TEKNIK GENIUS ASB FINANCING
4.47K subscribers
77 photos
1 file
297 links
Channel ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu pelaburan ASB Financing dan kewangan yang lain. Semoga bermanfaat.
Download Telegram
*Antara ASB Biasa dan ASB Financing Yang Mana Lebih Menguntungkan?*.

Ramai yang pm saya bertanyakan sama ada simpanan setiap bulan dalam ASB Biasa tanpa buat loan bank atau simpanan ASB Financing yang melibatkan loan bank lebih menguntungkan?

ASB Financing sangat menguntungkan kalau kita ikut strategi yang betul iaitu:

1. Tempoh yang maksimum (boleh terminate anytime).
2. Kadar keuntungan bank yang rendah
3. Islamic Financing - tiada lock in period
4. Tanpa takaful atau ambil minimum takaful 5 tahun untuk dapatkan promosi rate rendah

Untuk makluman semua, kiraan dividen ASB adalah mengikut formula baki terendah bulanan. Dividen dikira untuk setiap bulan, kemudian dikumpulkan untuk 12 bulan. Dividen tahunan akan diberikan sekaligus pada awal bulan 1 tahun berikutnya.

πŸ“Œ *Baki Terendah Bulanan*

Ramai yang tak faham tentang baki terendah bulanan. Cuba fahamkan contoh ini dahulu:

Pada 1/4/2023, simpanan dalam akaun ASB = RM100,000.

Pada 10/4/2023, kita masukkan duit sebanyak RM50,000. Baki ketika ini = RM150,000

Pada 15/4/2023, kita keluarkan RM100,000 dari akaun ASB. Baki ketika ini = RM50,000.

Pada 20/4/2023, kita masukkan RM150,000. Baki ketika ini RM200,000.

Tiada lagi pengeluaran atau kemasukan dibuat sehingga 30/4/2023.

Berdasarkan transaksi bulan 4, baki terendah bulan tersebut adalah RM50,000. Walaupun jumlah terakhir pada bulan 4 adalah RM200,000, dividen untuk bulan 4 dikira berdasarkan baki terendah iaitu RM50,000.

πŸ“Œ *Formula Kiraan Dividen ASB*

[Dividen bulanan = Peratus dividen x Baki terendah bulanan Γ· 12]

Kenapa perlu bahagi kepada 12? Sebabnya peratus yang diumumkan adalah untuk setahun, maka untuk mendapatkan nilai dividen bulanan, perlu dibahagikan kepada 12 bulan.

Jika dividen 5.0% dan baki terendah bulanan RM100,000:

5.0% x 100,000 Γ· 12 = 416.67βœ“

Ini adalah dividen untuk sebulan sahaja. Harap semua faham setakat ini.

πŸ“Œ *Perbandingan Simpanan ASB Biasa dan ASB Financing.*

Dalam perbandingan ini, kita buat pengiraan untuk simpanan sebanyak RM900 setiap bulan selama 12 bulan iaitu setahun. Kiraan berdasarkan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.50%.

*ASB Biasa*
Simpanan sebanyak RM900 perlu dibuat pada setiap 1hb supaya simpanan pada bulan tersebut dikira untuk baki bulanan terendah. Jika dimasukkan selepas 1hb, maka nilai tersebut tidak akan dikira. Simpanan setiap bulan bertambah sebanyak RM900. Baki akhir pada bulan ke-12 adalah RM10,800

*ASB Financing*
-Sijil 200K
-Profit Rate 4.50%
-Tempoh 40 tahun
-Islamic Financing
-Bayaran Bulanan RM900
-Bayaran Setahun RM10,800

Bayaran RM900 setiap bulan dibayar kepada bank. Wang tersebut tidak masuk ke dalam akaun ASB, jangan salah faham. Simpanan pada bulan pertama bermula RM200,000 dan kekal sehingga bulan ke-12. Maka dividen setiap bulan dikira berdasarkan baki terendah bulanan iaitu RM200,000.

(Sila rujuk gambar untuk melihat perincian pengiraan dividen).

πŸ“Œ *Hasil Simpanan Selepas 12 bulan*

*ASB Biasa*
Modal Simpanan: RM10,800
Dividen Setahun: RM321.75
Jumlah Simpanan: RM11,121.75βœ“

*ASB Financing*
Dividen: RM11,000
Anggaran Prinsipal: RM1,800
Jumlah simpanan: RM12,800.00βœ“

Jelas menunjukkan simpanan menggunakan ASB Financing lebih menguntungkan berbanding simpanan ASB Biasa walaupun hanya untuk tempoh 12 bulan. Kalau semakin lama, semakin banyaklah untungnya.

Kiraan di atas adalah untuk tempoh 12 bulan tepat. Hasil sebenar mungkin berbeza jika tempoh penamatan sijil tidak sama.

Nota:
1. Prinsipal adalah bayaran hutang pokok kepada bank. Bayaran RM900 setiap bulan akan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Interest dan Prinsipal. Interest adalah hak milik bank, iaitu keuntungan yang diperoleh hasil daripada pembiayaan RM200K. Hutang pokok hanya berkurang mengikut bayaran prinsipal.

