SIDE INCOME By Mimey Haris
30 subscribers
20 photos
12 links
📱 Side income digital untuk semua. Tips, strategi dan peluang menjana pendapatan secara online.

Semoga ada manfaat buat kalian di sini. Ingat, jangan putus harap dengan Allah dan diri sendiri. Innallaha Maana ❤️
Download Telegram
Alhamdulillah stok kukis durian dah sampai dah petang sabtu lepas. Kakmi terus poskan hari ahad, semalam. Kakmi doakan cecepat sampai dengan Selamat kepada semua agent dan kastemer tersayang semua. Tq tau hampa bermuamalah dengan kakmi. 🥰
Jangan sesekali putus harap dengan Allah dan putus asa dengan diri sendiri tau. Biarlah orang kata kita tak boleh tapi yang paling penting kita sendiri wajib yakin yang kita boleh.

Assalamualaikum sahabat kakmi yang kental semangat juangnya 💪🏻

♥️,
Kakmi
FB : Cik MiMey Haris
Tele : t.me/DariMimeyHaris
Untuk yang tak tahu lagi, FLERR ni ada 3 jenis pewangi tau.

Pewangi Kereta jenis klip. Le CLIPSE
Pewangi Kereta / Rumah jenis gantung. TFM
Pewangi Badan jenis poket perfume. SF

TERBARU FLERR ada keluarkan inspired perfumes feat Caprice. Wangi sangattt. Nanti kakmi cerita yang tu tauu.

Stay tuned eh.
RUNSING MEMIKIRKAN KEADAAN EKONOMI ZAMAN SKG INI... KADAR PENGANGGURAN DI PARAS YG AMAT MERISAUKAN! 😱
.
.
Berapa ramai lg yang terpaksa ikat perut di musim Covid ini? Berapa ramai yang hilang kerja? Berapa banyak company yang lingkup? Berapa ramai yang terpaksa bergolok gadai demi sesuap nasi? Haih...
.
.
Peka dgn isu semasa rakyat Malaysia yang terhimpit dgn masalah masalah begini, kami di FLERR tampil untuk membantu anda di luar sana dgn ZERO MODAL BISNES!
.
.
Ye betul anda tak perlu keluarkan modal satu sen pun! Semua nya kami di FLERR uruskan. Dengan program FLERR Dropship Fighter ini, diharapkan ramai di luar sana bangkit dan berjuang demi kehidupan yang lebih bagus!
.
.
Hidup ini penuh pilihan, antara nak atau taknak sahaja. Kami ingin membantu anda yang terkesan dan struggle di luar sana dgn produk yang senang jual, high repeat sale dan mampu milik ini, insyaAllah anda boleh mengubah nasib hidup sendiri.
.
.
Klik terus link ni, team kami akan assist anda sepantas yang mungkin!
.
.
www.wasap.my/60175342934/FLERRds
.
.
Atau anda sendiri kenal sesiapa yang perlu dibantu? Peluang tersedia di depan mata. Ayuh serlahkan semangat “fighter” dalam diri mu! 😄

#FLERR
#FLERRDROPSHIPFIGHTER
#DROPSHIPWANTED
Dia macam ni tau. Kasut kehidupan kita tak sama.

Tak adil untuk kita pukul rata semua situasi yang ada di sekeliling kita sama sahaja. Masing masing sedang berjuang dengan ujian hidup yang berlainan.

Nak berniaga ni kita kena kuat mental dan fizikal.
Tawakkal pun kena kuat Lillahitaala.

Ada orang yang nampak senang, tapi hakikatnya dia punya struggle susah setiap bulan tu Allah je yang tahu.

Ada orang jual satu produk pun dah kaya raya. Tapi ada orang jual macam macam produk baru nampak hasil kaya raya.

Ada orang niaga sambil kerja. Duit niaga pulak langsung tak usik. Gemukkan sampai boolat pak rimau. Tapi ada orang apa yang dia dapat haritu, itulah duit poket dia dan keluarga setiap hari. Duit bayar komitmen hutang. Duit minyak, duit dapur. Duit untuk anak.

Ada orang niaga itu paksaan hidup. Tak niaga, tak dapat hasil. Tak ada hasil, nak makan apa? Tapi ada orang buat jualan atas dasar suka suka isi masa lapang. Hidup dah serba serbi berwang.

Ada orang hari tua dah boleh rehat, isi masa dekat dengan tuhan. Tapi ada orang sampai ke tua terpaksa asyik banting tulang, semata mata nak cari wang.

Ada orang, duit memang dah ada, boleh cuti kedai bila bila. Tapi ada orang kali terakhir merasa cuti pun dah tak ingat bila.

Nampak sama, tapi cerita setiap kita tak sama.

Buatlah apa pun yang terdaya. Selebihnya serah kembali pada DIA .

Fokus satu produk tak salah. Fokus banyak produk pun tak salah. Asalkan kita tahu ke mana yang kita nak tuju dan dapat hasil apa yang kita nak. Buat betul² bukan sekadar suka suka.

Ada kelebihan dan kekurangan setiap keputusan yang kita pilih. Tak akan semua sempurna.

Tapi buatlah sebaiknya. Asalkan kita tak jadi orang yang meminta mintak. Susah senang hidup kita, kita je yang akan tanggung.

Kakmi yakin dan percaya, setiap cerita walau nampak sama tetap ada beza. Sebab Allah uji kita pelbagai cara. Ikut kemampuan kita.

Abaikan kata kata negatif di sekeliling anda
Kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Kakmi doakan semua sahabat fesbuk kakmi yang berniaga ni kuat semangat tau, teruskan usaha, teruskan berdoa. InsyaAllah Allah pandang usaha dan dengar doa doa hambaNya.

Dapat sesuatu?

Salam Kejayaan semua!

Kakmi, ❤️
Fb : Cik MiMey Haris
Telegram : t.me/DariMimeyHaris

#KakmiMenulis #DariMimeyHaris
#SpreadLoveNotHate #FLERR
Alhamdulillah. Kakmi rasa puas hati bila dapat berkongsi ilmu dengan anak tim especially bila lepas dapat je ilmu tu, mereka terus apply.

Begitulah kan. Ilmu hanya bermanfaat bila diamalkan. Kalau tidak, sia sia sahaja lah ilmu tersebut.
Bisnes dan Agama.

Takut kakmi nak sentuh isu ni sebab kakmi bukan ahlinya.

Tapi bagi kakmi kalau bisnes dipisahkan dari apa yang agama tuntut,

Tunggu lah satu saat samada Allah rentap apa yang kita dah ada tu secara paksa, atau di ambil secara perlahan perlahan dan tiba tiba.

Bila Allah uji tak kisah nikmat harta atau susah, patutnya ujian tu makin dekatkan kita dengan Allah. Bukan menjauhkan kita dari taat pada dia. Sebab fitrah hamba itu sujud pada pencipta.

Bagi kakmi kan, Jiwa yang hilang Allah, walaupun banyaknya harta, takkan menang. Sebab kita juga bakal hilangnya rasa tenang. Adilnya Allah.

Ada yang buat bisnes makin lupa Allah. Ada pula bila buat bisnes makin ingat Allah.

Kita yang mana satu? Allahurabbi. Kita manusia yang pelupa kan.

Kakmi nak ajak semua sahabat kakmi, Buatlah yang terbaik dalam hidup dengan Ikut perintah Allah. Buatlah juga yang terbaik dalam bisnes. Juga, dengan ikut lah perintah Allah.

Lain orang lain caranya kan. Sebenarnya tak ada yang betul dan yang salah pun. Tapi yang betul betul salah bila kita ingkar perintah DIA.

Kakmi dan kita semua memang pendosa. Tapi Allah juga Maha Pengampun dosa. Ingat tuu. Kalau harini kita ada salah, mari baiki semula. Better late than never kan.

Buatlah bisnes bukan untuk kita semata, tapi niat lah untuk nak bantu ummah. Bila soal ummah, jangan sesekali lupa DIA. DIA yang izin kan segalanya.

Alhamdulillah. Assalamualaikum. Jom kita ❤️

Kakmi,
Jom didik diri berbisnes demi agama.

Fb: Cik MiMey Haris
Telegram : t.me/DariMimeyHaris

#KakmiMenulis #DariMimeyHaris
Dia macam ni. Kalau tak puas hati dengan kastemer, seeloknya jangan lah sampai perli perli kat fesbuk tau.

Emosi negatif tu kita jaga dan simpan rapat rapat sorang sorang je. Dosa pun terjaga, pahala sabar pun dapat.

Letak je situasi dia kat kita. Mungkin kita kalau tak jadi beli pun mesti ada sebab kann. Normal lah situasi tu. Kita penjual, kita pun selalu je jadi pembeli.

Kalau dia tak jadi beli, mudah cerita anggap je bukan rezeki kita dengan dia. Yang nak bagi rezeki ni, Allah.

Bukan apa. Kalau duk perli perli, sindir sindir tu, Nanti yang nampak buruk tu, silap haribulan bukan pembeli, tapi penjual sebenarnya. 🤭

Kakmi,
Biasa je pelanggan kansel order. Saborrr

Fb : Cik MiMey Haris
Telegram: t.me/DariMimeyHaris

#KakmiMenulis #DariMimeyHaris
Untung RM1 di pandang sepi. Macam mana lah sikap kita bila Allah bagi lebih lagi?

Sebab tu hanya dengan jalan syukur sahaja pun, Allah pasti tambah lagi.

Dan sebab tu jugalah Allah berfirman dalam Surah Ibrahim : 7,

"Dan (Ingatlah) ketika tuhan kamu memberi tahu," Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur necaya Aku akan tambahi nikmat Ku kepada mu."

Check semula diri kita. Especially orang yang berbisnes. Syukur tak dengan apa yang kita dah dapat ni. Sikit banyak wajib kena syukur dulu tau.

Tapi syukur tu bukan bermaksud diam tak buat apa tau, tapi syukur itu, terima dengan gembira dulu dengan apa yang Allah dah beri, dan usaha lagi jangan putus asa untuk baiki hidup sedia ada.

Dari RM 1 akan jadi RM10. Kemudian akan bertambah jadi RM100 dan seterusnya. Tak ada yang mustahil tau.

Ikut akal manusia, kita pegang logik je. Tapi bila Kudratullah, semua boleh jadi magik. Yakin pada Allah. Percaya pada proses diri sendiri. Man Jadda Wa jada.

Jom SYUKUR dulu. ALHAMDULILLAH ❤️

Kakmi,
Masih belajar syukur dulu

Fb : Cik MiMey Haris
Telegram : t.me/DariMimeyHaris

#KakmiMenulis #DariMimeyHaris
2.3.17. Bila kakmi baca nukilan pada tarikh sama 4 tahun lepas ni banyak menggamit memori betul dengan produk FLERR ni. Dulu FLEUR tau, sebelum dire bran dingkan.

Kakmi mula dari 26 botol je sampai lah cecah ribuan botol sebulan. Kawen dulu pun guna duwit berbis nes FLERR tauu. Subhanallah 🤗

Waktu ni belum berkahwin lagi sampai lah sekarang dah beranak pinak dah. Alhamdulillah masih lagi bersama tlm kesayangan dapat kongsi manfaat dengan orang sekeliling asbab pro duk sepuluh hing git ni. Kakmi nak masuk tahun kelima dah.

Alhamdulillah. Doakan kakmi dan tim ya.

Terima kasih sudi luangkan masa baca nukilan panjang kakmi tu ❤️

Fb : Cik MiMey Haris
Telegram : t.me/DariMimeyHaris
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM