Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri
25.7K subscribers
2.57K photos
174 videos
2 files
1.51K links
Channel perkongsian rasmi buat Muhibbin SYEIKHUNA SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI 🌹
Download Telegram
25 SEPT 2021
KULIAH SEBELUM SUBUH
TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
KITAB FATHUR RAHMAN

Link: https://www.facebook.com/watch/live/?v=4393000217451902&ref=notif&notif_id=1632432772587695&notif_t=live_video_explicit

1. Maka setiap kali “ahlasta” ikhlaslah engkau keluar drpd yg demikian itu , akan di singkapkan kpd engkau “an nahu taala “ , bahawa ALLAH SWT ialah pembuat lagi IA bersifat dengan ADA , bukan kamu ( Yakni bukan engkau yg berbuat )

2. Bila mana kita telah keluar dr diri kita ( yakni dalam hati tiada AKU diri dan yg ada hanyalah ALLAH SWT ) dan Ketika itu merasalah di dlm hati kita bahawa segala nya adalah ALLAH dan yg melakukan perbuatan ialah ALLAH SWT : Yg dimaksudkan dgn “keluar dr kita “ itu pada hakikatnya ALLAH SWT jua yg mengeluarkannya ( bukan kita dan bukan jua dr kita ) . Tiada sesuatu yg berlaku tidak drpd ALLAH SWT melainkan segala-galanya adalah drpd ALLAH SWT

3. Dan apabila kamu telah tidak mensyuhud ( yakni tidak lagi memandang dgn mata hati engkau ) selainNYA ALLAH SWT ( ghorohuTaala) , Ketika itu adalah engkau mentauhidkan ALLAH secara hakikat

4. Selagi kita masih belum memandang dgn mata hati kita akan sesuatu perkara itu adalah ALLAH SWT maka kita belum lagi mentauhidkan ALLAH secara hakikat . Inilah ilmu tauhid-tasauf , yg bakal menyelamatkan kita di saat kita balik bertemu ALLAH SWT ( Hari akhirat itu adalah hari yg tidak lagi berguna harta benda dan juga anak pinak melainkan sesiapa yg Kembali kpd ALLAH dgn hati yg sejahtera ) .

5. Hati yg sejahtera itu adalah hati yg tiada lagi selain ALLAH SWT ( yakni dlm hati sudah tiada lagi makhluk / ariyar . Ini satu perjuangan sehingga detik akhir hidup . Pentingnya umur Panjang adalah utk kita memanfaatkan demi penyucian hati hingga ke tahap hati menjadi spt mana yg difirmanakn ALLAH sbg hati sejahtera . DEngan berumur Panjang dimanfaatkan utk menuntut ilmu ini, utk mengamalkan ilmu-ilmu yg diperolehi dgn perbanyakkan amal soleh demi mendapat rahmat dan pertolongan ALLAH sehingga dapat mengenalNYA dan mensyuhudkanNYA . Dan semoga kita akan beroleh hasil drpd perjuangan ini pada hari kita kembali kpd ALLAH SWT .

6. Hati di didik , di tundukkan, dibersihkan , disucikan dgn pelbagai suluhan ilmu NYA serta pengamalan demi meraih pertolongan dan rahmat ALLAH SWT . INIlah yg dikatakan oleh ahlul sufi sbg perjuangan “mematikan diri “ sebelum datangnya kematian yg hakikat . ( mematikan diri yg dalam utk dapat memandang ALLAH )

7. Ibrah kisah RASULULLAH SAW mengakui keimanan SAIDINA UMAR BIN AL KHATABB , beliau mengatakan kpd RASULULLAH SAW “Hatta diri aku pun telah tiada melainkan aku mengasihi mu ( Yakni RASULULLAH) melebihi drpd segala-galanya “ .Sesiapa yg mengasihi RASULULLAH SAW , hakikatnya dia mengasihi ALLAH SWT dan iman yg benar itu hanya apabila mengasihi ALLAH Dan RASUL melebihi dr segala-galanya hatta diri sendiri pun sudah tidak juga dirasa/ dipandang ujud.