2. Pengiraan interest ASB Financing adalah mengikut baki hutang. Jumlah bayaran interest semakin berkurang setiap bulan apabila baki hutang berkurang. Maka bayaran prinsipal setiap bulan akan bertambah.

Untuk maklumat lanjut boleh terus wasap ke;

www.wasap.my/60125083697/Submission2023T
*Pembiayaan ASB (ASB Financing)*

Secara basicnya, ASB Financing (ASB LOAN Islamic) adalah cara untuk kita force saving setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan cara biasa.

Pulangan ASBF ni ada dua:
1. Dividen
2. Prinsipal

Sy bg contoh simpan RM431 selama setahun @12 bln.

431x12= RM5,172 (simpanan setahun)

β–ͺ️Dengan bajet simpanan RM431 sebulan, pelabur boleh buat ASBF 100k. *Duit RM100K bank akan masukkan dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM431.*

β–ͺ️Selepas setahun, Jika dividen ASB diumumkan pada kadar 5.50% , pelabur dapat dividen RM5,500. Dividen ASB tu PNB/ASNB yang bagi, bukan bank. Jadi kalau apply dengan mana-mana bank pun, dividen yang dapat tetap sama.

β–ͺ️Andai stop pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bln, bank akan pulangkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang). Bayaran bulanan RM431 tu adalah termasuk interest dan prinsipal. Yang interest tak dapat balik. Hanya dapat part prinsipal.

β–ͺ️Prinsipal (Surrender Value) = Nilai sijil - Baki hutang

(Boleh guna financial calculator untuk kira baki hutang)

Anggaran;

β–ͺ️100,000 (nilai sijil) - 99,015 (baki hutang) = RM985

β–ͺ️So total pulangan pelaburan (dividen + prinsipal):
5,500 + 985 = RM6485βœ“

β–ͺ️6,485 - 5,172 = RM 1,313 extra daripada simpanan biasa (untung).

β–ͺ️Jika hasil RM6,485 dibahagikan kepada 12 bulan = RM540 sebulan. Simpan RM431 sebulan tapi hasil sama seperti menyimpan RM540 sebulan. Kita dah untung RM109 setiap bulan. Jadi menyimpan dgn ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung berbanding simpanan cara biasa.

β–ͺ️Yang bestnya, ASBF ni ada macam2 teknik yang kita boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik pula adalah berbeza-beza. So, perkara paling utama yang perlu ada sebelum buat ASBF adalah ILMU. Nanti saya akan kongsikan teknik-teknik ASBF satu persatu...

*Kiraan berdasarkan dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.20%. Hasil sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi.*

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASBF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60125083697/personalcoachingASBF

Boleh follow juga FB Personal Admin;

https://www.facebook.com/zulhanifabdrazak

Channel Rasmi Telegram πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*RISIKO ASB FINANCING*

Sebelum melabur, kita wajib tahu apa risiko yang ada. Bagi ASB Financing, ada beberapa risiko yang kita perlu tahu dan kita juga perlu tahu cara untuk mengatasi risiko tersebut.

*1. Dividen vs Keuntungan Bank*

ASB Financing melibatkan pembiayaan bank. Setiap pembiayaan bank pasti ada keuntungan bank (bank profit). Bank bukan badan kebajikan dan bank sememangnya buat untung di atas setiap pembiayaan. Untuk islamic financing, kita tak panggil keuntungan bank sebagai interest, tapi bank profit. Iaitu hasil daripada keuntungan akad jual beli.

Bab islamic financing ni tuan/puan boleh google sendiri sebab panjang kalau nak explain satu persatu. Senang cerita, bila disahkan patuh syariah kita rakyat ni follow je lah.

Jadi bank akan ambil keuntungan di atas pembiayaan kita. Dalam masa yang sama, duit bank akan dimasukkan ke dalam akaun ASB pelabur. Jadi pelabur akan dapat dividen dari duit tersebut.

Katakan sijil 100K, bank profit 3.95% dan dividen ASB bagi 5.5%. Bank akan ambil keuntungan 3.95% di atas nilai sijil 100K tersebut. Manakala pelabur akan dapat keuntungan 5.5% di atas sijil yang sama. Jadi selagi kadar dividen lebih tinggi berbanding bank profit, pelabur tetap untung.

Ada sesetengah kes, bayaran tahunan lebih tinggi berbanding dividen walaupun kadar dividen lebih tinggi berbanding bank profit. Punca utama adalah tempoh pembiayaan yang pendek. Jadi untuk elak keadaan tersebut, ambillah tempoh pembiayaan yang paling panjang supaya bayaran bulanan mininum.

Kelebihan ASBF adalah ia menggunakan variable rate. Maknanya rate boleh berubah ikut keadaan ekonomi. Jika ekonomi teruk, kadar dividen biasanya rendah. Dalam masa yang sama, kebiasaannya bank profit juga akan turun. Jadi pelabur juga akan membayar kadar bulanan yang rendah. Jadi risiko kerugian akan lebih rendah.

