.my/60125083697/SlotOnlineT
*TABUNG PENCEN RM130K UNTUK SURI RUMAH* ✓

Suami yang sayangkan isterinya pasti akan memikirkan masa depan isteri di hari tua kelak. Bagi isteri yang tak bekerja atau sudah berhenti kerja, pasti tiada caruman kwsp atau hanya ada sedikit sahaja simpanan.

Dengan bermodalkan RM4,800 atau (RM400 x 12 bulan ansuran bulanan), anda boleh mewujudkan TABUNG PERSARAAN suri rumah sebanyak +-RM130K.

Caranya mudah sahaja:

1. Apply ASBF 100K untuk isteri anda (Suami Jadi Pemohon Bersama. Guna payslip suami sebab isteri tiada payslip).

2. Jika ada simpanan RM4,800, boleh buat bayaran secara lump sum untuk satu tahun. Kalau tiada, buat simpanan bulanan RM400 selama 12 bulan sahaja. Yang penting kena selesaikan bayaran untuk tahun pertama sahaja.

3. Tahun kedua, andai dividen diumumkan 5.0%, isteri anda dapat dividen RM5,000.

4. Ambil RM4,800 daripada dividen untuk bayar ansuran tahun kedua. (Tiada lagi komitmen untuk bayar guna duit sendiri.)

5. Baki RM200, simpan dalam A$B supaya terkompaun.

6. Ulang sehingga tamat pembiayaan (40 tahun). Kalau nak stop awal pun boleh.

7. Jika kadar dividen tetap pada 5.0% setiap tahun dan kadar keuntungan bank kekal pada 3.70%, hasil simpanan terkumpul lebih kurang RM150K (Hasil sebenar mungkin berbeza. Bergantung kepada kadar dividen). - Jika pembiayaan ditamatkan lebih awal, hasil juga berbeza.

Hasil keseluruhan lebih kurang;

- Sijil Habis bayar = RM100,000
- Baki dividen terkompoun = RM24,000
- Dividen tahun akhir = RM5,000.
JUMLAH = RM129,000✓

8. Dengan modal RM4,800, dapat menghasilkan simpanan persaraan hampir RM130K untuk isteri.

*_Kalau duit RM4,800 disimpan dalam ASB biasa selama 40 tahun, hasilnya cuma RM33,800 sahaja berdasarkan dividen 5%._*

Barulah jadi suami yang kacak dan bijak.

📌 Komitmen tinggi pun layak jika nak bayar lump sum setahun terus.

📌 _*Kalau ada modal RM9,600, boleh terus buat sijil 200K. Hasilnya nanti lebih kurang 260K. Lagi kacak suami yang macam ni kan... para isteri tu jangan lupa share posting ni dengan para suami...hehehe*_

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching kewangan secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60125083697/TabungPencenSuriRumahT

*COVER 1 MALAYSIA* 🇲🇾

Boleh Follow Channel Rasmi Telegram Teknik Genius ASB Financing 👇👇👇

https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*Berapa amount yang sesuai untuk apply ASBF??*

Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan bulanan perlulah ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Contoh situasi:

1. Abu mampu simpan bulanan RM400. - Apply ASBF 100K

2. Ali mampu simpan bulanan RM600. - Apply ASBF 150K

3. Ajib mampu simpan bulanan RM800 - Apply ASBF 200K

4. Leman mampu simpan bulanan RM200. Tapi ada simpanan cash RM5,000. - Apply ASBF 150K *(2 sijil berasingan. Sijil pertama 50k buat compounding, bulanan RM200. Sijil ke2 100k buat rolling dividen. Modal setahun cuma RM4,800) Teknik Hybrid berlaku serentak.*

5. Husin tak mampu simpan bulanan sebab komitmen dah tinggi. Tapi ada simpanan cash RM10,000. - Apply ASBF 200k teknik rolling dividen. Modal setahun cuma RM9,600.

Setiap orang berbeza situasi dan kemampuan masing-masing. Jadi buatlah pelaburan ikut kemampuan diri sendiri. Jangan ikut orang lain.

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASBF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60125083697/Submission2022T

*COVER 1 MALAYSIA* 🇲🇾

Channel Rasmi Telegram 👇👇👇
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*Pembiayaan ASB (ASB Financing)*

Secara basicnya, ASB Financing (ASB LOAN Islamic) adalah cara untuk kita force saving setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan cara biasa.

Pulangan ASBF ni ada dua:
1. Dividen
2. Prinsipal

Sy bg contoh simpan RM385 selama setahun @12 bln.

