Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri
25.7K subscribers
2.57K photos
174 videos
2 files
1.51K links
Channel perkongsian rasmi buat Muhibbin SYEIKHUNA SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI 🌹
Download Telegram
Kalau perjalanan umur 50 – 60 tahun, waktu tu dah letih
Kekuatan takda.
Kalau nak melakukan perjalanan.. mulakan perjalanan sekarang.
Kita pun takut, takut umur kita tak sampai sebelum sampai 50 tahun, kita dah mati.

Yang kita tak sampai lagi pada Tuhan.
Akhirnya yang dicadangkan,
Usahakan perjalanan – SEKARANG.

Bagi minat sembahyang sunat,
Bagi minat baca Al-Quran – sehari berapa juzuk
Suka bangkit tidur awal.

Jangan kira orang, kita tak berjalan.
Sendiri-sendiri, dan bergantung pada Allah.

Guru kepada TUAN GURU SYEIKH pernah pesan,
Mintak kepada Allah,
Taufik; dan
Hidayah.

“Ya Allah, kurniakanlah pada aku taufik dan hidayah.”

Bila kita bersungguh nak, Allah beri.”

Bila dah diberi, rasa tak cukup.

Maka kita mintak lagi,
“Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku taufik dan hidayah yang melimpah-limpah.”

Bila melimpah, orang pun dapat dengan sebab kita mintak melimpah.
Akhir semua yang duk dekat dengan kita, berteman dengan kita dapat taufik dan hidayah.

Alhamdulillah..
Hari ini beribu-ribu orang mengaji..
Orang itu, orang ini semua dapat.

Maka perjalanan ini susah.. sebab apa..?
NAFSU.

Nafsu ini – dia yang runtun – takkan nak pergi lagi, takut.
Berani ke pergi??

Susah tu – NAFSU.
Tapi kalau kita lawan dia (nafsu), kita dapat pertolongan.

“Orang-orang yang bermujahadah kepada Kami, Kami akan tunjukkan padanya jalan-jalan mendapatkan Kami.”

Banyak rupanya jalan-jalan nak mendapatkan Allah?

Jalan ni teruk.. tapi DAPAT.

“Kamu berpenat lelah untuk mendapatkan Allah,
Kamu pasti akan mendapat / bertemu dengan Dia.”

Waktu itu jadi macam mana..?
Ibadat jadi mudah di mata hati.
Dulu teruk – tapi bila Allah dah tolong -MUDAH.

Dulu berjalan sendiri – mujahadah.
Hari ini Dia tuntut kita, tunjuk jalan kebenaran.
Mujur berjalan dan ikut pedoman.

Maka ketika itu, senanglah ibadah di mata hati.

Orang-orang soleh waktu itu merindukan malam –
Bak burung yang pulang ke sarang di waktu petang, laju sebab nak balik rumah.

Begitulah orang-orang yang merindukan malam, seperti Imam Shafie.
Sebagaimana disebut di kalam pujangga beliau:

“Kalaulah tidak kerana bermunajat di waktu sahur, dan bersahabat dengan para Ikhwan (anak murid dia), aku tak sudi hidup di atas muka dunia ini.”

- Bangkit malam
Bangkit malam itu, rasakan diri dipandang Tuhan.
Kita bangkit bersama para auliya yang bangkit bersama waktu itu.

Harap-harap Allah beri kita duduk sebaris dengan para auliya – takda para auliya tak bangkit waktu itu.

Waktu yang sama ribuan bangkit sama.
Kita yang tak wali ini, bersama bangkit.

Semoga Allah tolak kita bersama mereka.

Di waktu lain kita tak tau, tapi di waktu malam, pasti mereka bangkit – menangis, munajat, baca Al-Quran, bergelut dengan Tuhan (beribadat).

Tiba-tiba kita bangkit sekali.
Semoga dengan ribuan para auliya – ada wali pelbagai bangsa, jadi ia bukan sikit, tapi jutaan para auliya berdiri.

Semoga dengan berkat mereka, kita harap sampailah kita kepada Allah SWT.