Jika kadar tetap, pasti pelabur akan rugi jika dividen rendah tetapi kadar bayaran kekal tinggi. Jadi, ASBF dicipta untuk mengurangkan risiko kerugian kepada para pelabur.

*2. Tak mampu bayar.*

Risiko kedua adalah tak mampu bayar, mungkin disebabkan kehilangan kerja atau komitmen semakin tinggi. Bagi pelabur yang dah buat simpanan lebih dari setahun, tak ada masalah. Tuan/puan boleh gunakan dividen untuk bayar semula installment bulanan. Jadi bulan-bulan tak perlu bayar guna duit gaji. Tukar je teknik compounding kepada teknik rolling dividen.

Bagi pelabur baru yang tak sampai setahun lagi, jika tak mampu sangat nak bayar boleh je terminate anytime. Untuk islamic financing, tak ada denda. Yang ada cuma tunggakan atau bank profit yang telah berjalan. Sebab tu pastikan ambil islamic financing, jangan ambil pinjaman konvensional.

Kalau pelabur tak terminate, ASB Financing akan auto terminate jika pelabur gagal membayar ansuran selama 2 bulan berturut-turut. Jadi akan ada 2 bulan tunggakan. Kes macam ni pun takda masalah sebab selama 2 bulan sijil ASB ada dalam akaun pelabur, dividen tetap dikira.

Katakan auto terminate pada bulan 6, nanti awal bulan 1 tahun depan akan dapat juga dividen untuk bulan 4&5 yang kita tak bayar tu. Dividen dikira sekali dari bulan 1 sampai 5 walaupun hanya bayar sampai bulan 3 sahaja. Jadi sementara nak dapat dividen tu, nama "busuk" la kejap. Nanti dapat dividen, teruslah pergi setel tunggakan 2 bulan. Nama kembali "wangi". Janganlah bila dah dapat dividen, terus lupa tunggakan hutang. Hutang wajib dibayar.

*3. Terpaksa Berhenti Awal*

Risiko ketiga terpaksa terminate awal. Contohnya pelabur ni dah ada ASBF, personal loan dan loan kereta. Kemudian nak beli rumah loan tak lepas sebab komitmen tinggi. Komitmen tinggi ni bukan sebab ASBF je, loan-loan lain pun dikira sekali. So option yang paling mudah, terminate ASBF la. Takkan nak jual kereta atau setelkan full payment personal loan? Jarang yang mampu buat option ni.
So bila terminate ASBF komitmen pun clean dan lulus loan rumah... Eh confirm ke lulus? Tak semestinya lulus tau. Kalau komitmen kereta dan personal loan pun masih tinggi, susah juga nak lulus loan rumah. Dua loan ni bukan senang nak setel. ASBF kalau ambil maksimum 200K pun takda masalah kalau nak terminate. Loan kereta dan personal loan ni kalau ambil yang tinggi, bahaya. So fikir-fikirlah sebelum nak beli kereta or buat personal loan.

Pastikan ambil ASBF islamic supaya takda penalti kalau terminate awal. Mungkin deposit rumah tak berapa nak cukup masa tu. Bila berhenti, dividen terkumpul dan surrender value tu boleh guna untuk deposit rumah. Setel 2 masalah. Yang pertama masalah loan tak lepas. Yang kedua masalah deposit rumah. Nampak tak macam mana ASBF convert problem kepada solution??

*4. Islamic Financing, tapi kena penalti?*

Yang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan jadi lebih kurang RM103,000. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.

So baki loan akan berkurang dari RM103,000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100,000. Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102,000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100,000. Jadi berlaku shortfall RM2,000.

Itu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita. Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal. Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.

So macam mana nak elak shortfall? Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100,000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000. So takda masalah kalau nak terminate awal.

Katakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100,330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar. Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.

ASBF ni takda masalah kalau kita terminate dan lepas tu apply semula dalam masa terdekat. Ramai yang terpaksa buat macam ni atas sebab-sebab tertentu. Lain orang, lain keperluannya. So boleh let go dulu ASBF, kemudian apply semula. Mai apply dengan saya...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

*5. Harga Unit Berubah*

Kalau melabur dalam unit amanah (unit trust - UT), risiko yang perlu kita hadapi adalah perubahan harga unit. Kalau beli pada harga RM1.00 dan jual pada harga RM1.50, kita untung. Tapi kadang-kadang harga boleh jadi RM0.50. Kalau jual masa harga kurang dari harga belian, sudah pasti kita rugi.

Ada kes kita terpaksa jual unit ketika harga rendah sebab kecemasan nak guna duit. So terpaksalah kita tanggung kerugian. Jadi untuk elak rugi, wajib tunggu masa harga tinggi untuk kita jual unit. Masalahnya nak pakai duit cepat...terpaksa jual... So itulah risikonya...

Berbeza dengan kebanyakan UT lain, ASB adalah unit amanah harga tetap. Harga kekal pada kadar RM1.00 tak berubah. Jadi boleh jual pada bila-bila masa tanpa perlu menanggung risiko susut nilai.

