Serene NotesChannel ʕっ•ᴥ•ʔっ
12.2K subscribers
2.41K photos
80 videos
629 files
538 links
Owner : @TahirahSultana
📚Order Chemistry SPM Book🧪 : https://forms.gle/U82qmyiukHiYtecu5


🦋*ੈ✩‧₊˚ Notes, Quizzes, Exercises for SPM Students
Download Telegram
🌼Sejarah with Heera👩‍🎓

Bab 6 : Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia


🇲🇾6.1 - Cabaran Dalaman Malaysia

🌀 KBAT 🌀

#sejarah #b6 #f5
#heera

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes
📜KBAT no. 1

🌺Jarak antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah yang jauh menjadi cabaran kepada integrasi nasional.
Bagaimanakah cabaran tersebut boleh diatasi? Berikan cadangan anda.

[4 markah]

💚Cadangan jawapan KBAT

F1 : Penempatan pegawai kerajaan dari Sarawak dan Sabah dalam jabatan Kerajaan Persekutuan / Semenanjung Malaysia perlu dipertingkatkan.
F2 : Program pertukaran pelajar antara wilayah perlu dijalankan.
F3 : Sambutan Hari Malaysia/Hari Kebangsaan perlu bertemakan integrasi antara wilayah.
F4 : Program integrasi budaya antara wilayah dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
F5 : Meningkatkan bilangan/penerbangan tambang murah ke Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu diberikan perhatian
.

@serenenotes
2👍2🤩1
📜KBAT no. 2

🌺Berikut adalah 2 fokus utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN.
🌱Perpaduan Kaum
🌱Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Mengapakah isu tersebut menjadi fokus utama? Gunakan pengetahuan dan pendapat anda.


💚Cadangan jawapan KBAT

F1: Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum/budaya/agama/bahasa yang telah ditadbir secara "pecah dan perintah" oleh penjajah.
F2: Perpaduan kaum adalah asas kepada keharmonian negara.
F3: Negara yang harmoni dapat membawa kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
F4: Kemakmuran ekonomi perlu dinikmati secara adil dan saksama.
F5: Ketidakseimbangan taraf hidup antara kaum akan menimbulkan perasaan prasangka.
F6: Kumpulan rakyat yang hidup miskin/serba kekurangan akan menunjukkan rasa tidak puas hati.

@serenenotes
👍4
Thank you for 2.9k 🥺
8👍2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Biology with Heera 🧬

🔬🌱What type of response is this?

#biology #c5 #f5
#heera

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes
5👍3
Forwarded from Biology Spmnetic! 🔬 (Wani Hafiz)
Have you ever feel impossible to memorise characteristics of Human Vertebral Column chapter 14 form 4 ?

Don't worry anymore, grip this simple note into your hand!
.
SPM Biology A+
Gambatte!!
@speedupbiologyAplus
@youngmentoring
👍2
Forwarded from EJUKSMA+ (Batch SPM) (Afif Izzani)
GAGAL ITU BUKAN PILIHAN,

"Kegagalan itu adalah satu kepastian... Yg belum pasti hanyalah kejayaan..."

Jika kita fikir kita akan gagal, maka kegagalanlah yg kita akan hadapi, jika kita yakin kita akan berjaya, nescaya kejayaan akan mendekati kita..

Apa yg kita fikirkan, itulah kita...
Nak berjaya ni penuh dengan ujian demi ujian, jika kita tak sangup menghadapi ujian tersebut, masakan kita akan menikmatinya kejayaan..

Jika kita dipilih menjadi seorang yg berjaya maka yakinlah, kita diuji dgn lebih dari org yg gagal... kerana kejayaan kita akan dinilai atas berapa kuat dan mampunya kita menghadapi setiap masalah, halangan, dan kegagalan,

dan atas nilai itulah kita akan dibayar upah sebagai sebuah kejayaan..

Tiada masalah dunia yg tidak boleh diselesaikan...