385x12= RM4,620 (simpanan setahun)

▪️Dengan bajet simpanan 385 sebulan, pelabur boleh buat ASBF 100k. Duit 100K bank akan masukkan dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM385.

▪️Selepas setahun, Jika dividen ASB diumumkan pada kadar 5.00% , pelabur dapat dividen RM5,000.

▪️Andai stop pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bln, bank akan pulangkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang). Bayaran bulanan RM385 tu adalah termasuk interest dan prinsipal. Yang interest tak dapat balik. Hanya dapat part prinsipal.

▪️Prinsipal = Nilai sijil - Baki hutang

(Boleh guna financial calculator untuk kira baki hutang)

Anggaran;

▪️100,000 (nilai sijil) - 98,900 (baki hutang) = RM1,100

▪️So total pulangan pelaburan:
5,000 + 1,100= RM6,100✓

▪️6,100 - 4,620 = RM1,480 extra daripada simpanan biasa (untung).

▪️Jika hasil RM6,100 dibahagikan kepada 12 bulan = RM508 sebulan. Anda simpan RM385 sebulan tapi hasil sama seperti menyimpan RM508 sebulan. Anda dah untung RM123 setiap bulan. Jadi menyimpan dgn ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung drpd simpanan cara biasa.

▪️Yang bestnya, ASBF ni ada macam2 teknik yang kita boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik pula adalah berbeza-beza. So, perkara paling utama yang perlu ada sebelum buat ASBF adalah ILMU. Nanti saya akan kongsikan teknik-teknik ASBF satu persatu...

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASBF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60125083697/personalcoachingA$BFT

Boleh follow juga FB Personal Admin;

https://www.facebook.com/zulhanifabdrazak
*ASAS STRATEGI ASB FINANCING*

Sebelum melabur, pastikan kita faham konsep dan peluang yang ada dalam setiap pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko dan potensi keuntungan. Jadi, kita harus gunakan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko.

Perkara asas yang perlu kita faham untuk memaksimumkan pulangan pelaburan A$B Financing adalah seperti berikut:

*1. Tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun*
Sebab: Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin murah bayaran bulanan. Kita mampu memiliki Nilai Sijil yang besar dengan modal yang kecil. Jadi bayaran tahunan adalah jauh lebih murah berbanding dividen yang lebih banyak. Tiada masalah untuk pelabur yang mengamalkan teknik Rolling Dividen, malah terdapat lebihan cash yang banyak. Bagi yang berumur lebih daripada 30 tahun, gunakan formula 70-umur sekarang untuk mendapatkan tempoh maksimum.

Kalau nak stop awal, takda masalah. Ada yang buat tempoh 40 tahun tapi stop selepas 3, 5 tahun apabila sudah capai target simpanan. Itu barulah bijak. Invest guna akal, jangan guna kepala lutut.

*2. Takaful minimum*
Sebab: Bayaran takaful dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan. Jadi jika anda melanggan takaful, hutang anda lebih tinggi berbanding nilai sijil. Bayaran bulanan juga akan meningkat. Kesan takaful bila anda menamatkan pembiayaan adalah pulangan prinsipal yang sedikit. Awas, andai pembiayaan ditamatkan terlalu awal, anda bakal dikenakan bayaran tambahan oleh pihak bank jika nilai hutang semasa adalah lebih tinggi dari nilai sijil ASB.

*_Option:_* Ada sesetengah bank menawarkan kadar interest yang lebih rendah jika pemohon mengambil takaful di dalam ASBF. Bagi kes sebegini, digalakkan mengambil takaful minimum 5 tahun sahaja. Ini kerana bayaran takaful untuk tempoh perlindungan 5 tahun adalah minima.

⚠️ Sebagai contoh, bagi sijil RM100K;

👎 Tanpa Takaful Rate 3.55%.
-Max 40 tahun.
-Bulanan RM391

👍 Dengan takaful 5 tahun, Rate 3.45%
-Max 40 tahun
-Bulanan RM387✓

_*Ambil takaful tapi bayaran lagi murah RM4. Kalau 5 tahun dah jimat 4x60 = RM240. Dalam situasi begini, kita kena jadi bijaklah.*_

Dah la bayar lebih murah, ada pula perlindungan takaful jika berlaku musibah. Umpama dapat perlindungan takaful "percuma". Jika berlaku kematian atau cacat kekal, sekurang-kurangnya waris mendapat pampasan tambahan di samping simpanan sedia ada.

Tiada masalah untuk menamatkan pembiayaan awal kerana nilai sumbangan takaful yang minimum. Maka hutang akan cepat berkurang.