*6. Tiada ASBF yang menggunakan kadar tetap (fixed rate).*

ASBF menggunakan kadar pembiayaan terapung yang boleh meningkat dan menurun ikut OPR bank negara. Ramai yang beranggapan pembiayaan jenis terapung adalah lebih berisiko. Ini tidak benar.
Sebenarnya pembiayaan kadar tetap adalah lebih berisiko. Contohnya jika kita lihat pada tahun-tahun sebelum Covid-19, rata-rata kadar pembiayaan ASBF sekitar 5.0%. Jika kadar itu kekal, pasti ramai pelabur lama yang kerugian apabila dividen rendah akibat faktor ekonomi dunia ketika Covid.

Setelah ekonomi merudum dan bank negara turunkan OPR, pelabur lama juga dapat menikmati kadar yang lebih rendah ketika pandemik iaitu sekitar 3% lebih. Jadi risiko untuk rugi semakin kurang.

Jadi kelebihan kadar terapung adalah "win-win situation" antara bank dan pelabur. Kebiasaannya;

_*Ketika ekonomi baik - Kadar pembiayaan lebih tinggi, dividen juga lebih tinggi.*_

_*Ketika ekonomi teruk - Kadar pembiayaan rendah, dividen juga rendah.*_

*Penutup:*

Setiap pelaburan mesti ada risiko. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi potensi keuntungan. Tapi setiap risiko boleh diatasi dengan ilmu dan strategi yang betul. Jadi belajarlah dahulu bagi faham sebelum melabur. Tak faham boleh tanya. Jangan malu-malu. Bagi sesiapa yang dah ready nak menyimpan, boleh terus wasap saya.βœ“

wasap.my/60125083697/SimpananASBFT

*Admin (Zulhanif)*
*ASAS STRATEGI ASB FINANCING*

Sebelum melabur, pastikan kita faham konsep dan peluang yang ada dalam setiap pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko dan potensi keuntungan. Jadi, kita harus gunakan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko.

Perkara asas yang perlu kita faham untuk memaksimumkan pulangan pelaburan A$B Financing adalah seperti berikut:

*1. Tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun*
Sebab: Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin murah bayaran bulanan. Kita mampu memiliki Nilai Sijil yang besar dengan modal yang kecil. Jadi bayaran tahunan adalah jauh lebih murah berbanding dividen yang lebih banyak. Tiada masalah untuk pelabur yang mengamalkan teknik Rolling Dividen, malah terdapat lebihan cash yang banyak. Bagi yang berumur lebih daripada 30 tahun, gunakan formula 70-umur sekarang untuk mendapatkan tempoh maksimum.

Kalau nak stop awal, takda masalah. Ada yang buat tempoh 40 tahun tapi stop selepas 3, 5 tahun apabila sudah capai target simpanan. Itu barulah bijak.

*2. Takaful minimum*
Sebab: Bayaran takaful dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan. Jadi jika anda melanggan takaful, hutang anda lebih tinggi berbanding nilai sijil. Bayaran bulanan juga akan meningkat. Kesan takaful bila anda menamatkan pembiayaan adalah pulangan prinsipal yang sedikit. Awas, andai pembiayaan ditamatkan terlalu awal, anda bakal dikenakan bayaran tambahan oleh pihak bank jika nilai hutang semasa adalah lebih tinggi dari nilai sijil ASB.

*_Option:_* Ada sesetengah bank menawarkan kadar interest yang lebih rendah jika pemohon mengambil takaful di dalam ASBF. Bagi kes sebegini, digalakkan mengambil takaful minimum 5 tahun sahaja. Ini kerana bayaran takaful untuk tempoh perlindungan 5 tahun adalah minima.

⚠️ Sebagai contoh, bagi sijil RM100K;

πŸ‘Ž Tanpa Takaful Rate 4.30%.
-Max 40 tahun.
-Bulanan RM437

πŸ‘ Dengan takaful 5 tahun, Rate 4.20%
-Max 40 tahun
-Bulanan RM434βœ“

_*Ambil takaful tapi bayaran lagi murah sebanyak RM3. Kalau 5 tahun dah jimat 3x60 = RM180. Dalam situasi begini, kita kena jadi bijaklah.*_

Dah la bayar lebih murah, ada pula perlindungan takaful jika berlaku musibah. Umpama dapat perlindungan takaful "percuma". Jika berlaku kematian atau cacat kekal, sekurang-kurangnya waris mendapat pampasan tambahan di samping simpanan sedia ada.

Tiada masalah untuk menamatkan pembiayaan awal kerana nilai sumbangan takaful yang minimum. Maka hutang akan cepat berkurang.

_Nota: Tidak digalakkan mengambil takaful untuk tempoh yang lebih panjang bagi short term game plan._

*3. Pembiayaan Islamik*
Sebab: Sebab utama perlu ambil pembiayaan islamik adalah supaya mendapat rezeki yang halal. Selain itu, pembiayaan islamik tiada "lock in period". Maka, anda boleh menamatkan pembiayaan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

*4. Kadar keuntungan bank yang Rendah*

Bagi mengurangkan bayaran bulanan dan meningkatkan nilai prinsipal, sebaiknya pilih pembiayaan yang memberikan kadar keuntungan bank yang rendah.

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

wasap.my/60125083697/SubmitASBFT


Channel Rasmi Telegram πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
*KIRA-KIRA TEKNIK COMPOUNDING*

Bagi sesiapa yang ada matlamat jangka masa pendek seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan lain-lain perlu menyimpan secara konsisten setiap bulan. Jadi teknik yang sesuai adalah compounding. Jangan usik dividen supaya duit dapat dikumpul dengan cepat. Jom kita buat kira-kira.

*BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 5 TAHUN?*

⚠️ *Teknik Compounding* - Simpan setiap bulan tanpa usik dividen.

Kiraan based on;

πŸ‘‰Dividen 5.50%
πŸ‘‰Kadar Keuntungan Bank 4.50%
πŸ‘‰Tempoh pembiayaan 40 tahun
πŸ‘‰Berhenti selepas 5 tahun

*ASBF 200K - Bulanan RM900*

_*Dividen*_

Tahun 1 - 5.5% x 200,000 = 11,000
Tahun 2 - 5.5% x 211,000 = 11,605
Tahun 3 - 5.5% x 222,605 = 12,243
Tahun 4 - 5.5% x 234,848 = 12,916
Tahun 5 - 5.5% x 247,764 = 13,627

Jumlah Dividen Terkumpul = RM61,391

Anggaran baki hutang selepas 5 tahun = RM190,000 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 190,000 = RM10,000

Jumlah Simpanan:
61,391 + 10,000 = *RM71,391* βœ“

So dah faham kan cara kiraannya?
Untuk kiraan nilai sijil yang berbeza amaun, kita dah tak perlu buat kiraan baru. Untuk jimatkan masa, kita boleh work smart. Tak perlu kira satu-satu.

πŸ“ŒGunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K.

⚠️ *ASBF 150K - BULANAN RM675*

πŸ‘‰150/200 x 71,391 = RM53,543βœ“

⚠️ *ASBF 100K - BULANAN RM450*

πŸ‘‰100/200 x 71,391= RM35,695βœ“

⚠️ *ASBF 50K - BULANAN RM225*

πŸ‘‰50/200 x 71,391 = RM17,847βœ“

Senang je kan??? So boleh dah buat kira-kira yang sesuai dengan bajet dan target korang.


πŸ“Œ *Ada yang kata 5 tahun lama sangat. Diorang nak capai target dalam masa 3 tahun je. Jadi kiraan di bawah saya buat khas untuk game plan selama 3 tahun.*

*BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 3 TAHUN?*

*ASBF 200K*

_*Dividen*_
Tahun 1 - 5.5% x 200,000 = 11,000
Tahun 2 - 5.5% x 211,000 = 11,605
Tahun 3 - 5.5% x 222,605 = 12,243

Jumlah dividen terkumpul = RM34,848

Anggaran baki hutang selepas 3 tahun = RM194,270 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 194,270 = RM5,730

Jumlah Simpanan:
34,848 + 5,730 = *RM40,578* βœ“

πŸ“ŒGunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K

⚠️ *ASBF 150K - BULANAN RM675*

πŸ‘‰150/200 x 40,578 = RM30,433βœ“

⚠️ *ASBF 100K - BULANAN RM450*

πŸ‘‰100/200 x 40,578 = RM20,289βœ“

⚠️ *ASBF 50K - BULANAN RM225*

πŸ‘‰50/200 x 40,578 = RM10,144βœ“

*Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.50% dan Kadar Keuntungan Bank 4.50%. Hasil sebenar mungkin berbeza.*

Harap kira-kira ringkas di atas dapat membantu untuk korang tentukan matlamat dan bajet korang. Bila ada matlamat ni, lebih mudah kita nak menyimpan sebab kita nampak apa yang kita nak.

Kalau dah ready nak menyimpan, boleh wasap saya segera. Saya bantu proses submission A to Z. Klik je link di bawah;

wasap.my/60125083697/submission2023T

*COVER 1 MALAYSIA* πŸ‡²πŸ‡Ύ

Channel Rasmi Telegram πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://t.me/TeknikGeniusASBFinancing
PENDAFTARAN ASBF MAY 2023

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang belum tahu. Promosi ASBF rate 4.50%. Bayaran bulanan terendah di pasaran. Detail seperti dibawah;
.
βœ… Islamic Financing
.
βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.
.
βœ… Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.
.
βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.
.
βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus.
.
βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus.
.
βœ… High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.
.
βœ… Kelulusan segera
.
βœ… Boleh refinance ASBF lama jika rate tinggi.

Bayaran Bulanan:

200K - RM900
190K - RM855
180K - RM810
170K - RM765
160K - RM720
150K - RM675
140K - RM630
130K - RM585
120K - RM540
110K - RM495
100K - RM450
90K - RM405
80K - RM360
70K - RM315
60K - RM270
50K - RM225


πŸ“Œ High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni.
.
πŸ“Œ CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan.
.
πŸ“Œ Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply.
.
πŸ“Œ Tiada slip gaji boleh apply.
.
πŸ“Œ Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit. Kita guna document dan cara yang betul.
.
.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ASBF;

wasap.my/60125083697/RegisterASBFMay23T

Cover 1 Malaysia
ASBF TEKNIK GUNA HABIS DIVIDEN

Ada sesetengah orang berfikir diluar kotak supaya duit yang dibelanjakan tidak hangus begitu sahaja. Sebagai contoh, katakan kita ada bajet tahunan untuk melancong sebanyak RM5,000. Jika kita terus belanja duit tersebut, ia akan habis begitu sahaja. Tidak ada simpanan.