8. Perjuangan mensejahterakan hati sehingga beroleh kurniaan makrifatullah ini bukan sesuatu yg mudah . Namun berusahalah dengan menyerahkan diri kpd ALLAH SWT dan berpautlah dgn rahmat pertolongan ALLAH SWT , hanya dengan itu kita beroleh kemudahan . Dr kata hukama “Setiap itu dimudahkan utk tujuan apa yg diciptakan utk nya . Sesiapa yg dipermudahkan ALLAH SWT utk mendapat kebaikan , maka akan mudahlah dia menjalani jalan-jalan kebaikan di sisi ALLAH swt . Lantaran itu istiqomahlah memohon taufiq-hidayah kpd ALLAH SWT . (Selain berkekalan memohon keampunan ALLAH SWT teruskanlah bersungguh -sungguh bermohon limpahan taufiq hidayah, dgn limpahan taufiq hidayahNYA itu nanti bukan sekadar hanya diri beroleh makrifatullah , tetapi ia akan melimpahi jua org-org sekitar kita ( dapat beri manfaat kpd org lain )

9. Bila mana hati engkau telah lenyap dr memandang diri , segala makhluk dan segala ariyar , maka saat itu hati telah memandang segala-galanya adalah ALLAH SWT dan semua perbuatan segala jua drpd ALLAH SWT ( hati mensyuhudkan HANYA ALLAH SWT ) Sptmana para malaikat , yg mereka itu hanya mensyuhudkan ALLAH SWT di spjg masa , namun sedemikian mereka itu beribadat
tanpa henti , hati berkekalan mensyuhudkan ALLAH SWT , para malaikat tetap tawaduk kpd ALLAH SWT dgn mengatakan bahawa mereka belum benar-benar mengenal ALLAH SWT

10. Apabila hati telah mensyuhudkan ALLAH SWT secara hakikat maka saat itu engkau adalah “Muwahid “ yakni org-Org yg mengEsakan ALLAH SWT . Latih tubilah , mujahadahlah saban hari sehingga akhir hayat utk membersihkan hati dr merasa/ menyangka bahawa makhluk berkuasa tetapi teguhkan , pahatkan sekukuh-kukuhnya bahawa “ALLAH BERKUASA , makhuk tidak berkuasa “

11. Penting utk kita semua berdoa utk berumur Panjang agar usia tersebut dimanfaatkan utk mengejar rahmat pertolongan & taufiq hidayah ALLAH SWT agar hati dan jiwa menjadi hati yg sejahtera di sisi NYA (Semoga pada hari kita bertemu ALLAH SWT , kita Kembali dlm keadaan hati yg telah dpt kurniaan makrifatullah @ telah mensyuhudkan ALLAH SWT )

ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
25 SEPT 2021
KULIAH SELEPAS SUBUH
TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
KITAB IJAZAH AMALAN DAN DOA PILIHAN

LINK: https://www.facebook.com/watch/live/?v=380728476873941&ref=notif&notif_id=1632526564913456&notif_t=live_video_explicit

Doa ke 35: : Doa dikurniakan kelebihan org-org soleh

1. ALLAhhuma atini af dhola ma tu’ti ibadakasSolehin “Ya ALLAH datangkanlah kpd ku seafdhal afdhal apa yg telah ENGKAU berikan kpd hamba-hambaMU yg soleh

2. Bila disebutkan org-org soleh , wajib hadirkan pada hati dan diri utk menjadi spt org-org soleh .. Perasaan tersebut menjadikan kita utk tidak merasai memadai dgn keadaan diri dan hati kita terhadap ALLAH SWT . Kita mahu mengejar satu kedudukan di sisi ALLAH SWT yg mana kedudukan itu disebutkan sbg SOLEHIN . Org-org SOLEHIN ialah org-org yg baik hubungannya dgn ALLAH SWT dan baik hubungannya jua sesama makhluk .

3. Cth seseorg yg ahli masjid , ahli ibadat tetapi akhlak nya buruk terhadap isteri / ahli keluarganya . Maka tidak jua ia menepati sabdaan RASULULLAH SAW bahawa “Org yg paling di kalangan kamu ialah siapa yg paling baik terhadap isterinya dan aku paling baik terhadap isteri ku “ . Seorg suami yg baik dan diperakui kebaikannya oleh isterinya maka menepati dia akan jaminan RASULULLAH SAW dlm hadith tersebut dan akan beroleh suami itu syurga ALLAH SWT .

4. Beruntunglah Wanita yg mendapat kurnia ALLAH akan suami yg baik . Dan si suami pula pastikan lah diri menjadi baik terhadap isteri atau teruskan berusaha memperbaiki dirinya sehingga menjadi suami yg berakhlak sptmana sabdaan RASULULLAH SAW itu . Dalil lain pula ttg wanita yg berkahwin dua, tiga dan empat kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam Syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)?. Maka Nabi SAW bersabda:, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih suami yang lebih baik akhlaknya.”

5. Suami secara fitrahnya mempunyai sifat kepimpinan terhadap Wanita dan wanita pula berkewajiban bernaung dirinya kpd suaminya . Suami-isteri perlu saling bantu membantu dlm urusan rumahtangga . RASULULLAH SAW umpamakan Wanita itu spt tulang yg bengkok , maka jika mahu mendidik isterinya maka si suami yg baik wajar bersabar dan tetap berakhlak baik terhadap isterinya

6. Sekeras-keras SAIDINA UMAR namun bila bergaul dgn isteri beliau adalah insan berpegang teguh terhadap perintah RASULULLAH SAW utk berakhlak terbaik terhadap isterinya , Bahkan SAIDINA UMAR menasihati para sahabat lain saat itu utk menghargai isteri dgn mengingati pengorbanan yg telah si isteri lakukan

7. Ibrah kisah SAIDINA UMAR ABD AZIZ , seorg khalifah yg menghayati kehidupan rakyat , apabila malam hari beliau akan meninjau kehidupan masyarakat , seusai tersebut beliau akan bersolat di masjid . Pada satu hari saat SAIDINA UMAR disergah seorg lelaki (kerana ketidaksengajaan SAIDINA UMAR melanggar kaki lelaki tersebut ) , tetap SAIDINA UMAR merendah diri memohon maaf ( walhal dia adalah pemimpin tertinggi masyarakat ) – Demikianlah akhlak yg baik

8. Berbuat baik dengan jiran juga salah satu akhlak baik bg org beriman . Pentingnya meneliti keadaan jiran sekitaran kawasan saat mahu mempertimbangkan keputusan utk membeli rumah , Lantaran RASULULLAH SAW pernah bersabda bahawa “Kesialan itu adalah sebab kerana salah memilih jiran .”, Teladani akhlak IMAM SYAFEI yg menyantuni jiran yahudinya ( IMAM SYAFEI bersabar selama 4 tahun dlm menghadapi situasi rumahnya dilimpahi air dr rumah jiran yahudinya: Jiran Yahudi itu hanya tahu keadaan tersebut bila menzirahi ) . Pahala sabar itu MASYAALLAH tidak bersempadan . dalam apa jua permasalahan bersabarlah dgn tetap bersolat hajat memohon rahmat pertolongan ALLAH agar dilepaskan dr permasalahan

9. Hasil dr beradab-akhlak baik sesama manusia ialah KEREDHAAN ALLAH . Keredhaan ALLAH SWT itulah imbalan tertinggi yg dikurniakan kpd org-org soleh lantaran kesabaran dan akhlak mereka yg baik
10. Berdoalah dgn doa ini. Tiru , teladani dan contohilah adab-akhlak org-org soleh dlm pergaulan mereka sesama manusia . Apatah lagi dlm pergaulan org-org soleh dengan ALLAH SWT , hati mereka tidak pernah hadir keinginan utk menderhakai ALLAH SWT.