_Nota: Tidak digalakkan mengambil takaful untuk tempoh yang lebih panjang bagi short term game plan._

*3. Pembiayaan Islamik*
Sebab: Sebab utama perlu ambil pembiayaan islamik adalah supaya mendapat rezeki yang halal. Selain itu, pembiayaan islamik tiada "lock in period". Maka, anda boleh menamatkan pembiayaan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

*4. Kadar keuntungan bank yang Rendah*

Bagi mengurangkan bayaran bulanan dan meningkatkan nilai prinsipal, sebaiknya pilih pembiayaan yang memberikan kadar keuntungan bank yang rendah.

Contohnya pembiayaan 200K, 40 tahun. Bagi kadar 5.0%, bayaran bulanan RM965. Bagi kadar 4.3%, bayaran bulanan RM880. Beza sebanyak RM85. Buat apa kita bayar lebih untuk dapatkan benda yang sama.

Nilai serahan prinsipal (jika terminate sijil) selepas 5 tahun:

- Baki hutang bagi kadar 5.0% sekitar RM191,000. Maka 200,000 - 191,000 = RM9,000✔️

- Baki hutang bagi kadar 4.3% sekitar RM189,500. Maka 200,000 - 189,500 = RM10,500✔️.

Sudah tentu pelabur bijak memilih bayaran yang lebih murah dan mempunyai pulangan prinsipal yang tinggi.

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

📌Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan, boleh klik link di bawah.

wasap.my/60125083697/SubmitASBFT


Channel Rasmi Telegram 👇👇👇
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*KIRA-KIRA TEKNIK COMPOUNDING*

Bagi sesiapa yang ada matlamat jangka masa pendek seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan lain-lain perlu menyimpan secara konsisten setiap bulan. Jadi teknik yang sesuai adalah compounding. Jangan usik dividen supaya duit dapat dikumpul dengan cepat. Jom kita buat kira-kira.

*BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 5 TAHUN?*

⚠️ *Teknik Compounding* - Simpan setiap bulan tanpa usik dividen.

Kiraan based on;

👉Dividen 5.0%
👉Kadar Keuntungan Bank 3.70%
👉Tempoh pembiayaan 40 tahun
👉Berhenti selepas 5 tahun

*ASBF 200K - Bulanan RM800*

_*Dividen*_

Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025
Tahun 4 - 5.0% x 231,525 = 11,576
Tahun 5 - 5.0% x 243,101 = 12,155

Jumlah Dividen Terkumpul = RM55,256

Baki hutang selepas 5 tahun = RM188,085 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 188,085 = RM11,915

Jumlah Simpanan:
55,256 + 11,915 = *RM67,171* ✓

So dah faham kan cara kiraannya?
Untuk kiraan nilai sijil yang berbeza amaun, kita dah tak perlu buat kiraan baru. Untuk jimatkan masa, kita boleh work smart. Tak perlu kira satu-satu.

📌Gunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K.

⚠️ *ASBF 150K - BULANAN RM600*

👉150/200 x 67,171 = RM50,378✓

⚠️ *ASBF 100K - BULANAN RM400*

👉100/200 x 67,171 = RM33,585✓

⚠️ *ASBF 50K - BULANAN RM200*

👉50/200 x 67,171 = RM16,792✓

Senang je kan??? So boleh dah buat kira-kira yang sesuai dengan bajet dan target korang.


📌 *Ada yang kata 5 tahun lama sangat. Diorang nak capai target dalam masa 3 tahun je. Jadi kiraan di bawah saya buat khas untuk game plan selama 3 tahun.*

*BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 3 TAHUN?*

*ASBF 200K*

_*Dividen*_
Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025

Jumlah dividen terkumpul = RM31,525

Baki hutang selepas 3 tahun = RM193,152 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 193,152 = RM6,848

Jumlah Simpanan:
31,525 + 6,848 = *RM38,373* ✓

📌Gunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K

⚠️ *ASBF 150K - BULANAN RM600*

👉150/200 x 38,373 = RM28,780✓

⚠️ *ASBF 100K - BULANAN RM400*

👉100/200 x 38,373 = RM19,186✓

⚠️ *ASBF 50K - BULANAN RM200*

👉50/200 x 38,373 = RM9,593✓

*Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.0% dan Kadar Keuntungan Bank 3.70%. Hasil sebenar mungkin berbeza.*

Harap kira-kira ringkas di atas dapat membantu untuk korang tentukan matlamat dan bajet korang. Bila ada matlamat ni, lebih mudah kita nak menyimpan sebab kita nampak apa yang kita nak.