Alternatif kepada cara tersebut, kita boleh manfaatkan kelebihan ASB Financing. Caranya kita simpan dulu setiap bulan dalam ASBF, kemudian kita gunakan dividen ASB untuk pergi melancong. Contoh kiraan;

ASBF 100K
-Tempoh Max 40 tahun
-Rate 4.50%
-Bulanan RM450
-Tahunan RM5,400

Simpan setiap bulan RM450 guna duit gaji.

Selepas setahun, jika dividen dapat 5.5%, maka akan dapat tunai RM5,500 di dalam akaun ASB kita. Guna semua RM5,500 tersebut untuk pergi melancong atau untuk apa-apa kegunaan lain. Jadi dalam akaun ASB hanya tinggal sijil RM100K sahaja.

Ulang perkara ini setiap tahun.

Terpulang duit dividen itu nak digunakan untuk tujuan apa sekali pun. Nak beli keperluan sekolah anak, bayar insuran dan cukai jalan kereta, beli sport rim, beli emas, beli cakoi, beras pulut dan lain-lain semua boleh. Duit kita, ikut suka kita.

Jadi ikut konsep ini, kita simpan setiap bulan dan gunakan semua dividen yang kita dapat untuk keperluan hidup.

Andai kata selepas 10 tahun kita berhenti, kita akan ada hasil simpanan;

1. Dividen tahun ke 10 = RM5,500
2. Surrender Value (principal);
100,000 (nilai sijil) - 88,900 ( anggaran baki hutang) = RM11,100

Jumlah simpanan selepas 10 tahun;

5,500 + 11,100 = RM16,600 βœ“

Selepas 10 tahun, anggaran hasil simpanan yang kita ada lebih kurang RM16K. Taklah banyak sangat, tapi ada lah juga simpanan.

Jadi duit yang dibelanjakan untuk pelbagai kegunaan taklah hangus macam tu saja.

_*Kalau tak gunakan semua dividen untuk dibelanjakan pun boleh. Guna setakat yang perlu sahaja. Lagi banyak hasil simpanan.*_

[Kiraan berdasarkan kadar keuntungan bank 4.50% dan dividen ASB 5.50%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Untuk permohonan ASB Financing, boleh terus wasap ke;

wasap.my/60125083697/ApplyASBFT
FORCE SAVING @ SIMPANAN PAKSA

Isteri: Abang ni hisap rokok membazir je. Sehari hisap sekotak RM17. Sebulan 17 x 30 = RM510. Setahun 510 x 12 = RM6120. Kalau lah abang tak hisap rokok, 5 tahun dah boleh kumpul RM30,600 tau.

Suami: Awak hisap rokok tak?

Isteri: Mestilah tak.

Suami: So selama 5 tahun ni dah kumpul RM30K ke?

Isteri: Krik krik krik...

Kenapa si isteri tetap tak ada simpanan RM30K walaupun tidak merokok? Jawapannya adalah sebab gagal buat simpanan paksa. Sesetengah orang mengamalkan konsep belanja dahulu baru simpan. Jadi setiap bulan, mereka hanya menyimpan baki duit selepas dibelanjakan. Mungkin ada baki, mungkin tidak.

Konsep belanja dahulu sebelum menyimpan agak bahaya kerana zaman sekarang peluang untuk kita berbelanja sangat mudah. Semuanya hanya dihujung jari. Jika gagal mengawal perasaan, pasti duit gaji setiap bulan habis dibelanja. Ada je benda yang nak dibeli walaupun bukan satu keperluan.

Konsep yang sebaiknya adalah simpan dahulu sebelum belanja. Jadi setiap bulan kita tetapkan berapa jumlah simpanan kita. Sebagai contoh tetapkan simpanan sebanyak RM500 setiap bulan. Dengan bajet bulanan RM500, kita boleh buat ASBF 100K. Bulanan RM450 je. Maka setiap bulan kita dipaksa buat bayaran semula kepada bank. Dengan cara ini, kita akan menjadi lebih berdisiplin untuk menyimpan.

Lepas dah menyimpan, barulah kita atur perbelanjaan kita. Ya memang duit untuk dibelanjakan semakin berkurang kalau kita simpan dahulu. Jadi kita akan ada pilihan untuk;

1. Jimatkan belanja. Elak berbelanja untuk barang-barang bukan keperluan. Utamakan barang yang betul-betul perlu sahaja.

atau;

2. Belanja seperti biasa, tapi kita usaha untuk tambah pendapatan sampingan. Zaman sekarang ni banyak peluang untuk cari side income.

Jadi pilihlah kaedah yang mana sesuai dengan kita. Yang penting, kita perlu menyimpan dahulu sebelum berbelanja supaya dapat digunakan untuk masa hadapan atau ketika mengharungi detik-detik sukar seperti pandemik Covid-19. Ingat, wang bukan segala-galanya. Tetapi segala keperluan hidup memerlukan wang.

