Akak Adoi - Perihal Lppsa
927 subscribers
925 photos
6 videos
24 files
264 links
Channel ini khas untuk perkongsian ilmu LPPSA.

Akak sedia menjawab persoalan Ampa.

Jika persoalan Ampa specific Dan sulit boleh hubungi WhatsApp www.wasap.my/+60189794501/TClppsa
Download Telegram
#CeritaLppsa

Untuk makluman

Selepas dapat Surat tawaran penerimaan Pembiayaan Perumahan Lppsa, Ampa ada masa sehingga 30 Hari untuk berfikir. ITU had maksimum masa diberikan. Kena patuh Dan berikan jawapan dalam masa yang diberikan Tu.
Jika tidak, permohonan Pembiayaan Ampa automatik terbatal.

Semak maklumat dengan teliti. Maklumat peribadi
Maklumat Pembiayaan

Dah semua ok baru klik terima Tawaran dan seterusnya sign dengan lawyer.

Sebarang pindaan selepas sign dah tak boleh tau. Jadi.. semak betoi-betoi.

#akakadoi
Perkhidmatan Permohonan Pembiayaan Lppsa Percuma untuk Ampa semua
#CeritaLppsa

Mana lebih baik, Pembiayaan Lppsa atau Pembiayaan Bank untuk beli rumah ni.

Margin of finance (MOF) ialah berapa banyak yang pembiaya akan bagi Pembiayaan pada kita.
Lppsa bagi 100%. Bank bagi 90%

MOF untuk Lppsa
Lppsa pertama 100%
Lppsa kedua 100%

MOF untuk Bank
๐Ÿก Pertama 90%/100%
๐Ÿก Kedua 90%
๐Ÿก Ketiga 70%

Pembiayaan Lppsa sentiasa 100%, untuk Pembiayaan Kali pertama ataupun untuk Pembiayaan Kali kedua.

Jika Ampa Beli rumah pertama guna Pembiayaan Bank, Ampa boleh try Mohon Skim Rumah Pertamaku.. boleh dapat 100%.
Biasanya untuk rumah pertama boleh dapat 90%.

Jika Ampa Beli rumah kedua pula, Ampa akan dapat 90%.
Beli rumah ketiga Dan seterusnya, Ampa Akan dapat 70% sahaja tau.

Akak bagi contoh mudah kira.
Contoh rumah harga RM100,000.
Lppsa bagi 100%= RM 100,000.
Bank bagi 90% = RM90,000.
Baki 10% = RM10,000 untuk cukupkan 100% tu, Ampa la kena sediakan sendiri.

Bank bagi 70% = RM70,000.
Baki 30% = RM30,000 untuk cukupkan 100% tu, Ampa la kena sediakan sendiri.

Ramai sifu luar sana yang mengajar tentang Cara menggunakan Pembiayaan Lppsa Dan Pembiayaan bank.

๐Ÿ  Rumah 1 - Pembiayaan Bank 90% @ 100%
๐Ÿ  Rumah 2 - Pembiayaan Bank 90%
๐Ÿ  Rumah 3 - Pembiayaan Lppsa 100%

Ni laa sebabnya kenapa diajar guna Lppsa untuk Pembelian rumah ketiga.

Apapun, tak wajib ikut apa yang disarankan. Ikut saja kemampuan. Ampa beli, Ampa kena bayar sendiri.

Semoga dipermudahkan.

#akakadoi
Daripada FB Lawyer Jamaliyah MK
.
"Geran dah keluar ni. Owner belum buat perfection. Tapi tak apa.. developer bagi direct transfer..."

Pernah dengar ayat macam ni?

Ya. DIRECT TRANSFER tu bunyi nya cepat sebab "direct" kan. Hakikatnya ia tetap melalui fasa-fasa yang panjang, terutama jika tanah ada sekatan kepentingan.

Bila hartanah ada sekatan kepentingan, pemaju perlu selesaikan dulu 'blanket consent' dari pejabat tanah kalau belum ada blanket consent. Ini ambil masa lama. Selepas tu, kena masukkan batal ganti utk ganti nama pemilik asal dengan pembeli. Lepas dapat batal ganti, baru consent to charge boleh masuk ke pejabat tanah.

Ini semua ambil masa yg bukan sedikit.

