#TeamFPP πŸ“‘
1.31K subscribers
811 photos
9 videos
46 files
197 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
πŸ”… KARNIVAL KEUSAHAWANAN, INDUSTRI DAN KERJAYA UNISZA (IECC@UNISZA) 2017πŸ”…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat makluman semua, pihak UniSZA akan mengadakan KARNIVAL KEUSAHAWANAN, INDUSTRI DAN KERJAYA UNISZA (IECC@UNISZA) 2017 pada hari berikut:

Tarikh: 24, 25 & 26 November 2017
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat: Dewan al-Mukhtafi Billah Shah & Dewan Perdana


Peserta seramai 40 orang Mahasiswa Tahun Akhir bg fakulti FESP diperlukan bagj menyertai program ini.

Bagi sesiapa yg berminat menyertai program IECC@UNISZA, boleh serahkan NAMA, NO MATRIK & KOS kpd:

Hamizah- 0179269321

*pengecualian kuliah akan diberi bagi peserta yang menyertai 3 hari program ini.
Sekian terima kasih.

#teamfesp
Semoga berjaya kepada semua wakil FESP. BERUSAHA !
πŸ”…PRAPENDAFTARAN KURSUS SEM II SESI 2017/2018πŸ”…

PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BARU

PraPendaftaran Kursus (Atas Talian)
26 November 2017 - 9 Disember 2017

PERHATIAN

1. Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenar menggunakan telefon pintar.

2. Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.

3. Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4. Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan


"Penyatuan Mahasiswa Penerus Legasi Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018 UniSZA


Puteri Wan Nur 'Izzati Binti Azhari
Alya Zulaikha Binti Abd Kadir
EXCO AKADEMIK DAN INTEGRITI

#DemimuUniSZA
#IlmuDanAkhlak
#UniSZAPastiTahu
#MppUniSZA
Tahniah FESP kerana berjaya mendapat tempat ke-3 untuk sukan SAF kali ke-9. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan SAF kali ini.
πŸ”…MENTOR MENTEE FESPπŸ”…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga FESP.

Sukacita dimaklumkan bahawa MINGGU MENTOR MENTEE FESP yang bermula pada 26/11/17 - 30/11/17 dilanjutkan sehingga 3/12/17 - 7/12/7.

Semua pelajar DIWAJIBKAN untuk berjumpa mentor masing-masing untuk mengemaskini status pelajar serta membuat pengesahan bagi semester depan. Senarai nama mentor dan mentee boleh dilihat di papan kenyataan laluan Blok Aishah.

❗kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran kursus tidak akan disahkan oleh mentor masing-masing
❗ Sila cakna dan bertindak untuk mengelak dari didenda atas kelewatan

Sekian, terima kasih

Exco Akademik dan Kecemerlangan
Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (PMFESP) 2017/2018

πŸ—£ Program Public Speaking dan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan akan mengadakan pertandingan public speaking dan debat peringkat fakulti. Sehubungan dengan itu, setiap kos adalah WAJIB menghantar wakil bagi mewakili persatuan masing-masing.

Berikut adalah butiran program:

πŸ“Œ MASA : 8 pagi hingga 11 malam
πŸ“Œ TARIKH : 15 dan 16 Disember 2017 (Jumaat dan Sabtu)
πŸ“Œ TEMPAT : BA dan DKU
πŸ“Œ PENYERTAAN BAGI SETIAP KOS :
1) Public Speaking - 2 peserta
2) Debat - satu kumpulan (3 peserta)


❗Nama peserta yang bertanding, boleh serahkan kepada YDP kos masing-masing sebelum 12hb Disember 2017 (selasa).

🎊 Mahasiswa/i FESP dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukanβœŒπŸΌπŸ˜„

Sekian terima kasih.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018

#teamFESP
ASSALAMU'ALAIKUM

Jom kita like POSTER saudara Amirul Syafiq yang mewakili FESP di pertandingan POSTER SHABAS UniSZA...

1. Tekan link di bawah
2. Tekan gambar yang terpapar
3. Tekan like & share kepada org lain...

4. Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan d group yang lain

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1629244827119163&id=100001009847762

#teamFESP #JomSupport #sejiwaFESP
πŸ—£ Program Public Speaking dan Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FESP. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan akan mengadakan pertandingan public speaking dan debat peringkat fakulti.
Berikut adalah butiran program:

πŸ“Œ MASA :
8 pagi hingga 11 malam
πŸ“Œ TARIKH :
15 Disember 2017 (Public speaking)
16 Disember 2017 (Debat)
πŸ“Œ TEMPAT :
BA dan DKU

🎊 Mahasiswa/i FESP dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sokonglah wakil PERSATUAN andaβœŒπŸΌπŸ˜„

Sekian terima kasih. .

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
.
#teamFESP
πŸ’» Program KURSUS REKA GRAFIK PHOTOSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UNISZA, kursus reka grafik photoshop akan diadakan dan terbuka kepada semua pelajar UniSZA. Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja! Mari sertai kami πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»β€β™‚

Berikut adalah butiran program:

πŸ“Œ TARIKH : 23 DIS 2017 (Sabtu)
πŸ“Œ MASA : 8:00 pagi - 10:30 malam
πŸ“Œ PENCERAMAH: Amirul Syafiq B Che Ajizi (Tam)
πŸ“Œ TAJUK CERAMAH : Tools and Graphic Design
πŸ“Œ TEMPAT : Makmal Komputer Blok KH
πŸ“Œ YURAN PENYERTAAN:
RM17
RM15 untuk 10 org pertama

βœ… Sijil disediakan
βœ… Makanan disediakan
βœ… Software boleh install pada hari berkenaan
❗Laptop hak milik persendirian

**tarikh akhir pendaftaran (21/12/17) 9 MALAM

🎊 Mahasiswa/i UniSZA marilah sertai kami! Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

http://www.wasap.my/60179269321 - HAMIZAH
http://www.wasap.my/601119805880 - HUZAILI

Sekian terima kasih.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Sesi 2017/2018
#teamFESP
#TeamFPP πŸ“‘ pinned Β«πŸ’» Program KURSUS REKA GRAFIK PHOTOSHOP Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UNISZA, kursus reka grafik photoshop akan diadakan dan terbuka kepada semua pelajar UniSZA. Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja! Mari sertai kami πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»β€β™‚ Berikut…»