Aulad Readers' Circle
1.37K subscribers
591 photos
35 videos
17 files
233 links
Download Telegram
Susah ke senang nak ajak anak menulis membaca?

Ya. Ada anak senang, ada anak susah sikit, ada anak susah banyak...

Kenapa agaknya? Mcm2 peralatan dah guna. Mcm2 teknik dah apply.. Mcm susah nk menjadi..Kalau jadi hari ni, esok dh x jd dah. Lupa dah dia.. Alahaiii

Ada 'tiang seri' yang perlu dipasak kemas dulu sebelum anak2 boleh membaca dengan baik dan gumbira...

Ini sy akan kongsikan dalam Bengkel TulisBaca 1Mac ni di Shah Alam...

1. Perkembangan asas yang bermula dari refleks tubuh badan

Siapa perasan ada rakannya yang jika memandu kereta, apabila kepala tgk ke kanan, steering kereta pn sama ikut ke kanan? Ha anak2 juga ada yang begini. Pergerakan kepala mempengaruhi tangannya. Ini menunjukkan ank masih belum matang refleks nya.

Ada juga yang mcm2 teknik dan peralatan digunakan untuk betulkan pegangan pensel.. Tapi jika tanpa alat bantuan, mmg akan terus menggenggam lah jawabnya... Kenapa? Bagaimana nak bantu? Kita belajar dalam kelas nanti.

2. Asas menulis dan membaca
'Tiang seri' untuk menulis membaca perlu dibina. Jika cantik binaan 'tiang seri', cantiklah rumah TulisBaca nya.

Perlu faham mengapa bukan mengenal huruf yang penting, tetapi kemahiran mengenal bunyi lbh utama.

Perlu hadam mengapa pergerakan anak mata memainkan peranan dalam menulis, bukan hanya motor halus.

Apabila anak sukar menyalin dengan baik (walaupn sgt kenal dengan huruf dan boleh membaca dgn lancar), mengapa bermain baling dan sambut bola sgt membantu..

Faham semua ini dan isinya, fuhh.... Best!

3. 7 tahap anak perlu lalui sebelum boleh menulis membaca dengan baik dan GEMBIRA!

Penting tak menulis membaca dengan gembira? Tuan puan putuskan jawapannya..

Tapi bagaimana nak buat anak2 gembira jika ada tahap yang masih belum dikuasai. Badan mereka tak mampu, minda mereka keliru!..

Dah2... Jom belajar...

1Mac 2020
Bengkel TulisBaca Shah Alam

https://auladreaderscenter.onpay.my/order/form/adam01mac2020
Form FB OT Pn Aabidah, Insyaallah bersama beliau di shah alam 1 Mac nanti😍
"Teacher Dee, S ni belum boleh gabung bunyi (baca sukukata) lagi. Ni dah nak masuk buku 4. Dalam kelas pun dia macam tak fokus sangat".
.

"Kenapa R ni susah nak duduk diam dalam kelas? Tak sampai 3 minit dah bangun berdiri atas kerusi dan meja. Kadang-kadang pergi ke rak belakang usik BBM cikgu"
.

"Teacher Dee, si A tak minat sangat nak belajar. Kejap je belajar, boleh la baca sukukata sikit-sikit, tapi kena mengeja dulu. Lepas tu bila suruh baca dan tulis, selalu cakap penat.."
.
.

Antara keluhan di kelas membaca di Aulad Readers - Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku & ReadEasy.
.

Ya, kami sebagai cikgu yang ajar membaca seringkali jumpa masalah begini. Saya rasa masalah ni juga ada berlaku pada cikgu-cikgu lain, dan juga parents. Kan?

Dan kami juga tau, besar sangat harapan parents nak hantar anak ke kelas kami ~ supaya anak PANDAI BACA.

.

Walau kami dah guna kaedah paling mudah dalam dunia (Fonik) setakat ini, tapi kalau anak belum ada READINESS (kesediaan), pun akan jadi sukar.

.
KESEDIAAN bagaimana?
Contoh, nak suruh baca, pergerakan mata tak boleh fokus dari kiri ke kanan. Terus 'jump' ke hujungπŸ˜…

Contoh lagi, nak sambut bola pun masih tak dapat. Apa kaitannya?

Begini tuan puan,
Kemahiran membaca atau kemahiran akademik adalah kemahiran paling atas sekali dalam piramid pembelajaran.

Anak perlu selesaikan dulu kemahiran-kemahiran asas ni sebelum pergi kepada puncak.

Berlatih sambut bola tadi adalah salah satu kemahiran asas, bantu koordinasi mata dan tangan anak, untuk membaca dan menulis nanti. πŸ˜ƒ

Sebab itulah Teacher Dee beria sangat nak anjur bengkel ADAM 1 Mac ni.

Supaya kita semua faham dan cakna. Yang kemahiran membaca dan menulis itu adalah suatu proses.

Proses, maksudnya berperingkat. Perlukan masa dan usaha.

Ajar membaca dan menulis bukan 'Projek Mee Segera', ajar hari ni esok pandai baca.
.

Jom, kita belajar details. Teacher Dee pun tak pandai sangat bab asas ni. (Tanya pasal fonik boleh la..)πŸ˜ƒ
.

Kita belajar dengan yang 2 OT yang pakar dalam bidang ni.

Teacher Dee sertakan piramid pembelajaran di bawah, Insyaallah OT Aisyah akan ceritakan detail lagi di bengkel nanti :)
Ramai yang mencari-cari aktiviti apa nak buat untuk anak umur 0-4 tahun.