πŸ“Œ Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, boleh terus wasap saya di;

wasap.my/60125083697/SimpananASBFForceSavingT
**PENDAFTARAN ASBF JUN 2023**

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang belum tahu. Promosi ASBF rate 4.50%. Bayaran bulanan terendah di pasaran. Detail seperti dibawah;
.
βœ… Islamic Financing
.
βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.
.
βœ… Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.
.
βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.
.
βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus.
.
βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus.
.
βœ… High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.
.
βœ… Kelulusan segera
.
βœ… Boleh refinance ASBF lama jika rate tinggi.

Bayaran Bulanan:

200K - RM900
190K - RM855
180K - RM810
170K - RM765
160K - RM720
150K - RM675
140K - RM630
130K - RM585
120K - RM540
110K - RM495
100K - RM450
90K - RM405
80K - RM360
70K - RM315
60K - RM270
50K - RM225
.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ASBF

wasap.my/60125083697/RegisterASBFJun23T
‼️ 10 HARI SAHAJA LAGI

PROMOSI 4.5% BULAN JUN

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang belum tahu. Promosi ASBF rate 4.50%. Bayaran bulanan terendah di pasaran. Detail seperti dibawah;
.
βœ… Islamic Financing
.
βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.
.
βœ… Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.
.
βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.
.
βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus.
.
βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus.
.
βœ… High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.
.
βœ… Kelulusan segera
.
βœ… Boleh refinance ASBF lama jika rate tinggi.

Bayaran Bulanan:

200K - RM900
190K - RM855
180K - RM810
170K - RM765
160K - RM720
150K - RM675
140K - RM630
130K - RM585
120K - RM540
110K - RM495
100K - RM450
90K - RM405
80K - RM360
70K - RM315
60K - RM270
50K - RM225
.
.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ASBF

wasap.my/60125083697/RegisterASBFJun23T
*VIDEO CARA BUKA AKAUN ASB SECARA ONLINE*

Tak perlu bersusah payah pergi kaunter ASNB atau BANK.

https://vt.tiktok.com/ZSLh1xgPH/
INFO RUMAH SELANGORKU DAN PROJEK PERUMAHAN SEKITAR SELANGOR

Salam semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan info-info Rumah Selangorku dan projek2 perumahan sekitar Selangor, boleh join group wasap di bawah. Ada projek-projek harga bawah RM300K di lokasi-lokasi menarik πŸ‘‡

https://chat.whatsapp.com/I1j5v4yJUp9HMjmKMB0upV
*PENDAFTARAN ASBF JULY 2023*

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang belum tahu. Promosi ASBF rate 4.55%. Bayaran bulanan terendah di pasaran. Detail seperti dibawah;
.
βœ… Islamic Financing
.
βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.
.
βœ… Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.
.
βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.
.
βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus.
.
βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus.
.
βœ… High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.
.
βœ… Kelulusan segera
.
βœ… Boleh refinance ASBF lama jika rate tinggi.

Bayaran Bulanan:

200K - RM906
190K - RM861
180K - RM816
170K - RM770
160K - RM725
150K - RM680
140K - RM634
130K - RM589
120K - RM544
110K - RM499
100K - RM453
90K - RM408
80K - RM363
70K - RM317
60K - RM272
50K - RM227
.
.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ASBF

wasap.my/60125083697/RegisterASBFJuly23T
*INFO RUMAH SELANGORKU DAN PROJEK PERUMAHAN SEKITAR SELANGOR*

Salam semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan info-info Rumah Selangorku dan projek2 perumahan sekitar Selangor, boleh join group wasap di bawah. Ada projek-projek harga bawah RM300K di lokasi-lokasi menarik πŸ‘‡

https://chat.whatsapp.com/I1j5v4yJUp9HMjmKMB0upV
WAITING LIST - RUMAH SELANGORKU 2023

Beberapa projek Rumah Selangorku bakal dilancarkan tak lama lagi. Bila sebut projek Selangorku, biasanya memang laris. Sekejap je dah fully booked.

Biasalah, rumah murah mesti ramai yang berebut. Kita pula kadang-kadang busy kerja dan urusan harian. Terlepas info projek-projek yang available. Bila dapat info, dah terlambat. Unit dah habis.

Untuk memudahkan urusan, saya boleh bantu untuk dapatkan projek-projek yang sesuai dengan tuan/puan. Boleh isi form di bawah dan nyatakan lokasi kawasan yang berminat. Bila ada je projek baru lancar, saya akan inform secepat mungkin secara personal supaya tak terlepas projek yang sesuai.

https://forms.gle/B5Te6HtKjf67AzhH9
PENDAFTARAN ASBF JULY 2023

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang belum tahu. Promosi ASBF rate 4.55%. Bayaran bulanan terendah di pasaran. Detail seperti dibawah;
.
βœ… Islamic Financing
.
βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.
.
βœ… Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.
.
βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.
.
βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus.
.
βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus.
.
βœ… High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.
.
βœ… Kelulusan segera
.
βœ… Boleh refinance ASBF lama jika rate tinggi.