11. Sekurang-kurang darjat org yg memasuki syurga ialah ORG_ORG SOLEHIN ( ini hukum umum , kerana di syurga nanti ada golongan yg bertempat di syurga yg bawah =spt bayi yg meninggal dunia saat dilahirkan atau kanak-kanak yg meninggal dunia sebelum baligh . Berdasarkan dalil sabdaan RASULULLAH SAW “ sesiapa yg kematian anak ,jika dia bersabar maka dia akan masuk syurga “Bahkan sesiapa yg membaca sirah kewafatan RASULULLAH SAW dan dia berdukacita sedih atas kewafatan RASULULLAH SAW pun akan beroleh syurga

12. Org-org soleh itu berakhlak baik sesama makhluk dan mereka jua berakhlak mulia -baik sbg hamba yg benar kpd ALLAH SWT . Mereka bersabar dan redha dlm meniti semua takdir kehidupan dan tetap mentaati semua titah perintah ALLAH SWT hanya demi Keredhaan ALLAH . TG SYEIKH ijazah kan doa ini .

13. TG SYEIKH ijazahkan selawat yg diamalkan 10 x selepas solat Isyak dan baca 100x pd mlm jumaat ( Rujuk dlm kitab Asmaul husna ) serta doa murah rezeki yg dibacakan 70 x selepas solat Jumaat

ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
26 SEPT 2021
KULIAH SEBELUM SUBUH
TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
KITAB FATHUR RAHMAN
Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/556405925439937/

1. Dan ini syuhud ,kdg-kdg berkekalan dan ia jarang berlaku (nadhir) dan kdg-kdg ia spt kilat yg menyambar , dan apabila tersingkaplah bagi engkau oleh yg demikian itu ketahuilah engkau bahawa mensyuhudlah engkau bagi engkau itu ialah satu dosa , ketika itu memohonlah istighfarlah engkau drpd engkau sebab syuhud engkau drpd engkau

2. Syuhud bermakna pandangan mata hati. Iaitu bila mana kita ikhlas “keluar drpd kita “ maka disingkapkan kpd kita bahawa ALLAH SWT ITRU AL FA’ELUL MAUJUD , ALLAH SWT ITU bersifat dgn UJUD , bukan engkau / diri engkau yg melakukan atau bukan engkau/ diri engkau yg UJUD. Semuanya adalah ALLAH SWT , adanya segala adalah kerana ALLAH SWT yg mengADAkan

3. Bilamana kita telah ‘Keluar drpd kita “ , pada masa itu hati telah kosong dr segala makhluk. dr segala ariyar dan juga diri kita sendiri , maka mensyuhudlah mata hati engkau akan UJUD dan PERBUATAN ALLAH SWT. . Syuhud ini boleh berkekalan lama pada mata hati kita , namun kadang-kadang ia dtg spt kilat yg menyambar. Hati yg Mensyuhudkan ALLAH SWT itu bukan boleh dibuat-buat , ia adalah anugerah dan kurniaan ALLAH SWT Lantaran itu hati kita wajib sentiasa bersedia utk menerima anugerah / limpahan kurniaan ALLAH SWT . Bukalah pintu “bekas hati kita sentiasa “ , Duduklah hati dan jiwa sentiasa di pintu hadrat ALLAH SWT , mintalah-pohonlah kpd ALLAH SWT sptmana seorg pengemis yg amat amat perlu kpd simpati serta rahmat ALLAH SWT( Mintalah pada ALLAH SWT akan rasa ILAHIAH -rasa kebersamaan dgn ALLAH SWT )

4. Bila hati dan jiwa telah syuhud akan ALLAH SWT , beroleh lah ia akan makrifatullah ( itulah kelazatan bagi seorg hamba ALLAH yg dipilih ALLAH Menjadi kekasihNYA ) sehinggakan dunia serta hiasan dunia sudah tidak menjadi kelazatan melainkan ALLAH SWT lah puncak kelazatan yg tidak terbanding dgn apa . Hinggakan bagi para AULIA yg berada di maqam ini , lazimi bagi mereka itu hilang selera terhadap makanan dunia ( bersih hati mereka dr segala makhluk dan taat-tunduk nafsu mereka hingga tiada ingin menderhakai ALLAH ) , dan mereka hanya haloba terhadap kenikmatan bersama ALLAH SWT pada setiap ketika.

5. Kedekatan hati para aulia dgn ALLAH SWT , kadangkala org keliling mengatakan mereka gila tuhan namun hakikatnya mereka tenggelam dlm kecintaan ALLAH SWT . Ibrah dr Keadaan ALMARHUM PAK TEH HJ ISA yg seluruh hidup nya mengkhidmati ALLAH SWT (utk hanya Bersama ALLAH SWT ) . Amat berbeza para aulia dgn kita , aulia itu setiap saat dalam ibadah dan amal soleh ( kerana hati berkekalan dgn ALLAH SWT ) , kita pula hati masih penuh dgn segala makhluk dan amalan kita juga masih terlalu kurang . Dan hakikat ini lah yg menjadikan Kita ini terdedah sebenarnya sgt-sgt terdedah kpd bahaya besar iaitu kemurkaan ALLAH SWT . Bila-bila masa ALLAH SWT boleh turunkan bala kpd kita .

6. Dengan adanya para AULIA yg hati mereka amat dekat dgn ALLAH SWT itu lah yg menjadi asbab kita semua turut menerima limpahan rahmat ALLAH SWT. Para AULIA ialah ahlullah , yakni org-org sentiasa dlm pandangan ALLAH , org yg sentiasa dikasihi ALLAH SWT dan dgn adanya mereka lah kita yg masih lalai, alpa lagi hati masih terbelenggu kesyirikan ini tertahan dr menerima kemurkaan dan musibah dr ALLAH SWT ( lantaran doa dan keberkatan para aulia di sisi ALLAH SWT) Aulia itu sptmana hatinya para malaikat ( yakni takut-gerunnya mereka kpd ALLAH SWT ) . Kepergiaan .( kematian ) AULIA Kembali kesisi ALLAH SWT itu hakikatnya satu kehilangan yg amat besar utk ummah . Solat dan doa mereka itu nilainya sgt-sgt tinggi lagi berharga lantaran hati mereka ( para aulia) itu adalah hatinya para malaikat .Hakikatnya para AULIA itu berkorban utk ummah

7. SYUHUD itu kdg-kdg berkekalan , kdg-kdg tidak , dan apabila tersingkaplah syuhud itu maka hati meRasai ALLAH itu MAUJUD , merasai ALLAH itu FA’EL maka waktu itu ketahuilah syuhud engkau saat itu adalah satu zanban ( dosa )
ALLAHhummaghfirli warHamni
AH
26 SEPT 2021
KULIAH SELEPAS SUBUH
TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
KITAB ADAB SULUKIL MURID
Link: https://www.facebook.com/syeikhmuhdzainulasri/videos/590555565300889/

1. Berkata IMAM HADDAD R.A “ Dan jika berkata kpd kamu oleh syaitan laknatullah , bahawa sanya ALLAH SWT ghoniyy tidak memerlukan amal engkau , tidak menafaat ALLAH akan amal engkau dan ALLAH SWT tidak memudaratkan DIA maksiat engkau , katakana kpd ia Kamu benar , aku faqir dan aku perlu kpd kurniaan ALLAH SWT , aku perlu kpd amalan yg soleh dan taat itu memberi manfaat kpd aku , dan maksiat itu memudaratkan aku , Telah menyebut TUHANkU dlm kitab yg mulia dan semua itu termaktub pd lidah RASULNYA SAW

2. Pastikan sebutkan laknatullahialaihi bila menyebut perkataan syaitan : Jika disebutkan RASULULLAH kita susuli dgn sebutan SAULLAULLOH ALAIHI SALAM ,kpd ALLAH kita sebut SUBNANAHU TAALA kpd para sahabat kita sebutkan RADIALLAHUANHU kepada ulama kita sebutkan RAHIMAHUALLAH HUTAALA . Namun Kepada org jgn pula disebut kan laknatulahialaihi , kerana terlalu berat ia kecuali setelah kematian nya terbukti kemusrikannya . Spt mana Firaun disebut sbg laknatullah lantaran penentangan nya terhadap ALLAH SWT

3. Ungkapan IMAM HADDAD R.A ini ialah pedoman utk beramal kerana ALLAH SWT ( kerana ALLAH SWT itu TUHAN dan kita adalah Cuma HAMBA ALLAH SWT) . Sentiasa mohon rahmat -pertolongan ALLAH SWT agar DIA masukkan kita ke dlm syurgaNYA dan dijauhkanNYA dr nerakaNYA . Dalam kita beramal, syaitan sentiasa dlm kebijaksanaan utk menggelincirkan org-org beramal soleh dan org-org berilmu drpd mendapat pandangan ALLAH SWT dan menjadi mereka sentiasa mahu org-org beriman sbg peneman mereka masuk ke neraka . Na’uzubillah .

