SIDE INCOME By Mimey Haris
30 subscribers
20 photos
12 links
📱 Side income digital untuk semua. Tips, strategi dan peluang menjana pendapatan secara online.

Semoga ada manfaat buat kalian di sini. Ingat, jangan putus harap dengan Allah dan diri sendiri. Innallaha Maana ❤️
Download Telegram
02 /02 /2020

Edited : 25 /07 /2026

Assalamualaikum & hi semua.

Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi join Channel Telegram Digital Side Income.

Saya Mimey Haris, tapi ramai yang panggil Kakmi. 😊

Channel ni saya wujudkan khas untuk kita sama-sama dapat manfaat tentang dunia side income digital. Tak kisah anda suri rumah, ibu bekerja, student atau siapa saja yang nak tambah pendapatan dari rumah.

Di sini saya akan kongsi:
Peluang & tips side income dari rumah.
Idea jana pendapatan tambahan.
Peluang side income digital

Tak perlu pandai atau ada pengalaman. Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan bertindak.

Harapan saya, semoga setiap perkongsian di sini memberi manfaat dan menjadi asbab rezeki yang lebih luas buat kita semua. Insya-Allah. 🤍

Kalau rasa bermanfaat, jemput juga kawan-kawan yang sedang mencari peluang side income untuk sertai channel ini.

Jumpa di posting seterusnya! 🌷

Ada soalan?
Wasap www.wasap.my/60175342934/SIMH


❤️ Kakmi,
FB : Cik Mimey Haris
Tele : @DariMimeyHaris
Kawan kawan, juallah apa sekalipun tapi..

Jagalah keberkatan. Tak salah pun kalau nak buat marketing macam mana sekalipun, cuma jangan sampai kita jadi ejen penyebar dosa.

Tahanlah diri dari guna gambar marketing yang terang terang mendedahkan aurat. Peliharalah sifat malu kita. Tak berbaloi kita jual akhirat untuk secebis dunia.

Kakmi sebenarnya sedih bila ternampak ada di kalangan peniaga online yang sanggup tayang gambar dada dan wanita hampir b*g*l semata mata nak buat marketing.

Tulisan, gambar, malah setiap apa yang kita coretkan di sini, bakal jadi saham kita di sana. Macam mana kekalnya semua itu di medium ini (selagi kita tak delete) , begitu jugak lah kekalnya aliran dosa pahala kita di sana selagi mana yang melihat dan membaca.

Tak kisah lah kita sebagai stokis, hejen, pengguna sekalipun, kita berhak tentukan apa yang patut dicoret di wall kita. Bantulah jaga aurat sesama kita di medium ini.

Banyak lagi cara dan kaedah kita boleh guna untuk pasarkan produk kita. Jadilah lebih kreatif tanpa tonjolkan perkara yang sensitif.

Kakmi suka melihat pendekatan yang digunakan pihak SISFEL dan MAMADIL. Mereka juga menjual rangkaian barangan kesihatan / kecantikan wanita. Tapi lihatlah cara mereka membawa nama mereka sehingga berjaya tanpa perlu tinggalkan apa yang wajib untuk dipatuhi.

Mari Kita betulkan apa yang salah. Kita baiki mana yang lopong. Belum terlewat lagi untuk berubah, jika harini kita tersilap. Semua orang buat silap kan. Bezanya sejauh mana kita usaha betulkan silap itu.

Moga Allah pelihara dan berkati setiap usaha kita untuk beroleh rezeki yang halal dan berkat. Aamiin ❤️

Kakmi,
FB : Cik MiMey Haris
Tele : @DariMimeyHaris
Pesanan untuk diriku sendiri.
FLERR BUKA PELUANG JANA PENDAPATAN KETIKA PKP!
.
.
Haaa betul lah tu! Mana lagi nak cari produk dgn modal serendah RM80 jerrr tgh musim Covid gini kan. Yang belum join, ayuh! Ini lah masa nya.
.
.
Thanks Kosmo! for the write up. Nak tahu lebih lanjut update pasal FLERR, baca jerr okay! 😄

👉Modal Murah
👉Risiko Rendah
👉Mudah Jual

Tele : @DariMimeyHaris

Hubungi kakmi? https://linktr.ee/ShopWithMimeyHaris

#FLERR
#AIRFRESHENER
#MML
Kawan kawan,
Jangan bandingkan diri kita dan orang lain. Setiap orang ada cerita yang berbeza. Ada kisah yang memang takkan pernah sama walaupun nampak serupa.

Ada yang lebih itu ini tapi kurang pula sana sini. Ada yang kurang itu ini, tapi lebihnya di sana sini. Allah Maha Adil. Allah tak zalim. Tapi manusia yang zalim dengan diri sendiri.

SYUKUR lah dulu apa yang dah ada di depan mata. Bila syukur Allah akan tambah lagi dan lagi.

Tapi syukur tu, bukan bermaksud cukup dengan peluk tubuh, selesa dan tak perlu buat apa apa.

Syukur itu kita hargai dulu segala apa jua nikmat yang ALLAH dah bagi dari sekecil hingga sebesarnya. Redha dan ikhlas terima apa di depan mata.

Dan teruskanlah berusaha, kerana itu Allah suka. Usaha baiki diri untuk capai apa yang kita ingin . Doa Usaha Istiqamah Tawakkal. InsyaAllah ada barakah pada hasil akhirnya.

Kakmi doakan semoga Allah tambahkan rasa syukur pada kita, dan kurniakan keberkatan, kekuatan dan kesabaran yang luar biasa untuk menempuhi setiap hari hari yang mendatang. #Aamiin

FB : Cik MiMey Haris
Tele : t.me/DariMimeyHaris

Mari Kita Belajar syukur dulu
Dan tak perlu terlalu melihat kejayaan orang lain sehingga terlupa untuk lihat progress kejayaan diri kita sendiri.

Cukup ambil kejayaan orang lain sebagai inspirasi. Belajar dari pengalaman mereka dan kita sendiri.

Yang mana salah silap kita dahulu, jadikan sebagai pengajaran untuk kita di masa depan. Dan mula baiki diri sendiri.

InsyaAllah Innallaha Maana. Allah sentiasa ada bersama kita. Jangan pernah putus harap dengan Allah dan diri sendiri. Have faith in Him.

❤️,
Kakmi
Kita manusia biasa.

Tele : t.me/DariMimeyHaris
Nampak seolah kecil. Tapi dengan rasa SYUKUR ni lah Allah tambah lagi dan lagi nikmat pada kita.

Dalam surah Ibrahim: 7 Allah berfirman,

"Dan ingatlah, ketika tuhan kamu memberi tahu," Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur aku akan tambahi nikmat Ku kepada mu."


Allah tak tidur tau. Dia Maha Melihat Mendengar, dan Mengetahui apa yang ada dan tersembunyi.

Belajarlah Bersabar dan Bersyukur dulu.

❤️Kakmi,
t.me/DariMimeyHaris
Salam Jumaat semua.
Alhamdulillah stok kukis durian dah sampai dah petang sabtu lepas. Kakmi terus poskan hari ahad, semalam. Kakmi doakan cecepat sampai dengan Selamat kepada semua agent dan kastemer tersayang semua. Tq tau hampa bermuamalah dengan kakmi. 🥰