Jika kita berani utk gagal maka kita telahpun berani utk mencipta sebuah kejayaan kerana tidak semua kejayaan sanggup menempuhi kegagalan... 👌

#katakatamotivasi
🥰11👍1
SENARAI PENYAKIT/SINDROM, CIRI-CIRI & FAKTORNYA 👨🏻‍⚕🧬:

- 🔬TUMOR/KANSER
terdedah kepada sinaran berbahaya/mitosis tidak terkawal/mutasi gen

- 🔬 MARASMUS
kekurangan protein & karbohidrat
kulit berkedut/sangat kurus

- 🔬 KWASYIORKOR
kekurangan protein
membuncit/rambut jarang/otot menipis

- 🔬 RABUN MALAM
kekurangan Vitamin A (retinol)

- 🔬 BERI-BERI
kekurangan Vitamin B (tiamina)

- 🔬 SKURVI
kekurangan Vitamin C (asid askorbik)
gusi berdarah/hilang gigi/lidah bengkak

- 🔬 RIKET
kekurangan Vitamin D/Kalsium
tulang lembut/membengkak

- 🔬 KEMANDULAN
kekurangan Vitamin E (tokoferol)

- 🔬 PENDARAHAN BERLEBIHAN
kekurangan Vitamin K (filokuinon)

- 🔬 OBESITI
berlebihan karbohidrat/lemak

- 🔬 ARTERIOSKLEROSIS
berlebihan kolesterol
tekanan darah tinggi/penyakit kardiovaskular

- 🔬 DIABETES MELITUS
•berlebihan karbohidrat
•kekurangan insulin
•pengumpulan glukosa berlebihan
•kencing manis

- 🔬 DIABETES INSIPIDUS
kekurangan hormon anti-diuresis (ADH)
kuantiti air kencing yang banyak

- 🔬 HIPOGLISEMIA
berlebihan insulin
kandungan glukosa rendah
keletihan/kelesuan/insomnia/keresahan

- 🔬 SEMBELIT
kekurangan serat/pelawas
tinja keras

- 🔬 HIPERTENSI
berlebihan lemak
lumen arteri menjadi sempit/tekanan darah tinggi/strok

- 🔬 ANEMIA

kekurangan Vitamin E (tokoferol)
kekurangan sel darah merah/kelesuan

- 🔬 GOITER
kekurangan Iodin
kelenjar tiroid membesar/mata menonjol

- 🔬TROMBOSIS
pembentukan darah beku yang tidak berlaku semasa pendarahan

- 🔬 EDEMA/ELEPHANTITIS
salur limfa membengkak/pengumpulan bendalir interstis

- 🔬 AIDS
disebabkan Virus Imunodefisiensi Manusia (HIV)
melalui seks bebas
kemusnahan sistem keimunan (limfosit)

- 🔬 ARTRITIS
• OSTEOARTRITIS: kehausan rawan
• ARTRITIS REUMATOID: keradangan membran sinovia
• ARTRITIS GOUT: pengumpulan asid urik pada sendi

-🔬 DISTROFI OTOT
penyakit genetik
otot rangka merosot

- 🔬 OSTEOPOROSIS
kekurangan Vitamin D dan Kalsium
tulang menjadi poros/nipis/retak

- 🔬 PENYAKIT ALZHEIMER
penyakit genetik
kekurangan asetilkolin
hilang keseimbangan badan/kekeliruan/hilang daya ingatan

- 🔬 PENYAKIT PARKINSON
penyakit genetik
kekurangan dopamin
penjejasan keseimbangan dan koordinasi badan/kelemahan otot

- 🔬 MENOPAUS/PUTUS HAID
kekurangan progesteron atau estrogen/kitar haid berhenti (sekitar umur 55 tahun)
berpeluh malam/tidak tenteram/insomnia/tisu tulang merosot

- 🔬 HEMOFILIA
penyakit keturunan/genetik
kekurangan faktor pembeku darah
pendarahan berterusan berlaku

- 🔬 THALASAEMIA
kecacatan gen/mutasi gen
pembentukan hemoglobin (Hb) terjejas/kekurangan oksigen
keletihan/kesukaran bernafas/pucat

- 🔬ANEMIA SEL SABIT
penyakit genetik/pewarisan
hemoglobin berbentuk sabit, kurang cekap dalam mengangkut oksigen

-🔬 SINDROM DOWN/TRISOMI 21
penyakit kromosom
terlebih satu kromosom pada pasangan ke-21
mata sepet/hidung penyek/lidah pendek/terencat akal

- 🔬SINDROM KLINEFELTER
penyakit kromosom
lebih satu kromosom X (44+XXY) - seorang lelaki
organ seks tidak berkembang/testosteron rendah/payudara membesar

- 🔬SINDROM TURNER
penyakit kromosom
kekurangan satu kromosom X (44+XO) - seorang perempuan/khunsa
aras hormon seks rendah/mempunyai kedua-dua organ seks lelaki dan perempuan/mandul

* Rujuk buku semula jika ada keraguan dan kesilapan maklumat

#Biologi #SPM20/21

🌸Creds to owner🌸

@biologyspmnotes

#biology #f4 #f5

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @heeranotes
12👍4
Hye? 👀

#sky
28
Late night drive 🌃🚘
7👍2
🤲🏻Doa of the day🤲🏻

❤️Ya Allah, ya Rahman, Ya Rahim

🌸Engkau gantikanlah apa yang ku hilang ini dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

🌸Kurniakanlah ketenangan jiwa dan minda kepadaku supaya aku sentiasa sabar dengan ujian yang kuhadapi ini.

