Durian Monthong Tani
10.6K subscribers
2.4K photos
93 videos
12 files
595 links
Channel ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat pertanian dan jualan kepada pelanggan yang kami hormati.
Download Telegram
Antara benih buah-buahan klon yang kami bekalkan untuk anda. Semestinya murah dan berpatutan. Pokok cantik bebas penyakit. Tuan puan yang takde kebun pun boleh consider lagi tanam dalam pasu, benih dari akar serabut seperti jambu dalhari, jambu madu, red guava ianya memerlukan kurang lebih 4bulan sahaja untuk berbuah 😊.

Grab cepat di bulan Ramadhan selagi stock masih ada!
Harga seperti di dalam poster. Nak tahu tips, info penanaman dsb. Kami berikan lgi panduan face to face, just follow panduan penanaman dan pengurusan yang kami beritahu dan bekalkan dalam file Pdf.

Tuan puan boleh terus walk-in ke nurseri kami ya.
Buka setiap hari..

📌 Lokasi nurseri kami 👇
https://maps.app.goo.gl/rde7DbMwiHTq3XrN9

Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 7.00 Petang
Alamat: Lot 792E, Batu 23 1/4 Jalan Sungai Lalang 43500 Semenyih, Selangor. (Simpang Fish Valley)
Contact number: 0166887624
PANDUAN RINGKAS UNTUK ANDA DAPATKAN BUAH YANG MASAK MATANG
.
.
1.) Rootzone:
15 cm = dingin/lembap
45 cm = basah
4.5 meter = kering

2.) Baja Makro:
Max = K
Moderate = P
Min = N

3.) Baja Mikro:
Max = Cu & Fe
Moderate = B, Zn, Mn
Min= Mo, Co, Ni, Cl

Amino Acid:
Max = Proline, Serine, threonine
Moderate = Glycine, tryptophan

Biostimulant:
Max = Betaine, melatonine

Elicitor:
Max = Chitosan
Moderate = clay
Min = Ce, La

additional:
- Pengubahsuaian iklim
- Mengatur ruang cahaya untuk daun
- Melindungi zon akar dari inframerah

*** Memenuhi SOP yg ringkas ini, mudah-mudahan buah anda seperti Ochee di atas ☝️, selamat berpuasa 🤗😜
Uneven Fruit Ripening (UFR)
.
.
"Pematangan buah tidak sekata (UFR)" adalah salah satu daripada tiga gangguan fisiologi yang biasa berlaku pada buah durian.

Gangguan fisiologi ini menyebabkan pembentukan daging durian yang tidak normal sehingga menurunkan kualiti buah secara keseluruhan. Biasanya tidak ada simptom luaran pada bahagian luar dan bahagian daging durian yang terkena. Ianya dapat dilihat ketika buah masak dibuka.

Gangguan ini berlaku semasa peringkat pertumbuhan buah dan fruit setting. Perkara ini tidak disebabkan oleh vektor yang membawa penyakit seperti serangga perosak, kulat, kerosakan mekanikal atau keadaan penyimpanan tetapi merupakan tindak balas terhadap keadaan yang tidak menguntungkan seperti kesihatan pokok, bekalan air atau kekurangan nutrisi.

Salah satu kajian yang didedahkan oleh Bureau of Plant Industry (BPI) and Davao National Crop Research and Development Center menyatakan taburan hujan tinggi pada 200 mm ke atas semasa tempoh matang durian antara punca terbesar kejadian UFR.

Penyebab lain juga:
- Tanah terlalu kering
- Panas > 30°C
- Angin panas

Solusi:
- siram air secukupnya
- buat mulching menggunakan weedmat sebulan sebelum matang atau masa penuaian terutama pada musim hujan.
- sembur pottasium nitrate sebulan sebelum penuaian dan sebulan selepas fruit setting
.
.
Jika buah dari pokok anda sering mendapat gejala seperti ini. Boleh ikuti solusi diatas 👆..
Moga membantu dan bermanfaat 😊
Day 2: Puangmanee (kunyit siam/bunchmanee)

✓ Asal Thailand
✓ Berat 2Kg
✓ Tekstur isinya kuning keemasan, permukaan licin, daging berkilat dengan cahaya gandum pucat @ istilah "pale wheaten glow" dan sangat manis
✓ Tempoh buah matang sekitar 100-110 hari

Durian ni menjadi pemenang Anugerah Durian di Bangkok, Rayong dan Chantaburi selama 3x berturut-turut. Negara kita panggil durian "Telur buaya" ataupun "kunyit". Sebiji yang bersaiz besar cukup untuk 2orang makan, manakala saiz sederhana memadai seorang makan. Pokok puangmanee adalah spesies yang tahan lasak dari radikal bebas kerana fizikal daunnya yang tebal. Cepat berbuah seawal 3-3½tahun. Pengasasnya Manee Chalermpong.
SUHU TANAH KEBUN DURIAN
.
.
27°C = suhu pertumbuhan pokok durian terpantas
37°C = suhu terbaik buah durian matang isi oren
42°C = suhu terbaik buah durian matang isi kuning

Suhu 27-30°C adalah kondisi kebun yang tercantik pernah saya lawat. Di Utara Thailand Chantaburi & Rayong, suhu di sana sekitar 21-30°C. Tengahari pun masih boleh lagi saya sarung jaket 😁..

Gambar di atas kelihatan kebun durian diseliputi kabus pagi kesan dari udara yang terwap pada permukaan sejuk. Bagusnya, embun pagi ini banyak membantu tenaga manusia dari menyiram untuk melepaskan baja SRF, melembutkan medium tanah, mengaktifkan mikrob baik serta mengawal suhu.

Mohd Fauzan
27 Ramadhan 1442H
SALAM AIDILFITRI 1442H

Raya tahun ini amat berbeza,
Tak dapat balik raya bersama,
Walau berada jauh di mata,
Ingatan tulus ikhlas tetap dirasa

🌙🌙Maaf Zahir & Batin🌙🌙

تقبل اللّه منا ومنكم، وأحاله اللّه عليك
"Semoga Allah menerima amalan dari kami dan darimu sekalian dan semoga Allah menyempurnakannya atasmu". (Al-Fatawa Al-Kubra, 2/228)