Lepas dapat consent to charge, baru lawyer boleh advise bank untuk bayar tebus hutang kepada bank owner. Ni baru first release ya. Final release kena tunggu security documents dari bank owner dulu. Lepas tu stamp Deed of Receipt and Reassignment dan kena gi mahkamah tinggi, batalkan Power of Attorney pada Deed of Assignment (by way of security) bagi dokumen loan owner.

Kena berurusan balik dengan pemaju tunjuk bukti loan owner dah selesai sempurna, baru pemaju bagi geran asal dalam simpanan pemaju.

Lepas tu baru boleh buat perserahan ke pejabat tanah. Pejabat tanah semua by appointment sekarang. Kadang nak booking appointment, available date nun bulan depan. Maka terpaksa tunggu sambil kena marah.

Last sekali dapat remarks, "Kan developer dah bagi direct transfer. Kenapa lawyer lambat jugak?"

Direct transfer tu bukan maksud hari ni sign SPA, minggu depan dapat duit.
#CeritaLppsa

Pada Yang bertanya,
Akak share sini Cara Mohon Lppsa untuk ubahsuai rumah. Permohonan Jenis 7.

1. Kira kelayakan pembiayaan
2. Lantik arkitek/ pelukis pelan untuk lukis pelan ubahsuai rumah.
3. Submit pelan tersebut ke PBT untuk mendapatkan kelulusan
3. Lantik kontraktor berkelayakan Dan Mohon quotation berdasarkan pelan tadi. Kontraktor mesti ada sijil CIDB.
4. Cari Dan Lantik lawyer Yang berpengalaman untuk draf perjanjian Ubahsuai rumah
5. Gunakan draf daripada lawyer untuk Mohon Pembiayaan Lppsa

#akakadoi
#CeritaLppsa

Ada Yang bertanya, boleh Ka nak guna tulang rumah kampung. Tak boleh na. Tapi..jika Kontraktor kampung Tu ada sijil CIDB boleh saja.

Ampa boleh Rujuk n baca sini ya.

Garis Panduan Pembiayaan LPPSA (bermula m/s 13) untuk info lanjut:-

https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/upload/Garis-Panduan-LPPSA-1.2021.pdf

#akakadoi
Jom saksikan Facebook Live! (Siri 10) 2021
Topik FB Live: ๐–๐š๐ง๐  ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ƒ๐ข๐ญ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ญ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=266335732128287&id=100064558427475
#CeritaLppsa

Wang Tak Dituntut (WTD)

Mengikut FB live Lppsa semalam, WTD Lppsa ialah lebihan baki kredit. Ia boleh terjadi bila:
1. Lebihan daripada Potongan masa Penyelesaian awal
2. Lebihan daripada Potongan gaji masa nak pencen
3. Lebihan daripada tuntutan insurans untuk Kes kematian
4. Lebihan daripada Kes Lelong

Contoh:
Situasi Jual rumah.. Potongan gaji tak terus terhenti walaupun proses dah tukar nama. Akan ada sebulan dua lebih baru akan tiada Potongan.
Lebihan ni la kena tuntut.

Biasanya, Lppsa akan keluarkan Surat makluman Penyelesaian Pembiayaan kepada Ampa. Bersama-sama Surat ni juga, Ada disertakan Surat tuntutan lebihan kredit. Tapi ramai jugak tak isi Dan pulangkan kepada Lppsa.

Ampa Yang dah buat refinance, dah Jual rumah..dah buat Penyelesaian Tu.. semak la ya. Kot-kot ada Yang tak tuntut lagi. Rezeki la jika ada.

Mudah ja nak semak. Pi website Lppsa, isi etiket Dan Tanya. Jika belum setahun, Lppsa la Akan proses tuntutan Tu. Jika dah lebih setahun, Ampa kena buat tuntutan kat WTD. Ni link dia.
egumis.anm.gov.my

Semoga dipermudahkan segalanya ya.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Ada yang Tanya.. Pegawai Yang bantu uruskan Permohonan Lppsa akan minta butiran Seperti username dan password akaun Lppsa peminjam ke untuk mereka isi permohonan.

Ya. Ini untuk pastikan tiada sebarang kesilapan ketika mengisi Borang online, ada pembahagian kerja.

Ampa akan Daftar akaun Dan mengisi butiran Peribadi Dan butiran perkerjaan.
Butiran seterusnya akan diutuskan Oleh Pegawai Yang ditugaskan.

Nanti dah Lulus Permohonan, Ampa kena la tukar password. Ini kerana egawai tadi dah tiada urusan untuk terus melihat akaun Ampa. Tukaq la untuk keselamatan data Peribadi.

Semoga dipermudahkan.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Ada yang pm, ada yang wasap. Bertanyakan nak jual rumah baru siap yang dibeli menggunakan Pembiayaan Lppsa.

Lppsa tak ada lock in period.

Anytime boleh Jual. Cuma ada syarat, rumah kena dah siap baru boleh jual. Dalam pembinaan tak boleh.

Pikiaq masak-masak la jika nak Jual secepat tu.

Semak dulu market value. Market demand kawasan rumah Tu. Semak Baki Pembiayaan. Untung ke rugi jika Jual segera ni.

Semoga dipermudahkan segalanya.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Otai Hartanah selalu suggest sekurang-kurangnya tunggu 5 tahun jika nak Jual rumah baru ni. Ni sebab, rumah undercons selalunya dijual ikut harga masa depan. MV pun belum naik.

Harga rumah undercons Pemaju yang tetapkan.
Bila jadi rumah subsales, valuer yang berikan nilai.

Kat situ akan berbeza. Terutama jika ambil rebate.

Pikiaq masak-masak na.

Semoga dipermudahkan.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Nak tanya. Saya settle Pembiayaan Lppsa pertama. Plan nak buat loan kedua, beli tanah guna lppsa Dan lepastu Bina rumah. Tu Kira 2 @ 3 loan ya.

Lppsa boleh guna Pembiayaan 2 Kali sepanjang perkhidmatan. Lppsa pertama beli rumah. Dah buat settlement.

Kemudian nak beli Tanah Dan Bina rumah. Kedua-dua ni dikira 1 Pembiayaan. Boleh la Mohon ya.

Semoga dipermudahkan.
#CeritaLppsa

Skim PENCEN

Rancang elok-elok permohonan Pembiayaan jika Ampa pilih Skim Pencen

Contoh:
1.
Lppsa pertama- Ketika umur 24 tahun dan maksimum Pembiayaan 90 tahun.
90-24= 66 tahun
Maksimum Tempoh Pembiayaan Lppsa pertama ialah 35 tahun.
Jadi Ampa Layak 35 tahun sahaja.

2. Lppsa kedua- Ketika umur 4O tahun dan maksimum Pembiayaan 90 tahun.
90-40= 50 tahun
Maksimum Tempoh Pembiayaan Lppsa kedua ialah 30 tahun.
Jadi Ampa Layak 30 tahun.

Implikasi lewat mohon pembiayaan Lppsa skim pencen
1. Takaful tinggi atas faktor umur

*Ambil tahu cara untuk membayar lebih ansuran bulanan untuk pendekkan Tempoh Pembiayaan jika berniat untuk gunakan 2 Kali Pembiayaan Lppsa.

#akakadoi
Hari tu ada yang bertanya tentang tarikh bersara wajib (kerana mencapai usia bersara wajib) bagi penjawat awam yang dilahirkan pada 29 Februari, sekiranya pada tahun persaraannya tiada 29 Februari (bukan tahun lompat).

Teman cuba bagi info bergambar. Harapnya jelas pemahaman dan semoga bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

Yang OHSEM,
Admin

P/S : Kalau info bergambar tu cantik, bagi lah bintang, Kalau 'kureng' tu, senyap-senyap sudahlah ๐Ÿ˜‚.
Umur persaraan wajib bagi pegawai yang dilantik mulai tahun 2012 adalah 60 tahun.

Pegawai ini boleh sahaja bersara pilihan dengan syarat umur persaraan sekurangยฒnya 40 tahun dengan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurangยฒnya 10 tahun.

Pegawai ini layak menerima pencen bulanan apabila mencapai bersara pada usia 55 tahun. Ini umur yang paling awal layak terima pencen bulanan bagi pegawai kategori ini dan pegawai yang dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Ramai yang bertanya berkaitan perkara ini, justeru teman kongsikan untuk manfaat bersama.

Sekian, terima kasih. ๐Ÿ˜Š

Yang OHSEM,
Admin
Video tutorial permohonan pembiayaan LPPSA secara atas talian (online) di Portal LPPSA melalui pautan https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my
๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐

Terdapat penutupan sementara perkhidmatan atas talian LPPSA bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada 4 Disember 2021 (Sabtu).

Info lanjut, sila rujuk Notis Makluman tertera.