Bayaran Bulanan:

200K - RM906
190K - RM861
180K - RM816
170K - RM770
160K - RM725
150K - RM680
140K - RM634
130K - RM589
120K - RM544
110K - RM499
100K - RM453
90K - RM408
80K - RM363
70K - RM317
60K - RM272
50K - RM227
.
.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ASBF

wasap.my/60125083697/RegisterASBFJuly23T
*DIVIDEN ASB*

Berdasarkan sesi taklimat bersama wakil PNB berkenaan dividen ASB 2022 dan masa hadapan dana ASB.

*Dividen ASB 2022*

Kita semua sedia maklum agihan pendapatan ASB 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021. Namun jika dibandingkan dengan unit amanah lain, pulangan ASB adalah lebih baik kerana terdapat dana-dana lain yang negatif. ASB masih positif 4.6%.

Selain daripada faktor kelembapan ekonomi, Covid, dan isu politik negara yang semua sedia maklum, terdapat satu lagi faktor kenapa pulangan dividen ASB rendah pada tahun 2022. Faktor tersebut adalah Prosperity Tax (Cukai Kemakmuran).

Cukai Kemakmuran ialah langkah cukai sekali sahaja yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dalam Bajet 2022, di mana pendapatan bercukai syarikat yang melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33%, bukannya kadar 24% seperti sebelum ini. Cukai dikenakan ke atas pendapatan bercukai syarikat dan bukan keuntungan bersihnya.

Maknanya syarikat-syarikat ini terpaksa membayar lebihan 9% cukai kepada kerajaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana kerajaan telah berbelanja besar untuk mengatasi pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Jadi untuk mengganti perbelanjaan tersebut, kerajaan terpaksa mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar.

Dana ASB (duit kita) pula kebanyakannya dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat berkenaan. Apabila syarikat (kita) dikenakan cukai yang lebih tinggi, maka pulangan pelaburan yang diberikan kepada pelabur juga berkurang. Seterusnya memberikan kesan kepada dividen ASB. Jika tiada cukai ini, pasti pendapatan ASB lebih tinggi.

Rujukan berkenaan Prosperity Tax πŸ‘‡

https://www.theedgemarkets.com/article/budget-2022-these-companies-may-be-subject-oneoff-33-prosperity-tax

*Masa Hadapan Dana ASB*

Untuk memastikan pulangan yang lebih baik di masa hadapan, pihak PNB akan melaksanakan beberapa strategi;

1. Salah satu strategi yang akan digunakan adalah meningkatkan pelaburan di luar negara. Buat masa ini, hanya sekitar 15% sahaja dilaburkan di luar. PNB mensasarkan peningkatan pelaburan sehingga 30%.

2. PNB juga akan memfokuskan pelaburan kepada syarikat yang stabil dan mampu memberikan dividen yang tinggi.

3. Melabur dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Contohnya seperti Mr.DIY.

*Tiada lagi Prosperity Tax*

Prosperity tax hanya dikenakan pada tahun 2022 sahaja. Untuk tahun 2023 tidak akan dikenakan. Jadi syarikat-syarikat besar sudah pasti dapat memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik. Jika syarikat dapat jimatkan 9% tax, kita pelabur ASB dapat extra 2-3% dividen pun dah ok sangat kan.

*Ramalan 2023*

Kajian firma-firma pelaburan mendapati terdapat potensi peningkatan pasaran saham Malaysia pada tahun 2023.

CGS-CIMB meramalkan peningkatan pasaran saham tahun 2023 πŸ‘‡
https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2153175#:~:text=KUALA%20LUMPUR%2C%20Jan%204%20(Bernama,against%201%2C495%20at%20end%2D2022.

Rakuten Trade juga meramalkan peningkatan πŸ‘‡
https://www.theedgemarkets.com/node/650118

MIDF Research juga meramalkan peningkatan πŸ‘‡
https://www.theedgemarkets.com/article/midf-expects-klci-breach-1700-points-end2023-after-fed-pivot

Dividen ASB2, ASB3 dan ASM juga telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 berbanding tahun 2022.

ASB2 - 4.30% kepada 5.00%
ASB3 - 4.25% kepada 5.00%
ASM - 4.00% kepada 4.50%

*Tindakan Pelabur*

Bedasarkan penerangan tersebut, nampak macam ada sinar harapan untuk pulangan ASB semakin baik pada tahun ini. Sebagai pelabur, kita harus bagi peluang kepada PNB untuk menguruskan wang kita. Kita bagi chance setahun lagi. Kita tengok macam mana pulangan pada hujung tahun nanti. Kalau tak ok juga, boleh cuba option lain tahun hadapan.

Berdasarkan prestasi 2022, kita tak rugi pun. Cuma untung sedikit sahaja jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu yang lebih besar keuntungan. Kalau kita nak keluarkan dan melabur tempat lain, belum tentu lagi untung dan risiko kerugian lebih tinggi. Menyimpan di ASB dijamin duit kita tidak akan susut kerana harga Unit kekal RM1.00.