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Kuliah Khas (Asar) ‘Perjalanan Kita’
23 November 2021

https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/1508012926246783/
Selepas Zuhur INN SHA ALLAH
Malam ini INN SHA ALLAH
Esok pagi INN SHA ALLAH
Malam ini INN SHA ALLAH
Pagi ini INN SHA ALLAH
26 NOV 2021
Kuliah Sebelum Subuh
TG SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Kitab Fathur Rahman
Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/2989646618016788/
1. Hakikat ialah untuk ALLAH SWT , utk engkau menuntut akanNYA ( menuntut mengenal ALLAH SWT dgn cara terpilih), utk engkau menuntutNYA ALLAH SWT dgnNYA ALLAH AZZA WAJALLA, bukan dengan engkau, dan tidak dgnnya habuan diri engkau , sekira-kira ALLAH SWT itu LA HAISU ( yakni tidak ada pihak bagi ALLAH SWT , tidak di hadapan, belakang, atas, bawah , kiri atau kanan ) , dan dlm nushah yg lain ia bermakna tidak ada sempadan , serta tidak ada tempat

2. ALLAH SWT tidak ada “HAISU “ / “HENNA” iaitu masa , andai ada masa makai ada pula dahulu atau kemudian (tiada juga hari, tahun waima kurun bagi ALLAH SWT ). ALLAH SWT itu QODIM yakni TIADA PERMULAAN , TIada tertakhluk ALLAH SWT kpd tua / muda.

3. ALLAH SWT yg menciptakan masa , begitu juga dgn ilmu ALLAH SWT , tidak terlibat. Tertakhluk dgn masa dan tempat lantaran ilmu ALLAH SWT itu SENANTIASA dan SEDIAKALA ( yakni tiada permulaan dan akhiran , sptmana ZAT NYA ). Demikian juga kalam ALLAH SWT , tidak terdahulu dan tidak kemudian, tidak berhuruf dan tidak juga bersuara .

4. ALLAH SWT tidak bertempat ( tidak ALLAH SWT bertempat di langit , juga di bumi ) . ALLAH SWT tidak di semapadani atau dibatasi oleh apa jua termaksuk makhluk. Sptmana masa , ia adalah perkara waham/ sangkaan , begitu jualah “tempat “ ia juga adalah perkara waham yg di fahami bahawa ia adalah “qa inath “( bersatu/ bergabung utk berdiri sesuatu binaan , cthnya rumah / bangunan ). ALLAH SWT tidak bertempat ( berhati-hatilah dgn akidah wahabi yg berpegang kpd kepercayaan ALLAH SWT itu di langit )

5. ALLAH SWT bukan di dapati dlm masa atau dlm tempat . Perasaan dlm diri kita ttg ALLAH SWT , sptmana kita merasai kewujudan ALLAH SWT pada hati itu juga bukan bermakna ALLAH SWT masuk dlm hati kita ( kerana ALLAH SWT itu tidak tertakhluk kpd tempat atau masa sptmana kita

6. Berbeza dgn syariat, kerana syariat ialah amalan suruhan iatu pensyariatan dr ALLAH SWT kpd manusia yg ada hudud / sempadan/ batas , cthnya spt solat maghrib 3 rakaat, serta solat subuh 2 rakaat ( tidak boleh didirikan solat fardhu melampaui bilangan rakaat yg dipersyariatkan ).

7. Syariat itu ada arahnya iaitu sptmana kefardhuan pada solat ( yg fardu itu ada waktunya ) dan demikian juga solat sunat lain yg tertakhluk kpd masa spt solat tahajud dan dhuha , dan ada solat sunat yg boleh dilakukan pada waktu siang/ malam sptmana solat taubat.

8. Hakikat pula tiada had , dan tidak juga ia khusus utk waktu tertentu shj , kerana hakikat tidak bersempadan ( ia meliputi semua keadaan sama ada pada ketika jagadan juga ketika tidur -cthnya hakikat pada para RASUL dan NABI , yg pada keadaan mereka tidur pun , hati mereka tetap hidup berhubungan dgn ALLAH SWT. Sedemikian juga para aulia , walaupun ketinggian kedudukan ruhani mereka tidak sptmana para NABI / RASUL , namun mereka jua adalah golongan kekasih ALLAH SWT sehinggakan tidur mereka jua adalah rehlah mereka Bersama ALLAH SWT .
ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
26 NOV 2021
Kuliah Selepas Subuh
TG SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Kitab Asmaul Husna ( AL JABBAR )

Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/582450056349873/

1. AL JABBAR bermakna Tuhan Yg TIdak Boleh dicapai dgn tangan kita , dan tidak boleh bertelingkah-menentangNYA . AL JABBAR ialah sifat zat Tuhan dan termasuk ia dlm himpunan nama-nama ALLAH SWT dlm kategori AL JALAL

2. AL JABBAR juga bermakna AL MUTAQABBIR iaitu yg memiliki sifat kesombongan . Takkabur pada sifat ALLAH SWT ialah sifat mahmud , dan selayakNYA lah ALLAH SWT bersifat demikian dan sesuailah ALLAH SWT sbg Raja kpd segala Raja .

3. Makhluk tidak boleh bersifat takabbur ( haram bg manusia bertakabbur dlm apa jua cara ) , bahkan ALLAH SWT akan hancurkan sesiapa yg bertakabbur. ALLAH SWT berfirman “ Kesombongan itu adalah ridha’ ku dan kebesaran itu adalah pakaianKu “ .

4. AL JABBAR juga bermakna AL MUQRI iaitu pemaksa .Yakni kehendak dan ketetapan ALLAH SWT tidak boleh dicanggahi oleh sesiapa pun . Cth bagi seorg peniaga , pd hari ALLAH SWT tetapkan dia mendapat keuntungan maka ALLAH SWT mengkehendaki dia utk bersyukur , dan pada hari perniagaan nya tidak menguntungkan maka tetapkan juga utk bersabar serta istiqomah dlm zikrullah sentiasa . Kehendak makhluk hakikatnya adalah kehendak ALLAH SWT , atau dlm bh lain “ ALLAH SWT tidak tertakhluk kpd kehendak makhluk”

5. AL JABBAR juga bermakna suatu perkara yg telah rosak dan ALLAH SWT perbaiki . Cth rumahtangga yg kacau bilau atau kehidupan bercelaru , dan ALLAH AL JABBAR lah yg mengurniakan kembali keadaan tenang-sejahtera rumahtangga atau kehidupan .Berdoalah dgn menggunakan nama-nama ALLAH SWT yg indah-indah ( Ini salah satu adab utk memperoleh kemustajaban doa )

6. Adab kita sbg hambaNYA bila mengetahui bahawa ALLAH itu AlJABBAR , maka jalan terbaik ialah kita menyerahkan seghala-gala urusan kita kpd ALLAH SWT ( sungguh ALLAH SWT itu kedudukan dan ketinggianNYA tidak akan mampu dicapai oleh kita yg dhoif) . Hanya sebab rahmat dan ihsan ALLAH SWT lah kita beroleh kurniaan dan pemberian ALLAH SWT

7. Kata hukama “ hari ini kita mengenal DIA , esok kita mendapat keampunanNYA ‘” . ALLAH SWT lah yg memperelokkan semua perkara . Ibrah dr kisah seorg lelaki dr Baling yg bertemu TG SYEIKH , beliau bermimpi bertemu RASULULLAH SAW yg berpakaian Merah jingga ( maroon ) , lelaki itu memperihalkan bahawa dirinya mejadi hinaan org sekeliling . TG SYEIKH berikan pedoman agar dia bersolat hajat memohon rahmat dan bimbingan ALLAH SWT . Penghinaan dr manusia , menyebabkan sesorg kembali kpd ALLAH SWT ( penghinaan dan kesedihab itu pintu kpd ALLAH dan cahayaNYA ) , dan manfaatkan apa juga ahwal kehidupan utk kita semakin intim akrab kpd ALLAH SWT .

8. Maka jika kita memahami bahawa ALLAH SWT itu AL JABBAR , Kata hukama “ Perbetulkan urusan mu dgn ALLAH SWT , maka ALLAH SWT akan perbetulkan hubungan kamu dgn org-org lain” . Wajib utk kita bertawaqal kpd ALLAH SWT pada melalui segala ahwal dlm kehidupan ( pada penderitaan , sungguh hanya ALLAH SWT yg dpt mengakhiri penderitaan tersebut . Jika ALLAH SWT mengurniakan kebaikan , maka sungguh kebaikan itu jua adalah milik mutlak ALLAH SWT yg tidak terkait langsung dgn kebaikan /amal manusia ( ALLAH AL JABBAR tidak dapat ditentang/ dicanggahi ketetapan NYA )

ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
Malam ini INN SHA ALLAH
PENGAJIAN SIFAT 20

Sifat wajib bagi Allah - Qidam

'Qidam' - sedia
Maknanya, tidak ada awal bagi ada Dia.

Termasuk dalam sifat salbiyah -
1. Qidam
2. Baqa'
3. Mukhalafatu lilhawaditsi
4. Qiyaamuu binafsihi
5. Wahdaniyah

Kesemua (5) ini dipanggil dengan sifat salbiyah.