4. Ibrah kisah seorg abid yg sgt luar biasa amal ibadat nya , setiap waktu hidup di siang hari nya penuh beribadah ( dgn berpuasa ) , malam pula berqiyamulail , namun iblis telah menganggui org tersebut dgn menyerupai seorg abid yg lain dan berjaya memperdayakan org yg luarbiasa ibadahnya tadi utk berbuat maksiat ( iblis td mengajak berbuat pelbagai kejahatan termasuk membunuh, berzina dan minum arak) Dan akhirnya si org luar biasa abid itu terpedaya dgn minum arak , dlm kemabukan itu berzina pula si abid ini dgn isteri org yg akhirnya membawa si abid menjadi pembunuh kpd suami Wanita yg dizinai nya .Demikian lah tipu daya iblis ,yg mahir menggelincirkan org-org yg beramal ibadah .

5. Riyak( buat ibadah utk dilihat manusia lain ) , Suma;ah ( mahu ibadahnya diketahui dan diperakui manusia lain ) , Ujub ( hairan dgn kehebatan diri sendiri ) dan Takabur ( sombong hingga perelekeh org lain ) :Kata hukama “ Ke empat-empat sifat ini adalah sifat ulama “ .Ibrah dr NABI MUSA sendiri di didik ALLAH SWT lantaran NABI MUSA mengakui dirinya sbg yg paling alim ( sehingga bertemu dgn NABI KHIDIR , baru NABI MUSA sedar bahawa ada org yg lebih alim drnya )

6. ALLAH SWT YG PALING ALIM Sekali . Kerana itu sentiasalah memperakui kejahilan diri kita dgn sentiasa menghayati menyebut Waulahualam . Ilmu tentang ALLAH SWT . Imam MAHDI akan jadi fitnah kpd org alim , lantaran ilmunya ttg ALLAH ( Yakni hati nya yg mengenal ALLAH SWT,ttg kedekatan hatinya dgn ALLAH SWT ). IMAM MAHDI itu adalah org yg ilmunya ttg ALLAH SWT adalah lebih tinggi drpd mana-mana ulama / org alim saat itu . Ada ulama yg mungkin alim tentang hukum-hukum / fatwa dan mereka adalah masyhur tetapi pada masa yg sama dia mungkin bukan ulama yg alim ttg ALLAH SWT ( Org yg alim ttg ALLAH adalah golongan mastur tersembunyi -)

7. Iblis cukup bijak memperdayakan org-org beramal ibadah serta org berilmu . Org yg mengenal ALLAH hakikatnya mereka adalah org yg tawaduk merendah diri dan org yg beramal soleh jua mereka itu adalah org -org yg hatinya mengenal ALLAH SWT sehingga tidak merasakan diri mereka yg mendirikan amal melainkan ia adalah kurniaan ALLAH SWT .

8. ALLAH SWT itu MAHA KAYA dan tidak perlu pun kpd ibadat hambaNYA . Ibadat kita tidak sedikitpun menambah kesempurnaan ALLAH SWT kerana ALLAH SWT MAHA SEMPURNA.
9. Kata kan kpd iblis “ Benar apa yg engkau kata,, aku faqir dan aku perlu kpd kurniaan ALLAH SWT , aku perlu kpd amalan yg soleh dan taat itu memberi manfaat kpd aku , dan maksiat itu memudaratkan aku , Telah menyebut TUHANkU dlm kitab yg mulia dan semua itu termaktub pd lidah RASULNYA SAW

10. Wajib utk kita menuntut ilmu tgg urusan amal ibadat dan dibimbing guru agar kita tidak terpedaya dgn tipu daya iblis . Cth tipu daya iblis ialah pada sikap was-was dlm beramal . ( bila kita was-was , maka nilai ibadah kita tercemar )
ALLAHhummaghfirli warHamni
AH