Kalau dah ready nak menyimpan, boleh wasap saya segera. Saya bantu proses submission A to Z. Klik je link di bawah;

wasap.my/60125083697/submission2022T

*COVER 1 MALAYSIA* 🇲🇾

Channel Rasmi Telegram 👇👇👇
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*ADA CASH RM10,000. Nak untung setahun RM500 atau nak untung setahun RM2,500?*

⚠️ Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang dah ada simpanan cash dan berhasrat untuk tidak menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat. Simpan cara biasa slow sangat duit tu berkembang. Nak buat modal niaga, tak pandai. Jadi, boleh la cuba cara yang super power ni bagi duit tu cepat berkembang.

Pilihan di tangan masing-masing. Saya cuma tunjukkan caranya.

_*KITA BUAT KIRA-KIRA BERDASARKAN DIVIDEN 5.0% SAHAJA*_

*Simpanan ASB Biasa*

☑️Kalau simpan RM10,000 cara biasa, andai dividen 5.0%. Setahun akan dapat 5.0% x 10,000 = RM500.

☑️Jika modal dan dividen tidak diusik selama 3 tahun. Jumlah keseluruhan dividen bersamaan RM1,576.

☑️Untung RM1,576 selama 3 tahun.

☑️Purata keuntungan setahun = 1,576/3 = RM525✓

Lebih kurang RM525 sahaja‼️

*Simpanan Menggunakan Sijil ASBF*

Kalau ada RM10,000, gunakan RM9,600 sahaja sebagai modal. Lebihan RM400 boleh simpan. Dengan modal RM9,600 anda boleh memiliki sijil ASBF RM200K. Anda gunakan teknik ROLLING DIVIDEN selama 3 tahun.

✔️Buat ASBF 200K, Tarik tempoh paling panjang 40 tahun. Berhenti selepas 3 tahun.
✔️Bayaran bulanan RM800
✔️Bayaran Setahun RM9,600
✔️Yuran proses RM60 (Bayar sekali sahaja)

*Tahun 1:* 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,600 bayar untuk tahun ke-2. Baki RM400 simpan dalam ASB.

*Tahun 2:* 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,600 bayar untuk tahun ke-3. Baki RM400 simpan dalam ASB.

*Tahun 3:* 5.0% x 200K = RM10,000
Andaikata gameplan 3 tahun sahaja, maka dividen dapat full RM10,000. Tak perlu bayar untuk tahun ke-4.

*Hasil selepas 3 tahun;*

Dividen
= 400+ 400 + 10,000
= RM10,800✓

Prinsipal
= 200,000 - 193,152
= RM6,848✓

*Total = 10,800 + 6,848 = RM17,648✓*

*Keuntungan untuk 3 tahun:*
RM17,648 - RM9,600 = RM8,048

*Purata Keuntungan untuk setahun:*
8,048 / 3 = RM2,683 setahun‼️

Perbandingan dengan ASB Biasa:

2,683 / 525 = 5 kali ganda

*Maka teknik ini memberikan pulangan keuntungan 5 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.*

*[Kiraan berdasarkan dividen ASB 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.70%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]*

*_Kita tak semestinya perlu ada cash RM9,600. Kalau ada kurang pun boleh juga buat teknik ni. Contohnya:_*

Ada modal RM7,200 - sijil 150K
Ada modal RM4,800 - sijil 100K
Ada modal RM2,400 - sijil 50K

_Kalau ada simpanan kat Tabung Haji pun boleh buat mcm ni. Keluarkan sekejap 3-5 tahun. Lepas duit dah berkembang, transfer semula ke TH. Lagi cepat duit berkembang._

Contoh ada RM4,800 dalam TH, gunakan teknik di atas untuk kembangkan duit cara cepat. Anggaran hasil selepas 3 tahun dapat lebih kurang RM8-9K. Lepas 3 tahun, transfer semula ke dalam TH. Kalau simpan cara biasa dalam TH, mungkin hasil selepas 3 tahun hanya RM5,350 jika dividen setiap tahun 5.0%.

Kalau yang dok simpan duit dalam akaun simpanan biasa tu, lagi rugi. Duit tak berkembang langsung ‼️

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk permohonan dan pertanyaan lanjut, boleh terus wasap;

wasap.my/60125083697/SubmitASBFT

*COVER 1 MALAYSIA* 🇲🇾

Boleh Follow Channel Rasmi Telegram Teknik Genius ASB Financing 👇👇👇

https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing