SIDE INCOME By Mimey Haris
30 subscribers
20 photos
12 links
πŸ“± Side income digital untuk semua. Tips, strategi dan peluang menjana pendapatan secara online.

Semoga ada manfaat buat kalian di sini. Ingat, jangan putus harap dengan Allah dan diri sendiri. Innallaha Maana ❀️
Download Telegram
02 /02 /2020

Edited : 25 /07 /2026

Assalamualaikum & hi semua. ✨

Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi join Channel Telegram Digital Side Income.

Saya Mimey Haris, tapi ramai yang panggil Kakmi. 😊

Channel ni saya wujudkan khas untuk kita sama-sama dapat manfaat tentang dunia side income digital. Tak kisah anda suri rumah, ibu bekerja, student atau siapa saja yang nak tambah pendapatan dari rumah.

Di sini saya akan kongsi:
✨ Peluang & tips side income dari rumah.
✨ Idea jana pendapatan tambahan.
✨ Peluang side income digital

Tak perlu pandai atau ada pengalaman. Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan bertindak.

Harapan saya, semoga setiap perkongsian di sini memberi manfaat dan menjadi asbab rezeki yang lebih luas buat kita semua. Insya-Allah. 🀍

Kalau rasa bermanfaat, jemput juga kawan-kawan yang sedang mencari peluang side income untuk sertai channel ini.

Jumpa di posting seterusnya! 🌷

Ada soalan?
Wasap www.wasap.my/60175342934/SIMH


❀️ Kakmi,
FB : Cik Mimey Haris
Tele : @DariMimeyHaris
Kawan kawan, juallah apa sekalipun tapi..

Jagalah keberkatan. Tak salah pun kalau nak buat marketing macam mana sekalipun, cuma jangan sampai kita jadi ejen penyebar dosa.

Tahanlah diri dari guna gambar marketing yang terang terang mendedahkan aurat. Peliharalah sifat malu kita. Tak berbaloi kita jual akhirat untuk secebis dunia.

Kakmi sebenarnya sedih bila ternampak ada di kalangan peniaga online yang sanggup tayang gambar dada dan wanita hampir b*g*l semata mata nak buat marketing.

Tulisan, gambar, malah setiap apa yang kita coretkan di sini, bakal jadi saham kita di sana. Macam mana kekalnya semua itu di medium ini (selagi kita tak delete) , begitu jugak lah kekalnya aliran dosa pahala kita di sana selagi mana yang melihat dan membaca.

Tak kisah lah kita sebagai stokis, hejen, pengguna sekalipun, kita berhak tentukan apa yang patut dicoret di wall kita. Bantulah jaga aurat sesama kita di medium ini.

Banyak lagi cara dan kaedah kita boleh guna untuk pasarkan produk kita. Jadilah lebih kreatif tanpa tonjolkan perkara yang sensitif.

Kakmi suka melihat pendekatan yang digunakan pihak SISFEL dan MAMADIL. Mereka juga menjual rangkaian barangan kesihatan / kecantikan wanita. Tapi lihatlah cara mereka membawa nama mereka sehingga berjaya tanpa perlu tinggalkan apa yang wajib untuk dipatuhi.

Mari Kita betulkan apa yang salah. Kita baiki mana yang lopong. Belum terlewat lagi untuk berubah, jika harini kita tersilap. Semua orang buat silap kan. Bezanya sejauh mana kita usaha betulkan silap itu.

Moga Allah pelihara dan berkati setiap usaha kita untuk beroleh rezeki yang halal dan berkat. Aamiin ❀️

Kakmi,
FB : Cik MiMey Haris
Tele : @DariMimeyHaris
Pesanan untuk diriku sendiri.
FLERR BUKA PELUANG JANA PENDAPATAN KETIKA PKP!
.
.
Haaa betul lah tu! Mana lagi nak cari produk dgn modal serendah RM80 jerrr tgh musim Covid gini kan. Yang belum join, ayuh! Ini lah masa nya.
.
.
Thanks Kosmo! for the write up. Nak tahu lebih lanjut update pasal FLERR, baca jerr okay! πŸ˜„

πŸ‘‰Modal Murah
πŸ‘‰Risiko Rendah
πŸ‘‰Mudah Jual

Tele : @DariMimeyHaris

Hubungi kakmi? https://linktr.ee/ShopWithMimeyHaris

#FLERR
#AIRFRESHENER
#MML
Kawan kawan,
Jangan bandingkan diri kita dan orang lain. Setiap orang ada cerita yang berbeza. Ada kisah yang memang takkan pernah sama walaupun nampak serupa.

Ada yang lebih itu ini tapi kurang pula sana sini. Ada yang kurang itu ini, tapi lebihnya di sana sini. Allah Maha Adil. Allah tak zalim. Tapi manusia yang zalim dengan diri sendiri.

SYUKUR lah dulu apa yang dah ada di depan mata. Bila syukur Allah akan tambah lagi dan lagi.

Tapi syukur tu, bukan bermaksud cukup dengan peluk tubuh, selesa dan tak perlu buat apa apa.

Syukur itu kita hargai dulu segala apa jua nikmat yang ALLAH dah bagi dari sekecil hingga sebesarnya. Redha dan ikhlas terima apa di depan mata.

Dan teruskanlah berusaha, kerana itu Allah suka. Usaha baiki diri untuk capai apa yang kita ingin . Doa Usaha Istiqamah Tawakkal. InsyaAllah ada barakah pada hasil akhirnya.

Kakmi doakan semoga Allah tambahkan rasa syukur pada kita, dan kurniakan keberkatan, kekuatan dan kesabaran yang luar biasa untuk menempuhi setiap hari hari yang mendatang. #Aamiin

FB : Cik MiMey Haris
Tele : t.me/DariMimeyHaris

Mari Kita Belajar syukur dulu
Dan tak perlu terlalu melihat kejayaan orang lain sehingga terlupa untuk lihat progress kejayaan diri kita sendiri.

Cukup ambil kejayaan orang lain sebagai inspirasi. Belajar dari pengalaman mereka dan kita sendiri.

Yang mana salah silap kita dahulu, jadikan sebagai pengajaran untuk kita di masa depan. Dan mula baiki diri sendiri.

InsyaAllah Innallaha Maana. Allah sentiasa ada bersama kita. Jangan pernah putus harap dengan Allah dan diri sendiri. Have faith in Him.

❀️,
Kakmi
Kita manusia biasa.

Tele : t.me/DariMimeyHaris
Nampak seolah kecil. Tapi dengan rasa SYUKUR ni lah Allah tambah lagi dan lagi nikmat pada kita.

Dalam surah Ibrahim: 7 Allah berfirman,

"Dan ingatlah, ketika tuhan kamu memberi tahu," Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur aku akan tambahi nikmat Ku kepada mu."


Allah tak tidur tau. Dia Maha Melihat Mendengar, dan Mengetahui apa yang ada dan tersembunyi.

Belajarlah Bersabar dan Bersyukur dulu.

❀️Kakmi,
t.me/DariMimeyHaris
Salam Jumaat semua.
Alhamdulillah stok kukis durian dah sampai dah petang sabtu lepas. Kakmi terus poskan hari ahad, semalam. Kakmi doakan cecepat sampai dengan Selamat kepada semua agent dan kastemer tersayang semua. Tq tau hampa bermuamalah dengan kakmi. πŸ₯°
Jangan sesekali putus harap dengan Allah dan putus asa dengan diri sendiri tau. Biarlah orang kata kita tak boleh tapi yang paling penting kita sendiri wajib yakin yang kita boleh.

Assalamualaikum sahabat kakmi yang kental semangat juangnya πŸ’ͺ🏻

β™₯️,
Kakmi
FB : Cik MiMey Haris
Tele : t.me/DariMimeyHaris
Untuk yang tak tahu lagi, FLERR ni ada 3 jenis pewangi tau.

βœ… Pewangi Kereta jenis klip. Le CLIPSE
βœ… Pewangi Kereta / Rumah jenis gantung. TFM
βœ… Pewangi Badan jenis poket perfume. SF

TERBARU FLERR ada keluarkan inspired perfumes feat Caprice. Wangi sangattt. Nanti kakmi cerita yang tu tauu.