🌸Perluaskanlah rasa Syukurku agar aku reda dengan apa yang engkau kurniakan padaku.

#doa

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @heeranotes
👍171
Notabee 🐝
× 𝙆𝙄𝙈𝙄𝘼 × 👩‍⚕

🖤🧡💛🤍
// warna garam //
🖤🧡💛🤍

#kimia #chemistry
#b6 #c6
#malay

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes
👍31
hii assalamualaikum, hanis dari tadi pikir nak letak acronym apa tapi cam tak kena la, korang rasa ayat apa cun untuk warna garam tuu 🤔🤔
Notabee 🐝
× 𝘽𝙄𝙊𝙇𝙊𝙂𝙄 × 👩‍⚕

14.1 - Jenis Rangka ⛄️
[ sendi bebas bergerak ]


#biologi #biology
#b14 #c14
#malay
#notabee

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes
6👍4
TIPS UJIAN LISAN BERKUMPULAN

Ni admin buat beberapa hari sebelum SPM and it worked Alhamdulillah.

Firstly, korang kena decide siapa yang kena cakap bahagian pendahuluan, isi 1, isi 2 dan kesimpulan. Kemudian untuk bahagian ke-2, korang kena discuss seorang tu nak bercakap berapa kali?

👆 Kami decide macam ni supaya semua orang adil dan boleh cakap ikut keperluan masing². Tak ada menyampuk atau potong cakap orang.

SETERUSNYA, kitaorang akan discuss situasi dalam bilik kejadian. So kitaorang akan buat beberapa rules.

1. Bincang dulu isi. Pastikan semua orang ada isi. Selagi semua orang takde isi, selagi tu lah tak boleh fikir huraian apa semua.

2. Selepas dapat isi, semua orang fikir cara hurai masing². Tak boleh tolong kawan sebab masa berbincang tu singkat. Jadi kami bincang isi je dan baki masa tu kami guna untuk fikir huraian masing². (Prioritize yourself first)

If kawan korang jenis yang cepat blur. Like masa bercakap tiba² "errrr...".. sebelum ujian lisan korang kena tanya kawan tu, "boleh tak nak menyampuk kalau kau gagap?"

Menyampuk kat sini maksudnya, korang minta izin untuk mencelah dan tanya soalan berkaitan isi kawan korang tu supaya dia boleh teruskan bercakap. Bukannya menyampuk lepastu cakap tentang isi korang.

PLEASE DON'T DO THIS ❗️

1. Potong kawan bila bercakap
2. Ambik isi orang lain
3. Buat muka pelik bila dengar huraian kawan
4. Guna bahasa inggeris

Eventhough markah secara individu, tapi kalau tak ada kerjasama dalam kumpulan, semua orang akan jatuh

Tips ujian lisan individu
https://t.me/studytips_spm/804945
👍43🔥1
🪷Good Evening ~
17
Notabee 🐝
× 𝙆𝙄𝙈𝙄𝘼 × 👩‍⚕

🐭8.3 - 𝘒𝘰𝘮𝘱𝘰𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘚𝘦𝘳𝘢𝘮𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘨𝘶𝘯𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢


#kimia #chemistry
#b8 #c8 #f5
#malay
#notabee

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @serenenotes
👍1
🌸Never ever compare yourself to anyone else. We all have different stories and background. It will only make you sad if you compare.

#advice

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @heeranotes
20
KimNB-8.3[f5]_1.jpg
392.7 KB
Notabee 🐝
× 𝙆𝙄𝙈𝙄𝘼 × 👩‍⚕

🐭8.3 - 𝘒𝘰𝘮𝘱𝘰𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘚𝘦𝘳𝘢𝘮𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘨𝘶𝘯𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢
(PDF)

#kimia #chemistry
#b8 #c8 #f5
#malay
#notabee

🦋*ੈ✩‧₊˚ 『 @heeranotes