Kat sini Teacher Dee attach kan FREE sample aktiviti dpd buku Panduan Aktiviti Anak 0-4 tahun oleh Dr Mahani, pakar pendidikan awal kanakΒ².

Bagi yang ingin dapatkan terus buku ni, boleh whatsapp Teacher Dee di www.wasap.my/60137319139/buku04 ya😊
MAINAN ANAK : BANYAK KE SIKIT YANG BAGUS?

Rupanya sikit ke banyak mainan, ada pengaruhnya pada perkembangan anak kita.

Dulu saya memang lambak je mainan, bagi dia main apa yang dia nak.

Lepas baca buku "Bukan Generasi Remote Control", baru saya tau.
.

Rupanya bila sedikit saja mainan yang ada, anak akan jadi lebih FOKUS dan KREATIF.

Anak akan lebih lama fokusnya pada satu-satu permainan tu.

Mungkin pada mulanya agak bosan, tapi lepas tu dia jadi kreatif bila dia mula mainkan permainan tu dengan pelbagai cara.
.

Contoh macam anak saya main kereta ni lah. Kalau sebelum ni duk main saja kat lantai, ni dia susun-susun kereta tu berderet-deret macam ni.

Sekarang main panjat-panjat bukit pulak dengan kereta tu, sambil mulut bising berceloteh sorang-sorang😁
.

Ok, mainan banyak, apa pulak yang berlaku?

Antara kesannya, akan kurangkan kualiti masa bermain. Dia akan cepat bertukar ke mainan-mainan lain.

Contohnya, kalau ada mainan yang melibatkan penyelesaian masalah, dia akan lebih cepat beralih ke mainan lain yang lebih mudah.
.

Ha.. lepas ni bila bagi mainan pada anak tu, hadkan kuantiti pada satu-satu masa supaya mereka jadi lebih FOKUS & KREATIF!
.

Teacher Dee,
Cikgu kelas membaca yang perlu banyak lagi belajar perkembangan anak-anakπŸ’—
01 March 2020 | Shah Alam
Alhamdulillah, setakat hari ini, 50 perserta sudah berdaftar. Tinggal kurang lebih 10 kekosongan sahaja lagi. Jika ada yg berminat, whatsapp ke www.wasap.my/601140043819/ADAM010320
bengkel ini untuk parents dan guru, yang struggle semasa mengajar anak-anak membaca, atau yg bercadang nak mengajar. OT akan sharekan beberapa aktiviti scr handson untuk overcome isu2 berkaitan anak-anak
Anak bawah 3 tahun, masih peringkat Kesedaran Fonologi dan Fonemik.
.

Apa aktiviti yang sesuai?
.

+ Kenalkan dengan bunyi-bunyi fonik. Boleh pasang lagu Abu Ada Ayam a..a..a (Sila baca sambil menyanyi πŸ˜†)
.

+ Nyanyi lagu yang ada ritma, contohnya lagu yang liriknya macam ni :

"Burung kakak tua,
Hinggap di jendela,
Nenek sudah tua,
Giginya tinggal dua"
.

+ Bacakan beritma buku untuk anak.
Buku yang mengandungi perkatan yang ada akhiran bunyi yang sama.
.

+ Perkenalkan bunyi-bunyi awalan sesuatu perkataan yang sama. Contohnya, semua perkataan yang bermula dengan bunyi /a/ : awan, api, air, abu, ayam
.

+ Buat aktiviti menggabung bunyi secara lisan.
Contohnya b+a = ba

.

Aktiviti-aktiviti ni semua Teacher Dee aplikasi dalam kelas 'Phonemic Awareness' untuk anak-anak 4tahun.

Seronok!πŸ˜ƒ
by the way teacher dee nak inform, bengkel ADAM bersama OT Aabidah dan OT Aisyah masih ada few seats vacant

if nak daftar, boleh whatsapp ke www.wasap.my/601140043819/ADAMtele
Assalamu'alaikum. Hari Jumaat ni, kita pakat senyum, biar senyuman itu berjangkit. Jangan stress 😊
Saya share kan input daripada seorang peserta yang hadir ke bengkel ADAM Sabtu lepas.

Perkongsian ini oleh Teacher Ema, lisensi Phonicsmart di Putrajaya.

https://www.facebook.com/100013185616956/posts/874661152983397/

=========
Menurut OT Siti β€˜Aisyah Rozalli

Kemahiran motor halus mempunyai 3 elemen

πŸ“Œ kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek

πŸ“Œ koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak

πŸ“Œ sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak.

Bila dah ada semua elemen ini barulah anak dapat menulis dengan baik.

Apakah yang Kita perlu dedahkan pada anak2 supaya anak2 dapat belajar dengan baik?
Dedahkan mereka dengan 7 deria/sensory yang terdapat dalam Piramid Pembelajaran.

πŸ“Œ Visual(lihat)
πŸ“Œ Auditori(dengar)
πŸ“Œ Sentuhan
πŸ“Œ Rasa dengan lidah
πŸ“Œ Hidu
πŸ“Œ Pergerakan (Proprioception)
πŸ“Œ Keseimbangan (Vestibular)

Jika kurangnya salah satu dari perkara di atas kita harus ransang atau stimulate bahagian tersebut. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan untuk kita bantu anak2 kukuhkan sistem sensory mereka.

Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu anak2 menulis dan menyalin apa yang ditulis oleh guru adalah dengan mempelbagaikan aktiviti di atas balance beam.
(Kalau listkan aktiviti 7 Hari 7 malam x habis 😁 nnt Kita share lagi ya.)

Semuanya berkait. Bila tubuh anak2 bersedia makanya proses Pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

Credit: OT Aisyah Rozalli
Puan Aishah Kassim