Sifat salbiyah ini,
Bila kita sebut 'Qidam' ternafi- lah bagi Allah itu - awal.

Iaitu ternafilah bagi Allah itu ada mula.

Sifat salbiyah ini - sifat yang bangsa ternafi.
Itu makna sifat salbiyah.

Bila sebut Qidam - ter-nafi awal.
BUKAN menafikan awal.

Kalau menafikan awal - makna awalannya ada tapi nafi.

Dimaksudkan di sini - ternafi awal.

Bila sebut Qidam -

Kita masuk pada dalil.
Kita mengaji sifat 20 maka wajib kita faham dalil.

Kalau kita tahu sifat tapi tak tahu dalil maka masih belum sah akidah kita.

Setiap kita mengaji Sifat 20 - wajib kita mengaji dalil.

Dalil atas sifat Allah Qidam,
Kalau Tuhan kita tak Qodim (tak ada mula) maka Tuhan kita itu hadis.

Makhluk dia semua hadis (baharu - kena jadi (diciptakan).

Allah SWT saja Qodim.
Makhluk semua hadis iaitu baharu.

Baharu diciptakan Allah bersifat Qidam.

Setiap perkara yang ternafi yang dia Qidam - dia baharu.
Kita ini ternafi Qidam (tidak ada mula).

Kita ada mula..?
Kita ada mula.
Jadi ternafi bagi kita Qidam.

Setiap yang ternafi baginya Qidam - dia baharu.

(Kalau) Allah Taala itu baharu (kena jadi - diciptakan) -
Allah Taala perlu kepada yang membaharukan (mukhdis).

Hadis (baharu)
Mukhdis (membaharukan)

Kalau Allah itu baharu, Allah itu perlu kepada mukhdis.

Mukhdis itu pulak perlu pada mukhdis lain.. dan mukhdis itu perlu pada mukhdis lain .... (tak habis).

Tak habis ini dipanggil tasalsul - dicipta, dicipta, dicipta > tak habis (never ending).

Jadi tasalsul itu - MUSTAHIL, tak mungkin berlaku.

Macam mana pulak kalau dia habis..?
X cipta dia Y
Y cipta dia Z
Z cipta dia A
A cipta X ... berpusing

Pusingan (Daur) - mustahil
Tasalsul - mustahil

Tak mungkin berlaku.

Itulah dalil kata Allah itu bersifat dengan Qidam,
Qodim (tidak ada mula).

Teori kejadian (daur) tadi - bohong:

X cipta dia Y
Y cipta dia Z
Z cipta dia A
A cipta X ... berpusing > ini tak boleh berlaku, MUSTAHIL.

Maka akal kita tak boleh gambarkan tasalsul tadi, yang ini buat ini dan buat - akal tak boleh fikir, benda itu wujud.

Kesimpulannya:

Mustahillah daur dan tasalsul - sabitlah Tuhab kita bersifat Qidam.

Kita mengaji kena anggap kita orang awam.

Kalau terlalu mendalam.. tak ramai akan mengaji.

Sifat yang wajib bagi Allah ke-3:

Baqa'

Qidam - sedia (takda mula)

Baqa' - kekal (tidak ada akhir)

Tidak ada awal dan tidak ada akhir ini dibilang di akal saja.

Diri tidak ada awal - tak boleh tunjuk
Diri tidak ada akhir - juga tak boleh tunjuk

Sifat salbiyah ini,
Wujudi -
- Qudrat,
- Iradah,
- Ilmu,
- Sama',
- Bashar,
- Kalaam

Semua ini ada sungguh, nanti kita boleh tengok.
Duduk di Tuhan.

Sifat-sifat ini duk di Tuhan, nanti kita boleh tengok sebab ia ada sungguh.

'Ada sungguh' -
Contoh: Pak Abu, dia ada sungguh
Begitulah 7 sifat tadi, ada
Kita boleh tengok sifat tu esok.

Sifat mustahil bagi Allah, takda.

Sifat hal - ia tak bolehke tingkat ada untuk kita tunjuk dan tak boleh nafi, sedang ia ada.

Ia antara wujud dan tiada

Ada tapi tak boleh tunjuk.
Itu sifat wujud -

Contoh: Lukman, dia ada.

Sedang ada - tak boleh tunjuk, ia sifat hal.
Ia antara ada, dan tidak ada.

Diri ada tapi tak boleh tunjuk.
Ada itu tapi sifat hal.

Kita baca ni - Qidam, Baqa'
Ia ada di otak kita saja.

Diri tidak ada mula,
Diri tidak ada akhir - tak boleh tunjuk.
Ia dikira di otak saja.

Allah bersifat Baqa' - Tuhan tak ada akhir.
Dia tidak ada akhir - itu ialah sifat salbiyah.

Jadi kalau kata sifat Baqa' - ternafi akhir
Buka menafikan akhir - mungkin ada akhir, tapi nafi.

Ia adalah sifat bangsa ternafi.

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Pengajian Sifat 20
26 November 2021
Pagi ini INN SHA ALLAH
27 NOV 2021
Kuliah Selepas Subuh
TG SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan (Doa 41)

Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/261592132668530/
1. Doa Mohon Mendapat Makrifat “ Ya ALLAH , aku mohon dgn berkat SAYYIDINA HASAN , saudaranya, datuknya , ayahnya, ibunya anak-anaknya , selamatkan aku drpd kesedihan, kegelisahan aku ada padanya, Wahai TUHAN YG MAHA HIDUP, wahai TUHAN YG MAHA KAYA, wahai TUHAN YG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI , wahai TUHAN YG MAHA AGUNG, wahai TUHAN YG MAHA MULIA, aku mohon padaMU supaya ENGKAUmenghidupkan hatiku dgn cahaya makrifat MU sptmana kami layak mengenal ALLAH , ALLAH , ALLAH dgnnya , wahai Tuhan YG MAHA PENYAYANG

2. Makrifatullah bermakna mengenal ALLAH SWT . Hikmah kita di hidupkan di dunia ini adalah utk mengenalNYA sptmana makna dr firman ALLAH SWT “ Tidaklah aku mencipta jin dan manusia , melainkan utk mengenalKU “ . Mengenal ALLAH SWT adalah syurga di dunia dan akhirat . Tidak mengenal ALLAH SWT di dunia ini maka sengsaralah kehidupan lantaran dunia ini adalah racun yg membunuh (dunia ini sptmana ular , menyentuhnya lembut tetapi racunnya berbisa membunuh ) . Sengatan dan pagutan “dunia” itu amat berbisa , ia menggelisahkan , menyedihkan dan menyempitkan dada

3. Ibrah Kisah SAYYIDINA HASAN R.A , pernah dimaki hamun org dihdpn anaknya namun dia tidak membalasi perbuatan org tersebut ( demikian akhlak mulia dan dia tidak pernah di didik utk membalasi kejahatan org lain). Para AULIA ALLAH SWT itu mereka tidak gelisah dan tidak sedih sekalipun dunia di hilangkan dr mereka

4. Makrifatullah , ialah mengenal ALLAH SWT dan ia adalah kurniaan ALLAH SWT . Siapa yg mengenal ALLAH SWT , pastilah hatinya gerun-takut terhadap ALLAH SWT ( Hanyasanya yg takut kpd ALLAH SWT itu ialah alim-ulama lantaran mereka mengenal ALLAH SWT ). Semakin hati takut kpd ALLAH SWT hakikatnya semakin dekatlah hubungan dgn ALLAH SWT

5. Doa ini juga utk kita pohonkan ALLAH SWT YG MAHA HIDUP ( YA HAYYU YA QAYYUM ) angkat-hilangkan kesedihan, kegelisahan yg sdg kita tanggung. ALLAH SWT mendengar, memahami semua cakepan/ bunyi dr makhluknya ( sama ada yg dilisan atau tersembunyi pada hati ) dan ALLAH SWT yg mencipta segala -galanya yg di langit dan di bumi .

6. Dalam doa ini terhimpun Ismullah hil adzom iaitu YA ALLAH , YA HAYYU YA QAYYUM YA BADI US SAMA WA T IWAL ARDH “ dan ia pasti mustajab

7. Doa ini dipohon dgn kaedah kita bertawassul dgn keberkatan SAYYIDINA HASAN , SAYYIDINA HUSIN, RASULULLAH SAW, SAYYIDINA ALI dan SAYYIDITINA FATIMAH . RASSULULLAH SAW amat mengasihi cucu-cucu BAGINDA . RASULULLAH SAW telah mengetahui bahawa cucu BAGINDA akan mati terbunuh . SAYYIDINA HUSSIN telah dibunuh oleh musuh Islam di Karbala , sementara SAYYIDINA HASAN pula telah diracun . Bayangkan keadaan RASULULLAH SAW , apabila mengetahui cucu-cucu kesayangan BAGINDA di perlakukan sedemikian. Sedangkan sewaktu terjadinya pembunuhan SAIDINA HAMZAH , bapa saudara RASULULLAH SAW , walaupun pembunuhnya (Wahsyi) telah mendapat kemaafan dr RASULULLAH SAW dan dibebaskan krn dia telah memeluk Islam , namun Wahsyi tetap menyembunyi diri dr dilihat RASULULLAH SAW ( krn RASULULLAH SAW pasti kesedihan mengingati kematian SAIDINA HAMZAH )


8. Amalkan doa ini agar kita beroleh kurniaan makrifatullah dr ALLAH SWT

ALLAHhummagh firli warHamni
AH
Selepas Asar INN SHA ALLAH
Malam ini INN SHA ALLAH
28 NOV 2021
Kuliah sebelum Subuh
TG SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Kitab Fathur Rahman

Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/882959542414111/

1. Dan hakikat itu tidak had baginya ( tidak ada masa yg tertentu baginya ) dan tidak ada qodar yg tertentu baginya , kerana bahawa sanya hakikat itu ialah rahsia yg jenis maknawi , dan juga kerana Org yg berdiri dgn makrifat ialah ARIFUNBILLAH (org yg kenal dgn ALLAH SWT ). Hakikat ialah hakikat ketuhanan , tidak ada had baginya , dan tidak ada masa tertentu

2. Hakikat ialah ALLAH SWT -yakni ALLAH SWT di hati seseorg – ia seumpama lautan yg tidak bersempadan . Org yg telah mendapat hakikat maka dia telah mendapat segala-galanya . Org yg mengenal ALLAH SWT itu adalah syurga utk para ariffin . Masa dan waktu mereka semua utk ALLAH SWT

3. Org yg telah mendapat ALLAH SWT itu hatinya seumpama spt org yg lapar yg tidak melupai akan nasi . Hakikat itu adalah rahsia maknawi ( yakni tidak boleh diukur , bahkan diri kita sendiri tidak mengetahui keadaan ia berada di dlm hati) . Org yg tidak memahami biasa mengatakan org hakikat itu sbg org gila. Org hakikat juga disebutkan sbg “ org-org berakal yg gila “ , hakikatnya merekalah org yg paling berakal ( lantaran hatinya mengenal ALLAH SWT dgn sebenar-benar kenal –

4. Hakikat ialah rahsia maknawi , ia adalah makrifatun khossah ( yakni kurniaan ALLAH SWT kpd hamba-hambaNYA yg terpilih . Org -org hakikat ialah ARIFUNBILLAH yakni mengenal dia akan ALLAH SWT dan segala kuasanya adalah dr ALLAH SWT ( termasuklah kekuatan ketaatan , kemampuan nya utk beribadah )

5. Org hakikat itu berpaling dia drpd habuan-habuan kemanusiaan ( habuan nafsu ) , yakni mereka beribadat tanpa menginginkan habuan nafsu / kepentingan diri lantaran mereka telah memperolehi kedudukan di maqam jama’ ( diri telah tidak lagi memandang dirinya melainkan mereka telah memandang segala-galanya adalah ALLAH SWT ). Pujian dan hinaan dr sesiapapun tidak lagi mengesankan hatinya (lantaran dia telah tenggelam dlm hadrat keesaan ALLAH SWT ) . Cth spt mana Iman SAIDINA ABU BAKAR yg RASULULLAH SAW sendiri mengatakan bahawa iman SAIDINA ABU BAKAR itu melebihi dr timbangan iman seisi dunia . Sedemikian RASULULLAH SAW mengakui/ memuji , tetap SAIDINA ABU BAKAR sentiasa tawaduk hatinya ( demikian akhlak para ARIFINBILLAH , pujian tidak mengubah ketaqwaan mereka ) . Begitu jualah akhlak SAIDINA UMAR AL KHATABB ( semakin mengenal ALLAH SWT , semakin tawaduk-tunduk hati mereka mentaati ALLAH SWT )

ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
Selepas Zuhur INN SHA ALLAH
Ayuh kita meriahkan taman-taman Syurga di dunia ini. Kuliah Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri 28/11/2021 (Ahad) - 04/12/2021 (Sabtu)