Stay tuned eh.
RUNSING MEMIKIRKAN KEADAAN EKONOMI ZAMAN SKG INI... KADAR PENGANGGURAN DI PARAS YG AMAT MERISAUKAN! 😱
.
.
Berapa ramai lg yang terpaksa ikat perut di musim Covid ini? Berapa ramai yang hilang kerja? Berapa banyak company yang lingkup? Berapa ramai yang terpaksa bergolok gadai demi sesuap nasi? Haih...
.
.
Peka dgn isu semasa rakyat Malaysia yang terhimpit dgn masalah masalah begini, kami di FLERR tampil untuk membantu anda di luar sana dgn ZERO MODAL BISNES!
.
.
Ye betul anda tak perlu keluarkan modal satu sen pun! Semua nya kami di FLERR uruskan. Dengan program FLERR Dropship Fighter ini, diharapkan ramai di luar sana bangkit dan berjuang demi kehidupan yang lebih bagus!
.
.
Hidup ini penuh pilihan, antara nak atau taknak sahaja. Kami ingin membantu anda yang terkesan dan struggle di luar sana dgn produk yang senang jual, high repeat sale dan mampu milik ini, insyaAllah anda boleh mengubah nasib hidup sendiri.
.
.
Klik terus link ni, team kami akan assist anda sepantas yang mungkin!
.
.
www.wasap.my/60175342934/FLERRds
.
.
Atau anda sendiri kenal sesiapa yang perlu dibantu? Peluang tersedia di depan mata. Ayuh serlahkan semangat β€œfighter” dalam diri mu! πŸ˜„

#FLERR
#FLERRDROPSHIPFIGHTER
#DROPSHIPWANTED
Dia macam ni tau. Kasut kehidupan kita tak sama.

Tak adil untuk kita pukul rata semua situasi yang ada di sekeliling kita sama sahaja. Masing masing sedang berjuang dengan ujian hidup yang berlainan.

Nak berniaga ni kita kena kuat mental dan fizikal.
Tawakkal pun kena kuat Lillahitaala.

Ada orang yang nampak senang, tapi hakikatnya dia punya struggle susah setiap bulan tu Allah je yang tahu.

Ada orang jual satu produk pun dah kaya raya. Tapi ada orang jual macam macam produk baru nampak hasil kaya raya.

Ada orang niaga sambil kerja. Duit niaga pulak langsung tak usik. Gemukkan sampai boolat pak rimau. Tapi ada orang apa yang dia dapat haritu, itulah duit poket dia dan keluarga setiap hari. Duit bayar komitmen hutang. Duit minyak, duit dapur. Duit untuk anak.

Ada orang niaga itu paksaan hidup. Tak niaga, tak dapat hasil. Tak ada hasil, nak makan apa? Tapi ada orang buat jualan atas dasar suka suka isi masa lapang. Hidup dah serba serbi berwang.

Ada orang hari tua dah boleh rehat, isi masa dekat dengan tuhan. Tapi ada orang sampai ke tua terpaksa asyik banting tulang, semata mata nak cari wang.

Ada orang, duit memang dah ada, boleh cuti kedai bila bila. Tapi ada orang kali terakhir merasa cuti pun dah tak ingat bila.

Nampak sama, tapi cerita setiap kita tak sama.

Buatlah apa pun yang terdaya. Selebihnya serah kembali pada DIA .

Fokus satu produk tak salah. Fokus banyak produk pun tak salah. Asalkan kita tahu ke mana yang kita nak tuju dan dapat hasil apa yang kita nak. Buat betulΒ² bukan sekadar suka suka.

Ada kelebihan dan kekurangan setiap keputusan yang kita pilih. Tak akan semua sempurna.

Tapi buatlah sebaiknya. Asalkan kita tak jadi orang yang meminta mintak. Susah senang hidup kita, kita je yang akan tanggung.

Kakmi yakin dan percaya, setiap cerita walau nampak sama tetap ada beza. Sebab Allah uji kita pelbagai cara. Ikut kemampuan kita.

Abaikan kata kata negatif di sekeliling anda
Kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Kakmi doakan semua sahabat fesbuk kakmi yang berniaga ni kuat semangat tau, teruskan usaha, teruskan berdoa. InsyaAllah Allah pandang usaha dan dengar doa doa hambaNya.

Dapat sesuatu?

Salam Kejayaan semua!

Kakmi, ❀️
Fb : Cik MiMey Haris
Telegram : t.me/DariMimeyHaris

#KakmiMenulis #DariMimeyHaris
#SpreadLoveNotHate #FLERR
Alhamdulillah. Kakmi rasa puas hati bila dapat berkongsi ilmu dengan anak tim especially bila lepas dapat je ilmu tu, mereka terus apply.

Begitulah kan. Ilmu hanya bermanfaat bila diamalkan. Kalau tidak, sia sia sahaja lah ilmu tersebut.