Durian Monthong Tani
9.58K subscribers
2.55K photos
128 videos
12 files
665 links
Channel ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat pertanian dan jualan kepada pelanggan yang kami hormati.
Download Telegram
semestinya percuma untk anda! ☺️

Caranya mudah sahaja:
1. Install Telegram di fon.
2. Klik https:https://t.me/Tdurianmonthong
3. Klik JOIN.
Pemilihan anak benih dengan nisbah medium semaian yang salah akan memberi risiko kepada akar setelah tanam. Penyakit-penyakit akar seperti reput akar pythium dan bengkak cerana kebanyakannya bermula dari medium semaian yang solid yang dipindah terus ke lapangan. Akhirnya pokok yang mula tanam akan terbantut secara perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Jadi, hari ni saya nak tunjukkan macam mana cara nak gantikan medium semaian yang solid ini kepada nisbah semaian yang betul. Jemput tonton dan jangan lupa #SUBSCRIBE ya 😊

https://youtu.be/S1Qjom_ddLI
Hanya panduan bagi yg baru dlm bidang ini. Bukan SOP.

Jika tanya saya, saya lebih prefer organik 5-5-5+TE untuk subur tanah dan 15-15-6-4 untuk tumbesaran pokok. Kedua baja ini sebagai cycle pembajaan setiap 1-2 bulan bagi fasa vegetatif dan juga dalam polibeg. Semi organik + kimia akan memberi kesan kepada pokok jika tersalah beri dos yang sepatutnya kerana kedua-dua nisbah ini sangat berklorida tinggi bila digabungkan. Tutup dengan baja butiran organik diatas butiran kimia jika disekalikan pembajaan as neutralize from fertilization stress.

Posting ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan bukan tujuan utk mempromosi produk. Semoga bermanfaat kepada semua 😊

Kredit: Well Dyak
Disunting oleh: Mohd Fauzan
Kajian menunjukkan kedalaman air dalam tanah yang efektif bagi pokok durian sekitar 20 - 30 cm. Ia merupakan kedalaman paling cetek jika hendak dibandingkan dengan keperluan buah-buahan lain. Oleh kerana itu lebihan air boleh merosakkan akar durian.

Menurut Masri (1990) mengembangkan kaedah untuk mengukur taburan akar corak pokok durian dengan menggunakan Root Length Density (RLD). Kajian mengenai pengedaran akar pokok durian diuji pada klon D24 yang tumbuh di jenis tanah yang berbeza (Masri 1991).

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa RLD durian D24 berkembang bervariasi dengan persekitaran dan teknik pengurusan kebun. Secara amnya, 72-87% RLD terdapat di 45 cm atas tanah. Oleh kerana itu pokok durian sangat sensitif dengan aktiviti meracun, membaja dan memberikan air ketika peringkat berbunga atau pembentukkan buah.

Selanjutnya, 85% RLD terkandung dalam radius kanopi pokok tersebut. Hasil kajian ini mungkin berguna dalam mengembangkan strategi pembajaan yang ideal untuk durian.

Telah dilaporkan juga bahawa akar durian boleh membentuk mikorizal persatuan (Nanthachai 1994).

p/s: Mikorizal membantu meningkatkan penyerapan unsur surih tanaman di dalam tanah

Reference:
Michael J. Brown. 1997. Durio - A Bibliographic Review (R.K. Arora, V. Ramanatha Rao and A.N. Rao, Editors). IPGRI office for South Asia, New Delhi.

Jika bermanfaat silakan #SHARE ya 😊
.
.
Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan pertanian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

Caranya mudah sahaja:
1. Install Telegram di fon.
2. Klik https:https://t.me/Tdurianmonthong
3. Klik JOIN.
👍2
7 STEP TANAM ANAK POKOK DURIAN DENGAN MUDAH!
.
.
Ilustrasi bergambar dibawah adalah langkah menanam biji durian. Namun konsep ini sama sahaja digunakan untuk tanam anak benih durian. Dari A-Z kaedah yang sama, cara yang sama. InshaAllah mudah untuk faham.

Selesai tanam boleh follow program pengurusan dan pembajaan cara saya dibawah 👇

Sop adalah seperti berikut:

W1- kapur + EM1

W2- semburan CytoAuxins+foliar hijau

W3- racun serangga n kulat

W4- baja biji (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=550124125827094&id=100024885334122)
=========================================
p/s: W4 baja biji tu cari baja bernisbah:

🌿 Organik- (5-5-5+TE)

🌿 Kimia: Agrobridge 15-15-6-4 @ Yaramila 15-15-15
==========================================

Kredit gambar: wikihow.com

Jika bermanfaat silakan #SHARE ya 😊
.
.
Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan pertanian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

Caranya mudah sahaja:
1. Install Telegram di fon.
2. Klik https:https://t.me/Tdurianmonthong
3. Klik JOIN.
Paclobutrazol (PBZ), [2RS,3RS]-1-[4-chlorophenyl]-4,4-dimethyl-2-(1H-1,2,4-triazol-1-yl) pentan-3-ol) adalah sejenis penyekat pertumbuhan vegetatif tanaman yang berkesan secara umum. Malah banyak kajian mendapati bahan ini mampu memupuk pembungaan lebih awal pada pokok durian dan juga tanaman lain seperti mangga. MARDI juga pernah menjalankan kajian terhadap keberkesanan paclobutrazol dalam aspek ini. Untuk topik ini saya akan rungkaikan konsumsi buah dari PBZ terhadap kentang dan buah mangga dari journal kajian.

Pertama:
kajian dibuat dengan purity PBZ 95% menyatakan half life residue PBZ adalah 20-21 hari didalam tanah setelah applikasi.
(PBZ yang dijual dikedai berkekuatan 25%)

kajian dibuat pada tanaman kentang kerana ia mempunyai residue tertinggi didalam tanah dalam kajian PBZ berbanding tanaman buah yang mana residuenya adalah lebih rendah dari 0.22mg/kg /daily consumption.

Need Maximum Daily Intake (NEDI) and Acceptable Daily Intake (ADI), a Maximum Residue Limit (MRL) untuk PBZ dalam kentang adalah 1.0mg/kg

Ini bermaksud, anda perlu makan kentang sebanyak approx. 5kg perhari untuk cecah “borderline selamat” yang disarankan oleh kajian tersebut. Bagi rakan2 yang ada kawan yang suka makan french-fries di fast food outlet sampai 5kg sehari tu, minta tolong azan lah ditelinganya 😄.

Kedua:
kajian mendapati residue PBZ dalam buah dan biji mangga adalah 0.01mg/kg.
Relevant dengan Need Maximum Daily Intake (NEDI) and Acceptable Daily Intake (ADI), a Maximum Residue Limit (MRL) tadi , bermaksud anda perlu makan 100kg mangga dalam masa sehari untuk cecah “borderline selamat” yang disarankan oleh kajian.

Dari dua comparison ini diharap tuan-puan boleh lihat yang mana effect paling tinggi… kentang atau mangga. 5kg atau 100kg .. pilihan ditangan andaa ✋🏼😊🤚🏼

Reference:
Croitoru, O., Spiridon, A. M., Neamţu, J., Chu, B., Shi, Y., Wang, Y., ... & Jiang, S. (2015). Journal metrics. Journal of Analytical Methods in Chemistry, 1979(1978).

Kumar, A., & Singh СР, R. S. (2019). Paclobutrazol influences post harvest life of mango Cvs. Dashehari, Langra, Chausa and Fazri. Journal of Plant and Environmental Research, 3, 13.

Jika bermanfaat silakan #SHARE ya 😊
.
.
Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan pertanian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

Caranya mudah sahaja:
1. Install Telegram di fon.
2. Klik https:https://t.me/Tdurianmonthong
3. Klik JOIN.
Baru luruh pagi tadi, tengahari ni makan. Durian kampung je. Gred premium isi kuning semua. Rasa manis sangat dan ada yang sedikit pahit. Biji 30% kesep. Tak jumpa Musang king, dapat balun yang ni pun kira qadha dengan Musang King 😄

Ada beberapa Tips untuk anda:

1.) Nak biji kesep?
✓ sembur KNO3 (Pottasium Nitrate)

2.) Nak isi manis dan kuning?
✓ tabur baja high unsur S (Sulfur)

3.) Tak nak isi mengkal?
✓ 2kg Novatec Premium setiap 2minggu ketika fruit setting sampai buah luruh